Wednesday, 12 March 2014

Perlindungan untuk Si Cilik~!!

Assalamualaikum semua... Hari ni sy nk share skit psl VAKSIN PNEUMOCOCCAL. Untuk yg ada anak2 kecil, info ini amat penting untuk anda. 

Mungkin ramai yg masih belum tahu psl vaksin ni. Sy sndri pn baru tahu juga. Myb sbb vaksin ni x diwartakn di klinik2 kerajaan so sy xtaw sgt..vaksin ni lbeh kpd pilihan dan bukan yg disubsidikn oleh kerajaan.   

dlm paru2 ada nanah (infection)

Tahukah anda? 
Penyakit pneumococcal tlh mnjadi penyebab kpd 1.6 juta kematian yg dianggarkn stiap tahun di seluruh dunia, trutama skali di klgn bayi dan yg tlh lanjut usia. Pneumonia adalah pnyebab kematian no. 2 trtinggi di Malaysia.   

Kebiasaannya dijumpai di dlm saluran pernafasan kanak2 dan tersebar secara batuk atau bersin,  malah oleh individu yg kelihatan sihat.   

Trdapat lebih 90 jenis bakteria Pneumococcal yg diketahui, tapi hnya 10% boleh menyebabkn penyakit yg serius di sekuruh dunia.   Jenis yg biase dijumpai di region kite adalah 19A, 6A, 14, 6B, 19F dan 23F. 19A adalah merupakan bakteria yg semakin aktif yg mnyebabkn penyakit2 pneumococcal dan semakin sukar dirawat akibat resistan trhdp antibiotik.   

Apakah penyakit pneumococcal?
Penyakit Pneumococcal adalah jgkitan yg brpunca drpd bakteria Streptococcus pneumoniae, antaranya adalah: 
1. Meningitis - jgkitan trhdp cecair di sekeliling otak n saraf tunjang. 
2. Pneumonia - jgkitan trhadap paru2 
3. Bacteremia - bakteria di dlm salur darah 
4. Otitis media - jgkitan pd telinga tengah   

Serius sgt ke Penyakit Pneumococcal ni?? 
Penyakit ini adalah dgt serius sehingga boleh menyebabkn kerosakan otak, hilang pendengaran dan kematian.   

Apakah simptomnya? 
- demam 
- kesejukan 
- sakit dada 
- peningkatan kadar denyutan jantung 
- batuk 
- lemah -
 berasa loya 
- sesak nafas   

Siapa yg berisiko?? 
sesiapa sahaja boleh dijgkiti penyakit Pneumococcal. Namun, sesetgh golongan mmpunyai risiko yg lebih tinggi utk dijgkiti penyakit pneumococcal. 
▪ bayi dan kanak2 berusia kurg drpd 59 bulan 
▪ semua golongan dewasa berusia 65 tahun dan ke atas 
▪ pesakit dgn mslh kesihatan kronik sprti sakit jantung, sakit paru2, penyakit sel sabit (thalasemia), diabetes, ketagihan alkohol dan sirosis. 
▪ pesakit dgn pnyakit atau keadaan yg mengurangkn daya thn tubuh kpd jangkitan sprti penyakit Hodgkin, limfoma atau leukemia, kegagalan buah pinggang, mieloma berbilang, sindrom nephrotic, jangkitan HIV atau AIDS, kerosakan limpa atau tiada limpa, pemindahan organ
▪ perokok atau pesakit asma
▪ pesakit yg amik ubat atau sedang mnjalani rawatan yg mengurangkan daya thn tubuh trhdp jgkitan seperti steroid jgka panjang, ubat kanser, terapi radiasi
▪ orang2 yg bekerja di hospital atau fasiliti perubatan penyakit kronik

Bagaimanakah cara untuk mencegah penyakit Pneumococcal ini?

Penyakit ini boleh dirawat dgn pggunaan antibiotik. Namun,bakteria pneumococcal ini telah menjadi resistan terhdp antibiotik yg digunakan. Ini menyebabkn rawatan semakin sukar dan kos semakin tinggi.

Cara pencegahan yang TERBAIK adalah dgn VAKSINASI. Trdpt 2 jenis vaksin pneumococcal untuk kanak2 iaitu:

1. Pneumococcal Conjugate Vaccine 10-valent (PCV 10) : melindungi drpd 10 jenis bakteria pnemococcal
2. Pneumococcal Conjugate Vaccine 13-valent (PCV 13)  : melindungi drpd 13 jenis bakteria pnemococcal termasuk bakteria pneumococcal serotype 19A (berbahaya).

World Health Organisation (WHO) meletakkan Penyakit Pneumococcal ini sebagai No. 1 penyakit yg boleh dicegah oleh vaksin yg boleh menyebabkan kematian di seluruh dunia, bagi kanak2 berumur 5 tahun ke bawah. 

Dos yg perlu diambil adalah berbeza mengikut usia kanak2 tersebut. Lebih baik anda konsult dgn doktor di klinik2 berdekatan anda. Walaupun kosnya agak mahal tapi pembuatan vaksin memerlukn proses yg rumit. Padan la dgn fungsinya kan? 

Bagi yg ada anak2 kecil tu digalakkn amik suntikan vaksin pneumococcal ni tapi x diwajibkan. Bergantung pada bajet anda. Pilihan di tangan anda. 

0 comments:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^