Saturday 30 January 2016

Refresh tahun baru

Assalamualaikum semua... Ya Allah berdebu-debu sudah blog nih.. Pertama skali saya minta maaf sangat2 sebab dah lama x update blog ni. Akibat kekangan masa dan tanggungjawab baru membuatkan saya terpaksa mengalami transisi mengejut juga la. 

Sekarang saya tinggal di Kuala Pilah. Jauh kan? Dulu dok Bangi, sekarang dah jadi orang nogori. Hehe... Atas tuntutan kerja saya ditempatkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Memandangkan saya berpindah maka anak2 pn mengikut saya..takkan nak tinggal dengan ayah mereka plak kan? Tak hidup saya tanpa anak2... Ayah mereka plak kadang2 2,3 kali seminggu akan balik ke Kuala Pilah. Kalau dia tak balik, dia akan tinggal di rumah mak dia kat Sentul. 

Mulenye teruk juga saya nak adapt jaga anak2 sorang2... Memang stress dan penat. Tapi nak tak nak saya terpaksa juga. Nak minta transfer masih tak mencukupi syarat yang ditetapkan. Maka saya terpaksa bertahan dulu. 

Dah la kat Pilah ni boleh tahan mahal-mahal juga barang2 dia.. Sewa rumah saja dah rm600 padahal kawasan kampung jer.. Redha saje la.. Kuarters plak keutamaan untuk nurse dan doktor sahaja. Redha lagi... Nasib baik dekat saje dengan hospital dalam 5 minit perjalanan saje.. Pengasuh anak2 lagi 2 orang rm550.. Banyak belanja pula bile duduk Pilah ni... 

Banyak perkara lagi yang saya nak share sebenarnye terutamanya life saya sekarang yang PJJ dengan suami sekarang. Tapi kalau nak kate tu sebenarnye sama ke macam dia pegi outstation hehehe... Bezanya sekarang jaga 2 orang anak yang toddler sorang yg baby sorang... 😂😂😂

Opsss nanti saya sambung lagi yer.. Kbai. 

Tuesday 7 April 2015

Surat Penempatan Pegawai Sains

Assalamualaikum semua. Pagi yang ceria untuk semua. Saya? Bertambah ceria menghitung hari-hari terakhir di company ini. Hehehe.. But still a bit sad juga la nak tinggalkan industri pharmaceutical ini. Memang tak rugi saya terjun dalam industri ini. Banyak benda dan pengalaman baru yang saya dapat belajar. Walaupun jurusan saya mikrobiologi tapi saya berkebolehan melakukan analisis kimia dengan menggunakan pelbagai jenis instrumen. Pengalaman berharga sebab tempat lain belum tentu kita dapat peluang yang sama. 

Surat lapor diri
Alhamdulillah tempat penempatan sudah diketahui. Debaran kau jemah... Terungkai juga jawapan selepas dapat surat penempatan melalui emel. Hampeh betul... minggu lepas call KKM tanya kata belum meeting bagai lagi.. sekali minggu ni dah keluar pula keputusan penempatan dia. Saya dapat penempatan di Hospital Jelebu dan saya perlu melaporkan diri minggu depan bersamaan 13 April 2015 iaitu pada hari Isnin. Ngenggg betul.. saya belum prepare lagi dokumen yang diperlukan termasuklah medical checkup dan akuan sumpah. Nak tak nak saya kena sediakan semuanya juga. 

Tempat penempatan
Tapi apa-apa pun saya tetap bersyukur dapat penempatan di Negeri Sembilan. Takdelah jauh sangat pun dari Bangi tu cuma kalau nak ulang-alik tu jauh juga, makan masa dekat sejam lebih perjalanan. Banyak pula benda nak kena fikir sekarang. Faizal dah risau sebab nak ulang-alik pun bukannya dekat. Kos minyak dengan tol lagi. Keselamatan lagi memandangkan saya pun tengah mengandung ni. Kalau nak pindah sana mesti kami berpisah sementara la. Faeezah? Itu pun nak kena fikir juga. Nak kena bincang elok-elok pasal ni. Yang penting, saya kena lapor diri di JKN Negeri Sembilan dekat Seremban hari Isnin ni. Lepas tu nak buat rayuan atau pertukaran terpulang pada Pengarah JKN nanti. Harapnya semua dipermudahkan.

Kalau nak minta tukar Selangor pun belum tentu dapat dekat. Mungkin akan tercampak ke hospital yang jauh juga. KL plak bukan senang nak dapat. Lagipun KL asyik jem saya pun macam tak sanggup je nak harung jem setiap hari. Syukur sebab masih dapat penempatan di semenanjung. Ada kawan saya dapat di Sabah, sorang lagi di Johor. Semuanya ada hikmah masing-masing. Saya percaya Allah dah tentukan mana yang terbaik untuk kita. In shaa Allah ada rezeki nanti boleh minta pertukaran. Doakan saya berjaya ^_^

Thursday 2 April 2015

Surat Berhenti Kerja

Assalamualaikum semua. Rentetan daripada kes kerja tanpa henti sebelum ni, saya sudah nekad untuk hantar surat resign. Ya, saya resign! berhenti kerja! Kenapa? Bukan sebab tekanan kerja yang membuak-buak sekarang, tapi antara faktornya juga saya kerap bergaduh dengan bos sendiri. Bukan la bergaduh bercakaran gitu..cumanya saya lebih outspoken pendapat dan pendirian saya.

