Monday 29 September 2014

Atasi Kulit Muka Berminyak yang Berkilau

Assalamualaikum semua... semua orang suke kulit yang glowing, tapi tidaklah berkilau sebab berminyak kan? Memang dulu saya hadapi masalah ni. Golongan awal 20an dan 30an memang hadapi masalah kulit macam ni kan? Tapi kini tidak lagi untuk saya. Hehehe... dan setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza.

Kulit berminyak punca jerawat

Collagen Powder Shaklee Atasi Kulit Berminyak


Kesan yang dapat dirasai seawal 3 sachet lagi. Memang best sebab bangun-bangun tidur takde dah muka berminyak. Kalau nak kata dulu memang berkilat muka bangun tidur. Memang complete pakej la dengan rambut yang serabai. Hehehe... kalo laki ang dok tengok ang bangun tidoq mau tak terkejut dia. Ingat hantu mana la tidoq sebelah dia kan.. memang perubahan ketara yang paling saya rasakan. Kalau hasben nak kejutkan korang dengan morning kiss pun tak segan la kita kan? Heee....

Selamat tinggal kulit muka berminyak! Bye-bye juga kepada jerawat~ 

*antara faktor utama tumbuh jerawat adalah kulit muka yang berminyak.

Jom dapatkan segera Collagen Powder Shaklee dengan harga yang menjimatkan dengan promo beli 6 free 1! Hubungi saya segera untuk dapatkan harga menarik dan konsultasi percuma. 

Dilakazuha
0175598332/0178780310

Friday 26 September 2014

Macam Mana Nak Buat BLOGLIST?

Assalamualaikum semua...berdasarkan tajuk entri ni pun korang dah taw kan? Hehehe.. segan nak tanya tapi saya sedar saya noob lagi dengan dunia blog. Ate teman nak tanya sikit la, korang2 yang lagi pengalaman dari teman ni... cmane nak buat bloglist tu? Teman kompius ler... yang orang2 buat segmen bloglist bagai tu untuk ape? Tapi saya join saje la kan... teman tak paham..... huhuhu

Bloglist???

Jadi kiranya saya harap ada la yang sudi memberi penerangan, pencerahan dan segala jenis 'pen-' kepada saya budak baru nak belajar ni. Hehehehe.... lepas ni dah faham baru boleh buat segmen bloglist plak kan... hehehe... kalau sudi tolong tinggalkan any link yang boleh saya rujuk nanti. 

Arigatou gozaimas, minna-san~ >_<

Thursday 25 September 2014

Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love

Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk mencari 15 blog yang akan menjadi penyeri di sidebar blog ini.. 

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Follow blog Truly Love;
  2. Add To Circle Google Plus +Maria Firdz ;
  3. Buat entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
  4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML entry dan Publish!
  5. Tinggalkan URL entry penyertaan di ruangan komen entry ini.
  6. Penyertaan terbuka untuk semua blogger.
  7. 15 Blog akan dipilih menggunakan Random.org. dan akan dimasukkan dalam senarai bloglist di Sidebar Blog Truly Love.
  8. Lain-lain penyertaan yang tidak terpilih akan dimasukkan ke dalam Maria Firdz Bloglist.
  9. Tarikh Penyertaan : 25 September 2014 hingga 30 September 2014 (11.59PM)
Jom, sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Wednesday 24 September 2014

Pemenang segmen 'First Giveaway by Dilakazuha'

Assalamualaikum semua... Maafkan saya atas kelewatan pengumuman pemenang segmen GA yang baru pertama kali saya anjurkan. Maaflah atas kesibukan diri ini. Sedaya upaya meluangkan masa untuk berblog dan blogwalking. Huaaaaa~ Pertama sekali, terima kasih dan tahniah kepada semua pemenang yang telah berjaya. Mana yang tak berjaya tu, cuba lagi nanti ye. Hehe..



Seperti yang telah dinyatakan dalam syarat penyertaan GA saya pada entri sebelum ni, peserta yang paling tepat atau HAMPIR tepat saja yang akan dipilih. Tahniah kesemuanya berjaya teka yang mana satu adalah mama saya. Soalan senang je kan tu? The tricky part of course teka umur mama saya. Hehehe... Tiada seorang pun yang berjaya meneka umur mama saya dengan tepat. (*hint: mama saya lahir tahun 1952) so, brape umur mama saya pada tahun ni? Hehehe...

Tahniah kepada semua pemenang!


1. Encik Azman Arsad -
2. Kak Nazliana - 
3. Cahaya- 

Sila emelkan butiran diri dan alamat pengeposan supaya dapat hantar hadiah yang telah anda menangi selewat-lewatnya hari Jumaat esok ya. Lagi cepat lagi bagus. ^^ Sekiranya tiada sebarang feedback saya terima dari anda, pemenang yang lain akan dipilih ya.

Email: dilakazuha@gmail.com 
No. Tel: 0175598332 

Trending Dress dan Sequin

Assalamualaikum semua... semoga semuanya sihat-sihat belaka. Sekarang ni dah macam-macam fesyen muslimah yang muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan. Wahh macam nak buat karangan upsr plak. Opsss... hehehe... Fesyen ni kalo ketinggalan keretapi memang 'tertinggal' la jawabnya. Tapi masih ada yang 'lama' cuma diberi nafas baru. Saya bukanlah kategori mengikut arus fesyen. Saya pakai apa saja yang saya rasa selesa, mudah, bf friendly dan mengikut bajet poket saya jugak. Hehehe...

