Sunday 30 November 2014

Stress Dalam Diam Boleh Membunuh

Assalamualaikum semua. Entri kali ni memang penuh cerita dengan stress. So saya tak nak la cite panjang-panjang, makin stress plak nanti. Somehow, saya rasa hidup saya sekarang a bit depressed. Memang orang kata jangan cerita benda-benda yang stress ni.. Tapi saya nak cerita hanya sebagai luahan hati saja. Saya tak boleh nak cerita kat sape-sape, tak boleh nak mengadu kat sape-sape. Walaupun saya ada orang memang saya percaya tapi saya tak rasa nak cerita kat dia. Saya bukan jenis bercerita, gebang dengan orang. Saya more to passive, pendiam. Sebab tu saya lebih suka berdiam diri dan telan saja semua walaupun pada masa tu saya rasa macam nak tikam orang tu. 

Rasa nak bunuh orang
Bila kita bercanggah pendapat, ada sesetengah orang lebih suka buat tindakan tanpa kira hati dan perasaan kita. So buat apa tanya pendapat kita? Bila tak setuju, kata kita nak tak fikir. So ikut jer la otak dia yang dah berfikir masak-masak tu, buat apa tanya kita? Bila kita bertanya pendapat dia, jawapan dia menyakitkan hati dengan memberi jawapan secara perli sindir-menyindir. Bikin aku panassss plak. Aku jadi tak paham apesal dia nak jawab macam tu plak? Aku tanya baik-baik kot. Kalau rasa nak menyindir aku tak habis-habis baik aku diam jer. Baik aku tak payah masuk campur. Baik aku follow jer. Kalau dah benda tu kau kata kau sorang jer yang punya kau je la yang buat keputusan. Pantang aku sebenarnya. Dah kalau jawab macam tu buat apa kita nak cakap lagi, ye dak? Diam saja.

Bila kita makin pendam, mula masalah lain plak yang muncul. Mula,mula kita akan alami kemurungan. Betul? Statistik menyatakan kemurungan antara pembunuh utama dalam diam. Haaa macam sakit kanser dah plak kan? Kemurungan, depresi boleh menjadi kepada masalah psikologi yang makin kronik. Sebab tu wad dekat Hospital Bahagia tu penuh aje (Saya tak tipu, saya penah masuk sampai dalam wad sebab Mama saya kerja kat situ dulu sebelum pencen). Tapi, kalau mulut pun lancang jer melawan, dah jadi kes bunuh plak nanti. Hahaha... Sudah sudah cukup cukup sudah.

Ada seorang sahabat cadangkan aku berjumpa dengan kaunselor. Katanya aku perlukan kaunseling. Hahaha tergelak juga aku dengan cadangan dia tu. Dia kata lagi aku pendam lagi aku boleh jadi gila. Aduyaiii tade la sampai tahap macam tu sekali kawan oiii... Tapi memang lar... makin dipendam makin berdarah. Luka yang dah jadi parut pun boleh jadi berdarah balik. Tapi mana nak cari kaunselor yang macam ni? Hahaha... Senang cerita DIAM la saja dan just follow the FLOW. Keep smiling and be HAPPY. Be INDIPENDENT~!! ^_^

p/s: maafkan ku atas bahasa yang mungkin agak kasar. Entri ini ditaip dengan penuh emosi! Lepas nih telan sebiji b-complex untuk lebih tenang. 

Friday 28 November 2014

Hadiah Urutan Spa dan Dinner di Laman Grill

Assalamualaikum semua... Hujung minggu baru ni memang sibuk. Buat draf blog pun sikit - sikit..kejap-kejap dah kena kacau dengan Faeezah. Tak boleh jadi nih. Dah nak basi dah cite nih. hehe.. Hari Sabtu baru ni 22hb november adalah birthday hubby tersayang yang ke....? Rahsia, katanya. Tak bagi saya mention umur dia yang sebenar. Perasan muda. *Pengsan*

Pagi tu selepas sediakan sarapan saya cakap hari ni saya jadi driver, awak ikut je saya bawa awak ke mana sekalipun. Dah pujuk-pujuk a.k.a paksa juga baru dia setuju. Lepas zohor baru kami keluar. Dah solat senang sikit nak berjalan. Terus saya bawa dia ke Zouk spa yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, bersebelahan dengan Manjaku. Spa ni saja yang tawarkan orang lelaki mengurut dengan lelaki juga. Kebanyakan spa lain tukang urutnye perempuan. Saya pilihkan pakej untuk dia. Of course saya dah pesan awal-awal jangan bagitahu harga pakej tu kat dia. Hehehe... Lepas Faizal dah masuk tu saya balik ke rumah terus.

Pakej Zouk spa untuk Faizal

- body massage 120 minit
- body scrub
- mandi susu
- free sauna

Total = RM169

Mula tu dia marah saya gak. Dia kata orang perempuan je yang pegi spa. Saya cakap apa salahnya, bukan selalu pun. Tu pun nasib baik takde servis facial kat situ. Kalau tak memang saya amik sekali untuk dia. Hehehe... Dia pun layankan aje sebenarnya. Konon je tak minat tu. Ngehngehngeh... Dalam 3 jam juga baru dia siap. Lepas amik tu terus bawa Faizal pegi makan plak. Heee... Makan kat Laman Grill yang terletak di Putra Kajang. Dekat je dengan rumah kitorang. Masa dah nak dekat sampai tu dia dah boleh agak dah saya nak bawa dia makan kat situ. Cett!! Tak surprise langsung!

Sampai-sampai situ tak ramai lagi orang yang datang. Parking pun banyak lagi. Tempat duduk pun banyak lagi yang kosong. Jadi kitorang pun main duduk je walaupun memang dah buat reservation. Rasanya waktu malam je kot yang ramai. Kalau korang nak makan lepas waktu maghrib better booking tempat dulu la. Sampai-sampai tu kami terus dilayan oleh pelayan wanita yang tersenyum mesra. Bagus servisnya! Memandangkan pertama kali ke situ, lambat juga la kami nak order. Kejap nak tu kejap nak ni. Hikhik...

Of course semua menu dia adalah berunsurkan western, kepakaran Chef Zubir. Asalnya Faizal nak order baby lamb shank (faveret dia memang kambing aje...) tapi tak ready lagi katanya. So cancel la. Lastly, Faizal order Meat Lover Combo Platter's sebab dalam satu plate tu ada semua portion daging termasuklah daging lembu, kambing dan juga ayam. Tapi memang superbly SEDAP!!

