Tuesday 27 January 2015

Segmen Pencarian Bloglist Feb-Mac 2015

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)

Sunday 25 January 2015

Hadiah GA anjuran Cik Balqis Dah Sampai!

Assalamualaikum semua... Seronok plak tulis blog ni pagi-pagi kan? Sementara Faeezah tak bangun lagi nih. Hehehe... Haa nak cerita la, sebelum ni saya ade cerita yang saya salah seorang pemenang segmen anjuran cik balqis tu kan..boleh refer entri sini ye...hadiah fridge magnet tu dah dapat dah minggu lepas. Sori lambat plak upkan entri. Hehe... 



Terima kasih kak shikin atas hadiah ini yer... Bertambah koleksi fridge magnet saya. Kalau ada rakan-rakan blogger yang ada pergi bercuti ke mana-mana jangan lupa buat entri yer nanti, boleh la saya kirim fridge magnet dari korang nanti. Heeee~~ :p 

Thursday 15 January 2015

Kunjungan Kali Kedua Setelah Sekian Lama

Assalamualaikum semua... Memandangkan hari ni saya cuti public negeri sembilan jadi saya ambil peluang ni untuk ke Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi. Buat apa saya ke sini? Dulu masa mengandungkan Faeezah dan check up Faeezah pun memang kat sini je. So, kali ni adik Faeezah pun sama la sebab ikut alamat rumah kan... Ya, kunjungan saya kali ni adalah sebab nak buat buku pink tu la..

UPT test positif


Syukur alhamdulillah saya disahkan hamil masa Faeezah genap dua tahun. Sebelum ni saya pernah buat entri yang saya ambil GLA Complex untuk membetulkan kitaran haid saya tapi saya tak sangka pula saya akan terus mengandung. Rezeki Allah nak bagi di tahun baru. Syukur. Tahun baru, rumah baru, anak pun bertambah juga. Memandangkan sebelum ni kitaran haid saya memang tunggang-terbalik jadi saya takde la check upt cepat-cepat. Tapi bila didatangi juga simptom-simptom yang lain saya mula musykil. Masa tu saya masih lagi consume Alfalfa Complex dan GLA Complex seperti biasa. Malah, saya masih menyusukan Faeezah dan mengepam susu seperti biasa.

Buku pink yang dikeluarkan oleh pihak KKM

Antara simptom mengandung yang saya alami semasa masih menyusukan anak saya


1. Susu badan merudum - ini saya dapati memang agak ketara juga. Tapi saya anggap normal sebab bila saya nak datang period memang akan merudum sedikit.

2. Payudara sakit - simptom ni pun agak ketara lebih-lebih lagi masa mengepam dan masa susukan Faeezah. Kawasan sekitar nipple tu rasa macam sakit sangat. Kadang tu rasa nak menangis je bila susukan Faeezah. Ketahanan mental tu memang kena kuat la...

3. Rasa Loya - memang tekak saya rasa loya, payau semacam..tapi takde la muntah pun. Kali ni saya takde muntah-muntah cuma angin dalam badan tu memang banyak. Selalu rasa sebu je. Angin pun kerap naik ke kepala. Sebelum saya tahu saya mengandung saya makan asam untuk kurangkan rasa loya tekak tu. Sekali Faizal kata dia dah boleh agak dah. Dia kata dia ada instinct, konon. Hehehe...

4. Faeezah buat perangai - haaa yang ni pun obvious juga. Faeezah jarang nak mengada-ngada sangat. Tapi start bulan lepas dia punya mengada semacam jer...manja terlebih. Rupanya nak dapat adik dah. Hahaha...

Doktor pun dah check semua tadi kandungan pun ok je. Hb pun normal. Saya memang amalkan makan vitamin B-Complex dan Ostematrix sejak menyusukan Faeezah lagi. Jadi saya cuma kerapkan ambil Vitalea pula hari-hari. Sebelum ni saya jarang-jarang ambil, tengok kepada pemakanan saya hari tu. Kalau rasa macam kurang makan berkhasiat baru saya ambil Vitalea. Heeee....

Masa nak buat buku tu, nurse tanya la ada bawa tak buku yang sebelum ni. Alamak saya tak tahu plak kena bawa buku pink yang lama dulu. Rupanya dorang just nak tengok history pregnancy dulu. Tapi nasib baik saya memang ingat semua lagi. Yang best ada nurse tu tegur saya juga la sebab tak ambil perancang keluarga. Hehehe itu kan hak individu masing-masing. Cuma mungkin lepas ni saya akan ambil perancang kot. Tapi so far nurse semua ok jer kat sana. Pergi awal pagi cepat sikit prosesnya.

