Thursday 24 July 2014

Bila Si Cilik Tak Mahu Makan

Assalamualaikum semua... Tengok tajuk pun dah tahu yang saya tengah runsing pun kan? Lagi-lagi nak dekat raya ni.. tapi masalah saya ni bukanlah pasal duit or berebut nak balik kampung sape.. kami mengamalkan sistem giliran. Jadinya ikutkan saja lah. Saya runsing sebab Faeezah tak nak makan NASI!! Pening saya fikirkan macam mana saya nak bagi dia makan nasi sedangkan gigi dia dah hampir penuh.

Anak anda tak mahu makan?
Sebagai ibu sudah tentu saya risaukan dia yang tak mahu makan nasi. Bubur pun kalau dekat rumah pengasuh dia makan jer tapi saya buatkan bubur nasi untuk dia boleh rejek plak. Kadangkala geram juga tengok dia tak mahu makan ni. Tapi nasib baik saya masih breastfeedkan Faeezah. Jadi saya tak risau sangat nutrisi harian dia. Faeezah pun banyak makan makanan lain seperti biskut, roti, coklat dan sebagainya. Buah semua dia makan termasuklah durian. Ikan dan ayam pun dia makan juga. Kiranya boleh kata semua benda dia makan. Cuma NASI dia tak nak!!! Kalau suap mesti dia luah balik. Kalau makan tu suka simpan jer dalam mulut. Memang stress juga bila dia tak nak makan ni.
 
Mommies out there, please share your tips with me. Biasa la mommy baru macam saya ni boleh meroyan kalau anak buat perangai macam ni.

Tuesday 22 July 2014

Testimonial Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum semua... Tak disangka dalam kita semua rakyat Malaysia berduka dengan tragedi MH17 yang ditembak dan terhempas di timur Ukraine, Allah tetap mengirimkan khabar gembira kepada hambaNya yang lain.

Alhamdulillah seorang sahabat berjaya hamil setelah mengamalkan ESP dan GLA Complex. Suaminya turut mengambil vitamin E Complex sebagai salah satu ikhtiar untuk mereka mendapatkan zuriat. Berkat kesabaran dan doa Allah memakbulkan harapannya di bulan Ramadhan yang mulia ini setelah berusaha hampir 6 bulan. Sudah tentu impian setiap pasangan ingin mempunyai cahaya mata secepat mungkin. Syukur alhamdulillah~~ ^_^

Sekiranya anda juga sedang ikhtiar untuk hamil dan ingin mendapatkan zuriat, jom cuba ikhtiar dsn usaha dengan Set Kesuburan Shaklee dan anda akan mendapat konsultasi khas dan cara aturan makan yang betul. Kita hanya berusaha Allah jua penentunya. 
 

Testimonial set hamil

Jika anda ingin mencuba set hamil dari shaklee ini, hubungi saya segera untuk mendapatkan konsultasi EKSKLUSIF hanya untuk pelanggan saya.
FB: Dila Kazuha
Page: Mama Mia Shoppe
Tel/SMS/Whatsapp/Wechat: 0175598332/0178780310

Saturday 19 July 2014

Friday 18 July 2014

MH17: Tragedi di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua.. Satu dunia dikejutkan dengan berita pesawat MAS MH17 yang bertolak dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa seramai 298 termasuk 43 orang rakyat Malaysia dan 3 orang bayi yang terlibat di dalam nahas ini. Pesawat ini dikatakan telah ditembak dengan peluru berpandu jenis darat-ke-udara namun tidak dapat dipastikan daripada sumber mana. Pihak kerajaan Ukraine mengatakan ianya daripada pihak pengganas. Selain pesawat ini, terdapat pesawat lain yang telah terkena tembakan di laluan yang sama. Malaysia masih lagi dirundung trauma tragedi MH370 pada Mac yang lalu kini satu lagi pesawat MAS menjadi korban.