Jameela jubah dari @hadylazahra
Ada yang panggil dress, ada yang panggil jubah, ade juga yang panggil maxi... ini kira trend saya sekarang. Saya mula jatuh cinta dengan dress jubah ni bila Faizal puji and MAK mertua i pun puji uolsss... sebab apa? Sebab saya selalu pakai sempoi2 je dgn jeans n t- shirt atau kemeja saje. Bila saya pakai dress ni nampak ayu sikit la kot kan... hikhik... Bila pakai sempoi, saya pakai selipar fipper tu ke mana-mana saja. Kalo pakai dress ni saya pakai kasut wedges la..sebab tak nak bagi meleret sangat kain jubah tu. Saya takde banyak kasut pun. Pakai saje sampai saat kena tukar baru saya beli lain. 

Tapi, kalo dress ni payah skit nak melawan. Banyak juga brand seperti Calaqisya, Bella Ammara dan Zawara tapi saya tak minat sangat pun. Dress yang saya pakai ni beli dari Hadylazahra. Very comfy, tak panas walaupun pakai berlapis-lapis kat dalam tu..and paling penting ada zip for breastfeed and zip di lengan for wudhu'. Ade dua design, jameela dan husna. Yang jameela ni ada lace di tangan, husna pula sequin. Korang boleh search kat instagram. Actually yang jual tu kawan sekelas saya masa belajar di matriks dulu. Masing-masing dah ada anak, so baju pun nak kena yang bf friendly juga la... koleksi saya? Ada la dalam 7-8 helai dress gitu... tak banyak mana pun.. hehehe...

Jubah safiyya dan atilia dari minaz
Mostly saya beli masa tengah sale saje.. macam jubah minaz ni, harga asal RM179, harga sale RM150. Saya beli tiga pasang, satu lagi untuk mama saya yang safiyya jubah jugak. Untung lagi dapat free membership lagi taw...and hadylazahra pun saya beli masa sale. Hehe..senang cite semua masa sale je la. Hoho... jadi saya ni pantang juga la kalau ada sale memanjang nih... hehehe...

Live update sale di instagram Minaz
Yang lagi xtahan, siap masuk instagram minaz lagi muke i taw rebut-rebut masa sale. Minaz ni kira convenient juga untuk saya sebab butik dia kat Bangi jer...senang nak pegi. Butik dia sederet dengan Benang Hijau, belakang butik SBU, sederet jugak dengan easy-RHB...


Tuesday 23 September 2014

MemBACA Itu Bukan Hobi Saya

Assalamualaikum semua... haaaaa terang-terang dah tajuk kat atas tu saya ni tak suke membaca kan? Jujur tak saya? Hehehe... sebab tu saya tak boleh jadi doktor. Ahaks! Sebab tak pandai pun kan? Hehehe... Teori memang saya out. Tapi praktikal memang saya laju jer.. Saya jenis yang kena buat praktikal baru senang lekat dalam otak. Sebab tu dulu-dulu zaman study saya rajin buat short notes sendiri. Buat lawa-lawa kalerful lagi..tapi geram bile ade je yang nak mintak fotostat plak. Bagi sajela...share ilmu tak rugi pun. Hehehe... tapi bila part topik or subjek yang saya suke, memang saya suke baca. Contohnya pasal breastfeeding, nutrisi, diet dan juga vitamin.

Pupuk minat membaca sedari kecil lagi

Yang terbaru saya baca, adalah dari sini..medical gazette. Kat sini banyak info daripada mereka-mereka yang pakar dan bertauliah dalam bidang perubatan. Seronok juga sebab banyak info tentang breastfeeding. Baru ni saya baca tajuk entri tersebut adalah 'Pengambilan Ubatan oleh Ibu yang Menyusukan Bayi'. Memandangkan saya sendiri bekerja di kilang pembuatan ubat, jadi kebanyakn ubat yang disebut di dalam entri tersebut saya kenal. Dan dalam entri tersebut penerangannya lebih jelas dan mudah difahami. 

Buku yang paling saya tak minat? Novel cinta. Hakhak.. tipula kalo saya kata saya tak penah baca kan? Saya baca juga dulu mase zaman sekolah, tapi tak beli la. Pinjam saje. And, saya jenis baca cepat, xde nak fefeeeling bagai. Pinjam hari ni esok dah abes. Hehehe...

Kelab Penyiasat Muda Conan dan Rakan-rakan 

Buku saya paling suka? Komik la. Hahaha... ramai yang kata baca komik tade manfaat. Sape kate? Tengok juga la genre komik tersebut. Saya paling suka Detektif Conan. Masih ada ilmu penyiasatan dan taakulan yang dibuat adalah logik dan fakta yang benar. Selain daripada tu, komik Yatitate JaPan. Komik ni berunsurkan seni pembuatan roti. Dari situ saya banyak belajar jenis-jenis roti dan cara pembuatan roti yang unik. Saya develop skill melukis juga bermula dari minat membaca komik. Cuma sekarang dah tak melukis, tangan pun dah keras gamaknya. Huhuhu.... rindu plak rasenye nak baca balik komik-komik nih.. saya boleh baca ulang banyak kali pun tape. Hehe...

