Friday, 24 October 2014

Mama Pulang Dari Tanah Suci

Assalamualakkum semua... Minggu lepas mama saya dah selamat tiba dari Tanah Suci. Alhamdulillah syukur.. Hampir 90% jemaah haji mengalami batuk dan selsema. Ramai juga yang pakai penutup mulut tu. Perubahan cuaca gamaknya. Kadangkala hujan juga di sana. Nasib baik ada bekalkan mama Vitamin C Sustained Release dan Nutriferon, takde la teruk sangat batuk dan selsema mama. Kak Timah (wife sepupu saya) sampai hilang suara akibat batuk. Mama kata dalam bilik hotel macam dah berlawan-lawan batuk sape paling kuat. 

Penerbangan mama tiba dalam pukul 845 malam. Kami tahu mama mesti keluar lambat. Gerak dari Bangi pun lepas Isya'. Bukan jauh sangat pun dari Bangi. Hehe.. sementara tunggu mama keluar sempat lagi shopping baju Faeezah. Kat tepi tu ade bukak booth jual baju budak-budak plak. Murah jugak la. Sehelai RM5, RM7...ok la tu. Comel-comel jer coraknya. Oh ye..beshtie saya pun baru selamat bersalin, belikan juga hadiah untuk baby dia. Heeee...

3 Generasi
Rasenye dekat pukul 930 baru mama keluar. Ya Allah rindu betul dekat mama. Terus salam peluk cium mama. Heeee... Wak Timah (mak sedara saya) terus naik flight balik Penang malam tu jugak. Sempat salam jer... sementara tunggu tu mama bersembang-sembang kejap dengan rakan sebilik masa kat sane.. Wak pun kena pakai penutup mulut sebab batuk teruk.

Bersama rakan-rakan sebilik mama
On the way balik, mama lapar. Kami pun lapar jugak. Tak sempat makan malam pun tadi. Terus singgah kedai Sup Urat Keting, kedai ni jer yang bukak lagi.. dah pukul 11 malam kot. Heeee... dah la kakak dengan abang saya pun join sekali. Kitorang tak kesah sebab esok kitorang cuti. Harharhar...

Malam tu, mama dan kakak saya bermalam di rumah saya. Riuh dengan suara Faeezah dengan anak-anak kakak saya. Tahniah, dorang tidur pukul 1 pagi kot. Heee... Mama bercerita keadaan semasa di sana. Ada juga jemaah yang tersesat. Ada juga jemaah yang tak mampu nak tunaikan rukun haji terpaksa upah orang. Alhamdulillah mama masih mampu berjalan ke Masjidilharam sejauh hampir 1 kilometer dari hotel, ulang-alik untuk menunaikan solat. Nasib saya suruh mama amalkan AJHT. Lega rasenya sedikit sebanyak dapat bantu mama tunaikan ibadah dengan lancar. Semoga Allah menerima ibadah haji mama tahun ni. Aminnn~

Related Posts:

  • Cabaran Blogging 30 Hari Day 4: Tips Membahagikan Kerja Rumah Assalamualaikum semua. Sebagai menyahut cabaran blogging kali ni, saya cuba sedaya upaya follow. Walaupun kadang-kadang tu agak ketinggalan juga la. Tape yang penting saya buat jugak entri. Hehe.. Haaa jom cite pasal KEMAS R… Read More
  • Cuti-cuti Malaysia: Johor Bharu Part 2.0: Legoland!!! Assalamualaikum semua... Maaf la dah lama tak menulis. Minggu ni tak brape sihat. Faizal pun demam juga. Nasib baik Faeezah tak demam skali. Heee... Ok nak sambung cite pasal g JB entri yang dulu. Lame betul nak sambung epi… Read More
  • Cuti-cuti Malaysia: Johor Bharu Part 1.0 Assalamualaikum semua..hujung minggu (2 minggu lepas da..basi da cite saya nih..) saya sekeluarga berkesempatan kirenye ke Johor. Ahaks! Hari Jumaat saya amik EL gara-gara nak ikut Faizal pegi ke Johor Bharu. Dah alang-alan… Read More
  • Tempah Jahit Baju Kurung Murah di Bangi Assalamualaikum semua... Hari ni masih lagi mood audit. Haduyaiii... Ok berbalik pada tajuk kat atas. Awal bulan hari tu, saya ada hantar kain untuk dijahit. Ala kurung biasa je..senang boleh pakai pegi keje. Kalau pegi keje… Read More
  • Mama Pulang Dari Tanah Suci Assalamualakkum semua... Minggu lepas mama saya dah selamat tiba dari Tanah Suci. Alhamdulillah syukur.. Hampir 90% jemaah haji mengalami batuk dan selsema. Ramai juga yang pakai penutup mulut tu. Perubahan cuaca gamaknya. K… Read More

1 comment:

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^