Pray for MH17 and Gaza

Ditambah lagi dengan keadaan di Gaza, semakin bertambah-tambah sedih rasanya. Umat Islam sedunia perlu bersatu padu dan kekuatan orang Islam adalah pada DOA. Semoga Allah membantu mereka rakyat Palestin dan berjuang untuk meneruskan kehidupan mereka. Pagi ini juga Gaza diserang dengan bedilan bom dari zionis kejam. Mereka yang tidak berhati perut tanpa rasa bersalah turut mengebom hospital, kanak-kanak dan bayi yang masih kecil turut menjadi mangsa mereka. Ya Allah...sedih melihat mereka. 
 
Apa yang lebih mengejutkan saya, seorang ahli keluarga sahabat Twitter saya turut terkorban di dalam nahas ini. Walaupun saya tak pernah berjumpa dengan dia tapi kami kerap berbalas tweet di ruangan Twitter sedangkan dia jauh di Brunei dan saya di semenanjung Malaysia. Harap akak dan keluarga akak tabah menghadapi ujian Allah ini. Ternyata para penumpang ini adalah mangsa penganiayaan oleh pihak tertentu. Syurga bagi mereka yang terkorban, In Shaa Allah. Semoga Malaysia terus bersatu dan tidak saling menyalahkan mana-mana pihak. Bergabung tenaga untuk menyelesaikan dan menuntut hak keadilan bagi mereka yang terkorban. 

Al-Fatihah untuk mereka....

Wednesday 16 July 2014

Happy 26th Birthday Ever ^_^

Assalamualaikum semua... Hari Sabtu yang lepas genap sudah usiaku 26 tahun. Syukur alhamdulillah masih dipanjangkan umur. Pada usia yang muda ini saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata yang comel. Caturan perjalanan hidup yang Allah aturkan memang indah. Yang bestnya kali ni saya dapat sambut dengan mama sebab kami balik Ipoh. Hehe...

Actually malam tu lagi Faizal dah wish pun..masa sampai rumah mama pun dah dekat pukul 12 tengah malam. Sembang2 kejap dengan mama pukul satu baru masuk tidur. Pagi tu bersahur dengan masakan mama. Yes memang saya rindukan masakan mama. Sambil2 tu bercerita perihal temuduga saya tu. Hehehe.. Tergelak2 kat dapur kami anak beranak. Heee....

Pagi dalam pukul 8, kakak saya call plak. Mulanya memang dia wish birthday saya lepas tu sibuk tanya saya pegi tak concept store aidijuma dekat mydin meru tu.. Baru saya teringat yang hari tu ada design baru release. Saya dengan kakak memang peminat tegar aidijuma. Saya lebih selesa pakai tudung  awal berbanding shawl. Tudung awning pun saya ada sebab nak pakai kat rumah jer. Kakak saya siap buat koleksi lagi. So saya pun ajak la Faizal bawak saya ke sana. Dia pun ok jer and memang nak pegi mydin pun katanya. Saya pun dengan gembiranya bersiap tanpa syak wasangka. Diam tak diam faizal ada plan lain rupanya. Hohoho...pandai suami saya simpan!

Ruangan mengurut body massage
Pukul 2 dia kata nak jumpa kawan..katanya lar.. Skali dia bawa saya pegi spa!!! Hadoyaaiii.. Very surprising my husband nih taw... Hehehe.. Memang sebelum ni saya ada cakap teringin nak pegi spa, mengurut bagai. Badan asyik lenguh-lenguh sebab workload yang banyak. Tapi saya cakap jer..and kalau boleh saya nak pegi dengan dia. Sekali ini la hadiah birthday saya~!! Terharu saya.. Hehe.. Nama spa tu D Nur Beauty House, lokasi yang berdekatan dengan Mydin mall Meru, Ipoh. And, spa ni hanya perempuan sahaja yang boleh masuk. Lelaki tak boleh walaupun suami sendiri. Even Faizal nak buat payment pun akak tu yang turun bawah. Owh, spa ni terletak dekat deretan shoplot kat tepi mydin tu jer, kat tingkat dua. 