Meat Lover's Combo Platter (Chef's Signature dish)


Baby Lamb Shank (Chef's Signature dish) 

Sirloin steak 10oz (jenuh mak abeskan taw!)
Aihhh cerita banyak pun buat ape kan? Yang penting korang kena enjoy the food sendiri. Harga jangan la terkejut sangat. Standard harga restoran 5 bintang gitu la. Daging yang digunakan memang fresh betul. Tak rugi korang cuba. Kalau ada bajet lebih bawa la semua satu family datang makan situ. Sekali sekala apa salahnya kan? Heee...

Sekian saja dari saya.

Pssttt... promo omega guard masih berlangsung ye!!! Jom sihat tanpa ubat ^_^

Wednesday 19 November 2014

Tempah Jahit Baju Kurung Murah di Bangi

Assalamualaikum semua... Hari ni masih lagi mood audit. Haduyaiii... Ok berbalik pada tajuk kat atas. Awal bulan hari tu, saya ada hantar kain untuk dijahit. Ala kurung biasa je..senang boleh pakai pegi keje. Kalau pegi keje malas sikit nak pakai kurung moden ni. I kan low profile...mihmihmih...

Asalnya tak tahu nak hantar kat sape. Pening wo cari tailor kat Bangi ni. Nak hantar ke kedai mahal betul. Kurung biasa je sampai RM55 upahnya. Kedai tu la tempat saya hantar jubah untuk potong bawah. Tak suka sangat pakai labuh sapu lantai ni. Heee... Google punya google terjumpa ada orang rekemen akak ni. Akak ni golongan OKU, kak Yana nama dia. Akak ni saya tak pasti oku part mana tapi pertuturan dia kurang difahami kot. Mungkin tak boleh bertutur dengan lancar kot. Tapi saya still faham apa yang dia cuba sampaikan and dia pun faham kita. Akak ni dah ada 2 orang anak pun, menjahit kat rumah jer. Yeayyy~~dah jumpa dah. Lega hati. Heee...

tempah-jahit-bangi


Rumahnya dekat Seksyen 3, tapi dekat dengan sekolah Jalan 4. Guna waze senang sangat jumpa rumah dia. 5 minit jer dari rumah saya.  Hehe.. Akak tu siap-siap amik ukuran badan dan tanya nak design ape and tarikh untuk disiapkan. Kalau nak cepat tulis jer tarikh yang korang nak cepat. Tapi jangan la esok nak pakai hari ni baru hantar tempah. Kalo kena caj extra saya tak jamin ya.. hehehe...

Tak sampai 2 minggu kak Yana wassap saya kata baju dah siap. Eh? Cepatnye.. Saya bajet hujung bulan ni baru siap. Heee bagus lah akak ni..servis dia pantas. Saya pun dengan semangat tanya berapa jumlah bayaran upahnya. Dia kata RM50. Saya pun ehh lagi? Saya hantar 4 meter kain untuk baju kurung biasa, satu jubah untuk tukar kain lengan dia and satu jubah lagi tertetas panjang lengan jubah tu. Asalnya saya dah cuba jahit sendiri lengan jubah tu tapi terkoyak balik. Biasa la kain chiffon, senang betul terkoyak. Kena jahit mesin juga la. Lepas tu kak Yana kata untuk baju kurung biasa upah RM40, tukar lengan RM8 dan jahit balik lengan tu RM2 je. So total RM50 la.... hoho.. bagi saya okay lah harga tu, murah gak. Hehehe...

Balik tu saya terus cuba pakai baju kurung tu. Best! Sedap pakai. Jahitan pun kemas. Berbaloi juga dengan wang yang anda laburkan. Heeee... Lepas ni dah tahu la nak hantar tempah kat mana dah. Kak yana ni pun senag nak deal dengan dia. Cakap je apa yang kita nak in shaa Allah dia boleh jahitkan. Haaa lepas ni nak cuba tempah baju kurung moden dengan jubah plak lar.. Heee...

Ini saya sertakan sekali contact number kak yana, kalau ada antara korang yang baca ni tengah cari tailor kat Bangi ni yer..

Kak Yana
0172578427

Monday 17 November 2014

Segmen Blogwalking November

Assalamualaikum semua.. short entri saja yang ni sebab hari ni ada audit. Tak menyempat rasenya. Huhuhu.. Jom kita join segmen blogwalking baru ni. Boleh menambahkan kawan dan merapatkan ukhuwah ^_^


Nama pena: Dila Kazuha
Link blog: http://dilakazuha.blogspot.com
Negeri kelahiran: Pulau Pinang

Friday 14 November 2014

Kitaran Haid Kembali TERATUR Setelah Tunggang-Langgang Selepas Bersalin

Assalamualaikum semua... saya yakin bukan saya sorang je yang alami masalah period TAK teratur selepas bersalin. Betul tak? Isu ni amat subjektif. Setiap orang tak sama sebab setiap diri kita ni adalah UNIK. Ada orang yang period dia datang macam biasa, regular saja setiap bulan. Ada juga yang jenis macam saya...setahun selepas bersalin baru nak datang bulan. Sob sob.. Ramai yang tanya tak risau ke, kot-kot pregnant kan.. tapi saya dah penat cek tiap kali tak datang bulan akhirnya saya biarkan saja. Hehe...

Calendar tracker yang saya guna
Saya mula datang bulan selepas Faeezah umur setahun sebulan gitu. Tu pun tompok-tompok jer, tak heavy pun. Lepas dah start datang bulan baru saya install Calendar Tracker ni untuk rekod hari-hari yang mendatang lah. Dulu guna manual jer, tanda dekat kalendar kuda. Kadang-kadang terlupa pun nak tanda. Hikhik... Sekarang zaman dah  canggih semua download je apps dekat play store. Tapi memang mudah la kita nak track hari, simptom dan aktiviti kita. Tak silap saya start Faeezah setahun 6 bulan baru saya didatangi period yang normal. Dah datang period, masalah lain pulak timbul.

Masalah Haid Tidak Teratur

  1. Tempoh haid panjang - zaman anak dara dulu normalnya 6-8 hari saja saya akan datang haid. Tapi ni sampai 10-13 hari paling maksimum pun. Paling 'seksa' masa bulan puasa kena ganti sampai 12 hari taw... Nasib baik separuh dah siap ganti masa buat puasa sunat enam. 
  2. Kitaran haid lebih lama - Kadang tu gap sebulan tak datang. Bila datang jadi sangat heavy plak. Bila kitaran haid lama, susah kita nak tentukan waktu subur. Nak merancang pun jadi susah dan tidak tepat.

