Saturday 21 June 2014

Shaklee : Perniagaan yang Boleh Diwarisi

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah hari ni dah hari Jumaat. Yeayyy... Of course semua orang suka hari Jumaat kan? Hehehe... Hari ni nak share something yg new juga untuk saya..yang saya sendiri pun baru tahu sebenarnya. Rupa-rupanya bisnes Shaklee nih boleh diperturunkan atau diwarisi oleh pasangan kita atau anak kandung kita sendiri. Masa saya dengar tu macam "oooo...yekew... xtaw plak macam tu.." mulut tu panjang jer ooo dia kan? Hehehe...

Family business with Shaklee :)
TAPI...ada tapinya....dengan syarat pasangan atau anak kita tu boleh juga menjual dan berbisnes macam kita. Kiranya bisnes Shaklee nih macam bisnes family jugak lar...macam bisnes2 yang lain jugak, yang pasangan n anak kita pun boleh takeover la masa kita dah takde ke nti kn? Maksudnya, segala bonus dan anak didik korang akan berada di bawah jagaan mereka pulak. Jadinya, bisnes Shaklee ni pun sebenarnya boleh jadi bentuk pelaburan yang bagus untuk anak2 kita jugak... Contoh la kalau ditakdirkan ajal kita dah sampai, bukan kira tua muda pun kan... sekurang2nya ada jugak la peninggalan untuk mereka. 
 
CEO Shaklee, Roger Barnett sendiri telah menjelaskan isu ini semasa siding National Conference baru-baru ni.. --> http://www.youtube.com/watch?v=RPUXgWaiUYA


Jom mendaftar AHLI Shaklee bersama saya

 
Fikir-fikirkanlah yer kawan2 semua... Saya xtaw yg bisnes lain mcm mana tapi saya tahu yang Shaklee ni adalah adil dan sama rata. Tiada istilah goyang kaki untuk berjaya. Banyak sebenarnya kelebihan yang Shaklee dah offer pada kita. Cuma terpulang pada kita nak berusaha sejauh mana untuk mendapatkannya. Pelbagai BONUS menarik yang ditawarkan oleh Shaklee untuk kita semua. Saya ingin membantu anda semua dalam mengubah ke arah yang lebih sihat dengan pemilihan supplemen yang semulajadi, selamat, berkesan dan yang paling penting HALAL

Sekiranya korang berminat untuk menjadi AHLI Shaklee, xkira sama ada makan sendiri atau serius berbisnes. Sukacitanya sila hubungi saya seperti di bawah:

"SHARING THE GOODNESS"


Wednesday 18 June 2014

Anemia: Bukan Saja Ibu Hamil

Assalamualaikum semua... Just nak share testimonial seorang sahabat yang baru saja disahkan hamil. Alhamdulillah... Baru melangsungkan perkahwinannya awal tahun ini. Satu ketika saya terbaca status update di facebooknya mengatakan yang Hb dia rendah and of cos kena 'basuh' la kan dengan misi kat klinik. Then, saya just komen kata yang dia kena banyak makan kerang, sayur berdaun hijau terutamanya bayam yang kaya dengan zat besi. Organ-organ dalaman tak makan katanya. Esoknya, dia pm saya kata dia makan kerang sakit perut pulak. Berkali-kali ke toilet. Pulakkk dahh.. Kemudian, saya perkenalkan dengan Vitalea, multivitamin yang diformulasikan bersama zat besi. 

testimonial-hb-vitalea
Testimonial Vitalea - Hb ibu hamil normal

Alhamdulillah, setelah mencubanya hampir sebulan bacaan Hb beliau sudah kembali normal. Gembiranya saya bila dapat membantu orang lain memperbaiki kesihatan mereka. Kini, dia tak risau lagi dengan Hb beliau. Malah, Vitalea tu pun hasben dia makan sama. Katanya rasa lebih bertenaga dan kurang letih lepas ambil Vitalea tu. Yelar hasben dia hari-hari ulang-alik kerja dari Sepang ke Subang, naik motor jer plak tu. Jimat kan? Laki bini pun boleh kongsi sama-sama makan. Hehehe...

