Monday 8 December 2014

Adab Menziarahi Jenazah

Assalamualaikum semua..selamat hari Isnin. Ada yang Monday blues ke? Hehe.. pagi-pagi tadi saya dah dikejutkan dengan perkhabaran wife sepupu saya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 pagi tadi. Innalillah... Sama-sama kita sedekahkan surah al-Fatihah untuk arwah. Walaupun tak rapat sangat tapi kita tetap satu keluarga. Jadi, saya nak share antara adab ketika kita menziarah orang meninggal dunia.

Sedekah surah Al-Fatihah untuk jenazah


Adab-adab Menziarah Orang yang Meninggal Dunia


  1. Pejamkan mata si mati dan mendoakannya. Menurut Ummu Salamah, baginda S.A.W melawat Abu Salamah yang menghembuskan nafas terakhir dan kedua-dua matanya terbeliak. Baginda memejamkan mata Abu Salamah dan bersabda, " Apabila roh telah direnggut matanya perlu dipejamkan." (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Baihaqi)
  2. Menutup seluruh tubuh jenazah dengan kain. Menurut Aisyah R.A. ketika Baginda S.A.W wafat seluruh jasadnya ditutup dengan kain lurih buatan negeri Yaman. ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  3. Berdiri dan tidak duduk bagi menghormati jenazah. Sabda Baginda S.A.W, "Jika antara kalian melihat jenazah, maka berdirilah saat melihatnya hingga usungan jenazah itu berlalu, demikianlah sekiranya ia tidak ikut, (menghantar jenazah tersebut). (Hadis riwayat Muslim)
  4. Mensolatkan dan menghantarnya ke kubur. Daripada Abu Hurairah R.A bersabda Baginda S.A.W, "Barangsiapa yang mensolatkan jenazah maka baginya satu qiraat pahala dan siapa yang menghantar jenazah sehingga ke liang kubur mendapat dua qiraat pahala." Saya bertanya, "Wahai Baginda Seperti apakah dua qiraat itu?" Jawab Baginda, "seperti dua Gunung Uhud".
  5. Dilarang mencaci maki jenazah. Dari Aisyah R.A, Baginda S.A.W bersabda, "Janganlah kamu semua mencaci maki orang yang telah meninggal dunia, sebabnya sesungguhnya mereka telah sampai atau memenuhi apa yang mereka kerjakan, yakni sewaktu hidupnya di dunia. (Hadis riwayat Bukhari)
  6. Dilarang bercakap yang sia-sia atau lagho dan kurangkan berbual sebaliknya mengambil iktibar mereka yang masih hidup pasti akan mati. 
  7. Sama sekali dilarang bercakap buruk atau membuka aib si mati, apatah lagi mengumpat.
  8. Menghiburkan keluarga si mati dengan menganjurkan supaya mereka bersabar terhadap takdir Allah dan mengharapkan pahala dari-Nya. Ini juga merupakan antara sunnah Nabi. Baginda S.A.W bersabda, "Tetapi ada seorang mukmin yang memberikan tazkiyah (kegembiraan) kepada saudaranya dalam satu musibah, kecuali Allah akan memberikan kepadanya pakaian kehormat pada hari kiamat. (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Diharap selepas ini kita semua akan lebih kesedaran tentang adab-adab melawat si mati terutamanya kurangkan gelak ketawa dan lebihkan mendoakan jenazah. Ringankan beban keluarga si mati dengan membantu menyediakan makanan serta minuman kepada hadirin.

0 comments:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^