Sunday, 21 December 2014

Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2014: Malaysia vs. Thailand

Assalamualaikum semua. Perlawanan ini yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil telah tamat dengan kemenangan berpihak kepada negara Thailand dengan aggregat 4-3 walaupun pasukan Malaysia menyumbat gol 3-2 pada malam td. Ya, bukan rezeki kita. Tapi apa yang penting semangat Harimau Malaya tetap membara, dan corak permainan juga lebih baik berbanding semasa perlawanan di Bangkok tempoh hari.


Saya bukan pakar bola sepak apatah lagi pengulas sukan bertauliah. Tapi sebagai seorang peminat bola sepak saya tahu juga sikit-sikit selok-belok sukan ini. Sejak dari bangku sekolah saya suka menonton perlawanan bola sepak terutamanya EPL. Apa yang boleh saya ringkaskan tentang game malam tadi adalah seperti berikut.

1. Keadaan padang yang tidak sekata - padang Stadium Shah Alam better lagi kot. Kalau dah tahu game besar akan dilangsungkan dekat stadium bukit jalil, apa salahnya laburkan duit untuk menaiktaraf kondisi padang tu. Harap je stadium besar boleh muat sampai 100k penonton konon. Ada je yang dah beli tiket tak dapat nak masuk pun. Baik tengok kat rumah jer lagi jelas nampak bola tu ke mane. Tengok dalam tv pun dah tahu padang tak lawa. FAM dah banyak untung hasil penjualan tiket game malam tadi kan?

2. Etika pemain - yang ni saya tengok pemain Malaysia lagi banyak main kasar dari pemain Thailand. Dorang rileks je main, cool aje. Yang pemain kita ni tackle ke main, tolak ke main... Tahniah kumpul kad kuning banyak-banyak.

3. Skill pemain - yang ni saya nampak part gelecek dan hantaran pemain kita memang fail. Senang beno kena pintas dengan pemain lawan. Perlu diperbaiki lagi skill asas ni. Kata pemain Harimau Malaya hebat-hebat kan....

4. Disiplin pemain - yang ni saya rasa memang bermasalah. Mereka selalu tinggalkan posisi dan tidak 'marking' pemain lawan. Sebab tu selalu pemain lawan cepat je couner attack balik.

5. Cepat berpuas hati - yang ni saya tak pasti adakah memang strategi yang dicadangkan atau memang dorang cepat puas hati. Baru gol lebih satu saja dah terus cepat tukar strategi kepada defensive. Bagi saya mesti dapatkan perbezaan gol yang banyak, sekurang-kurangnya 2 gol bagi mengelakkan pasukan lawan mengejar mata. Macam game final semalam, dah dapat gol 3 biji terus tukar jadi defensive. Defend plak bersepah dengan mudah pasukan lawan dapat gol.

Tetapi ini hanyalah pendapat saya yang tidak bertauliah. Masing-masing ada pendapat tersendiri. Apa yang penting kita masih menyokong pasukan Harimau Malaya untuk terus lebih maju dan lebih improve pada masa depan.

2 comments:

  1. Frust tgk semalam.. Mlysia da lead dlu..huhu.last min plak gol..

    ReplyDelete
  2. Tahniahh harimau malaya. Kami bangga dgn anda. Support always harimau malaya.

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^