Showing posts with label AJHT. Show all posts
Showing posts with label AJHT. Show all posts

Thursday, 5 February 2015

Promosi Fabolous Februari 2015

Assalamualaikum semua. Bertemu kembali kita hari ni. Ya, orang-orang wilayah sedang enak bercuti kita yang bekerja ini haruslah bekerja walaupun takde mood sebenarnya. Sekarang di tempat kerja asyik rasa nak berperang aje. Balik rumah pun rasa macam nak berperang jugak sebenarnya. Sabar sabar... sekarang ni memang emosi mudah terganggu betul. Nasib baik hari-hari ambil vitamin B-Complex, kurang la sikit rasa stress tu. Heee..

Ni saya nak gebang sikit, promosi Shaklee bulan Februari ni memang gegar meletopsss habis punya. Banyak betul produk yang promo, rugi sangat-sangat kalau tak grab peluang ni. Sebab tu namanya Promo Fabolous Februari!!! Produk promo pada bulan ini adalah Vitalea with Iron Formula, Vitalea for Kids, Ostematrix dan Advanced Joint Health Tablet (AJHT). Gila tak menarik nih?? Hehehe...

Promosi Fabolous Februari oleh Shaklee

Dengan setiap pembelian 6 botol percuma 1 botol:

Dengan setiap pembelian 3 botol percuma 1 botol:
1. Vitalea for Kids
2. AJHT

Promosi bulan Februari 2015

Haaa.... golongan-golongan mak buyung macam saya ni memang suka laa promosi bulan ni..sesuai sangat vitamin untuk ibu hamil~ vitalea dgn ostematrix ni memang vitamin harian saya selain daripada vitamin B-Complex dan Omega Guard. Untuk tambahan saya ambil juga vitamin C Sustained Release.

Pssttt..yang bukan golongan mak buyung pun boleh saja consume vitamin ni semua. Nama pun supplemen kan, makanan tambahan harian. Macam saya ni memang tengah kurang selera makan, kurang makan nasi sekarang ni. Jadi memang perlukan vitamin ni bukan saja untuk nutrisi saya, untuk perkembangan anak dalam kandungan juga. ^^

Monday, 1 December 2014

Ubat Sakit Sendi Berkesan dan Terbaik di Pasaran

Assalamualaikum semua. Sebelum ni saya banyak cerita yang mama saya consume AJHT untuk membantu mengelakkan berlakunya sakit sendi terutamanya lutut yang dialami secara tiba-tiba. Mama saya kategori yang jarang-jarang sakit juga la. Bila sekali mama dah kena 'serangan' sakit lutut terus saya suruh mama makan AJHT ni. Alhamdulillah lepas mama rajin ambil AJHT setiap hari tiada lagi serangan sakit lutut. Sekurang-kurangnya AJHT membantu MENGELAKKAN berlakunya sakit sendi pada mama saya. Ianya terbukti apabila mama masih mampu solat secara berdiri dan melakukan ibadah haji dengan sendiri.

Sakitnya lututku >_<

Kandungan Advanced Health Joint Tablet (AJHT)


AJHT merangkumi beberapa komponen utama di dalam setiap tabletnya seperti berikut:
  1. Ekstrak Boswellia yang terkenal digunakan di dalam rawatan Ayurveda untuk rawatan kesihatan sendi.
  2. Glucosamine, antara komponen utama pembentukan dan membantu penyembuhan rawan sendi yang diekstrak daripada jagung serta meningkatkan efek kusyen kepada sendi. *kebanyakan glucosamine di pasaran diekstrak daripada kekerang.
  3. Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C - komponen sampingan yang membantu meningkatkan penyerapan esktrak Boswellia dan glucosamine oleh bahagian sendi
Semua kandungan di atas hanya terdapat di dalam satu tablet!! Mudah kan? Untuk kesan yang terbaik, boleh add on Ostematrix sebagai sumber kalsium anda untuk menguatkan tulang dan meningkatkan jisim tulang serta Omega Guard bagi membantu memulihkan radang sendi dengan lebih baik.


