Friday, 28 February 2014

INFO: CUKUPKAH SUSU ibu untuk bayi kamu?

Assalamualaikum... Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini ya Allah..:)

Hari ni sy nk berkongsi tentang info penyusuan ibu. Macam mne korg nk taw yg baby korg ni dpt susu cukup ke x?? Ofkos sbb kte breastfeed kte xtaw brape oz yg baby da minum kn? klo pakai botol sng je la nk taw kn..? 

Tahukah anda? 
Jumlah susu yg diperlukn mengikut umur :)

Okeh2 korg bleh taw baby korg dpt CUKUP susu atau tak melalui beberapa PEMERHATIAN. Antaranya:

  1. Hisapan bayikorang tgk cara baby korg hisap.. kalau dye berhenti kejap setiap kali menghisap, maksudnya dia dapat susu yg banyak dan sedang menelan susu tu. Kalau berulang mcm ni (hisap n telan) for few minutes korang akan yakin yg baby dapat susu dgn banyak.
  2. Buang air besar - untuk permulaan, najis bayi berwarna hijau gelap dan melekit yg dinamakan 'mekonium'. Pada hari ketiga, najis akan jadi lebih cair dan kekuningan. Bayi berusia di bawah enam minggu perlu membuang air besar sekurang-kurangnya 2-5 kali dalam tempoh 24 jam. Jika terlalu jarang membuang air, sistem penghadamannya mungkin sudah kukuh. Jika najis yang keluar setiap kali membuang air besar adalah sedikit jumlahnya, bayi akan lebih kerap membuang air besar, mungkin melebihi lima kali dalam tempoh 24 jam. Jika najis terlalu sedikit, berwarna hijau, kelihatan cair dan kerap pula membuang air kecil, Ini mungkin menunjukkan baby xdapat susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk) dgn seimbang. Tapi myb jugak sbb baby alami sindrom susu terlebih. Kes mcm ni jadi sbb kerap tukar breast mase tgh menyusu.  Oleh sbb itu, baby hanya dapat susu cair di peringkat awal penyusuan dan tidak mendapat susu yang pekat dan kaya dengan lemak yang hanya didapati di akhir penyusuan. Anda boleh atasi masalah ini dgn susukn baby anda pd sebelah breast sahaja dlu sehingga breast rase lembut dan baby stop menghisap dan menelan. Then, baru offer yg sebelah lagi. Kalau baby dah tertdo cuba kejutkn dye and offer lagi. Kalau dia hisap and tertdo blk tape it's ok. Kalau dye da tdo lena or da reject offer kte tu tak ape. Mommy boleh pam and simpan dalam peti sejuk. And kalau susu anda mmg banyak n melimpah ruah (alhamdulillah rezeki anak tu..) biasakan bagi sebelah breast jer. Walaupn orang2 tua selalu pesan bagi dua2 belah (kalau x nanti breast besa seblah katenye...hmmm yekew?? haha). Macam kes tadi jugak, mommy boleh pam n simpan. Yang penting, biarkan baby anda menyusu sepuas-puasnya. Biasanya, bayi yang berusia lebih dari tiga minggu, tidak lagi membuang air besar dengan kerap. Kadang2 dorg tidak membuang air dalam tempoh beberapa hari, tanpa adanya tanda-tanda akan terkena sembelit. Jika bayi kelihatan sihat dan riang, perkara ini adalah normal untuk baby yg breastfeed. (Kalau baby yg minum susu tepung lain kes yer...)
Tahukah anda?


kiri (foremilk), kanan (hindmilk)

 Susu yang keluar di peringkat awal penyusuan ialah susu pertama (foremilk) yang kaya dengan protein dan air, manakala susu yang keluar di akhir penyusuan ialah susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan lemak.

3. Membuang air kecil Baby yg brusia bwh 6 minggu sepatutnya buang air sebyk 7-8 kali sehari. Korg bleh cek pampers dorg la..sehari tukar brape kali n berat x tiap kali tuka tu.. biasenye 5-6 kali jugak tukar. Pada permulaan myb sikit lagi sbb mnum pn xbyak lg kn... kalau baby yg dah besar tu da kurg buang air tapi skali buang tu byk la plak kn sbb pundi kencing dorg da matang... Urin baby ni biasenye jernih la n berbau sikit.

KENALPASTI PUNCA MASALAH DAN PENYELESAIAN

Mommies semua harus dapatkn segera bantuan sekiranya: 
· Bayi kurang membuang air kecil selepas hari ketiga kelahirannya
· Hisap bayi amat perlahan, lemah dan mengantuk setiap kali diletakkan di payu dara 
· Najis bayi masih berwarna hijau walaupun melepasi hari kelima kelahirannya
· Bayi tertidur di payudara sebelum menghisap susu dengan bersungguh-sungguh.

Bagaimana mendapatkan bantuan?
Kebanyakan masalah boleh diselesaikan dengan mudah, menggunakan nasihat dan cara yang betul. Bagaimanapun, sesuatu masalah lebih mudah diatasi, jika bantuan dan nasihat diperolehi lebih awal. Carilah ilmu penyusuan ibu dari mula hamil lagi. Korg bleh juga konsult dgr pakar laktasi tentang masalah anda. 

INGAT!! Allah S.W.T telah menyebut di dalam Al-Quran:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Wallahua'lam... 

"SHARING THE GOODNESS"

Related Posts:

  • misteri kehilangan MH370 di Lautan HindiAssalamualaikum dan selamat pagi semua... Hari ini keadaan suram dan sedih menyelubungi seluruh rakyat Malaysia dan terutamanya ahli keluarga para penumpang dan krew pesawat MH370. Malam td kte semua  telah dikejutkan dg… Read More
  • Segmen Mencari Bloglist by Eppy Ismail ^_^ Saje2 join contest nih... x salah mencuba!! first time nih... Jom korg sume join jugak! leh tambahkn follower blog korang...n blog sy of course~!! hehehehe.. and sy pun suke blogwalking. ^_^ cara nk join? klik sin… Read More
  • INFO: antara UBAT, SUPPLEMEN dan AIRAssalamualaikum semua... Kat sini saya nak share pengalaman dan pengetahuan saya dalam bidang farmaseutikal nih. Mungkin kt luar ramai yg sangkakan ubat hospital adalah yg terbaik. Ade jugak yg jenis lagi suke mkn ubat dari … Read More
  • Tips kulit sihat: LEMON remedi JERAWAT??Assalamualaikum semua..alhamdulillah kite masih brpeluang bernafas menikmati nikmat hari ini.. hari ni nk share skit tips kecantikan yg sy sndri pun nk cuba nti. Sindrom PMS la nih...byk plak yg naik. Tmbh faktor stress lagi.… Read More
  • my Precious: anak setahun TIDUR LEWAT!Assalamualaikum semua... hari ni nk share skit psl hal yg terjadi malam td. Aduhai anak mama sorg nih...nur faeezah damia, setahun 2 bulan dah...nak msk 3 bulan da pun.  Malam td punye degil xnk tdo. Mse tu da pkul 12 k… Read More

0 comments:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^