Nak tahu lebih banyak info vitalea? Klik saja di --> sini

Untuk ketahui lebih banyak produk shaklee untuk kehamilan, anda boleh klik --> sini

Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu juga Mengalami Anemia

Berbalik pada tajuk di atas, anemia bukan saja boleh dihadapi oleh ibu-ibu hamil. Malah, ibu berpantang dan juga yang sedang menyusukan anak juga boleh menghidap anemia. Mungkin, ramai di kalangan golongan ibu-ibu ini tidak sedar yang mereka mengalami anemia. Antara simptom anemia adalah sering keletihan, tidak bertenaga dan cepat penat. Hal ini kerana sel darah merah dalam tubuh anda berkurangan kesan daripada proses bersalin yang telah dilalui. Oleh itu, ibu-ibu ini cepat merasa penat dan letih akibat kekurangan oksigen di dalam tubuh. 

Ibu Hamil, Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu Perlukan Lebih Zat Nutrisi

Pengambilan multivitamin adalah penting bagi tiga golongan ini bagi memenuhi zat nutrisi yang seimbang dalam diet seharian mereka. Bagi ibu hamil, sudah tentu memerlukan lebih lagi untuk perkembangan dan tumbesaran janin manakala ibu berpantang pula memerlukan lebih banyak zat untuk memulihkan tubuh dengan cepat selepas bersalin. Ibu-ibu yang menyusukan bayi juga perlukan lebih zat nutrisi yang seimbang kerana penghasilan susu ibu bergantung pada tahap kesihatan si ibu. Memang fakta mengatakan walaupun ibu-ibu menyusu tidak mengamalkan supplemen atau berdiet ianya tidak memberi kesan pada kualiti dan komposisi susu ibu TETAPI ianya memberi impak pada kesihatan si ibu. Oleh itu, pengambilan supplemen adalah untuk menyokong kesihatan ibu, sebenarnya.

Sekiranya anda memerlukan khidmat konsultasi, hubungi saya segera seperti berikut:

Page: Mama Mia Shoppe
Tel/SMS/Whatsapp/Wechat: 0178780310 / 0175598332
Email: dilakazuha@gmail.com



Tuesday 17 June 2014

Ku kirim Doa untuk Abah~

Assalamualaikum semua... Setiap tahun hari bapa diraikan pada setiap hari Ahad minggu kedua pada bulan Jun. Dan pada tahun ini, Hari Bapa jatuh pada 15 Jun 2014. Pada semua bapa, ayah, abah, abi, walid, papa, daddy dan seangkatan dengannya, Selamat Hari Bapa saya ucapkan. Tanpa anda, dunia ini tidak lengkap. Memang selalunya anak-anak akan mencari ibu atau mama dia. Setiap kali apa-apa hal akan panggil dan cerita pada mak. Tak semua macam tu.. Ada anak yang lebih rapat dan lebih senang bercerita dengan ayahnya, macam saya. Heee...

Abah wira saya selamanya~
2004 - 2014. Pemergian abah genap 10 tahun, pada 19 Jun 2004. Masa tu saya sedang belajar di MRSM Taiping. Yang ada di rumah ketika itu hanya kakak saya. Abah kemalangan. Jatuh motor sendiri sebenarnya. Dalam perjalanan balik dari pejabat nak ke rumah untuk solat Jumaat (18 Jun 20014). Tengahari, panas pulak tu. Abah naik motor EX5 jer. Mungkin sebab matahari terik sangat, abah mula pening dan terjatuh. Ini taakulan saya saja. Tapi nasib baik masa tu nak sampai dekat rumah dah. Jiran-jiran yang nampak dan cepat-cepat panggil kakak saya dekat rumah. Kakak call mama yang tengah bekerja. Masa tu mama keje dekat Hospital Ipoh. Ambulans terus datang and bawa abah pegi hospital. Masa tu abah sedar lagi, mama cakap. Lepas doktor inject painkiller, abah cool down. Abah dimasukkan ke wad kelas dua. Badan abah penuh dengan wayar yang berselirat. Bila abah sedar, doktor inject lagi dengan painkiller. Mungkin kali ni higher dose. Abah terus tak sedarkan diri, koma. Abah dimasukkan ke wad CCU (critical care unit). Kebetulan, katil yang sama dengan arwah atok saya duduk dulu juga.