Tab mandian
Masa masuk spa tu, saya terkebil-kebil bila staff terangkan pakej yang suami saya pilihkan. Owh tengah ada promosi raya rupanya. Harga? Saya tak tahu sebab Faizal dah pesan siap-siap dekat staff dia jangan bagitaw saya brape harga pakej yang dia pilih tu. Yang saya cuma tahu, dalam pakej tu ada sauna, body massage and mandi bunga je. Nak tahu pakej-pakej yang ada boleh la klik kat link nama tu yer.. Heee...

Antara komen saya selepas menjalani treatment spa ini:

1. Spa muslimah - jadi anda tak perlu risau tentang aurat anda. Semua staff adalah perempuan muslim. 
2. Suasana dan persekitaran spa - konsep dan ruang spa yang selesa walaupun agak terhad. Alunan zikir Hafiz Hamidun dipasang bagi memberi efek tenang. Setiap ruang amat tersusun dekorasinya.
3. Staff memang ramah mesra.. ^^
4. Bab massage memang best!! Hilang terus sengal-sengal badan saya..and memang kuat dorang urut tu. 
5. Facial + resdung - nih saya add on sendiri. Dah alang2 ada dekat spa kan so saya buat skali dengan facial. Best sampaikan saya boleh terlelap sekejap. Hehehe.. Muka pun rasa lebih segar, parut jerawat pun lebih pudar. 
6. Mandi bunga - terdapat pilihan lain seperti mandi susu dan mandi lemon. Faizal pilihkan mandi bunga untuk saya. Memang wangi sangat dan bunga-bunga dia semua fresh. Jenuh saya sental satu badan dengan kelopak-kelopak bunga tu. Memang bau wangi bunga tu melekat kat badan sampai ke rumah. Nasib baik puasa..yer dak? Hehehe...

Jadi, saya amat mengesyorkan para muslimah yang mencari spa hanya untuk perempuan sahaja, spa ini amat bersesuaian untuk anda. Dan mungkin saya akan kembali lagi ke sini nanti. Seronok plak bila wat facial treatment kat situ. Tapi saya buat yang basic dan resdung saja. Ada juga treatment laser, vitamin c, collagen etc. Kalau anda nak merilekskan tubuh anda, menenangkan fikiran spa ini memang untuk anda. ^_^

Tuesday 15 July 2014

Doa dan Tawakal: Rentetan Temuduga Pegawai Sains

Assalamualaikum semua... entri kali ni rentetan daripada post saya yang sebelum ni tentang temuduga pegawai sains tu. Saya tahu mesti ramai yang search kat google pasal tips2 menghadapi temuduga ni kan? Sebab saya pun sama! Hehe... untungnya korang kali ni saya rajin nak tulis dalam blog saya. Saya coret2 sikit tentang temuduga tersebut.

Pakaian formal untuk menghadiri temuduga

1. Datang awal

of course! Ini perkara utama sekali. Jangan sesekali datang lewat. Temuduga saya sepatutnya pukul 10.20 pagi tapi 9.30 saya dah sampai. Bila sampai awal kita ada masa untuk bertenang dan membaca maklumat2 yang perlu. Sijil2 salinan akan diperiksa dan disusun mengikut turutan. Biasanya akan ada staff yang check dulu. Bila dah lengkap baru dia bagi nombor giliran. Saya calon ke lima hari tu.

2. Persediaan terakhir

Baca nota atau maklumat2 yang berkaitan dengan jawatan yang anda ditemuduga tersebut. Saya suka buat nota ringkas. Hari tu saya siap hafal tentang organisasi KKM, visi misi. Saya siap kaji detail lagi pasal denggi, tibi dan Mers-cov. Kiranya ambil tahu la tentang isu2 semasa yang tengah hot sekarang.