GLA Complex Shaklee
Untuk itu, saya cuba GLA Complex Shaklee. Ya, despite of issue yang jadi viral tu di mana dikatakan GLA Complex punca dia mendapat cyst. Walaupun kes itu boleh dikatakan sudah senyap tapi masih ramai yang yakin dengan keberkesanan GLA Complex, termasuklah saya. First time ni saya cuba. Sebelum ni tak pernah nak cuba EPO ke apa pun sebab period saya ok jer, senggguut pun tak. Tapi lepas bersalin ni jadi huru-hara pulak. Haduyaiii~~

Kesan Pengambilan GLA Complex kepada saya

1. Simptom PMS kurang - Tiada lagi senggugut, sakit pinggang
2. Tak emosional sangat - kalo dulu time nak datang bulan mengambang jer asyik nak melenting jer.... serius! Sekarang macam dah boleh kawal sikit. Hehehe...
3. Kitaran haid lebih baik- kalau sebelum ni cycle saya dekat 42-45 hari sekarang dah 35 hari selepas dua kali datang period. Dah nampak perubahan sikit! lagi 2,3 bulan akan normal balik la ni... in shaa Allah^_^ 

Cuma, yang tak berapa bestnye jerawat halus timbul plak. Haduyaiii~ biasalah, benda main dengan hormon kan... asal nak datang bulan jer muncul lah dia. Hopefully lepas dah stabil ni akan jadi okay balik. Bertahanlah buat sementara waktu ni. Hehe...

Disclaimer: Ini cumalah pandangan dan pengalaman saya sendiri hasil menggunakan produk GLA Complex ini. Kesan adalah berbeza-beza mengikut individu. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos atau merawat sebarang penyakit. 

Kalau ada yang berminat nak cuba atau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya segera seperti di bawah ye... Jangan malu jangan segan, saya tak makan orang! :p

FB: Dila Kazuha
0175598332
dilakazuha@gmail.com

Thursday 13 November 2014

Template blog baru. Responsive!

Assalamualaikum semua... few days sebelum ni saya ade mengadu kepeningan pasal layout blog n template tak menjadi. Akhirnya...akhrinya!!!! Berjaya tukar jadi responsive punya... Huaaaa godek sendiri plak tu... tak kisah la. Walaupun tak berapa sangat tapi sedap mata memandang cukup la. Simple but nice. Yeayyyyy~~~ A pat to my shoulder. Thanx to neni jiha saya yang sudi bantu jugak. Thanx to all yang sudi beri buah fikiran juga.

Happy me ^^


Hilang sudah stress saya!


Boleh hadapi audit dengan tenangnya minggu depan.


Hip hip..hurrraayyy~~
Hip hip..hurrraayyy~~
Hip hip..hurrraayyy~~

Tuesday 11 November 2014

Pening Nak Tukar Layout Responsive

Assalamualaikum semua... Okeh ni aduan saje yer... Geram pun ade!! Dari malam tadi berusaha nak tukar layout jadi kepada yang responsive.. tapi tak jadi-jadi jugak!!! STRESS mak nok.. Huhuhu... *lari menangis kat bucu bilik*

Sedddiihhhhhhh

Saya tak reti...and tak faham kenapa layout saya jadi macam ni. Kenapa dekat sidebar boleh muncul header and blog post saya??? Macam mane nak buang tu?? Orang lain yang lebih bijak pandai dari saya harap boleh tolong... Sobsobsob T_________________________T


Monday 10 November 2014

Senarai Bloglist Saya #1

Assalamualaikum semua... Teruja betul saya bila berjaya buat segmen bloglist yang pertama. Horaayyy~!! Terima kasih pada yang sudi join ye.. yang tak sempat nak join tu tape, in shaa Allah nanti saya buat lagi segmen ni ye.. Buat masa ni saya akan beri komitmen blogwalking pada yang dah jadi bloglist saya dulu yer.. *wink2*

Senarai Peserta Bloglist #1 by Dilakazuha


  1. Cik Balqis - http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/
  2. Lin Alin - http://lovelyadlinalin.blogspot.com/
  3. Asya Atien - http://asyaatienlovekdrama.blogspot.com/
  4. Dianeeya - http://dianeeya.blogspot.com/
  5. Calrase Patrick - http://calrasepatrick.blogspot.com/
  6. Didie Farhan - http://atrix96.blogspot.com/

Pssttt... waktu lunch nanti saya buat bloglist kat sidebar tu yer... ade meeting lepas ni. Kbai. ^^

Tips Atasi Keletihan dan Penat Badan

Assalamualaikum semua.. Alamak saya tertinggal banyak plak entri kali ni. Hari ni kena kawtim balik ni. Semuanya gara-gara Faeezah tak nak tidur malam tadi. Pukul 3 baru dia tidur yer uolss.. Mata iolss da jadi macam panda dah. Kepala pun melayang-layang jer rasenye. Bila pergi kerja dengan nak buat testing lagi, report lagi yang bertimbun-timbun. Secara automatik badan memang rasa penat. Hectic. Fatigue. Semua ada lar.. Itu pun nasib baik pagi tu lepas sarapan saya makan vitamin B-Complex. Sebelum tu, jom kita tengok apa punca kita jadi letih dan penat bangat sihhh... 

Saturday 8 November 2014

Atasi KULIT BERMINYAK Untuk Elakkan Jeragat

Assalamualaikum semua... Setiap orang inginkan kulit wajah yang sihat tanpa jeragat. Paling merimaskan jika kulit muka kita bermnyak akibat pengeluaran sebum yang berlebihan terutamanya ketika cuaca panas. Sebum diperlukan untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan dilindungi daripada bakteria. Namun, apabila ianya terhasil secara berlebihan boleh menyebabkan liang pori tersumbat lalu boleh menyebabkan JERAGAT, kulit kusam dan mempercepatkan penuaan.

Sekarang terdapat pelbagai jenis penjagaan produk kecantikan di pasaran. Saya sarankan anda untuk dapatkan yang produk yang bebas bahan kimia dan tanpa pengelupasan. Berhati-hati dalam setiap produk yang dikeluarkan. Pastikan produk yang anda gunakan mendapat kelulusan dari pihak KKM. Kaji terlebih dahulu bahan kandungan yang digunakan dalam setiap produk untuk pastikan ianya sesuai untuk kulit anda.