set sendi shaklee
Set Kesihatan Sendi

Golongan yang Memerlukan AJHT

  • Warga emas - kebiasaan warga yang lebih berusia seperti mama saya akan lebih terdedah untuk mendapat sakit sendi dengan lebih kerap akibat kekurangan nutrisi dari sejak zaman muda lagi. Kesihatan semakin merosot seiring dengan peningkatan usia.
  • Ahli sukan - kebanyakan atlet atau ahli sukan yang aktif amat memerlukan AJHT ini sebagai persediaan untuk mengelakkan berlakunya sakit sendi terutamanya mereka yang aktif bermain bolasepak, futsal, badminton dan sebagainya yang memerlukan kekuatan sendi untuk bermain serta mudah tercedera di bahagian-bahagian sendi. Kalau dah sakit lutut, sakit bahu macam mana nak main? Betul tak? Kalau yang cari makan dengan cara ni, lagi teruk kan?
  • Orang yang suka melancong - sudah tentu orang yang suka travel, berjalan sana sini lebih terdedah untuk dapat sakit lutut ni... tak kiralah muda atau tua. Kalau dah nama pun melancong, mestilah banyak berjalan kan? Takkan nak duduk kat dalam hotel jer.. Kalau kita melancong ke negara yang sedang alami musim sejuk lagi mudah mendapat sakit lutut. Suhu yang amat sejuk lebih mudah meresap menyucuk tulang kita. Oleh itu, bagi golongan traveler ni bersiap-sedialah membawa bekalan AJHT setiap kali keluar melancong ya~~
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan produk ini, boleh klik saja di ikon 'Buy Now' di sidebar. 


Tapi, tunggu dulu!!

Nak harga lebih keboommm?? 

SMS atau whatsapp saya terus di 0175598332.
PM di Facebook pun boleh. 

Friday, 24 October 2014

Mama Pulang Dari Tanah Suci

Assalamualakkum semua... Minggu lepas mama saya dah selamat tiba dari Tanah Suci. Alhamdulillah syukur.. Hampir 90% jemaah haji mengalami batuk dan selsema. Ramai juga yang pakai penutup mulut tu. Perubahan cuaca gamaknya. Kadangkala hujan juga di sana. Nasib baik ada bekalkan mama Vitamin C Sustained Release dan Nutriferon, takde la teruk sangat batuk dan selsema mama. Kak Timah (wife sepupu saya) sampai hilang suara akibat batuk. Mama kata dalam bilik hotel macam dah berlawan-lawan batuk sape paling kuat. 

Penerbangan mama tiba dalam pukul 845 malam. Kami tahu mama mesti keluar lambat. Gerak dari Bangi pun lepas Isya'. Bukan jauh sangat pun dari Bangi. Hehe.. sementara tunggu mama keluar sempat lagi shopping baju Faeezah. Kat tepi tu ade bukak booth jual baju budak-budak plak. Murah jugak la. Sehelai RM5, RM7...ok la tu. Comel-comel jer coraknya. Oh ye..beshtie saya pun baru selamat bersalin, belikan juga hadiah untuk baby dia. Heeee...

3 Generasi
Rasenye dekat pukul 930 baru mama keluar. Ya Allah rindu betul dekat mama. Terus salam peluk cium mama. Heeee... Wak Timah (mak sedara saya) terus naik flight balik Penang malam tu jugak. Sempat salam jer... sementara tunggu tu mama bersembang-sembang kejap dengan rakan sebilik masa kat sane.. Wak pun kena pakai penutup mulut sebab batuk teruk.

Bersama rakan-rakan sebilik mama
On the way balik, mama lapar. Kami pun lapar jugak. Tak sempat makan malam pun tadi. Terus singgah kedai Sup Urat Keting, kedai ni jer yang bukak lagi.. dah pukul 11 malam kot. Heeee... dah la kakak dengan abang saya pun join sekali. Kitorang tak kesah sebab esok kitorang cuti. Harharhar...

Malam tu, mama dan kakak saya bermalam di rumah saya. Riuh dengan suara Faeezah dengan anak-anak kakak saya. Tahniah, dorang tidur pukul 1 pagi kot. Heee... Mama bercerita keadaan semasa di sana. Ada juga jemaah yang tersesat. Ada juga jemaah yang tak mampu nak tunaikan rukun haji terpaksa upah orang. Alhamdulillah mama masih mampu berjalan ke Masjidilharam sejauh hampir 1 kilometer dari hotel, ulang-alik untuk menunaikan solat. Nasib saya suruh mama amalkan AJHT. Lega rasenya sedikit sebanyak dapat bantu mama tunaikan ibadah dengan lancar. Semoga Allah menerima ibadah haji mama tahun ni. Aminnn~

Monday, 6 October 2014

Risiko Pengambilan Ubat TAHAN SAKIT


Assalamualaikum semua. Hari ni saya share sikit ubat paling femes di dunia nih iaitu ubat tahan sakit a.k.a Paracetamol (dikenali sebagai Acetaminophen di USA) dan seangkatan dengannya lah..