Petang 18 Jun 2004, saya dapat panggilan telefon dari abang saya dekat pejabat sekolah. Masa tu saya tengah prep petang. Masa abang saya cakap abah masuk hospital, saya terkaku. Petang tu juga abang ambil saya di sekolah dan terus ke hospital. Masa tu yang ada di wad mama saya, pakcik saya (adik bongsu mama) dan sepupu saya yang memang saya rapat (anak pakcik saya tu). Malam tu, doktor minta kebenaran dari mama, untuk cabut wayar-wayar yang ada pada abah. Selepas mendengar penerangan doktor, mama bersetuju. Saya masa tu masih tak faham lagi. Kemudian baru saya sedar, yang abah cuma bergantung pada mesin saja. Bila wayar semua dicabut, abah pun pergi menghembuskan nafas yang terakhir. Ya memang saya menangis. Menangis semahu-mahunya. Terlalu banyak pengorbanan abah selama membesarkan saya. Apakan daya, saya tak sempat berbakti untuk abah.


Doa untuk arwah bapa

Kini, saya sudah mempunyai bapa mertua yang dipanggil Abah juga. Tapi mestilah tak sama kan cuma Abah banyak memberi nasihat kepada saya. Saya sayangkan mertua sama macam parents kita sendiri juga. Kesihatan Abah pun tak brape baik.. Abah ada darah tinggi dan perlu makan ubat hospital yang banyak. Saya berikan Abah Omega Guard dan coQ health untuk cuba. Alhamdulillah paras kolestrol Abah dah kembali normal. Gembiranya hati bila Abah bagitahu saya. Walaupun saya tak sempat nak berbakti pada arwah abah saya sendiri sekurang-kurangnya saya dapat berbakti pada Abah mertua dan mama saya. ^_^

Doa untuk ibu bapa

Nasihat saya, berbaktilah pada orang tua selagi mereka masih ada selain sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Sebelum Allah menjemput mereka, sebelum Allah menjemput kita, berikanlan yang terbaik untuk mereka. Kerana mereka sentiasa berikan yang terbaik untuk kita. Semoga para pembaca dapat sedekahkan surah Al-Fatihah untuk arwah abah saya. Semoga Abah ditempatkan bersama-sama orang beriman. Amin~

Bagi sesiapa yang berminat mencari supplemen kesihatan untuk ibu bapa anda, ini adalah antara set yang boleh menajdi pilihan anda:

  1. Set kesihatan sendi - ostematrix, omega guard dan advanced joint health. (ini hadiah saya untuk mama setiap bulan)
  2. Vivix - Rawatan dari dalam DNA. Formulasi khusus untuk membantu pemulihan strok, sakit jantung, diabetes, merokok, anti penuaan.
  3. Set kesihatan menyeluruh - ESP dan Vitalea
  4. Set kawalan kolestrol - Phytocol-ST, Omega Guard, Garlic complex
Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat konsultasi, sila hubungi saya segera melalui:

Page: Mama Mia Shoppe
Tel / SMS / Whatsapp / Wechat : 0178780310 / 0175598332
E-mail: dilakazuha@gmail.com


Monday 16 June 2014

Bersengkang MATA Kerana BOLA SEPAK

Assalamualaikum semua... Awal pagi tadi bermula sudah perlawanan pembukaan Piala Dunia bola sepak di antara Brazil dsn Croatia. Secara jujurnya, saya ni taklah begitu minat sangat dengan bola. Paling saya layan pun BPL dan UEFA..tu pun sebab saya penyokong the Blues, sedangkan Faizal sokong the Red Devils. Kalau Piala Dunia ni saya tak tahu nak sokong negara mana. Hehehe...

Ada sape2 yang buat ramalan tak negara mana yang akan menang? kalau macam dulu Paul si Sotong tu kan? Last2 dia pun mampuihh.. Haha... Saya pun tak pasti Faizal sokong negara mana..mungkin Holland atau Jerman. Atau mungkin Spain atau France. Okey saya mengaku saya memang tak taw. Heee...

Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2014

Sekarang ni saya layan jer semua sports. Apa yang Faizal tengok saya pun tengok sama. So secara tak langsung saya pun minat sama and boleh kenal juga player dia. And yang sport yang baru saya suka adalah MotoGP. Yang ni memang lepas kahwin baru saya minat. Sebab Faizal selalu tengok. Hujung minggu diayang pegang remote tv. Kalo weekdays saya yang banyak pegang, tengok drama kan... kadang2 ada gak drama yang saya tak tengok tapi Faizal plak yang layan. Hebat kan? Hahaha... 