Atasi kulit berminyak

Punca Kulit Muka Anda Berminyak

  1. Keturunan - sekiranya ibu atau ayah anda mempunyai jenis kulit berminyak, kebarangkalian anda mempunyai kulit muka berminyak juga besar.
  2. Pemakanan - sekiranya anda gemar makan makanan pedas serta berminyak anda lebih cenderung mendapat kulit berminyak.
  3. Perubahan hormon - sekiranya anda mengalami kulit berminyak yang tidak menentu, means kejap macam berminyak kejap kering maknanya ia bergantung pada hormon anda. Hormon androgen menghasilkan lebih banyak minyak. Paras hormon androgen tinggi semasa akil baligh, sebelum datang bulan, semasa hamil dan semasa menopause.
  4. Stress - Apabila anda stress, badan akan menghasilkan sejenis hormon cortisol yang akan meningkatkan penghasilan sebum. Jadi, untuk mengurangkan stress, anda boleh cuba vitamin B-Complex.
Vitamin C Sustained Release

Vitamin C Sustained Release Shaklee Membantu Atasi Masalah Kulit Berminyak

  • Vitamin C terkenal sebagai antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dan melambatkan penuaan.
  • Vitamin C merupakan vitamin larut air yang mudah diserap oleh tubuh.
  • Terkenal dengan sifat antibakteria - boleh dijadikan masker muka. Untuk resepi boleh klik di sini
  • Membantu penghasilan kolagen - menganjalkan kulit dan melambatkan penuaan. 
  • Memperbaiki kesihatan sendi - menyokong penghasilan tisu ligamen dan tendon pada sendi
  • Meningkatkan ketahanan tubuh dari jangkitan
  • Sebiji Vitamin C bersamaan 7 1/2 biji oren 
Sebotol Vitamin C Sustained Release Shaklee mengandungi 180 biji dengan harga hanya RM 92.50. Sebotol mampu tahan sehingga 6 bulan, bergantung pada pengambilan anda. Sebiji hanya RM 0.51 jer...50 sen jer senang kira. Haaa 7 biji oren pun tak dapat dengan harga ni kan? Betul tak? 


Sekiranya anda berminat nak dapatkan produk dengan harga istimewa ini boleh hubungi saya seperti di bawah

ATAU

klik "Order Now" untuk pembelian terus di website shaklee2u.com.my.

Dilakazuha
SMS/Whatsapp/ Wechat
0175598332






Thursday 6 November 2014

Ubat Sakit Kepala Dengan 45 Sen Sebiji

Assalamualaikum semua... Kita biasa dengar orang yang sakit-sakit urat, sakit badan, stress dan sakit kepala akan telan ubat apa untuk cepat baik? Betul. Paracetamol atau lebih dikenali sebagai Panadol. Panadol ni kira macam ubat wajib ada dalam setiap isi rumah. Panadol adalah ubat common, over-the-counter yang biasa kita jumpa di mana-mana. Dekat kedai runcit pun ada jual. Panadol boleh dijual tanpa preskripsi doktor. Tetapi dos pengambilannya tetap perlu dikawal supaya tidak menjadi overdose. Malah, pengambilan paracetamol boleh memberi kesan jangka panjang. Untuk lebih lanjut, anda boleh baca kat entri saya sebelum ni di sini


Sakit kepala atau migrain

Tahukah anda?

Vitamin B-Complex digunakan sebagai ubat sakit kepala semulajadi kerana kandungan vitamin B2 (Riboflavin) dan vitamin B6 (Pyrodixine) terbukti membantu mengurangkan sakit kepala dan juga migrain. Selain dari itu, kalsium dan magnesium juga membantu mengurangkan sakit kepala. Sumber: sini

Vitamin B-Complex Shaklee

Vitamin ini telah dicipta secara semulajadi dengan kadar kebolehserapan (bioavailabality) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik di pasaran adalah sintetik. B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% Biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu diambil pada masa serentak bagi mendapatkan keseimbangan yang sempurna. Vitamin B adalah sejenis vitamin larut air. Seperti vitamin C, Vitamin B yang berlebihan tidak akan di simpan di dalam tubuh dan akan disingkirkan melalui sistem perkumuhan Oleh itu, sangat penting untuk mengambil vitamin B-Complex setiap hari.


B-complex shaklee

Manfaat Vitamin B-Complex

  1. B-complex menukarkan makanan kepada tenaga - antara punca sakit urat, stress dan sakit kepala adalah anda kekurangan tenaga. B-Complex membantu penghadaman, menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga
  2. Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat, merangsang peredaran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan jantung
  3. Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata (terutamanya yang selalu tengok PC), mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan
  4. Meredakan keresahan - elakkan meroyan, meredakan kerisauan, meredakan senggugut, terutamanya untuk mereka yang ambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
  5. Mencegah perlcche - juga dikenali sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah(glossitis), nafas berbau
  6. Meredakan alahan

Kenapa Pilih B-Complex Shaklee?

  • Vitamin B-Complex yang paling lengkap di pasaran - mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B seperti yang dinyatakan dalam RDA
  • Mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • Jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar - mengekalkan keseimbangan
  • Viitamin B-Complex yang hanya RM 0.45 sebiji sehari.

Testimonial (Pengalaman sendiri)

  • Kurang stress - lebih bertenaga, kurang penat akibat tekanan kerja --> lebih banyak susu yang terhasil sebab gembira. Hormon oksitoksin lebih banyak dirembeskan bila kita gembira
  • Tidak lagi ambil panadol jika sakit kepala - cuma ambil sebiji vitamin B-Complex sebagai pengganti Panadol. Walaupun kesannya agak lambat berbanding Panadol, tapi tetap berkesan. Mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan sintetik.
Anda nak cuba? Hubungi saya segera sms, whatsapp 0175598332


Tuesday 4 November 2014

Atasi HB Rendah: Risiko Pendarahan Berlebihan

Assalamualaikum semua. Mungkin selama ni kita fikir kenapa paras Hb amat dititikberatkan semasa hamil? Sedangkan sebelum hamil kita tak pernah tahu paras Hb kita normal atau tidak. Antara simptom utama paras Hb rendah adalah penat melampau. Bila kita cepat penat bermakna kurang oksigen di dalam darah kita. Itulah fungsi utama hemoglobin dalam darah kita, mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. 