Saya masih lagi membaca, cuma mungkin tidaklah kerap. Tapi bila datang mood tu kemain lagi baca sampai lupa masa. Hehe...
Bak kata seseorang, ibu adalah Menteri Pendidikan dalam keluarga. Kalau saya sendiri tak membaca, macam mana nak anak-anak membaca kan nanti? :)

Slot Saranghae di Blog Dilakazuha

Assalamualaikum semua. Maaflah terpaksa berkejar-kejaran plak di sini. Hehe.. Tertinggal satu entri tapi hari ni kena upkan dua entri jugak. Hari ni alkisah cerita ala-ala Slot Saranghae di TV tu. Semuanya kisah kesayangan saya selama saya hidup. Hehehe..

Love my FAMILY ♡♡♡

Orang TERPENTING Dalam Hidup Saya


1. Mama (dan arwah Abah) - semua orang pun sayangkan ibu bapa kita kan? sape tak sayang tu memang anak derhaka lar... Asalnya saya nih anak abah, semua benda saya akan cerita kat Abah. Nak itu ini pun mintak kat Abah. Tapi Allah lebih sayangkan Abah. Abah pergi meninggalkan kami semua pada tahun 2004. Seminggu juga saya tuang kelas dulu sebab saya sekolah berasrama dulu. Huhu... Sekarang cuma tinggal Mama untuk tempat saya berbakti. Seboleh-bolehnya saya akan tunaikan segala permintaan mama kepada saya. Malah, setiap bulan saya bekalkan mama supplemen Shaklee supaya kesihatan mama lebih baik dari dulu. Alhamdulillah mama turut merestui saya menjalankan bisnes Shaklee secara part time.

2. Suami saya, Encik Faizal - Saat perkenalan pada tahun 2010, kami bekerja di tempat yang sama. Masa tu saya baru saja graduate. Kami tak bercinta lama-lama. Sebab pada awal lagi saya dah kata kalau bercinta tanpa niat nak kawen baik tak payah. Kami berkawan rapat selama 5.6 bulan je kot lepas tu family dia datang merisik dan 2,3 bulan kemudian kami bertunang. Senang cite perkenalan kami agak singkat dan kami lebih mengenali tentang diri masing-masing selepas berkahwin. Biasalah rumahtangga mana yang tak pernah ditiup angin badai. Kadang-kadang ada juga la 'gempa bumi' yang terjadi. Hehehe.. 

3. Permata hati saya, Nur Faeezah Damia - Kini, hampir mencecah setahun sembilan bulan. Dan, masih lagi menyusu badan. Alhamdulillah dengan amalkan supplemen serta petua-petua yang lain saya masih mampu meneruskan penyusuan ibu. In shaa Allah sehingga dua tahun. Bercakap? Belum lagi. Panggil 'mama ayah' pun berat. Tapi, dia dah faham arahan kami. Sangat lasak budaknya. Tak macam anak dara. Tapi saya tak salahkan dia. Sebab saya sendiri pun macam tu. Hehe.. Kuat. Kalau terhantuk pun tak nangis. Cuma kalau sampai benjol tu nangis juga la. Suka sangat mengempeng bila nak tidur. Lepas tu marah sebab tak boleh nk bergolek-golek. Haha.. Dialah yang selalu menceriakan hari saya. Buah hati saya.

Sekarang ni, merekalah FOKUS hidup saya. Sebagai seorang anak yang wajib BERBAKTI untuk ibu bapanya, sebagai seorang isteri yang wajib TAAT kepada suaminya serta sebagai seorang ibu yang wajib MENDIDIK anaknya dengan betul. Berat tanggungjawab orang perempuan tapi berat lagi tanggungjawab orang LELAKI. 

P/s: saya nak upload gambar, tapi tape la.. sekarang ni macam-macam da. Takut rasenye...dunia dah tak selamat macam dulu. Huhuhu

Monday 22 September 2014

Senarai Peserta "1st Giveaway By Dilakazuha"

Assalamualaikum dan selamat pagi yang sejuk. Alhamdulillah segmen giveaway yang pertama saya sendiri anjurkan telah tamat pada 12 September yang lalu sempena birthday mama saya. Pada yang telah join, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kerana sudi sertai GA saya yang tak seberapa tu. Pada yang tak berkesempatan untuk join, tidak mengapa. Jangan gusar ya. In shaa Allah akan ada GA lagi yang bakal menyusul nanti. Hehehe...

Mama saya di Masjidil Haram^^


Senarai peserta "1st Giveaway by Dilakazuha"



  1. Kak Fuza Musa - http://fuzamusa.blogspot.com/2014/09/1st-giveaway-by-dilakazuha.html
  2. Aimifiqa - http://beloglistaimifiqa.blogspot.com/2014/09/1st-giveaway-by-dilakazuha.html
  3. Azman Arsad - http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/09/1st-giveaway-by-dilakazuha.html
  4. Nazliana - http://adna2029.blogspot.com/2014/09/1st-giveaway-by-dilakazuha.html
  5. Rara - http://kinderbueno-wolf.blogspot.com/2014/09/1st-giveaway-by-dilakazuha.html
  6. Eira Aikawa - http://eiraaikawa.blogspot.com/2014/09/1st-giveaway-by-dilakazuha.html
  7. Cik Cahaya - http://cahayaketinggiankehalusan.blogspot.com/2014/09/1st-giveaway-by-dilakazuha.html
  8. Nadratul - http://loveyoucontest.blogspot.com/2014/09/1st-giveaway-by-dilakazuha-happy.html
  9. Cik Mawar Berduri - http://mawarberduri4147.blogspot.com/2014/09/1st-giveaway-by-dilakazuha.html
  10. atiqah - http://natikah1997.blogspot.com/2014/09/1st-giveaway-by-dilakazuha.html
Terima kasih atas penyertaan anda semua. Arigatou gozaimas~!!! Senarai pemenang akan diumumkan ESOK! Tunggguuuuuu~~~~ ^^

Apa ada Dalam HANDBAG Saya?