Motor Idaman Faizal

MotoGP tu dari moto3, moto2 memang saya layankan aje... tapi motoGP la yang paling best sebab cc enjin besar kan? Lagi thrill kalo ada yang jatuh kat selekoh.  Selalunya Lorenzo atau Mark Marques La jadi pilihan. (Hensem bak anggg...) And secara tak langsung, saya juga minat motosikal berkuasa tinggi. Idaman Faizal adalah z800..Hoho... saya kata nak beli boleh, tapi saya nak bawak sendiri jugak. Hahaha... memang lawa la kan...lagi2 dengan lampu belakang dia yang berbentuk z tu...commmeellll!!! ♥♥♥ Itu jugak la yang buat Faizal berkenan sangat kt moto z800 tu. Alahaiiii~~

In Shaa Allah kalau ada rezeki nanti boleh la dia pakai sebijik motor macam tu. Doakan kami yer~ ^_^

Saturday 14 June 2014

Ubat-ubatan PUNCA Susu Merudum??

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah ketemu lagi kita pada malam ini. Maaflah kadang-kadang saya draf saja dulu n publish keesokannya. So waktu publish tu mungkin tak sama. Mostly saya akan draf pada waktu malam dan publish pada siangnya. Kisah ini ingin saya kongsikan supaya ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana lebih berhati-hati dengan pengambilan ubat-ubatan. Sesetengah ubat boleh menjadi PUNCA susu badan anda merudum. Apakah tindakan anda?

ubat-punca-susu-merudum
Berhati-hati dengan pengambilan UBAT 

Pengambilan Ubat dengan Preskripsi Doktor

Ubat-ubatan hanya akan diberi dengan preskripsi doktor sahaja. Beritahu pada doktor anda yang anda masih lagi breastfeed anak anda. Sekiranya anda hamil, doktor akan berikan ubat yang selamat untuk anda dan juga kandungan anda. Kebanyakan ubat hanya akan berada di dalam susu ibu pada kuantiti yang sangat kecil, kurang dari 1%. Jadi anda tak perlu risau untuk makan ubat-ubatan tersebut.

Ubat Punca Susu Merudum

Sesetengah ubat boleh menjadi punca susu badan anda merudum seperti pil perancang keluarga yang mengandungi estrogen dan pseudoephedrine. Kebanyakan ubat yang mengandungi pseudoephedrine adalah ubat selsema, ubat batuk etc. Malah, sesetengah antibiotik juga boleh menyebabkan keruduman susu anda. Tetapi tidak semua yang mendapat kesan seperti itu. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati dengan pengambilan antibiotik sekiranya anda masih breastfeeding.


ubat-susu-merudum
Pengambilan ubat punca susu merudum

Susu Kurang atau Kering Selepas Bersalin?

Ini juga sebenarnya ada kaitan dengan pengambilan ubat-ubatan semasa hamil. Ubat yang turut mengandungi pseudoephedrine juga dikatakan boleh menyebabkan susu badan kurang atau tiada walaupun baru saja bersalin namun tiada kajian saintifik yang disertakan bersama. Namun, melalui pembacaan saya ubat-ubatan seperti ubat selsema, ubat batuk dan antibiotik tertentu seboleh-bolehnya dielakkan semasa hamil.

Langkah TERBAIK : Jaga Kesihatan Diri

Ini merupakan kaedah yang terbaik untuk anda. Hal ini kerana, apabila anda sihat anda tak perlu risau nak makan ubat. Kemungkinan ubat tersebut memberi kesan pada penyusuan anda kelak anda mungkin tak tahu. Oleh itu, TUJUAN pengambilan supplemen adalah untuk memastikan tubuh anda sihat dengan nutrisi yang seimbang. Penghasilan susu juga ditentukan oleh kesihatan tubuh ibu. Sayangkan anak, maka sayangkan diri sendiri dulu. 

Konklusinya, pengambilan ubat-ubatan semasa hamil dan semasa menyusukan anak adalah amat penting bagi memastikan ianya tidak mengganggu penghasilan susu badan anda kelak. Oleh itu, amalkan pemakanan yang seimbang dan ambil supplemen tambahan untuk menyokong gaya hidup anda. Sila ambil tahu ubat-ubatan yang anda ambil ye. 

