Monday, 9 March 2015

Kembali Bersemangat BerBlog

Assalamualaikum semua... Fuhhh fuhhh fuhhhhh!!! Berhabuk dah blog saya ni. Maafkan saya atas ketiadaan yang agak berpanjangan. Sekarang ni kesibukan semakin meruncing. Keadaan kesihatan diri juga tak menentu lagi-lagi sekarang ni musim demam, batuk dan selsema. Tipsnya amalkan minum air masak banyak-banyak yer... Macam saya ni standard botol 2 liter and ulang-alik pergi toilet tu biasa lah..lagi-lagi tengah pregnant ni kan? Heee..

Entri ni cuma nak merawat kerinduan saya terhadap blog saya. In shaa Allah waktu lunch nanti saya blogwalking pula ya.. Ada banyak cerita sebenarnya nak share dengan korang semua tapi saya share mana yang penting saja la kan? Hehehe... Oh ya, sekarang ni tab saya telah 'dirampas' oleh Faizal sebab dia syiokkk main Clash of Clans dengan Jungle Heat dia tu. *pssttt..mesti ramai yang addicted main game ni kan? Makanya saya tak berpeluang nak pegang tab saya di rumah. Nak bukak laptop plak Faeezah akan sibuk nak tekan taip sama-sama. Hahaha... 

Sekarang ni pun gigih saya menggantikan puasa bulan Ramadhan yang lalu. Masih ada 4 hari yang wajib diganti. Semoga tahun ni dapat puasa penuh lagi sama seperti masa mengandungkan Faeezah dulu. Sekarang dah masuk 18 minggu, minggu depan kena pergi check up. Kali ni kena ajak Faizal sekali sebab Faeezah pun nak kena check up sama. Bukan apa, saya nak refer dia kepada doktor sebab dia masih belum dapat bertutur dengan lancar sedangkan dah 2 tahun 2 bulan. Manalah tahu ada masalah lain yang mengganggu dia untuk bertutur. Harap-harap tak ada apa-apa masalah yang serius la..

Okay mari sambung kerja kembali. Break pagi pun dah tamat. Jumpa lagi nanti ye, in shaa Allah~ 

Thursday, 5 February 2015

Promosi Fabolous Februari 2015

Assalamualaikum semua. Bertemu kembali kita hari ni. Ya, orang-orang wilayah sedang enak bercuti kita yang bekerja ini haruslah bekerja walaupun takde mood sebenarnya. Sekarang di tempat kerja asyik rasa nak berperang aje. Balik rumah pun rasa macam nak berperang jugak sebenarnya. Sabar sabar... sekarang ni memang emosi mudah terganggu betul. Nasib baik hari-hari ambil vitamin B-Complex, kurang la sikit rasa stress tu. Heee..

Ni saya nak gebang sikit, promosi Shaklee bulan Februari ni memang gegar meletopsss habis punya. Banyak betul produk yang promo, rugi sangat-sangat kalau tak grab peluang ni. Sebab tu namanya Promo Fabolous Februari!!! Produk promo pada bulan ini adalah Vitalea with Iron Formula, Vitalea for Kids, Ostematrix dan Advanced Joint Health Tablet (AJHT). Gila tak menarik nih?? Hehehe...

Promosi Fabolous Februari oleh Shaklee

Dengan setiap pembelian 6 botol percuma 1 botol:

Dengan setiap pembelian 3 botol percuma 1 botol:
1. Vitalea for Kids
2. AJHT

Promosi bulan Februari 2015

Haaa.... golongan-golongan mak buyung macam saya ni memang suka laa promosi bulan ni..sesuai sangat vitamin untuk ibu hamil~ vitalea dgn ostematrix ni memang vitamin harian saya selain daripada vitamin B-Complex dan Omega Guard. Untuk tambahan saya ambil juga vitamin C Sustained Release.

Pssttt..yang bukan golongan mak buyung pun boleh saja consume vitamin ni semua. Nama pun supplemen kan, makanan tambahan harian. Macam saya ni memang tengah kurang selera makan, kurang makan nasi sekarang ni. Jadi memang perlukan vitamin ni bukan saja untuk nutrisi saya, untuk perkembangan anak dalam kandungan juga. ^^

Tuesday, 27 January 2015

Segmen Pencarian Bloglist Feb-Mac 2015

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)

Sunday, 25 January 2015

Hadiah GA anjuran Cik Balqis Dah Sampai!

Assalamualaikum semua... Seronok plak tulis blog ni pagi-pagi kan? Sementara Faeezah tak bangun lagi nih. Hehehe... Haa nak cerita la, sebelum ni saya ade cerita yang saya salah seorang pemenang segmen anjuran cik balqis tu kan..boleh refer entri sini ye...hadiah fridge magnet tu dah dapat dah minggu lepas. Sori lambat plak upkan entri. Hehe... 



Terima kasih kak shikin atas hadiah ini yer... Bertambah koleksi fridge magnet saya. Kalau ada rakan-rakan blogger yang ada pergi bercuti ke mana-mana jangan lupa buat entri yer nanti, boleh la saya kirim fridge magnet dari korang nanti. Heeee~~ :p