Assalamualaikum semua. Cabarang Blogging hari ke-5 sudah. Masih lagi fighting! Hehehe.. Jadi, apa ada dalam beg saya ya? Okay. Saya ada dua beg (actually ada BANYAK beg) tapi dua ni yang hari-hari saya pakai. Satu beg pegi keje, satu lagi beg pegi jalan. Haaa... kenapa sampai dua? Hehe.. lagi SENANG kot. Pagi-pagi taw dah nak grab beg yang mana. Perbezaan? Harus la dari segi isi kandungan dia. Design of course la lain. Yang beg pegi keje beg cikai aje, murahan punya. Koyak rabak pun tade la meroyan sangat nanti. Beg jalan harus la LAWA sikit dari beg keje kan? Hehehe...


Beg Kerja Saya a.k.a Beg Rabak

Beg kerja saya 
  1. Tisu poket - dalam beg orang perempuan wajib ada TISU kan? Sebab nanti apa-apa hal orang laki mesti minta juga kat kita. " Awak ada tisu tak? Tangan saya kotor la..." 
  2. Purse/dompet - ini pun wajib juga la kan? Segala dokumen pengenalan ada dalam purse kan.. even name card Shaklee saya pun saya letak dalam purse. Senang nak pass kat kawan-kawan tempat keje nanti. Hehehe...
  3. Charger handphone - biasalah zaman smartphone skang ni bateri cepat beno kong. USB kabel tu ade je tinggal kat ofis tapi klo guna charger lagi cepat bateri penuh.
  4. Buku dan pen - ini buku info Shaklee saya. Dalam buku ni saya catat semua benda berkenaan Shaklee. ^^
  5. Pendrive - kalo pegi keje kena spare jugak menatang nih... in case nak transfer dokumen senang sikit. Tapi saya lagi prefer guna yang ofis punya sebab PC kat ofis tu semua dah ada virus. So yang ni just untuk emergency sahaja. Hehehe...
  6. Payung kecil - in case hujan la kan... sebab tu la orang tua kata "sediakan payung sebelum hujan". Hehehe
  7. Pillbox - untuk simpan vitamin Shaklee saya. Kadang-kadang saya prefer bawak je botol-botol dia. Tak kisah pun. Sebab saya ada beg 'foodie' saya juga. Dalam beg tu la saya letak botol vitamin saya, botol air, shaker saya... (brape banyak sebenarnya beg saya nih??)
* yang benda putih tergantung kat beg tu adalah Personal Alarm. Ada button lampu and alarm. Bila ditekan atau tarik tali tu akan trigger bunyi alarm yang memang kuat. Ini penting atas faktor keselamatan ya. Dulu masa kat tempat kerja lama ada banyak kes ragut. So company yang carikan supplier tapi kitorang bayar sendiri je lar (kedekkk punye company). Memandangkan saya selalu berseorangan dan kadang-kadang balik agak lewat terutamanya waktu pegi balik keje so penting untuk saya.

Beg Jalan Saya a.k.a Poket Doraemon

Beg jalan poket doraemon mama

* Nombor 1-4 sama macam beg kerja saya kat atas ni.

Haaa yang ekstra-ekstra ni semua barang anak saya ler... ape lagi.. 
  • Pampers - spare satu dalam handbag sebab kadang-kadang kalau jalan dekat-dekat tak bawak beg galas dia tu.
  • Wet tissue / wipes - ini pun untuk kegunaan semua, bukan untuk anak je. Hehehe...
  • Napkin - ini memang perlu la untuk lap-lap anak tu. Kecah budak ni lagi-lagi kalo minum air.
  • Botol air - botol air Faeezah la...yang jenis ada straw tu. Senang nak bagi air masak kat dia nanti.
  • Powerbank - satu-satunya barang saya. Hehe.. Tapi sebab powerbank saya jenis oldskool, berat dan besar. Tapi sebab kapasiti dia besar and boleh cucuk dua USB (saya dan Faizal boleh guna serentak) so memang perlu benda ni dalam handbag saya.
  • Recycle bag - boleh lipat-lipat jer dan bersedia untuk hari sabtu. Hee..
  • Pillbox - in case kalau keluar sekejap tak bawak pun. Tapi kalau overnight memang saya bawak la. Mudah kan? Hehehe...
Jadi, itu saja dalam handbag saya. Hehe.. Mau tak senget bahu saya bawak beg ni ke hulu ke hilir? Ramai yang komplen beg saya berat. Ate nak wat cane? Semua benda nak kena bawak. Haha.. Beg mak-mak memang gini la kan? Hohoho... Nasib baik handbag ni Faizal yang belikan dulu masa saya nak dekat bersalin dah. Memang saya cakap nak yang besar and ada compartment kat dalam beg tu. Senang nak 'sorok' apa yang patut. Hehehehe....