*Nota kaki: Beberapa minggu lepas saya demam, sakit tekak yang amat. Makan pun tak lalu. Doktor bagi antibiotik, cephalohexin. Semasa saya demam dan makan ubat, susu saya merudum. Bertambah teruk, makan nasi pun peritnya tekak. Sekarang tengah bertungkus lumus tingkatkan balik produksi susu saya. Nantikan tips seterusnya dari saya. Doakan saya berjaya!! ^_^

Wednesday 11 June 2014

Motivasi Ibu Menyusu Berkerjaya

Assalamualaikum semua... Saya bukanlah seorang pakar laktasi. Saya cuma seorang ibu yang bekerja yang sedang berusaha menyusukan anak saya yang baru saja setahun lima bulan. Ini bukanlah tips, tapi lebih kepada motivasi atau galakan kepada ibu-ibu yang bekerja tapi masih mahu menyusukan anak mereka. Saya sendiri berada di dalam situasi yang sama, dan saya sedar kita perlukan sokongan moral dan galakan yang kuat untuk teruskan penyusuan ibu ini. Saya faham, sebagai ibu yang berkerjaya, bukan mudah untuk memenuhi syariat agama di mana syariat menuntut ibu menyusukan anaknya sehingga dua tahun.

motivasi-ibu-bekerja
Ibu berkerjaya juga MAMPU menjayakan penyusuan ibu

Tabahkan hati kuatkan semangat wahai para ibu

Ini yang paling utama. Hati kena kuat. Mental pun kena kuat. Bukan saya nak kata banyak anasir tak elok tapi pengaruh luar terlalu banyak. Bagi saya, niat tu penting. Ingat balik kenapa kita nak susukan anak kita? Sebab itu HAK seorang anak. Selain daripada dapat mengurangkan kos susu tepung, ibu juga mendapat faedah daripada penyusuan tersebut. Zat khasiat yang terbaik untuk anak anda sudah tentu daripada susu ibu.

Sokongan keluarga dan rakan sekerja

Keluarga terutamanya suami haruslah memainkan peranan penting dalam penyusuan ibu ini. Sebagai ibu yang baru melahirkan, ditambah dengan bebanan kerja membuatkan si ibu lebih mudah stress. Sokongan daripada suami boleh meredakan tekanan si ibu. Rakan sekerja juga diharap lebih memahami ibu yang menyusukan anaknya terutama privasi dan waktu mengepam di pejabat.


perbandingan perahan susu shaklee
Jangan membandingkan hasil perahan anda dengan orang lain

Jangan membandingkan hasil perahan susu

Yang ni adalah PENYAKIT. Kenapa saya kata penyakit? Sebab ianya boleh berjangkit. Bila kita tengok orang tu sekali pam dapat 15oz. Kita pam nak dapat 5oz pun susah. Bagi saya, tak kisah banyak atau sikit yang penting CUKUP untuk anak kita. Jangan terlalu fokus untuk banyak melimpah ruah. Bila da banyak sangat nanti tak muat pula peti ais kat rumah tu kan? Dah kena beli baru plak... Walaupun sekali pam kita cuma boleh dapat 2oz, kerapkan lagi mengepam. Kumpulkan. Sekali pam dapat 2oz 4 kali pam dah dapat 8oz. Susu yang dipam dalam masa 24 jam boleh dicampur dan disimpan dalam fridge.


Be positive, patient and persistent

Tiga perkataan ini dah cukup memberikan perangsang untuk saya. Sentiasa berfikiran positif. Sentiasa yakin yang susu anda sentiasa mencukupi untuk anak anda. Dalam masa yang sama, anda harus bersabar dan berusaha untuk memastikan bekalan susu anak anda setiap hari mencukupi. Elakkan atau kurangkan berasa stress. Ini antara faktor yang akan menggangu pengaliran susu anda. Gunakan konsep 'demand vs supply' dengan betul. Kerapkan penyusuan dan sesi mengepam. Saya faham, bagi yang bekerja masa adalah sangat terhad. Di sini anda perlu pastikan ada jadual mengepam. Tetapkan waktu yang sama setiap hari dan sela masa tidak lebih dari 4 jam. Kalau ada bajet lebih, belilah double pump, jimat masa di situ. Minta tolong rakan back-up kita sementara kita mengepam. Bincang dengan bos anda dan minta kebenaran sebaiknya. Konsisten mengepam setiap hari. Hujung minggu walau di rumah sekalipun mesti mengepam juga walaupun dah direct dengan anak.