Semoga kehamilan kali ni dipermudahkan oleh Allah. Harapan saya kali ini dapat bersalin secara normal pula. Niat untuk menyusukan anak kedua sepenuhnya sehingga dua tahun pun saya dah nekad. Dan saya akan lebih bersedia berbanding masa Faeezah. Oh ya, sekarang pun masih susukan Faeezah bila dia nak saya bagi saja. Doktor kata dia akan berhenti sendiri nanti. Bila dah masuk trimester kedua rasa susu akan berubah, kata doktor. Faeezah pun cuma nak susu untuk tidur aje, so senang sikit. Heeee....

P/s: Maaflah lama tak update blog hari-hari atas sebab kesihatan dan sibuk berpindah lagi.

Wednesday 14 January 2015

Menang Segmen Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum semua... Malam tadi agak keletihan. Stress dengan perangai orang yang macam budak-budak. Sabar aje la.. Balik rumah memang pengsan. Faizal la yang kena melayan budak kecik tu. Hehehe... tidur lewat dia malam tadi tapi bangun awal plak. Nasib baik hari ni kami cuti. Hoho... 

Hari tu sempat blogwalking sekejap. Senarai pemenang segmen zaman persekolahan anjuran cik balqis dah ada. Korang boleh cek kat link ni yer --> sini. Mana tahu korang pun menang jugak sebab hampir semua peserta dapat hadiah. Kalau yang sponsor hadiah join sekali pun dapat hadiah jugak. 


Saya menang fridge magnet dari kak shikin. Alhamdulillah. Saya memang pengumpul fridge magnet pun. Cuma saya jer yang kurang berjalan sana sini. Kalau Faizal outstation tu dia la yang belikan. Even bos saya balik India aritu pun saya pesan kat dia belikan fridge magnet. Memandangkan rakan sekerja pun dah semakin bertambah dari India mari tu boleh la mintak kat dorang nanti. Hehehe... 

Saya dah pm kak shikin kat facebook tapi biasalah doktor kan, mesti sibuk juga.. hehehe.. first time menang segmen nih tu yang excited semacam jer. Ngeeee~~~

Friday 9 January 2015

Selamat Hari Lahir Ke-Dua Tahun, Nur Faeezah Damia

050113-050115


Syukur alhamdulillah, genap sudah dua tahun umur puteri sulung saya. Tak sangka. Cepat betul masa berlalu. Cepatnya kamu membesar sayang. Mama masih ingat lagi di kala waktu ingin melahirkan kamu dulu. Jumaat malam sabtu, 040113 mama sedang menonton rancangan Maharaja Lawak Mega 2012 bersama ayah kamu. Kebetulan ayah baru pulang dari outstation Johor Bharu. Nasib baik. Saya pun baru saja bermula cuti. Saya ambil cuti lebih awal 2 minggu daripada due date saya. Malam tu dah mula berasa tak sedap perut. Kamu sangat aktif bergerak malam tu. Mama tak tahan dan akhirnya tertidur. Kerap juga mama terjaga. Lebih kurang pukul 3 pagi, mama bangun untuk ke tandas. Sejuk. Memang rasa nak terkucil aje. Mama terkejut sebab ada keluar lendiran jernih tapi tak banyak pun. Mama kejutkan ayah kamu dan beritahu dia. Katanya bukan air ketuban ni. Mama pun tidur balik. Selepas Subuh, kami ke hospital. Yang paling dekat dengan rumah adalah Hospital Serdang.

Memandangkan mama memang sudah dirujuk ke pakar O&G hospital ni maka mudah sikit perjalanan kami sebab mereka dah ada rekod saya. Owh, sebab kandungan saya songsang. Pada minggu ke-36 doktor di KK Bangi berikan surat rujukan. Asalnya nak buat rawatan ECV iaitu percubaan memusingkan kandungan kepada kedudukan normal iaitu kepala di bawah dan kaki ke atas. Tetapi setelah memikirkan faktor risiko yang bakal terjadi kepada bayi, saya redha dan mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan ECV. Ada sesetengah kes berjaya pusingkan bayi tetapi ada juga kes yang bayi pusing kembali kepada kedudukan asal. Memandangkan kedudukan kaki Faeeah semasa itu yang sebelah terlipat dan sebelah melunjur, mama nekad dengan keputusan mama. Mama redha walaupun mama terpaksa melakukan pembedahan ceaser.

