Assalamualaikum semua... Fuhhh fuhhh fuhhhhh!!! Berhabuk dah blog saya ni. Maafkan saya atas ketiadaan yang agak berpanjangan. Sekarang ni kesibukan semakin meruncing. Keadaan kesihatan diri juga tak menentu lagi-lagi sekarang ni musim demam, batuk dan selsema. Tipsnya amalkan minum air masak banyak-banyak yer... Macam saya ni standard botol 2 liter and ulang-alik pergi toilet tu biasa lah..lagi-lagi tengah pregnant ni kan? Heee..
Entri ni cuma nak merawat kerinduan saya terhadap blog saya. In shaa Allah waktu lunch nanti saya blogwalking pula ya.. Ada banyak cerita sebenarnya nak share dengan korang semua tapi saya share mana yang penting saja la kan? Hehehe... Oh ya, sekarang ni tab saya telah 'dirampas' oleh Faizal sebab dia syiokkk main Clash of Clans dengan Jungle Heat dia tu. *pssttt..mesti ramai yang addicted main game ni kan? Makanya saya tak berpeluang nak pegang tab saya di rumah. Nak bukak laptop plak Faeezah akan sibuk nak tekan taip sama-sama. Hahaha...
Sekarang ni pun gigih saya menggantikan puasa bulan Ramadhan yang lalu. Masih ada 4 hari yang wajib diganti. Semoga tahun ni dapat puasa penuh lagi sama seperti masa mengandungkan Faeezah dulu. Sekarang dah masuk 18 minggu, minggu depan kena pergi check up. Kali ni kena ajak Faizal sekali sebab Faeezah pun nak kena check up sama. Bukan apa, saya nak refer dia kepada doktor sebab dia masih belum dapat bertutur dengan lancar sedangkan dah 2 tahun 2 bulan. Manalah tahu ada masalah lain yang mengganggu dia untuk bertutur. Harap-harap tak ada apa-apa masalah yang serius la..
Okay mari sambung kerja kembali. Break pagi pun dah tamat. Jumpa lagi nanti ye, in shaa Allah~
Kembali Bersemangat BerBlog
Related Posts:
ada apa dengan SET HAMIL SHAKLEE? Assalamualaikum... Alhamdulillah ramai betol kawan2 yg tengah pregnant sekarang...murah rezeki kamu semua. Ramai gk yg tanye, saya bile lagi nk tambah? hehehe.. bukan tak nak tambah tp bukan sekarang. In shaa Allah ade r… Read More
PROMO bln Feb 2014... ^_^Assalamualaikum semua...berlalu sudah bln Januari. Sekejap je rase da msk bln feb kan? pejam celik pejam celik da msk bln feb... Bulan feb ni sy tekad xnak fikir sgt masalah2 negatif sy... Yg penting setiap masalah harus dise… Read More
Bersengkang MATA Kerana BOLA SEPAK Assalamualaikum semua... Awal pagi tadi bermula sudah perlawanan pembukaan Piala Dunia bola sepak di antara Brazil dsn Croatia. Secara jujurnya, saya ni taklah begitu minat sangat dengan bola. Paling saya layan pun BPL dan U… Read More
Ubat-ubatan PUNCA Susu Merudum?? Assalamualaikum semua... Alhamdulillah ketemu lagi kita pada malam ini. Maaflah kadang-kadang saya draf saja dulu n publish keesokannya. So waktu publish tu mungkin tak sama. Mostly saya akan draf pada waktu malam dan publis… Read More
Ku kirim Doa untuk Abah~ Assalamualaikum semua... Setiap tahun hari bapa diraikan pada setiap hari Ahad minggu kedua pada bulan Jun. Dan pada tahun ini, Hari Bapa jatuh pada 15 Jun 2014. Pada semua bapa, ayah, abah, abi, walid, papa, daddy dan seang… Read More
0 comments:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)
Arigatou gozaimas, minna-san ^_^