Kepenatan melampau tanda HB anda rendah
Semasa hamil, oksigen amat penting bagi memastikan tumbesaran bayi tidak terencat dan mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi bagi sel-sel janin membahagi dengan sempurna. Masa saya mengandungkan Faeezah dulu, tak kenal pun Shaklee lagi. Jadi, masa tu cuma makan ubat yang klinik bagi tapi tak selalu makan pun. Ferrous fumarate nama dia. Bau dia tak tahan derr... Folic acid ok lagi. Sekarang baru tahu yang folic acid saya makan dulu company saya sekarang yang buat. Heee... Bila saya makan obimin, saya cirit-birit plak. tak tahan betul... Huhuhu... Akhirnya saya redah jer makan makanan yang kaya dengan zat besi macam bayam dan kerang.

Risiko pendarahan berlebihan


Selain itu, kekurangan hemoglobin dalam darah juga boleh mengakibatkan darah sukar membeku. Sebab tu boleh jadi risiko pendarahan berlebihan semasa bersalin pula nanti. Ada pengalaman sahabat saya baru ni selamat bersalin. Beliau mengatakan kehilangan darah sehingga 900 ml semasa proses bersalin akibat paras Hb beliau rendah semasa hamil. Kini baru beliau sedar kepentingan hemoglobin terutamanya untuk ibu-ibu hamil. Tapi masalah ini bukan saja dihadapi oleh ibu hamil, setiap individu boleh jadi mengalami HB rendah. Sesiapa pun boleh alaminya.Sekiranya individu tersebut mengalami kemalangan serius, boleh jadi pendarahan yang banyak juga. 

Vitalea Shaklee

Vitalea Shaklee, bukan saja multivitamin pertama yang dicipta. Malah, kandungan multivitamin turut diformulasikan bersama zat besi bagi memenuhi keperluan diet seharian kita. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting. Setiap tablet diselaputi serbuk spirulina (sebab tu tabletnya berwarna hijau), merupakan tablet multivitamin yang paling pantas larut dalam air dan terpantas diserap oleh tubuh. Malah, ramai yang dah cuba Vitalea Shaklee ini untuk mendapatkan paras HB normal. Antaranya anda boleh klik di sini.

Kajian klinikal

Ujian klinikal telah membuktikan bahawa dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vitalea juga telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Vitalea Shaklee

Fakta Nutrisi Dalam Vitalea Shaklee


  1. Vitamin A - kesihatan mata, kulit, antioksida, melawan kanser, cegah rabun malam.
  2. Vitamin D - Membantu mengukuhkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
  3. Vitamin E - antioksida, kepejalan kulit, kulit berseri, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, baik untuk sistem reproduktif lelaki
  4. Vitamin C - antioksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan ketahanan sistem imun, mencegah selsema, gusi berdarah, hidung berdarah, darah beku
  5. Asid folik - kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, penghasilan sel darah merah, anemia, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit
  6. Vitamin B1 - menukarkan makanan kepada tenaga, menguatkan memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang pengaliran darah, masalah keresahan, mabuk laut/darat
  7. Vitamin B2 - tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak,kekejangan
  8. Vitamin B3 - tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
  9. Vitamin B6 - metabolisme protein, membaiki otot, mengurangkan senggugut, penenang, elakkan muntah-muntah, bibir kering, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
  10. Vitamin B12 - membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, kecerdasan otak, fokus, elakkan anemia, keletihan, keresahan
  11. Biotin - membantu B-complex berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
  12. Vitamin B5 - meredakan tekanan, mengelakkan sembelit, keletihan, artritis,mencegah jangkitan, percepat penyembuhan luka
  13. Kalsum - membantu menguatkan tulang dan gigi, kebas, kejang, insomnia
  14. Fosforus - meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, anoreksia
  15. Iodin - baik untuk tiroid, tingkatkan IQ kanak-kanak, membina ligamen/tisu otot, mengawal berat badan
  16. Zat Besi - membentuk hemoglobin, meredakan PMS, anemia, mengelakkan keletihan
  17. Magnesium - kesihatan tulang dan gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, penenang semulajadi, sakit jantung, buah pinggang, batu karang, hati dan masalah penghadaman.
  18. Copper - membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema
  19. Zink - menguatkan sistem imun, membantu penyembuhan luka, meningkatkan keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, membaiki deria rasa dan bau, menajamkan minda
Sila pandang serius hal ini. HB rendah boleh mengakibatkan risiko pendarahan berlebihan. Jangan takut untuk mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi. Hubungi saya sekiranya anda berminat ingin cuba Vitalea atau mana-mana produk Shaklee.

Dilakazuha
0175598332
dilakazuha@gmail.com






Jom join segmen bloglist saya, klik --> sini



Cukup ke Dengan Hanya 2 oz Susu?

Assalamualaikum semua... Hari ni saya nak share pengalaman saya sendiri sepanjang menyusukan Faeezah. 5 Nov ni genap sudah setahun 10 bulan saya menyusukan dia. Pada permulaan selepas melahirkan dia, saya tidak mengalami sebarang masalah. Cuma mungkin kerana saya ceaser, jadi saya tak boleh nak pangku dia sangay. Dan saya belajar menyusukan secara berbaring. Dengan cara tu saya lebih relaks dan Faeezah pun lebih pandai latching begitu. Mula-mula tu saya tak pandai bagi sebelah kanan, agak kekok rasanya sehingga agak bergantung pada cik B sebelah kiri. Tapi saya tetap bagi belah kanan cuma belah kiri jadi lebih banyak. Hehehe...

Susu sikit tak cukup?
Saya mula mengepam selepas sebulan berpantang. Masa tu nak mula kumpul stok bila dah nak naik kerja. Setiap kali mengepam saya berjaya kumpulkan sekurang-kurangnya 2 oz. Itu satu kejayaan besar untuk saya walaupun orang lain dapat lebih banyak dari itu. Saya cuba pam setiap 2 jam, atau selepas menyusukan Faeezah. Waktu malam pun saya pam dan buat juga power pumping. Sehingga satu tahap nipple saya merekah. Masa tu saya slow down mengepam dan cuma kerapkan direct feeding pada Faeezah. Tiap kali saya sapu dengan susu saya pada nipple yang merekah dan ianya pulih dengan cepat. Permulaan saya, hanya 2 oz sahaja!