Artikel  dari pihak KKM
  • Ubat tahan sakit ini merupakan kategori analgesik. Ada dua jenis iaitu narkotik (which is 'dadah merbahaya') seperti kodein dan morfin, serta bukan narkotik seperti paracetamol dan ubat anti radang bukan steroid (NSAID).
  • Hanya Paracetamol sahaja yang boleh didapati di farmasi (over-the-counter) tanpa preskripsi doktor. Contoh seperti mefenamic acid, diclofenac, ibuprofen dan aspirin.
  • NSAID pula biasa digunakan untuk merawat keradangan, demam dan sakit semasa haid. 
  • GlaxoSmithkline (GSK) merupakan pengeluar Panadol, ubat tahan sakit paling popular dan merupakan innovator bagi paracetamol. Selain daripada GSK, pengeluar ubat yang lain adalah generik bagi Panadol seperti Uphamol, Redamol (ubat dari kilang saya..hehehe), Poro Tablet (ubat dari YSP).
  • Fungsi analgesik: untuk meredakan kesakitan yang dialami seperti sakit kepala, demam, inflamasi

Risiko Pengambilan Ubat Tahan Sakit:


  1. Kerosakan hati - simptom seperti mata dan kulit kekuningan, kerap raaa loya dan muntah, sakit perut, urin berwarna gelap dan kepenatan melampau.
  2. Kerosakan buah pinggang dan pendarahan (jika diambil bersama ubat pencair darah warfarin)

Rawatan Alternatif Selain Ubat Tahan Sakit:

  1. Menggunakan ubat kegunaan luaran seperti ubat sapu, minyak angin, koyok dan sebagainya.
  2. Menggunakan rawatan komplimentari seperti fisioterapi, urut, akupunktur dan teknik pemampatan ais (ice compress).
  3. Pengambilan supplemen semulajadi seperti vitamin b-complex bagi melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  4. Bagi mengatasi keradangan sendi, pengambilan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) mengandungi glucosamine semulajadi bagi memulihkan rawan sendi yang haus.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba mana-mana produk Shaklee, huhungi saya segera untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara percuma seumur hidup. 

Dilakazuha
0175598332 

Monday, 8 September 2014

Persediaan Menunaikan Haji Untuk Mama

Assalamualaikum semua... Lambat plak nk cite pasal ni... Huaaa komited sangat dengan kerja kat lab tu kan....Hari Khamis lepas (4 Sept) mama lapor diri kat Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya. Masa lapor diri pukul 1.30 pagi. Hahaha...bersengkang mata kitorang adik beradik anak beranak semua kat sane taw. Nasib baik jugak sepupu yang pergi sekali dengan mama ada bawak karpet nipis tu..bentang siap bawak makanan lagi. Berpiknik kitorang dekat tepi khemah menunggu tu sementara tunggu masa lapor diri. Ramai sangat orang dalam khemah tu yang kitorang dok luar jer.. panas kot kat dalam khemah tu.


Sementara menunggu di Kelana Jaya


Alkisahnya, sebelum ni memang mama dah consume Omega Guard dan Advanced Joint Health (AJHT). Lagi-lagi sejak mama sakit lutut sampai kena injek dengan doktor and tekanan darah mama tiba-tiba tinggi sampai mama nak pitam. Sejak dari tu memang saya bagi kat mama dua supplemen ni. Alhamdulillah, kesihatan mama bertambah baik dan mama tak lagi ke klinik sebab kedua-dua penyakit ni.

Sebagai tambahan untuk persediaan mama ke Tanah Suci Mekah, saya bekalkan mama dengan multivitamin Vitalea supaya mama lebih bertenaga dan tidak cepat penat. Almaklumlah berjuta-juta umat Islam seluruh dunia berkumpul bagi menunaikan ibadah haji. Selain itu, saya turut bekalkan mama dengan Vitamin C Sustained Release dan Nutriferon untuk boost sistem imun mama. Mana taknya, hari tu juga mama demam, batuk dan selsema. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk meningkatkan sistem imun tubuh tetapi reaksi berfungsi dalam tubuh yang berbeza. Nutriferon lebih spesifik dan terus bertindak pada sistem imun kita manakala vitamin C lebih kepada sistem tubuh yang menyeluruh. (Saya bagi kedua-duanya sebab mama mesti kadang-kadang terlupa nak makan salah satu nanti).



Memandangkan kes wabak Mers-CoV agak tersebar di sana sekurang-kurangnya dapat membantu mama sembuh dengan lebih cepat pun dah cukup bagus. Harap-harap tak sampai seminggu dah baik la. Saya bagi mama tisu peket juga...sebab asyik mengalir je kan.. Hehehe... Sekurang-kurangnya kita berusaha juga untuk sembuh dengan cepat supaya lebih mudah nak tunaikan segala rukun haji nanti. 

Saya tak pasti macam mana nak hubungi mama kat sana sebab mama tak tahu nak tuka simkad Arab yang kerajaan dah bagi siap-siap. Oh ya...banyak juga barang yang kerajaan bagi free kat jemaah haji kali ni. Dulu takde pun macam ni. Segala peralatan dan ubat-ubatan seperti panadol dan glucosamine juga diberikan secara percuma. Mungkin saya boleh hubungi mama melalui sepupu saya yang turut ke sana. Semoga mereka semua mendapat haji yang mabrur. ^_^