Bagi ibu-ibu yang berkerjaya, saya faham yang kadangkala tuntutan kerja membataskan peluang kita untuk menyusukan anak. jangan bimbang, jangan gusar. Ianya rezeki yang Allah dah tentukan. Kita hanya mampu berusaha. Walaupun ada ibu-ibu yang tak mampu nak fully breastfeed, ingatlah ada rezeki lain yang Allah dah tentukan untuk anda. ^_^

Monday 9 June 2014

Vitamin Cinta Semulajadi ^_^

Assalamualaikum semua... Sempena promo bulan Jun ini, Vitamin E complex beli 6 percuma 1~!!! Dalam entri kali ni saya cuba ringkaskan pengenalan mengenai vitamin E dan apakah PERBEZAAN Vitamin E complex Shaklee dengan vitamin E jenama lain yang terdapat di pasaran.

Apakah itu Vitamin E?

Vitamin E merupakan salah satu antioksidan yang kuat selain daripada vitamin A dan vitamin C. Antioksidan berfungsi untuk melawan radikal bebas yang terdapat dalam tubuh kita dan merosakkan struktur sel kita lalu menyebabkan penuaan dan fungsi sistem menurun dengan lebih cepat. Vitamin E tidak boleh dihasilkan oleh tubuh anda, maka anda perlu ambil vitamin E dari pemakanan anda.

vitamin-e-shaklee
Vitamin E semulajadi

Perbezaan Vitamin E Complex Shaklee

  1. Sumber - dihasilkan daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang diekstrak d-alpha-tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung bersama 8 jenis vitamin E (alpha, beta, delta dan gamma) 
  2. Penyahtoksik semulajadi logam berat (heavy metal) seperti merkuri dan kadmium
  3. diformulasi bersama 10mg selenium bagi membantu penyerapan vitamin E dalam tubuh. Turut memelihara membran sel dan juga sel darah merah

Manfaat dan Kelebihan Vitamin E Complex Shaklee

  1. Melindungi jantung - pengambilan 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk elakkan keasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mnegurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung etc.
  2. Meningkatkan kemampuan reproduktif - kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
  3. Anti penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Serba -serbi tanda-tanda penuaan tu boleh dipulihkan..
  4. Antioksidan yang kuat - membantu melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Juga memperbaiki masalah oksidasi- katarak dan penglihatan
  5. Kelestarian tenaga - Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan lebih oksigen.
  6. Membaiki arthritis - meningkatkan keanjalan salur darah, membaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi
  7. Menghalang keguguran - merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran
  8. Memperbaiki parut - Membaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh disapu terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut
Kandungan dalam sebiji kapsul Vitamin E Shaklee

Berapakah dos harian yang diperlukan?

Maksimum dos yang selamat adalah 3,200IU. Tetapi, bergantung pada tahap kesihatan anda dan tujuan pengambilan vitamin anda. Secara amnya, pengambilan vitamin E harian adalah seperti berikut:

  • Dewasa ( > 14 tahun) = 14-15 mg eq. 22.5IU
  • Pregnant lady = 15 mg eq. 22.5IU
  • Breastfeeding = 19mg eq. 28.5IU
  • Maximum daily dose is 1,000mg eq. 1,500IU
*Remarks: Bagi yang sedang hamil, pengambilan vitamin E hendaklah mendapat nasihat doktor. Ini kerana vitamin E mempunyai ciri mencairkan darah. 

Sumber: daily dose

Ramai yang telah mengakui keberkesanan VITAMIN E COMPLEX ini terutamanya untuk rawatan kulit yang lebih sihat dan cantik. Info lanjut di entri sini


Perbezaan yang ketara selepas konsisten mengambil set kulit Shaklee

Terdapat juga set kulit mengikut bajet anda, boleh klik di sini. Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat konsultasi secara percuma, sila hubungi saya SEGERA seperti di bawah:

SHARING THE GOODNESS



Thursday 5 June 2014

Tips: Ibu Menyusu Berkerjaya Berpuasa

Assalamualaikum semua... alhamdulillah sekarang bulan Syaaban dan seterusnya bulan mulia yang kita semua nanti-nantikan iaitu bulan Ramadhan. Seronoknya!! Sangat teruja. Tapi, bagi ibu yang menyusu, pasti dalam dilema bukan? Saya juga pernah melaluinya. Risau, takut susu tak keluar semasa berpuasa. Stok susu pula tak mencukupi. Bagaimana anda mengatasi perasaan ini? Apa tindakan anda? Sudah pasti ibu-ibu menyusu akan mengalami dehidrasi semasa berpuasa. Terdapat tips menarik yang boleh anda cuba.