Sampai dah naik kerja pun, tekanan semakin hebat. Chemical testing dan microb testing setiap hari berkejar. Kerja banyak, badan letih, masa mengepam terhad dan saya memang rushing! Bila susu yang dipam setiap hari mula tak mencukupi, stok susu saya pula semakin surut. Akhirnya saya ambil langkah untuk mencuba Alfalfa Complex. Saya juga turut amalkan minum air masak 3 liter sehari, petua menambah susu badan yang lain serta amalkan zikir Ya Mattin 70x semasa mengepam. Saya terus betulkan mindset saya yang susu saya akan tetap mencukupi dan keep positive!

Selepas cuba selama 2 minggu, hasil mengepam saya mula nampak perubahan. Saya mula dapat 4 oz tiap kali sesi mengepam. Kemudian, ada tika saya boleh dapat sampai 7 oz. Bagi saya yang bermula dengan hanya 2 oz, ianya satu kejayaan yang amat besar untuk saya. Syukur alhamdulillah. Stok susu saya pun semakin bertambah dan saya tetap kekal dengan rutin harian saya.

Cukuplah dengan kejayaan saya ini membuatkan saya jatuh cinta dengan Shaklee. Selepas itu baru saya cuba satu-persatu produk Shaklee yang lain. Anda boleh baca experience saya di sini dengan bermula hanya set basic dan sini untuk lihat perbandingan set asas dan full set milkbooster Shaklee. Dengan percubaan saya dengan produk Shaklee dah berjaya menyelamatkan kewangan saya dan improve kesihatan saya. Jimat banyak tanpa perlu beli susu formula dan bergantung sepenuhnya pada susu ibu. Badan juga lebih cergas dan rasa kurang stress.

Dengan hanya bermula dengan 2 oz, saya masih meneruskan lagi penyusuan ibu untuk Faeezah dan masih lagi teruskan mengepam. Memang niat saya sejak bersalin nak susukan Faeezah sehingga dua tahun. Saya tahu mungkin ramai ibu di luar sana yang rasa 2 oz susu itu amaun yang sedikit tapi percayalah itu rezeki untuk anak awak dan pastinya ia mencukupi. Anda hanya perlu kerapkan mengepam untuk cukupkan amaun yang anak anda perlukan. Struggle? Yes, and go for it! Itu yang saya lakukan sehingga kini.

Nasihat saya untuk ibu-ibu dan bakal-bakal ibu, pasang niat ingin menyusukan anak anda sehingga dua tahun dan pasti anda akan berusaha sekuatnya untuk penuhi azam anda itu. Berlaburlah sedikit untuk mendapatkan supplemen Shaklee sebagai milk booster anda dan pasti anda lebih jimat banyak dalam jangka masa panjang.

Jika anda ingin mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi mengenai produk Shaklee dan penyusuan, boleh hubungi saya pelbagai cara seperti berikut:

Fb/Twitter/Instagram: Dila kazuha (pls follow me ya..^^)

Page: Mamamiashoppe (pls Like my page..^_~)

Tel/SMS/WHATSAPP/WECHAT : 0175598332 
Emel: dilakazuha@gmail.com

P/S: Jangan lupa join segmen bloglist saya klik --> sini

Monday 3 November 2014

Resepi Ubat Demam Buatan Sendiri yang Sedap

Assalamualaikum semua.. Hari ni saya nak share satu resepi yang mudah. Haa ubat ni saya tak buat kat lab ye, dan dijamin 100% semulajadi dan sedap. Yang kat lab tu drugs punya, dan formula saya tak boleh dedahkan lar.. hehehe... Sebab boleh dibuat dimasak sendiri kat dapur. Hehehe.. Actually saya share resepi ni dari seorang  kakak yang saya kenal melalui Twitter. Saya tak kenal pun, tak pernah jumpa tapi kakak nih suka sangat share topik-topik yang menarik. Perkara pertama yang kami bincang kat Twitter masa awal perkenalan kami adalah tentang breastfeeding.

Kakak ni seorang pakar homeopati, seorang doktor pHD dan bekerja di United Kingdom. Mempunyai 6 orang anak dan kini sedang hamil yang ke-7 pula. Antara anaknya ada yang kembar. Seronok bila dia bercerita pasal keluarga besar dia. Kakak ni pun orang Sarawak, cuma sekarang menetap di UK. Suaminya pula berketurunan Jawa. Maka kami ada sedikit persamaan di situ. Hehehe... Katanya anak ketujuh ni nak buat home-labor, means bersalin di rumah dengan bantuan pakar bidan. Rasenya di UK tak menjadi masalah isu ni. Resepi ni adalah hasil perkongsian beliau di Twitter. Masa tu Faizal demam dan esok tu Faeezah plak demam. Alhamdulillah dua-dua cepat kebah lepas saya buat ubat ni selain daripada bantuan supplemen juga. Heeee~

Resepi Ubat Demam Buatan Sendiri


Bahan-bahan (sukatan ikut suka sendiri ya..saya pun main campak aje):

  • Halia
  • Kulit kayu manis
  • Bawang putih (banyak)
  • Bawang merah
  • Daun seleri (celery - pun kena banyak)
  • Lobak merah
  • Cili 
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Rempah sup (option)
  • Sup bunjut (option)

Cara-caranya:

  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, lada hitam dan lada putih sehingga naik bau. Kalau nak tambah rempah sup atau sup bunjut tumiskan sekali. 
  2. Masukkan air atau air stok ayam. Saya lebih suka guna stok rebusan sayuran. Tak suka sangat guna ajinomoto. 
  3. Masukkan daun seleri dan lobak merah. Boleh juga ditambah ibu kentang atau cendawan, ikut kesukaan anda. Biarkan sehingga empuk.
  4. Masukkan daging ayam dan masak sehingga mendidih. Pastikan daging ayam betul-betul masak.
  5. Boleh taburkan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan. Boleh juga ditambah bawang goreng. Siap! 
  6. Extra: Titiskan beberapa titik minyak kelapa dan minyak habbatussauda untuk lebih POWER! 

ubat-demam
Chicken soup for the soul

Hahaha... betul tu. Sebenarnya ubat ni adalah sup ayam dan sayur yang biasa jer.. Saje buat propa boleh buat ubat batuk sendiri kan... Hikhikhik.. Cumanya saya nak tekankan bahan yang penting dalam sup ni adalah BAWANG PUTIH dan SELERI. Kenapa? 

Bawang putih - kaya dengan antioksidan dan terkenal dengan sifat antibakteria serta antiviral. Sangat berkesan dalam merawat batuk dan selsema..