So, dalam handbag korang ada apa plak? Heeee... ^^


Saturday 20 September 2014

Cabaran Blogging 30 Hari Day 4: Tips Membahagikan Kerja Rumah

Assalamualaikum semua. Sebagai menyahut cabaran blogging kali ni, saya cuba sedaya upaya follow. Walaupun kadang-kadang tu agak ketinggalan juga la. Tape yang penting saya buat jugak entri. Hehe.. Haaa jom cite pasal KEMAS RUMAH plak. Mentaliti orang dah berkahwin, kemas rumah mesti wife saja yang kena buat kan? Ate kalau semuanya bini buat sendiri baik tak payah kawen la...ye dak? Hoho.. Kena la ada kerjasama antara laki bini, barulah aman rumahtangga. Setuju? Hehehe... Lagipun dua-dua pun bekerja, kerja rumah pun kenalah dua-dua buat. Hoho...

Panda pun menyapu.

Satu-satunya kerja rumah yang Faizal akan buat dengan sukarela adalah MENYAPU dan VAKUM. Hehehe.. kalo yang nih memang tak payah tunggu saya minta tolong memang dia yang akan buat dulu, sebab dia sensitif sikit dengan habuk-habuk ni. And, memang diakui saya tak berapa suka menyapu. Lagi-lagi penyapu tu tak best. Vakum saya okay lagi..tapi si Faeezah ni takut dengan bunyi vakum. Mesti nangis kuat-kuat punya, nak lawan dengan bunyi vakum tu kot. Hehe.. So selalunya Faizal vakum, saya yang kena pegang Faeezah. Biasanya lepas siap menyapu, saya lah yang akan mengemop semua.

Tips Membahagikan Kerja Rumah

  1. Pastikan pasangan korang buat kerja rumah dengan RELA HATI tanpa paksaan (kalo paksa memang tak jalan punya...betul tak?)
  2. Jangan berat mulut nak minta TOLONG bantuan pasangan
  3. Consider keadaan pasangan anda - Sekiranya tak sihat, sakit ke demam ke biarlah dia berehat
  4. Lakukan bersama-sama. Contohnya, memasak. Biasanya kalo Faizal nak masak saya tolong sediakan bahan-bahan saja.

Kalau tugasan lain-lain tu mostly saya la yang buat. Tapi adakalanya kalau Faizal datang mood dia memang dia yang akan buat. Contoh macam masak dinner. Kalau dia rasa nak makan something dia la yang akan masak sendiri. Lipat baju pun gitu gak. Kalau datang mood RAJIN la kan... Hehehe.. Biasa la tu kan? At least dia membantu juga saya di rumah. Ada juga laki yang jenis goyang kaki saja dan semua isteri yang kena buat SENDIRI. 

Robot vacuum

Haaa saya plan nak beli satu robot vakum tu nanti. Senang sikit. Rumah ni cepat sangat berhabuk. Rumah atas kayangan katakan.. Hehehe... Tengah survey-survey lagi jenama yang bagus dan harga yang berpatutan. Dan senang nak cari spare part dia nanti. Waranti pun penting juga. Usha-usha jugak kat Lazada tapi belum decide lagi nak beli yang mana. Susah juga nak cari review robot vacuum kat Malaysia ni. Tak ramai yang pakai kot. Tapi kakak ipar saya ada pakai sebab dulu dia ada kucing Parsi, jenis bulu panjang and cepat gugur bulu. Kalau korang ada mana-mana suggestion boleh la inform saya ehh... Heeee...

Friday 19 September 2014

Tempat Makan Sedap juga BEST di Bangi

Assalamualaikum semua. Kat Bangi ni memang banyak kedai makan, bukan kedai fesyen jer yang banyak taw. Tapi nak merasa tiap satu kedai tu idak ler... Hehehe... Buat pertama kali, saya makan di restoran Cina Muslim yang saya rasa BERBALOI dari segi harga dan kelazatan makanannya iaitu di Restoran Mohd Chan di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Saya tak pandai makan makanan cina ni. So, saya order je nasi goreng seafood and Faizal plak order nasi daging masak lada hitam (favret dia memang daging pun..) Faeezah? Saya orderkan dia pau kaya je. Sebab dia bukan nak makan sangat nasi pun. Lepas tu Faizal add on lagi sup sirip ikan yu. Haaa rupa bentuk lebh kurang macam ni lar.. Maaflah saya takde amik gambar yang real..terlupa plak. Next time kalau saya makan lagi kat situ saya amik gambar eh. Oh ye...makan-makan kali ni saya yang belanja as a reward to him memandangkan bonus Shaklee dah masuk masa tu. Ka-ching ka-ching$$$. Gambar-gambar ni saya pinjam dari official website dia--> sini.


Nasi goreng seafood

Nasi daging masak lada hitam

Sup sirip ikan yu

Nak tahu total berapa semua? RM50.40. Mahal ke? Standard la tu chinese muslim punya restoran. Mana-mana pun saya rasa harga lebih kurang je. Tapi saya memang PUAS HATI sebab portion dia besar. Nasi goreng seafood saya ada udang sederhana besar 5 ekor, sotong calamari tu dalam 4,5 slice jugak, ada fish cake yang dipotong nipis panjang dalam 4,5 jugak. Nasi? Mangkuk besar kot dorang pakai. Jenuh juga saya abeskan. Yang lagi best, Faeezah yang tak berapa nak makan nasi ni makan plak nasi goreng seafood saya tu. Saya suapkan dia dengan fish cake skali. Banyak juga la dia makan masa tu. Even sup sirip ikan yu tu pun dia makan jugak. Taste chinese kot Faeezah ni... Tapi makan pedas sikit pun dia telan aje... Hahaha... Sup sirip ikan yu tu serving size small, untuk 3 orang katanya. Tapi saya rase macam 4-5 orang jugak boleh makan tu. Pau dia pun sedap jugak. Lembut aje. Faeezah suka gak makan pau dia tu. 