penyusuan-ibu-semasa-ramadhan
Penyusuan secara berbaring membantu ibu lebih relaks

Tips Berpuasa Bagi Ibu Menyusu yang Berkerjaya


1. Percaya pada diri - ini yang paling penting. Anda kena yakin yang susu anda tetap ada, macam biasa. Pam dan direct feed seperti biasa, lebih kerap lebih bagus. Yakin bahawa rezeki anak tetap ada dan cukup untuknya. Bertenang dan berdoa pada Allah dipermudahkan urusan perjalanan penyusuan anda.

2. Jangan tinggal sahur - amat digalakkan bersahur dengan kurma. Semasa bersahur cuba ambil makanan berat seperti nasi. Boleh juga digantikan dengan minuman ESP, mealshake ataupun cinch. Boleh juga digabungkan yer.. Saya suka campuran esp, mealshake dan horlicks. Memang sedap n kenyang!! Nantikan resepi yang akan saya kongsikan kemudian.

3. Minum air kosong dengan banyak selepas berbuka sehingga bersahur - ini bagi memastikan kandungan air tinggi di dalam badan dan mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa. Ini adalah main rule dalam penyusuan ibu.

doa-amalan-harian-ibu-menyusu
Doa amalan harian ibu menyusu

4. Jangan tinggalkan zikir ya Mattin 70x dan potongan ayat 60 surah al-Baqarah. Anda boleh print dan bawa di dalam beg pam anda. Tapi pastikan ianya tidak dilangkah.

5. Supplemen tambahan - semasa berpuasa tubuh akan lebih mudah penat dan terdehidrasi terutamanya ibu yang bekerja. Antara supplemen tambahan yang dicadangkan adalah b-complex dan vitalea. Kenapa dua vitamin ni? Vitamin b-complex diperlukan untuk membantu mengurangkan stress dan juga membantu peredaran darah lebih lancar. Vitalea pula membantu memenuhi nutrisi harian anda dan membantu memberi tenaga dan kurang penat.

6. paling UTAMA sekali - kerapkan DIRECT feeding semasa bersama bayi anda terutamanya pada waktu malam. Ini kerana pada waktu malam hormon prolaktin iaitu hormon pencetus penghasilan susu adalah pada tahap maksima pada waktu malam. Jangan risau, anda boleh menyusukan bayi anda secara berbaring juga. Ibu dapat rehat yang secukupnya dan bayi juga mendapat susunya. 

* INFO: Tahukan anda bahawa menyusu secara berbaring ini juga merupakan antara perancang keluarga secara semulajadi? Tetapi hanya tertakluk untuk yang eksklusif breastfeeding sahaja dan bayi berumur 6 bulan ke bawah sahaja. Lepas dari tu dah tak dijamin keberkesanan fungsi perancang keluarga tu yer... Hehehe  ^_^

Tips penyusuan ibu semasa Ramadhan

Selamat mencuba dan good luck to all mothers out there~!! Jangan pernah berhenti berusaha memberikan yang terbaik untuk anak kita. Mereka berHAK mendapatkan zat-zat berkhasiat dari susu ibu. Jom sama-sama kita berusaha memenuhi tuntutan syariat dengan penyusuan ibu sehingga 2 tahun, in shaa Allah! ^_^

Sebarang persoalan, boleh diajukan melalui komen di bawah atau hubungi saya melalui:

FB: Dila Kazuha
Page: Mama Mia Shoppe
Tel : 0178780310 / 0175598332 ( 24/7 online)
E-mail: dilakazuha@gmail.com



Wednesday 4 June 2014

Testimonial: Susu Jadi Pekat ^^

Assalamualaikum semua... seronok hari ni sebab customer bagi feedback pasal set menyusu asas yang terdiri daripada esp dan alfalfa sahaja. Masalah customer saya ni susu dia makin kurang and anak dia macam tak puas bila menyusu. Customer saya ni seorang student and ni second child, boy pulak tu. Biasalah, kuat menyusu la kan?