Kulit kayu manis - juga tinggi dengan antioksidan dan bersifat antiseptik. Sekiranya anda mempunyai luka kecil, boleh sapukan sedikit serbuk kulit kayu manis. In shaa Allah cepat sembuh.

Daun seleri - sayur yang jarang-jarang orang nak makan. Tapi saya sangat suka. Juga merupakan salah satu antiviral yang kuat.

Pada sesiapa yang tak suka bawang putih tu, mungkin sebab bau dia yang kuat atau rasanya yang tidak menyenangkan untuk anda, anda ada alternatif lain iaitu Garlic Complex dari Shaklee. 


garlic-shaklee
Garlic Shaklee

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti berikut:

Dilakazuha
0175598332
dilakazuha@gmail.com

p/s: Jangan lupa join segmen bloglist saya, klik --> sini

Betapa Bestnya Bisnes Shaklee

Assalamualaikum semua... Hari ni saya teruskan lagi cabaran GegeBlog saya, bukan CoolBlog ye kawan-kawan. Hehe.. Ramai juga yang tanya saya soalan berkenaan tajuk saya ni.

"Best ke bisnes shaklee ni?"
"Shaklee ni MLM kan? Boleh untung ke?"
"Mana kau dapat modal?"
"Tak penat ke buat bisnes shaklee ni?"
"Ko kan dah keje, nape nak buat shaklee plak?"


Ini antara soalan-soalan lazim yang selalu saya dapat juga terutamanya dari rakan saya sendiri. Jawapan saya mudah saja untuk soalan-soalan mereka. Sebab bisnes Shaklee ni ADIL, sebab tu best buat bisnes ni. Adil macam mana tu? Ada hakim ke? Haha tade la sampai pakai hakim plak kan.. Memang betul Shaklee menggunakan konsep 'direct selling' atau MLM sebagai kaedah sales dan marketing mereka. Bukan semata-mata menguntungkan upline anda dan downline terpaksa berhempas pulas pula. Dalam sistem bisnes Shaklee, siapa yang berusaha dia yang dapat hasilnya. Jika downline lebih kuat berusaha, lagi banyak sales dari upline dia maka downline dia yang akan dapat lebih banyak bonus, dan boleh naik ranking terlebih dahulu berbandimg upline dia. Faham tak?

Soal tentang untung, tengok dari segi mana yang korang pandang untung tu. Bonus? Setiap tengah bulan Shaklee akan bagi bonus berdasarkan nilai uv (unit value) yang telah dikumpul sepanjang sebulan yang lepas. Syarat untuk dapat bonus cuma kena dapat 150uv. Lagi banyak uv lagi banyak bonus yang korang akan dapat. Uv untuk setiap produk adalah berbeza dan bergantung pada produk yang telah berjaya korang jual sendiri. Sekiranya korang ada downline, korang layak untuk dapat bonus leadership. Belum masuk car bonus lagi tiap bulan Shaklee bagi cash. Shaklee tak bagi kereta, so pandai-pandai la korang bayar duit kereta korang dengan car bonus tu ye... Tu belum lagi insentif lain-lain yang Shaklee akan bagi, ikut suke deme nak bagi bonus ape bulan tu. Sebagai SID kita grab saje peluang yang dah diberi. Hehehe... Nak lagi untung, bila kita dapat kenal orang-orang yang hebat. Orang-orang yang terlebih dahulu makan asam garam bisnes Shaklee dan telah berjaya membuktikan yang bisnes Shaklee mampu membawa kita lebih jauh, bukan sekadar bebas kewangan seperti PM Cery, Lady boss Lyna Noh dan Mami Hadha wahmilicious. Mereka telah membuktikan dengan usaha gigih tanpa putus asa pasti boleh berjaya. Selain tu lagi, ilmu yang tak dapat dibeli. Ilmu pemakanan, ilmu nutrisi, ilmu perubatan, ilmu perniagaan, ilmu pengurusan masa. Tu semua ilmu yang tidak ternilai harganya. Mungkin jika saya tak terjebak dengan shaklee, saya sendiri tak ambil kisah tentang nutrisi dan diet pemakanan saya serta keluarga saya.

Modal?? Lorhhh...bukannya mahal sangat pun. Cuma RM65 saja seumur hidup. Ade lagi bisnes MLM lain yang lebih tinggi modalnya. Dengan modal serendah tu, tak perlu simpan stok pun. Mudah je kan bisnes shaklee ni? Korang dapat beli semua produk shaklee dengan harga ahli. Jimat sehingga 20% daripada harga retail taw. Kalau ada di antara korang yang dah jadi regular customer shaklee, lebih baik jadi ahli terus kan? Boleh lagi jimat, dan boleh dapat bonus lagi walaupun hanya untuk makan sendiri.

Penat?? Haaa yang ni soalan cepumas name dia. Cuba korang tanya soalan ni kat orang yang dah berjaya macam Robert Kiyosaki ke.. cuba tanya dia penat tak nak capai apa yang dia dah capai sekarang? Nak capai puncak kejayaan bukan mudah, banyak sangat halangan. Tiap orang tak sama halangannya. Apa yang membezakan sekuat mana usaha kita. Saya pun tak nak mudah putus asa. Masih jauh lagi perjalanan saya dengan Shaklee ni.

Ya, memang saya sudah ada pekerjaan tetap. Tapi berapa sangat la gaji saya sekarang ni. Memang saya bersyukur saya ada pekerjaan tetap sedangkan masih ramai yang bergelut nak dapatkan kerja di luar sana. Cukup-cukup makan saja dan nak menyimpan tu tak dapat banyak. Jadi saya buat part time shaklee sebab saya nak ada banyak duit simpanan untuk masa depan anak-anak saya kelak. Saya tak nak mereka susah, sebab saya juga tak pernah susah. Ibu bapa saya penuhi kehendak saya seadanya. Jadi, saya pun nak buat macam tu untuk anak-anak saya. Masukkan mereka ke sekolah yang bagus, biaya pengajian mereka tanpa perlu buat pinjaman. Kalau dapat biasiswa lagi bagus, macam saya dulu dapat biasiswa JPA. Jadi tiada hutang pengajian pun dan tak bebankan ibu bapa sangat. Lagipun, kita pun tak tahu berapa lama kita hidup. Mungkin esok lusa Tuhan dah panggil kita untuk menghadap-Nya. Ini semua berkaitan dengan persediaan untuk masa depan dengan ekonomi yang semakin mengikat perut kita.

