Monday, 7 July 2014

Panggilan Temuduga Pegawai Sains C41

Assalamualaikum semua... Sebut jer hari Isnin semua muka layu jer, monyok jer kan? Saya pun sama..mengalami situasi yang sama juga. Lagipun semalam sampai rumah pukul 12 tengah malam dari Kota Bharu, ikot Faizal outstation hari Sabtu tu. Kesian kat Faizal la penat drive, hari ni kena masuk kerja lagi. Huhu... Nak buat macam mana, inilah rezeki kami sekeluarga. 

Panggilan temuduga SPA

Alkisahnya, minggu lepas dapat SMS dan emel dari SPA mengatakan dapat panggilan temuduga untuk jawatan Pegawai Sains (Mikrobiologi Perubatan). Alhamdulillah ada jugak dapat panggilan temuduga pun. Dapat tak dapat tu lain cite la kan? Actually, mama saya la yang nak sangat saya dapat kerja gomen. Both parents saya government servant. Dan saya merupakan satu-satunya harapan mama untuk dapat kerja gomen ni memandangkan saya adalah yang bongsu. Yang abang2 and kakak2 saya dah tade harapan dah. Kalau nak diikutkan gaji saya sekarang memang lebih tinggi berbanding kerja gomen. Tapi untuk mama, apa pun saya sanggup korbankan.

Berat sebenarnya pikul harapan tunggal mama saya tu. Dan ini kali kedua saya dapat interview ni. kali pertama tahun 2012 masa tu tengah mengandung plak. Maybe masa tu bukan rezeki saya lagi. Harap2 kali ni di bulan Ramadhan yang mulia ni ada rezeki saya dapat jawatan ni. Sekurang-kurangnya saya dapat tunaikan hajat mama saya sebelum mama saya menutup mata. 

Sesiapa yang ada tips untuk interview spa macam ni boleh la komen2 yer... Mungkin dengan tips korang saya berjaya lepas temuduga nih.. hehehe... Doakan saya berjaya! ^_^ Terima kasih semua...

Related Posts:

  • Tips Atasi Keletihan dan Penat Badan Assalamualaikum semua.. Alamak saya tertinggal banyak plak entri kali ni. Hari ni kena kawtim balik ni. Semuanya gara-gara Faeezah tak nak tidur malam tadi. Pukul 3 baru dia tidur yer uolss.. Mata iolss da jadi macam panda d… Read More
  • Ubat-ubatan PUNCA Susu Merudum?? Assalamualaikum semua... Alhamdulillah ketemu lagi kita pada malam ini. Maaflah kadang-kadang saya draf saja dulu n publish keesokannya. So waktu publish tu mungkin tak sama. Mostly saya akan draf pada waktu malam dan publis… Read More
  • 9 Petua Menghilangkan Kahak Secara Semulajadi Assalamualaikum semua. Sekarang cuaca tak menentu. Kejap panas kejap hujan. Tapi sebelah pantai timur dah sampai banjir jadinya. Huhu..bumi sudah makin tua. Manusia juga yang banyak melakukan  kerosakan pada bumi ni. M… Read More
  • Panggilan Temuduga Pegawai Sains C41 Assalamualaikum semua... Sebut jer hari Isnin semua muka layu jer, monyok jer kan? Saya pun sama..mengalami situasi yang sama juga. Lagipun semalam sampai rumah pukul 12 tengah malam dari Kota Bharu, ikot Faizal outstation h… Read More
  • Redakan Batuk dan Selsema Anak Assalamualaikum semua. Hari ni memang saya excited la nak share pasal batuk dan selsema. Tak silap saya Faeezah dah batuk hampir 2 minggu. Selsema plak on off saje. Kadang tu kesian pengasuh lap hidung sampai merah-merah. Sa… Read More

2 comments:

  1. Takde pengalaman lah kak. Huhu~

    ReplyDelete
  2. Salam. Akak ijazah sarjana muda mikrobiologi k? Sblum iv ni akak kerja sbg ape ye?

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^