Sampai ke unit rawatan kecemasan Hospital Serdang, saya terus dimasukkan ke dalam dan dipasang beberapa alat. Nurse kata saya masih tiada kontraksi. Tapi bila doktor periksa bukaan dah 3 cm. Tapi betul saya memang tak terasa kontraksi yang kuat. Memandangkan jalan saya dah terbuka, doktor terus scan dan dapati kedudukan Faeezah masih tidak berubah, masih lagi dengan kedudukan asal. Mama redha lagi. Doktor cadangkan saya terus masuk ke dewan bedah kerana jalan sudah terbuka, takut kaki yang keluar dulu nanti. Terus nurse semua tukar pakaian saya kepada uniform nipis tu dan pasangkan urine tube. Mak aihhh.. dah la hospital tu sejuk gila, bagi baju nipis macam tu plak. Memang saya tak tahan la kan... Faizal masa tu pun terkejut juga dengan keputusan doktor tapi tidak la melawan. Sebabnya beg baby tak bawa sekali. Faizal tak nak bawa sekali tadi masa datang sedangkan saya dah cakap bawa saja, bersedia dari awal. So dia kena balik rumah kejap lagi amik barang baby.

Rasanya masa tu baru pukul 9 pagi kot, orang masih belum ramai. Dan saya sedang menunggu giliran untuk masuk ke dewan bedah. Faizal pula tunggu diluar. Saya memang tak sempat nak buat apa-apa kecuali berdoa saja semoga dipermudahkan urusan bersalin saya. Entah berapa lama saya menunggu berseorangan di bilik berasingan, nurse tolak katil saya masuk ke dewan bedah. Masuk je bilik bedah, mak aihhh..gila sejuk!!! Memang saya punya gigil tak ingat lar... Pakar bius cakap-cakap dengan saya dan suruh sain dokumen. Sain saja la, takkan taknak sain plak kan.. Dia pun suntikkan ubat bius melalui tulang belakang saya dan saya memang dah tak rasa bahagian bawah tubuh saya. Dalam bilik bedah tu, dorang siap pasang lagu lagi dalam tu. Kebanyakan staff adalah melayu dan doktor pakar yang bedah saya pun perempuan. Lega sikit saya. Memang dapat bau kulit terbakar masa doktor belah perut saya tu. Masih boleh nampak bayang walaupun mereka tutup dengan selimut. Saya masih boleh terasa mereka menyelak kulit saya satu persatu dan akhirnya masa keluarkan baby pun saya boleh rasa. Ya, masa tu memang tak sakit pun. Saya tengok saja sekeliling saya masa tu.

Bila doktor dah keluarkan baby, nurse tepuk dulu baru dengar dia nangis. Syukur alhamdulillah. Tepat jam 12.13 tengah hari 5 Januari 2013 saya bergelar seorang ibu. Memang gembira tak terkata. Pertama kali jadi seorang ibu pada usia 25 tahun. Mengalami pengalaman ini pada usia begini. Memang tak pernah saya sangka. Kemudian nurse letakkan baby pada saya dan suruh saya pegang dulu. Merahnya anak mama masa tu. Lepas tu baru nurse bagi dekat ayah untuk diazan dan diiqamatkan. Katil saya ditolak keluar dari dewan bedah. Semasa proses pembedahan tadi kedengaran juga keluhan staff adi sebab mereka kata sekarang ramai sangat yang memilih untuk melakukan pembedahan ceaser berbanding melahirkan secara normal. Saya merupakan orang yang ke-empat pada hari itu saja. Baru tengah hari tu. Belum sampai malam. Mereka kata melainkan kecemasan sahaja tak mengapa. Ini dah jadi suka-suka pula nak operate sebab tak nak rasa sakit semasa bersalin. Kalau saya diberi peluang, memang saya nak melahirkan secara normal. Tapi apakan daya, Allah telah tentukan segalanya.

Saya ditolak masuk ke wad kelas ketiga memandangkan kelas pertama dan kedua masih penuh. Tapi Faizal dah booking untuk kelas kedua, means waiting list. Bila ada orang keluar dari wad kelas dua saya terus ditolak masuk sebab Faizal dah buat pembayaran booking sekali. Alhamdulillah memang lebih selesa. Hanya ada 4 katil dan ada tandas juga. Memandangkan saya bersalin secara mengejut, mama saya baru bertolak dari Ipoh tengah hari tu bersama abang saya sedangkan perancangan mama nak datang seminggu lagi. Hehehe... Waktu siang boleh la suami temankan kejap sampai pukul 7 malam saja. Waktu melawat bermula petang tak silap, tak ingat pukul berapa. Bila dah pukul 6, kesan ubat bius mula menghilang. Saya mula merasakan sakit yang amat pada luka pembedahan saya. Nurse datang dan berikan ubat penahan sakit serta ubat cair darah kepada saya. Muka saya mula berkerut dan berpeluh menahan sakit. Faizal yang sedar akan hal tu menyuruh saya berehat. Faeezah diletakkan bersama saya.