Jom sertai bisnes Shaklee

Kesimpulannya, bisnes Shaklee ni best sebab produknya yang berkualiti dan diyakini ramai. Syarikat yang stabil dan kukuh lebih 50 tahun. Shaklee sendiri melaburkan berbillion us dolar hanya untuk kajian produk mereka. Memandangkan saya sendiri juga di dalam bidang R&D, terdapat pelbagai aspek terutamanya ujian klinikal yang perlu dilakukan untuk setiap produk mereka. 

Ok cukup cukup sudah. Jadi, berminat nak jadi ahli shaklee dan serius berbisnes?? Jom daftar dengan saya dan saya akan tunjukkan caranya. Semuanya telah tersedia cuma anda saja yang perlu serius untuk melaksanakannnya! Berusaha untuk capai impian anda bermula dengan Shaklee. ^_^

Dilakazuha
0175598332

p/s: Jangan lupa join segmen bloglist saya, klik --> sini



Saturday 1 November 2014

Siapa saya?? Pengedar Sah Shaklee Bangi, Kajang, Nilai.

Assalamualaikum semua... Setelah buat keputusan nak join cabaran blogging dari neni jiha saya, makanya saya akan cuba juga penuhi komitmen saya. Hehehe... Saya nak share juga la sedikit sebanyak latar belakang saya. Macam mane saya boleh terjebak dengan Shaklee ni walaupun permulaan saya cuma hanya makan untuk diri sendiri jer. Tak sangka pula nak serius berniaga. Heee...


Sayalah Dila kazuha, mama Faeezah^^

Nama penuh saya, Nor Fadzilah tapi lebih dikenali sebagai Dila kazuha. Kenapa saya ada gelaran kazuha tu? Haaa korang baca kat entri saya kat sini ehh.. Masa mengandungkan Faeezah tahun 2012, saya tak kenal pun Shaklee. Padahal mase tu orang kate dah femes produk shaklee masa tu. Masa mengandung saya cuma amalkan supplemen Salindah, dan alhamdulillah saya tak banyak masalah sangat. Hb pun ok sebab saya tibai makan kerang dan sayur bayam banyak-banyak. Heee...Lepas bersalin, masa berpantang pun tak kenal lagi shaklee. Sedangkan kakak ipar saya adalah ahli shaklee. Dia ada cerita juga pasal ESP tapi mungkin masa tu saya belum terbuka lagi nak cuba dan susu pun okay lagi masa tu.

Semuanya bermula lepas kena naik kerja balik lepas berpantang. Kerja di sebuah syarikat pharmaceutical di bahagian makmal. Environment kerja saya, dikelilingi chemical dan beban kerja yang banyak. Ke sana sini buat testing. Turun naik tingkat tiga. Sudahla saya bersalin ceaser. Tapi saya terpaksa juga, dah name pun kerja kan? Letih, penat tak payah cakap..dengan kurang staff lagi. Susu badan mula merudum dan stok susu yang saya buat masa pantang semakin sedikit.

Saya tak putus asa. Tetap teruskan mengepam, minum air masak 3 liter sehari dan juga power pumping. Lepas diperkenalkan dengan Alfala complex disertai dengan vitamin B-complex, selepas 2 minggu baru saya nampak kesannya. Setiap orang berbeza nak nampak kesan. Ada yang cepat, ada yang lambat. Yang penting kena sabar dan teruskan berusaha. Terus jatuh cinta!! Very true. I was saved. Syukur alhamdulillah!! Sebab tu saya tak ragu-ragu dengan produk shaklee ni. Selain halal, selamat dan yang penting BERKESAN. Kalau ada yang kata tak berkesan tu, cek balik cara makan dan aturan makan korang ye... Konsultasi tu penting untuk setiap customer. Korang beli produk tu dah bayar skali taw untuk servis konsultasi free seumur hidup. Kalau ada SID yang mintak caj korang maki jer dia balik. Hahaha... Melainkan korang mintak konsultasi daripada SID lain, bukan beli dari SID tu. Haaa yang tu SID tu berhak la nak caj. Tapi kalau boleh bagi free tu kira bagus la kan... Heee... 

Memandangkan rumah saya di Apartment Intana Ria 2, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi so saya boleh buat COD sekitar Bandar Baru Bangi, Bangi Lama, Kajang dan Putrajaya. Lagipun saya kira dah biasa sangat kawasan Bangi tu sebab dari dulu study kt UKM jer.. Dari study sampai da kawen da ada anak pun masih di Bangi lagi. Hadoyaiii... saya rasa selesa kat sini kot. Hehehe... Sekarang pula tempat keje saya di Nilai. Nak COD Nilai pun tade masalah. Setiap kali waktu rehat time lunch atau lepas balik keje pun boleh pegi COD juga. 

Eh yang jauh-jauh tu jangan la risau..saya boleh buat PENGEPOSAN ke seluruh Malaysia. Order hari ni in shaa Allah esok juga saya pos kalau barang dah ready stock sebab pejabat pos laju dekat sangat dengan kilang saya pun. Kalau saya tade stok pun susah apa, Shaklee boleh hantarkan terus juga. Ke ceruk mana pun boleh sampai. Cepat atau lambat saja la. Kalau duduk di tengah pedalaman lambat sikit la sampai. Mungkin ambil masa 2-3 hari untuk barang sampai.

P/S: untuk certain area untuk COD saya boleh pertimbangkan juga. 
  1. Serdang/Sg. Besi/Uniten/UPM
  2. Sentul/Batu Caves - rumah mertua (boleh kata setiap minggu ke sana)
  3. Ipoh - rumah mama saya (sebulan sekali mesti balik)
  4. Sri Gombak - rumah kakak saya yang tiap kali singgah jika saya balik Sentul
  5. Pusat Darah Negara - Faizal selalu ada kerja kat sana (repair machine)
  6. Jalan Duta - office Faizal

"Wahai para penduduk Bangi, Kajang, Putrajaya dan Nilai... Hubungi saya segera sekiranya anda ingin dapatkan produk Shaklee dalam kadar yang PANTAS. Zasss zasss!! Yang jauh-jauh tu, jangan khuatir! Saya akan poskan zass zass jugak. Hehehe..."


pengguna-shaklee
Kami pengguna setia Shaklee

Senang jer nak ingat saya. unik. 

Dilakazuha.

Boleh call/sms/whatsapp/wechat: 0175598332

Of kos, prefer whatsapp - fast response.

P/S: Jangan lupa join segmen bloglist sata klik --> sini