Testimonial Set Menyusu Asas


set-menyusu-shaklee
Testimonial set menyusu asas

Alhamdulillah saya dapat membantu customer saya mengatasi masalah beliau selain meneruskan konsultasi berterusan dan sokongan moral dalam penyusuan ibu. Bagi yang masih belum mencuba set ini, boleh hubungi saya segera untuk dapatkan khidmat konsultasi eksklusif dari saya. 

Set ini juga mempunyai manfaat dan kelebihan yang lebih banyak. Antara kelebiham lain alfalfa selain milkbooster adalah:
  • Berfungsi untuk detoksifikasi - mengeluarkan toksin dari dalam badan
  • Mengurangkan alahan, resdung
  • Mengurangkan sembelit
  • Melancarkan sistem penghadaman
  • Bertindak seperti 'kacip fatimah' yang berfungsi sebagai perapat
Selain itu, antara kelebihan dan manfaat esp pula anda boleh rujuk di sini. Esp, memang hot selling product shaklee. Diperbuat daripada soya bukan gmo dan merupakan protein bermutu tinggi. Apa tu soya bukan gmo?? Rujuk sini untuk lebih lanjut yer...

Jika anda berminat ingin dapatkan set ini, dengan tips dan konsultasi eksklusif breastfeeding dari saya, hubungi saya SEGERA seperti berikut:

Fb: Dila Kazuha
Page: Mama Mia Shoppe
Tel: 0178780310 / 0175598332
Email: dilakazuha@gmail.com

Sunday 1 June 2014

#MAYproject: Specially For Women of Your Love

SPECIAL #MAYproject from Mama Mia Shoppe!!! 

Dedicated to all mothers and wives..HAPPY MOTHER'S DAY~!!

(ini adalah pinned post..latest post di bawah yer~)
Specially dedicated to all mothers and wives~!!! 
Setiap barangan akan dibungkus seperti hamper (macam dalam gambar di atas) dan akan disertakan mini handmade kad untuk tulis ucapan sayang anda. Dan bagi menghargai pengorbanan dan cinta mereka pada anda, hadiahkan mereka sesuatu yang baik untuk kesihatan mereka.

NANTI DULU!! 100 pelanggan pertama akan mendapat FREE POSTAGE @ FREE DELIVERY bagi kawasan Bangi, Bandar Baru Bangi, Kajang, Nilai dan Putrajaya. ESKTRA lagi FREE wrapping service. Hanya untuk 100 pelanggan PERTAMA sahaja!!! First come first serve. Jika anda terlepas peluang ini, kos wrapping dan postage akan dikenakan caj yang berpatutan. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!!

Antara set yang dicadangkan adalah:
1. Set "Kau Ratu Hatiku" - Vivix, Collagen Powder dan Vitamin C Sustained Release (flawless beauty)
2. Set "Dikau Permaisuriku" - ESP, alfalfa dan Vitamin C Sustained Release
3. Set "Ibu Permata Jiwaku" - Ostematrix, Omega Guard dan Advanced Joint Health Tablet

Ini hanyalah set cadangan sahaja. Anda boleh pilih mengikut BAJET anda. Kebanyakan suami inginkan isteri mereka kurus, berikanlah set kurus. Isteri anda sedang hamil berikan set hamil, yg menyusukan anak tu boleh la cuba set menyusu. Mana yang nak isteri mereka cantik, pejal, rapat dan sebagainya, Shaklee mempunyai rangkaian produk yang luas. Berikan penghargaan pada mereka atas pengorbanan mereka. Semuanya bisa diatur mengikut bajet anda. ^_^
Para suami, cik abang dan seangkatan dengannya silalah berikan hadiah yang terbaik untuk permaisuri anda. Bukan harga yang perlu dibimbangkan, yang penting KEIKHLASAN. Yang mana ade extra request akan dipertimbangkan dan certain charges may be applied. Promo ini hanya berlangsung sepanjang bulan Mei sahaja. Tempahan dibuka mulai sekarang.


Anda ingin dapatkan lebih banyak penjimatan?
Segera hubungi saya seperti di bawah untuk mendapatkan info lanjut dan khidmat konsultasi percuma:

Tel/SMS/Whatsapp/Wechat: 0175598332 / 0178780310
E-mail: dilakazuha@gmail.com


"SHARING THE GOODNESS"