Tawaran kerja baru
Sebab utama saya berhenti kerja adalah saya dapat offer kerja lain. Yang lebih menggembirakan saya, saya dapat jawatan Pegawai Sains di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebelum ni saya cuma calon simpanan saja, baru ni dapat panggilan. Inilah berita yang amat menggembirakan mama saya. Syukur alhamdulillah!! Dapat juga saya tunaikan harapan terakhir mama saya. Bukan senang jadi anak harapan, tambah-tambah lagi saya yang bongsu. Memang saya je la harapan terakhir mama nak tengok ada anak dia yang dapat kerja kerajaan. Memang la orang kata makan gaji and so on, tapi sekurang-kurangnya saya dah gembirakan mama saya. Soal gaji dan rezeki itu kita serah kepada Tuhan. Kerja kita sebagai hambaNya hanya berusaha dan berdoa.

Jadi, saya dah hantar notis sebulan kepada bos saya bulan lepas selepas saya terima surat daripada SPA. Surat tu bertarikh 17 Februari, saya dapat 10 Mac. Hahaha lama tak lama proses dia. Sekarang ni saya cuma tunggu surat penempatan daripada KKM pula. Hari tu KKM sendiri yang call bertanyakan personal detail dan mereka kata surat penempatan akan dapat dalam bulan April. Memandangkan saya perlu beri notis sebulan, dan untuk mengelakkan sebarang percakaran lanjut dengan bos saya baik saya inform dia awal-awal. Kalau dapat surat posting lambat nak kena resign short notice lagi naya.

Minggu depan adalah minggu terakhir saya di Royce Pharma. Jadi saya bertungkus-lumus siapkan kerja-kerja yang tertangguh dan perlu diselesaikan segera. Harapnya rakan sekerja yang akan dapat handover dari saya boleh sambung kerja-kerja saya nanti. Heeee~


Psssttt...doakan saya dapat tempat posting yang berdekatan ye. Kalau dapat jauh pun saya pergi juga cuma lagi mudah kalau tak berpisah dengan suami dan anak, lagi-lagi dalam keadaan tengah mengandung ni..

Monday 23 March 2015

Pemergian Seorang Sahabat Hamil 7 Bulan

Assalamualaikum semua.. Saya mohon kepada semua pembaca blog saya untuk sedekahkan surah al-Fatihah untuk sahabat baik saya, Nazatul Fahimah yang telah menghadap Ilahi pagi tadi akibat kemalangan yang berlaku di Shah Alam semalam. Terkejut dengan berita ini, sebab baru saja Jumaat lepas kami berwassap bercerita tentang baby. Oh ye, sahabat saya ni sedang sarat mengandung 7 bulan. Ternyata Allah lebih menyayangi beliau dan anaknya.


Sebenarnya suaminya, Lolow @ nama sebenar Muhammad Dzareen adalah bestfriend saya semasa study di UKM dulu. Kami memang rapat dan selalu keluar bersama-sama. Dari situ saya kenal dengan arwah. Arwah Az merupakan student UIA dahulu jurusan engineering. Saya turut menghadiri majlis perkahwinan mereka pada tahun lalu. Dan dia juga merupakan antara sahabat saya yang mengamalkan produk Shaklee sejak mengandung. Memandangkan kawan saya tu bekerja di Johor, dan arwah di Shah Alam, mereka hanya berjumpa sekali-sekala saja. Buat masa ni bestfriend saya itu tak dapat dihubungi. Mungkin beliau memerlukan masa untuk menerima berita ini. Kenyataan sebenar masih tidak diketahui.


Berita ini juga telah tersiar di laman facebook page Kuala Selangor Official. Kemalangan di Persiaran Mokhtar Dahari, Jln. Batu Arang berlaku malam semalam melibatkan 4 buah kenderaan, dan kenderaan arwah (Nissan Almera) yang paling teruk sekali. Sebak saya menahan sedih melihatkan gambar-gambar keadaan keretanya. Kita yang melihat ini pun sangat sedih apatah lagi mereka yang menanggungnya. Semoga mereka tabah hadapi dugaan yang Allah berikan ini.

Surah al-Fatihah


Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah dan mendoakan arwah tenang di sana bersama anaknya di dalam syurga. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu. 


Buat sahabatku Lolow, semoga kau tabah dan kuat hadapi ujian Allah ini. Aku sentiasa mendoakan kau bro..~ Takziah aku ucapkan kepada seluruh ahli keluarga kau juga. Ternyata Allah lebih menyayangi anak dan isteri kau, walau kau tak sempat bertemu dengan anak kau. In shaa Allah dia menunggu kau di syurga kelak.

Wednesday 11 March 2015

Kerja Tanpa Henti, Menangis Dalam Hati

Assalamualaikum semua.. Ya, baca tajuk pun dah tahu kan saya nak cerita pasal apa.. Tapi bukan nak cerita sangat pun, lebih kepada luahan hati saja. Sabar saja yang mampu ku katakan. Timbunan kerja tak pernah berhenti kan? Dah siap satu datang lagi lima! Wahhh propa sangat kau mak jemah.. Hehehe.. Tapi metafora begitulah workload saya sekarang. Walaupun staff dah bertambah tapi projek produk baru pun banyak juga. R&D semakin berkembang.. yang tak kembangnya cuma pemikiran segelintir mereka saja.

Tapi, saya dah dapat satu berita gembira..amat gembira sampai rasa macam nak menangis. Apa yang penting, mama saya adalah orang yang paling gembira. Dan saya rasa amat bersyukur akhirnya dapat tunaikan harapan mama yang memang menggunung pada saya. Susah juga jadi anak bongsu ni ya... bila dah semua yang atas-atas tak berapa nak ikut, akhirnya yang last ni juga la yang akan mengikut. Rezeki Allah nak bagi..cuma cepat atau lambat saja. Doa seorang ibu tak pernah putus untuk anak-anaknya. Dan saya tahu ini semua atas kesabaran dan doa dari mama juga.


Maaf terpaksa mengundur diri dulu. Boss saya dah masuk ofis. Hehehe.. Assalamualaikum~ ^^