Rating:

  • Servis: Bagus dan pantas. Masa saya pegi tu petang, dan agak ramai customer. 
  • Staff: Layanan mesra pelanggan dan selalu senyum. Suka melayan anak-anak kecil jugak. 
  • Kebersihan: Restoran dorang memang bersih, dari lantai sehingga ke meja.
  • Menu: Sedap, lazat dan portion yang agak BESAR juga la..
  • Harga: Berpatutan. Setanding dengan restoran cina muslim yang lain.
Kesimpulannya, 

Saya bagi 5 bintang (ala-ala Nora Danish masa MLM2014) Hehehe..

Lokasi Restoran:

No 30, Jalan Medan Pusat 2c,
Pusat Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor. 

*sederet dengan SincerelybyUs jugak..belakang butik minaz! Haha


Thursday 18 September 2014

Resepi Penyusuan Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak share RESEPI untuk ibu-ibu sekalian terutamanya ibu-ibu yang baru melahirkan. Soalan saya, apa benda atau perkara PERTAMA sekali yang korang fikir bila dah selamat bersalin? Mesti korang fikir ada ke tak susu badan ni kan? Cukup ke tak susu badan ni untuk anak korang kan? Dah naik kerja nanti macam mana nak bagi susu badan ye? Jangan risau, saya juga pernah alaminya. Dan saya masih berusaha meneruskan penyusuan ibu sehingga dua tahun.


penyusuan ibu
Set breastpump medela swing

BAHAN-BAHAN UTAMA:


  • 1 set breastpump (manual/bateri/elektrik) - tak kisah jenama, single atau double ikut kemampuan korang yer... 
  • Beberapa botol untuk simpanan atau boleh juga guna plastik simpanan (storage bottle @ plastic)
  • 2 ketul ice brick atau ice pack - saya prefer ice brick sebab tahan lama. Ice pack mudah terkoyak. Dan better kalau ada extra, just to be safe.
  • Beg untuk simpan susu perahan - pastikan beg anda mempunyai 'insulation' bagi memastikan ais anda kekal sejuk dan tidak mencair dengan cepat.

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN: 

  • Nawaitu - niat itu paling penting. Bila kita dah berniat, kita akan ingat kenapa kita nak jayakan penyusuan ibu ni sehingga dua tahun.
  • Keazaman - Bila kita dah niat, azam juga perlu kuat untuk pastikan kita berjaya menyusukan anak kita sehingga dua tahun. 
  • Ilmu penyusuan - ilmu ini perlu dicari. Setiap ibu pasti mempelajari benda baru saat melahirkan. Banyakkan pembacaan dari buku atau internet. Kini semuanya di hujung jari. Dari segi ilmu mengepam sehingga cara pengendalian stok susu yang diperah.
  • Jadual - sediakan jadual mengepam terutamamya semasa waktu bekerja. Bincang dengan majikan korang waktu-waktu yang sesuai dan dibenarkan untuk anda mengepam.
  • Usaha gigih - usaha tanpa putus asa. Walaupun semasa awal berpantang korang cuma dapat 1,2 oz seperti saya juga, jangan mengalah! Usaha dengan mengamalkan konsep 'supply and demand', banyakkan minum air masak 3 liter sehari, lakukan teknik 'power pumping' dan amalkan supplemen kesihatan. Ingat! Supplemen bukan membanyakkan susu secara direct. Supplemen hanya MEMBANTU tubuh anda lebih sihat dan cergas.

CARA-CARANYA:


1. Mulakan sesi mengepam dengan Bismillah dan dalam keadaan tenang. Pastikan korang selesa dengan posisi korang ya..

2. Adjust suction pam ikut kesesuaian anda. Kebanyakan ibu baru akan mengadu yang mengepam ni sakit (kawan-kawan saya terutamanya). Normal la tu. Sebelum ni tak pernah kena pam kan? Hehe...


Doa Tambahkan Susu Ibu



3. Sambil mengepam tu berzikirlah Ya Mattin 70x serta amalkan doa untuk tambahkan susu ibu dan menatap gambar wajah si comel. Hormon gembira akan lebib banyak dirembeskan dan lebih banyak susu yang akan dapat diperah. ♥

4. Lastly, bersyukur dengan hasil perahan anda. Tak kiralah 1 oz ke, 15 oz ke...itu rezeki masing-masing. Dan yakinlah ianya cukup untuk anak korang. In shaa Allah ^^

Wednesday 17 September 2014

Wordless Wednesday: Rahsia Kejelitaan Wanita Moden


ASSALAMUALAIKUM W.B.T 

Rahsia Kejelitaan Wanita Moden

collagen
Info Shaklee Collagen Powder

kandungan-collagen-powder-shaklee
Bahan utama di dalam Shaklee Collagen Powder

kebaikan-collagen
Kebaikan Collagen Powder Shaklee

ujian-klinikal-collagen
Ujian Klinikal Collagen Powder Shaklee
Collagen Powder Shaklee menepati ciri-ciri kolagen yang terbaik di dunia. 

Dengan promosi setiap pembelian 6 kotak Collagen Powder Shaklee, anda layak mendapat 1 kotak lagi secara PERCUMA.
 Lagi best, anda juga mendapat KEAHLIAN secara percuma tanpa perlu bayar yuran pendaftaran dan bakal mendapat CASH bonus pada bulan hadapan!!

