Wednesday, 11 March 2015

Kerja Tanpa Henti, Menangis Dalam Hati

Assalamualaikum semua.. Ya, baca tajuk pun dah tahu kan saya nak cerita pasal apa.. Tapi bukan nak cerita sangat pun, lebih kepada luahan hati saja. Sabar saja yang mampu ku katakan. Timbunan kerja tak pernah berhenti kan? Dah siap satu datang lagi lima! Wahhh propa sangat kau mak jemah.. Hehehe.. Tapi metafora begitulah workload saya sekarang. Walaupun staff dah bertambah tapi projek produk baru pun banyak juga. R&D semakin berkembang.. yang tak kembangnya cuma pemikiran segelintir mereka saja.

Tapi, saya dah dapat satu berita gembira..amat gembira sampai rasa macam nak menangis. Apa yang penting, mama saya adalah orang yang paling gembira. Dan saya rasa amat bersyukur akhirnya dapat tunaikan harapan mama yang memang menggunung pada saya. Susah juga jadi anak bongsu ni ya... bila dah semua yang atas-atas tak berapa nak ikut, akhirnya yang last ni juga la yang akan mengikut. Rezeki Allah nak bagi..cuma cepat atau lambat saja. Doa seorang ibu tak pernah putus untuk anak-anaknya. Dan saya tahu ini semua atas kesabaran dan doa dari mama juga.


Maaf terpaksa mengundur diri dulu. Boss saya dah masuk ofis. Hehehe.. Assalamualaikum~ ^^

Related Posts:

  • Resepi Ubat Demam Buatan Sendiri yang Sedap Assalamualaikum semua.. Hari ni saya nak share satu resepi yang mudah. Haa ubat ni saya tak buat kat lab ye, dan dijamin 100% semulajadi dan sedap. Yang kat lab tu drugs punya, dan formula saya tak boleh dedahkan lar.. heheh… Read More
  • Ubat Sakit Kepala Dengan 45 Sen Sebiji Assalamualaikum semua... Kita biasa dengar orang yang sakit-sakit urat, sakit badan, stress dan sakit kepala akan telan ubat apa untuk cepat baik? Betul. Paracetamol atau lebih dikenali sebagai Panadol. Panadol ni kira macam… Read More
  • Atasi HB Rendah: Risiko Pendarahan Berlebihan Assalamualaikum semua. Mungkin selama ni kita fikir kenapa paras Hb amat dititikberatkan semasa hamil? Sedangkan sebelum hamil kita tak pernah tahu paras Hb kita normal atau tidak. Antara simptom utama paras Hb rendah adalah… Read More
  • Betapa Bestnya Bisnes Shaklee Assalamualaikum semua... Hari ni saya teruskan lagi cabaran GegeBlog saya, bukan CoolBlog ye kawan-kawan. Hehe.. Ramai juga yang tanya saya soalan berkenaan tajuk saya ni. "Best ke bisnes shaklee ni?" "Shaklee ni MLM kan… Read More
  • Siapa saya?? Pengedar Sah Shaklee Bangi, Kajang, Nilai. Assalamualaikum semua... Setelah buat keputusan nak join cabaran blogging dari neni jiha saya, makanya saya akan cuba juga penuhi komitmen saya. Hehehe... Saya nak share juga la sedikit sebanyak latar belakang saya. Macam ma… Read More

4 comments:

  1. tajuk entry ni menggambarkan akak yang sekarang...kerja tnpa henti...sedih tau hati ni...tp nak buat macam mana...memang dah terpaksa...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...dapat juga menggembirakan hati mama awak...all the best yer...^_^

    ReplyDelete
  3. begitula.. kerja mmg tak pernah habis...

    ReplyDelete
  4. masa neni baru kerja dulu, buat kerja sampai bawak balik rumah...tapi my senior, he is chinese...dia kata
    'u fokus betul-betul je kerja dari 8 to 5, fokus'
    'cukup time u balik, rest, live your life, jangan fikir kerja sebab kerja memang tak akan habis'

    try buat tp kadang2 desakan bos juga yang tak boleh nak balik sharp pukul 5 tu kan ahahahaha

    take care ye dila

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^