Bermula proses pembelajaran sebagai ibu buat pertama kali untuk saya. Malam tu memang menahan sakit aje dan tak sedar yang Faeezah dok nangis jugak sampaikan nurse kejutkan saya. Sejuk gila kot wad tu. Saya memang jenis tak tahan sejuk apatah lagi Faeezah yang baru lahir. Nurse tolong jagakan dia sebentar kat luar wad dan kejutkan saya bila Faeezah nak susu. Layanan nurse semua memang baik. Siap ajarkan cara nak susukan Faeezah lagi. Lagipun saya operate kan so nak menyusu secara duduk tu memang belum lagi la. Nak bangun duduk tegak pun saya tak berani lagi. Tapi nurse paksa juga saya duduk dan berjalan sikit esoknya. Katanya bagi aliran darah kembali lancar. Even pad pun dorang yang gantikan masa saya belum boleh berjalan. Sakit operation Allahu Rabbi, Tuhan saja kot yang tahu betapa saya menahan sakitnya macam mana. 

Cukup 3 hari saya berada di wad, keadaan Faeezah pun dah berak membuang semua doktor bagi balik rumah. Yeayyyy at last...boleh balik da. Tapi balik rumah sendiri dulu, seminggu lagi baru balik Ipoh untuk berpantang di sana. Lagipun kemudahan semua dah ada kat sana, mama dah siapkan semua. Lagipun ni bukan cucu pertama mama pun. Hehe... Barut dan bedung pun mama dah siap jahitkan. Heee...



Bila teringat balik semua ni, rasa macam seronok sangat bila ada baby kan? Rindu bau wangi baby...bau syurga. Hmmm... Sekarang dah besar panjang dah anak mama ni. Paling lasak, paling manja, paling mengada-ngada.. tak tahulah kalau jadi kakak nanti macam mane. Hehehe...

P/s: Sori entri berjela plak kali ni.. biasalah kalau dah teringat tu memang panjang aje nak tulisnya.. heeee


Tuesday 6 January 2015

Rumah Baru untuk Permulaan Tahun Baru

Assalamualaikum semua.. Maaf la lama pula menyepikan diri. Masa tahun baru ritu sibuk pindah rumah sampai ke hujung minggu hari Ahad tu. Hari-hari mengangut barang. Letih tak payah cakap la..dengan keadaan kesihatan saya pun kurang baik sejak dua menjak ni. Tapi masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog dan rakan blogger saya yang lain ^_^. Nanti jom kita kongsikan apa azam baru dan wishlist kita semua yer...

Selamat Tahun Baru 2015
Syukur alhamdulillah masuk tahun baru kami pun dapat berpindah ke rumah baru. Actually bukannya jauh sangat pun pindah. Rumah yang kami sewa dulu di tingkat 8 sekarang rumah sendiri kat tingkat 7 je pun. Hehehe.. tapi disebabkan barang terlalu banyak terutamanya hadiah-hadiah kahwin yang tak sempat guna masih banyak lagi dalam kotak. Ambil masa juga la nak angkat dan bersihkan rumah yang kami sewa ni. Yelar, masuk rumah aritu bersih takkan nak keluar dan biarkan kotor plak kan? Kami siap cuci mop semua balik. Masih belum ada penyewa baru. 

Asalnya kami nak beli rumah di atas tanah tapi apakan daya kami masih belum mampu. Rumah ni pun atas nama Faizal seorang saja. Ini pun harga 200k tahun 2013. Tahun lepas harga rumah sini dah naik jadi 250k. Tahun 2015 tak tahu lah naik sampai berapa...sedangkan rumah ni apartment lama saja. Huhuhu.. Harga rumah semakin lama semakin tak terkawal rasanya. Tak tahulah macam mana pihak kerajaan nak kawal harga kenaikan rumah yang mendadak sekarang ni. 

Sepanjang bulan Disember lepas kami dah buat renovation. Buat sikit-sikit je sebab ongkos pun takde la banyak sangat. Kami cuma cat balik dinding, tukar semua lampu dan kipas, tukar semua pintu bilik dan bilik air. Kami cuma tambah wardrobe dan kitchen cabinet, itu pun bahagian bawah saja sebab owner lama dah buat table top tapi pintunya enggak ada... Kami pun tade peruntukan yang banyak so buat sikit-sikit saja la dulu. Sekarang ni pun rumah masih bersepah lagi, banyak barang masih belum berkemas. Wardrobe dengan kitchen cabinet belum pasang lagi, 14 haribulan nanti baru pasang sebab kami order lambat hari tu. Lepas tu ada banyak cuti plak kan... tu yang amik masa agak lama nak dapat tu.

Kebanyakannya Faizal buat sendiri. Wiring, pasang lampu dan kipas dan cat momento dia buat sendiri. Dia lebih puas hati buat sendiri katanya. Pemilihan langsir pun dia yang pilih. Saya serahkan saja pada dia. 

Nanti dah siap semua dah kemas saya akan share dengan korang semua ye rumah baru saya~ ^^