Untuk dapatkan khidmat konsultasi dan pembelian, hubungi saya segera seperti di bawah:

Dila Kazuha
0175598332/0178780310 (whatsapp fast response)
dilakazuha@gmail.com

Tuesday 16 September 2014

Siapa Saya.....Dila Kazuha?

Assalamualaikum semua... wahhh tajuk ke main lagi kan? Hehehe.. Ramai yang tanye saya mane datang nama dila kazuha tu? Especially part 'kazuha' tu kan? Haaa... meh saya cite hari ni ekk...

Alkisahnya, masa tahun 2002 mase tu saya baru form 2 sekolah MRSM Lenggong. Pioneer batch lagi. Nama lama dulu MRSM Chenderoh. Kanak-kanak ribena lagi. Saya dikategorikan sebagai 'gadis lasak' juga la. Setakat panjat pagar, panjat tingkap tu no hal la. Jadi saya ada lagi ramai kawan lelaki berbanding perempuan. Kalo kawan perempuan pun sama kepala dengan saya jugak la. Hehehe...

Kazuha Toyama

So, mana datangnya kazuha tu? Saya amat minat manga atau komik jepun. Memang saya banyak baca komik dari zaman sekolah rendah lagi. Dari situ timbul minat melukis watak-watak dalam komik tersebut. Manga yang paling saya suka adalah Detektif Conan. Saya ada koleksi komik dari nombor satu lagi dan juga koleksi movie dia. Hehehe.. cuma sekarang ni bila dah berkeluarga kurang la sikit bab manga dan anime ni. Hoho...

Mase sekolah dulu memang saya gila manga, gila anime... dengan kata lain saya ni otaku. Heeee... sampaikan saya sanggup belajar bahasa jepun sendiri dengan kawan-kawan saya. Dan mereka juga ada gelaran masing-masing macam Sheen dan Chibi. Hoho... Makanya, lekatlah nama Dila Kazuha pada saya tu. Bestfren saya plak Chibi Liyana, and lekat sampai sekarang.

Inilah cerita saya. Saya pun lebih selesa dipanggil dila kazuha. Kawan-kawan tempat kerja pun selesa dengan panggilan saya macam ni. Senang nak beza kata mereka. Hehe... senang orang nak ingat. Jadi, korang pun kena ingat ya...

"Ingat Shaklee...Ingat Dila KazUha"

Monday 15 September 2014

Weekend saya!!

Assalamualaikum semua. Ya. Hari ni Isnin. Hari yang paling takde mood nak keje. Plus, bos cuti balik India. Dan, mood saya pagi-pagi lagi dah spoil. Not a good start kan? What to do..life must go on. Ok jom cite pasal weekend saya. Sebelum ni saya dah buat entri planning saya untuk weekend baru ni kan? Ade baca tak? Kalo takde haa klik je sini

Koleksi Aidijuma yang berjaya digantung

Nak dijadikan cerita, planning hari Sabtu memang smooth jer.. Semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Tapi yang sedih sikit pasal ZAWARA lar.. saya tak dapat nak grab dress yang kakak saya kirim tu sebab dah SOLD OUT. Tapi yelar, saya pegi pun dah petang kan? Beli online jer la kak... Hehehe... And, sesi sorting and kemas tudung Aidijuma berjaya dilaksanakan. Hehehe.. Sebab ada banyak lagi koleksi yang akan bakal menyusul. Hoho.. Oh ye, kalau sape-sape tahu kat mana ada jual hanger kecik yang untuk gantung tudung tu boleh la inform saya eh.. tak cukup nih. Hikhik...

Hari Ahad plak.. langsung tak menjadi. Pagi tu sarapan burger yang saya masak sendiri. Special lagi taw salut dengan telur dan ada cheese lagi. Berbaloi plak rasanya masak sendiri dari beli kat tepi jalan tu. Tapi kalau time rajin je la kan? Hahaha... Tengah hari plak rupanya ada kawan Faizal buat kenduri anak dia kawen. Ok siap-siap terus dan off we go. Di sana jumpa la kawan-kawan tempat kerja lama dia. Semua tegur yang dia dah makin berisi and saya makin kurus. Kurus ada sebab nih kakak-kakak sekalian~~~ Hehehe...

Gambar ihsan Google.
Pagi Ahad tu dapat whatsapp dari Abang Zam saya, abang nombor dua saya. Katanya Kak Lin (wife dia) dah selamat bersalin dekat Hospital KPJ Shah Alam. So kitorang pun belikan hadiah and melawat baby baru. Kak Lin terpaksa emergency ceaser sebab dah sejam lebih teran tapi baby tak keluar pun. Yang kesiannya, dua kali sakit la. Dah la merasa sakit contraction, sakit dipotong di perut pun rasa. Adoyaiii~~ And, kak lin pun dah penat gamaknya. Baby boy 3.8kg panjang 57 cm. Beso ye dok? Hehehe... Tengok abang saya ler..kasut dia pun dah pakai saiz 11 kot. Hikhik... Seronoknya bertambah anak buah. Peruntukan duit raya tahun depan pun bertambah juga lah. Hehehe... Maaflah saya tak boleh nak upload gambar yang sebenar atas permintaan mereka. Tunggu abis pantang nanti saya dedahkan ye. Nama pun takde lagi nih. Hehehe... 

Pssttt... GA yang saya anjurkan dah tamat ye. In shaa Allah hujung minggu ni saya akan umumkan pemenangnya ya. Tungguuuuu....


