Wednesday, 11 March 2015

Kerja Tanpa Henti, Menangis Dalam Hati

Assalamualaikum semua.. Ya, baca tajuk pun dah tahu kan saya nak cerita pasal apa.. Tapi bukan nak cerita sangat pun, lebih kepada luahan hati saja. Sabar saja yang mampu ku katakan. Timbunan kerja tak pernah berhenti kan? Dah siap satu datang lagi lima! Wahhh propa sangat kau mak jemah.. Hehehe.. Tapi metafora begitulah workload saya sekarang. Walaupun staff dah bertambah tapi projek produk baru pun banyak juga. R&D semakin berkembang.. yang tak kembangnya cuma pemikiran segelintir mereka saja.

Tapi, saya dah dapat satu berita gembira..amat gembira sampai rasa macam nak menangis. Apa yang penting, mama saya adalah orang yang paling gembira. Dan saya rasa amat bersyukur akhirnya dapat tunaikan harapan mama yang memang menggunung pada saya. Susah juga jadi anak bongsu ni ya... bila dah semua yang atas-atas tak berapa nak ikut, akhirnya yang last ni juga la yang akan mengikut. Rezeki Allah nak bagi..cuma cepat atau lambat saja. Doa seorang ibu tak pernah putus untuk anak-anaknya. Dan saya tahu ini semua atas kesabaran dan doa dari mama juga.


Maaf terpaksa mengundur diri dulu. Boss saya dah masuk ofis. Hehehe.. Assalamualaikum~ ^^

Related Posts:

  • Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dij… Read More
  • Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2014: Malaysia vs. Thailand Assalamualaikum semua. Perlawanan ini yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil telah tamat dengan kemenangan berpihak kepada negara Thailand dengan aggregat 4-3 walaupun pasukan Malaysia menyumbat gol 3-2 pada malam … Read More
  • Mini Giveaway #1 Assalamualaikum semua. Memandangkan saya ni seorang peminat tegar tudung aidijuma, so haruslah saya join mini GA kali ni yang dianjurkan oleh Sis Syeeda Saniey. Jom join beramai-ramai meriahkan lagi suasana ^^ Nak joi… Read More
  • Bantuan Mangsa Banjir #PrayForPantaiTimur Assalamualaikum semua. Keadaan di kebanyakan beberapa buah negeri terutamanya di Pantai Timur semakin teruk banjirnya. Kini beberapa negeri lain seperti Perak dan Selangor turut mengalami kenaikan paras air. Sama-samalah kit… Read More
  • Kereta Auto VS Kereta Manual Assalamualaikum semua. Semalam saya dah mula bekerja, selepas tragedi kemalangan kereta saya terpaksa di tahan di 'hospital' untuk menerima rawatan lanjut. Masuk ICU juga la. Tadi dah submit dokumen semua untuk claim insuran… Read More

4 comments:

  1. tajuk entry ni menggambarkan akak yang sekarang...kerja tnpa henti...sedih tau hati ni...tp nak buat macam mana...memang dah terpaksa...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...dapat juga menggembirakan hati mama awak...all the best yer...^_^

    ReplyDelete
  3. begitula.. kerja mmg tak pernah habis...

    ReplyDelete
  4. masa neni baru kerja dulu, buat kerja sampai bawak balik rumah...tapi my senior, he is chinese...dia kata
    'u fokus betul-betul je kerja dari 8 to 5, fokus'
    'cukup time u balik, rest, live your life, jangan fikir kerja sebab kerja memang tak akan habis'

    try buat tp kadang2 desakan bos juga yang tak boleh nak balik sharp pukul 5 tu kan ahahahaha

    take care ye dila

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^