Saturday 25 October 2014

Cuti-cuti Malaysia: Johor Bharu Part 2.0: Legoland!!!

Assalamualaikum semua... Maaf la dah lama tak menulis. Minggu ni tak brape sihat. Faizal pun demam juga. Nasib baik Faeezah tak demam skali. Heee... Ok nak sambung cite pasal g JB entri yang dulu. Lame betul nak sambung episod dia kan? Heee...

Pagi Sabtu kami pegi sarapan dulu yang hotel dah sediakan. Faeezah tak bangun lagi tapi kena kejutkan juga. Cara kejut dia senang jer...pasang kartun upin ipin kuat2..dengar je suara tu terus bukak mata. Lagi-lagi kalau lagu si Pengembala Biri-biri... dah kalo kite bagi salam pun mata tu berat jer lagi... Masa breakfast tu dia meragam jugak la, sebab kena kejut...

Balik dari breakfast, mandikan Faeezah dulu. Alih-alih lepas mandi dia boleh plak tertidur balik. Haiii ngantuk sangat anak mama ni. Hehe... So kitorang biarkan dia tidur dulu, lagipun awal lagi masa tu..baru pukul 8 kot. Hehe... mama yg excited lebih nak pegi Legoland. Dari hotel ke Legoland cuma 30 minit jer.. Lagipun hari cuti, jalan clear sungguh. Senang hati kami... Faeezah pun dah bangun pukul 10 tu kami pun terus gerak je.. Parking pun banyak yang kosong lagi. Sekali masuk RM5 kot. Tak ingat plak saya... hehehe...

legoland-malaysia
Tiket masuk ke Legoland (theme park)

Sampai dah Legoland! Mase nak beli tiket, orang tu tanya ada Maybank kad tak? Ada dapat diskaun 35% untuk pemegang kad Maybank. Alhamdulillah! Dapat murah sikit. Harga asal dari RM120 (theme park sahaja) dan RM150 (combo theme + water park). Dapat murah sikit pun ok la tu... Cuaca pun sangat baik hari tu. Cerah jer tanpa awan. Pagi ok lagi la...da tengah hari rembang panas dia mak aihhh... jadi belikan Faeezah topi. Takut demam plak sebab berpanas kan.. tapi saya da spare bawak Nutriferon dan Vitamin C Chewable Faeezah. Heee.... Mana ada topi budak kecik macam Faeezah ni. So beli jer la topi budak besa untuk dia. Nasib dia mahu pakai. Hamboiii..kalo pakaikan headband nak dicabutnya. Kecik2 ni tape la kot. Dah besa kena pakai tudung ye sayang.... hehehe... harga topi tu RM25 satu. Beli dua dah RM50. Gulppp...

Pintu masuk Legoland

Lagi satu sistem yang dorang pakai adalah sistem cop atau setem. Maksudnya, kumpul seberapa banyak setem dan anda akan dapat hadiah. Kes ni, kumpul 10 setem dapat 1 hadiah mini figurine. Kumpul 14 setem dapat 2 mini figurine. Beriyalah laki aku ni nak kumpul sebab nak dapatkan jugak mini figurine yang berharga RM20. Laki aku ni suke kumpul Lego jugak. Kalo korang taw yg Shell dulu ade keluarkan kereta Lego tu.. Haaa kat umah kami ade fullset lagi, siap dengan bekas dia lagi.

Apakan daya, terlupa bawak stroller Faeezah. Bergilir-gilir la dukung Faeezah yang sama berat dengan sekampit beras tu. Tapi dia lagi suke ayah dia dukung. Hehehe.. taw mama tak larat nak dukung lama-lama. Ngehngeh... Saya sarankan memang kena bawak stroller. Senang anak nak tidur. Kesian Faeezah tidur di bahu mama dia yang tak berapa nak ada isi ni. Heee... Sebabkan cuaca panas, sediakan air masak sebanyak yang boleh korang mampu nak bawak la. Sebab saya bawak beg galas anak tu sumbat jer semua. Handbag pun saya tak bawak. Senang kan? Dengan monopod pun saya sumbat dalam tu. Hehehe...

First game kami

Disebabkan nak dapatkan semua setem, kitorang bergilir-gilir main game. Game dia total ada 16 game tak termasuk water park la. Itu pun dah sehari suntuk kat sana. Dari pagi sampai petang. Tu pun tak ramai orang beratur. Kalau ramai tak tahu lah abes pukul brape gamaknya. Jadi memang dicadangkan jangan pegi time cuti sekolah konfem sesak! Hahaha.. Ada game yang untuk budak-budak tu memang kitorang tak boleh naik la.. Driving school tak silap saya. Itu Faeezah pun tak boleh sebab kecik lagi. Siap dapat lesen memandu lagi. So dah buang 2 game kat situ. Nak dapatkan 2 hadiah mini figurine tu kami kena main semua game yang ada. And yes, we really enjoy it! Saya paling suka naik roller coaster Dragon tu. Perghhh!! Best giler wa cakap sama lu... Faizal naik sekali jer roller coaster tu pastu give up da. Hikhik... Siap ada video lagi taw... Haaa nak tengok tak? Kalo ramai yang komen nak nanti saya wat kat entri lain eh... Heee...

Ayah teman naik tapi Faeezah beriya nanges

Rating Legoland saya bagi empat BINTANG!! Memang tempat yang sesuai untuk parents luangkan masa dengan anak-anak yang sedang membesar. Seronok tengok famili besar main game ramai-ramai. Ramai juga pelancong yang datang terutamanya pelancong dari Indonesia. Walaupun tak kenal tapi tetap senyum mesra bila berselisih masa main game. Heee... 

Hello Kitty World tu tak sempat nak pergi. Lagipun Faeezah takut. Dengan lego yang tak bergerak tu pun takut. Haduyaiii~ Tunggu dia besar sikit lagi baru kita pergi lagi yer..Wee~ 

3 comments:

  1. kene pergi jugak ni,,,,, Aqeef suka Lego jugak

    utk Faezah FOC ye.....

    ReplyDelete
  2. Ha'a untuk kanak-kanak bawah 2 tahun FOC lagi.. ^_^ serius rasa macam nak pergi lagi neni.. heee~~

    ReplyDelete
  3. Selamat cuti ! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* villa 827

    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^