Saturday 13 September 2014

1st Giveaway By Dilakazuha: Happy Birthday, Mama ♥



Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog saya (dilakazuha)
2. Like page FB saya (Mamamiashoppe)
3. Anda wajib bukan seorang pengedar atau AHLI Shaklee
4. Buat satu entri dengan tajuk "1st Giveaway by Dilakazuha" dan teka mama saya yang mana satu dan umur mama saya.
5. Backlink pada gambar di atas dan komen di bawah serta linkkan pada entri anda.
6. Tag atau share dan ajak rakan-rakan anda untuk sertai GA ini. ^^

Pemilihan pemenang:

1. 3 orang pemenang yang meneka dengan tepat atau hampir tepat umur mama saya dan penyertaan TERAWAL akan mendapat hadiah MISTERI setiap seorang.

P/S: Hadiah mungkin akan reveal untuk next-next entri

Tarikh tutup penyertaan: Jam 2359 12 September 2014

Friday 12 September 2014

Planning Hari Minggu

Assalamualaikum semua. Hehehe.. Hari minggu datang lagi. Selalu apa planning korang bila hari sabtu, ahad nih. Haaa... nih planning saya untuk hujung minggu nih. Ini planning saja ye..yang actual punya nanti saya buat entri lain. Hohoho...


Planning my weekend

Planning Hari Sabtu:

  • 7:00 pagi - siapkan sarapan, mudah dan ringkas. Semalam Faizal baru balik dari K.Terengganu, dia ada belikan keropok lekor. Goreng saja lar..tambah sarapan ESP untuk saya dan dia pula campuran ESP dan Cinch Shake Coklat. Cukup la tu... Mudah, cepat dan mengenyangkan. Resepi best --> sini
  • 9:00 pagi - misi mengemas rumah bermula. Biasanya Faizal yang akan vakum rumah, saya kena jaga Faeezah sebab dia takut dengan bunyi vakum yang kuat tu. Lepas tu baru saya mop lantai. Sambil tu kain baju dah siap masuk mesin dan basuh. 
  • 11:00 pagi - Sidai kain baju yang sudah dibasuh. Solat dhuha sekejap. 
  • 12:00 tengah hari - Masak untuk makan tengah hari. Biasanya Faizal tak nak makan tengah hari cepat sangat. 
  • 1:30 petang - tengok berita dan solat Zohor. Santai dan rehat sekejap. Lunch skali.
  • 3:00 petang - Nak pergi ZAWARA. Sebab kakak saya mintak tolong belikan dress untuk dia. Dress bawah nih lar yang akan release esok kat butik dan online pun ada jugak. Siap ada contest lagi. Klao nak join korang search jer 'zawara'. Model dia Anzalna and baru-baru ni Emma Maembong.
ZAWARA
  • 5:00 petang - Balik rumah angkat kain di jemuran. Faizal tak suka minum petang tapi selalunya saya akan bancuhkan teh juga. Berehat dan bersantai.
  • 7:00 malam - Solat maghrib dulu ya....
  • 8:00 malam - Siapkan makan malam. Faizal tak makan nasi waktu malam. Jaga badan katanya. Hahaha... Jadi masak hanya untuk saya. Mungkin masak spageti aglio olio saja. Senang.... Heee...
  • 9:00 malam - Nak kemas WARDROBE saya yang dah penuh...terutamanya koleksi tudung Aidijuma saya dan dress. 
  • 12:00 tengah malam - masuk tidur ler jawabnya.. Penat derr...

Planning Hari Ahad:

  • 8:00 pagi - Sarapan di luar, mungkin. Kalau tak pun beli nasi lemak jer kat Kak Ayu yang menjual kat bawah apartment kitorang nih.. Hujung minggu je makan nasi lemak. Kena kawal sikit. Hehehe...
  • 10:00 pagi - Pegi rumah kakak kat Sri Gombak, hantar kiriman dia la apa lagiii...
  • 12:00 tengah hari - Pegi rumah mertuaku di Sentul. Aktiviti WAJIB setiap minggu. Kalau tak bermalam sekalipun mesti datang juga.
  • 8:30 malam - Gerak pulang ke rumah di Bangi.
  • 9:30 malam - Sampai rumah. Lipat kain yang sudah dibasuh. Kemas beg anak dan gosok baju kerja. 
  • 11:30 malam - Masuk tidur zzzzzzz....

So, apa planning korang plak hujung minggu nih?

The Versatile Blogger Award

Assalamualaikum semua... Ternampak dah award ni masa blogwalking siang tadi. Tapi ni baru ada sahabat yang tag saya untuk join skali. Why not kan? Hehehe....


http://fuzamusa.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html
The Versatile Blogger Award

Jom kita berkenalan dengan sahabat saya yang senang sangat nak ingat nama dia.

FUZA MUSA

Rules:
1. Thanks the person who nominated you
2. Provide a link to the person's blog
3. Write 7 facts about yourself

7 Fakta tentang saya:

1. Seorang penggemar KUCING
2. Seorang yang suka DIAM bila tengah marah
3. Seorang yang kaku di depan kamera
4. Peminat anime dan manga JEPUN
5. Suka makan char kuey teow
6. Peminat tegar Aidijuma ★
7. Sangat suka makan rojak BUAH

Sahabat Blogger yang saya TAG:






6. Kak Nazliana - http://adna2029.blogspot.com/






12. Arz Moha - http://www.arzmoha.com/




Jadinya, selamat bersegmen dengan jayanya! ^_^