3. Kemaskini resume

Penting! Sebab nanti panel akan tanya info peribadi anda. Result exam, alamat, ibu bapa etc. Bagi yang sudah ada pengalaman kerja, beware! Panel suka tanya apa kerja yang anda sedang buat a.k.a skop kerja anda sekarang. Dan panel juga suka tanya skop kerja jawatan yang ditemuduga.

4. Pengetahuan tentang kerja

Ini bergantung pada jawatan korang tu ya. Macam saya sebab jawatan Pegawai Sains (Mikrobiologi Perubatan). So saya kena tanya pasal keselamatan dalam makmal, carakerja yang selamat, dan workflow. Ini semua kena tahu la. Alhamdulillah saya dapat jawab walaupun suara agak gementar. Nervous baq ang! Tapi setiap jawapan tu kena YAKIN.

5. Penempatan dan persekitaran tempat kerja

Isu ni bukanlah soalan yang diutarakan untuk saya. Ianya lebih kepada penerangan daripada panel tersebut. Panel tu tanya kalau saya ditempatkan di Sabah (Lahad Datu, Sandakan, etc.) macam mane? Sanggup ke tidak? Sebab pengambilan spa adalah untuk satu malaysia, bukan hanya untuk semenanjung saja. Bab persekitaran tempat bekerja, antara hospital baru dengan hospital lama.

6. Bahasa dan kosakata

Ini memang masalah besar untuk saya. Seboleh-bolehnya elakkan bahasa rojak. Tapi macam saya memang banyak kali tersasul sebab dah biasa dengan terms english..terkial juga cari perkataan yang sesuai dalam bahasa melayu sebab temuduga dalam bahasa melayu jer... So bagi saya susah sikit la part ni. Dengan bos saya sekarang kena speaking jer sebab dia pure India marrriii...

Ini antara tips dan soalan yang saya kena tanya hari tu la... nasib baik juga tak kena tanya pasal virus or isu semasa kesihatan walaupun saya dah bersedia dengan soalan2 macam tu. Tentang Malaysia atau kementerian pun saya tak kena tanya sedangkan saya dah siap hafal nama menteri. Heee... Syukur alhamdulillah dah selesai.

Sekarang ni saya cuma perlu doa dan tawakal sahaja. Mudah-mudahan rezeki di bulan Ramadhan yang barokah ini tertunai hasrat mama saya nak saya dapat keje kerajaan. Aminnn...





Monday 14 July 2014

Herbal blend: Atasi Ruam dan Eczema

Assalamualaikum semua.... Sejak dua menjak ni bebanan kerja kat lab semakin bertimbun. Walaupun berpuasa tapi saya tetap aktif bertenaga menyiapkan tugasan kerja. Kerja saya bukan saja buat report, tapi kena buat ujian analitikal kimia dan juga mikrobiologi untuk produk R&D. Walapun begitu tapi saya tetap cuba menguruskan masa sebaik mungkin dan aktiviti mengepam tetap diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah supplemen shaklee memang banyak membantu dalam program penyusuan ibu untuk baby saya.

Ok berbalik pada tajuk asal. Hehe melalut plak... Perihal seorang sahabat yang baru habis berpantang. Cuaca sekarang kn panas dan kering? Anaknya terkena ruam panas. Pergi ke klinik doktor bagi ubat calamine lotion untuk disapu. Tetapi sebaliknya makin teruk pula ruamnya. Jadi saya pun cadangkan beliau menggunakan herbal blend shaklee ni..sebab saya sendiri gunakan pada Faeezah. Dan saya yakin ianya selamat untuk baby.

Atasi ruam/eczema dengan herbal blend shaklee
Alhamdulillah ruamnya semakin berkurangan dan semakin pulih. Gembira rasanya dapat membantu customer saya dan memberikan servis konsultasi yang baik. Berbaloi guna herbal blend ni sebab satu family boleh guna. Untuk kulit kering, tumit merekah, dan juga gigitan nyamuk. Untuk ruam lampin pada baby pun boleh guna.

Herbal blend ceeam shaklee

Yang penting, krim ni tidak berminyak dan tidak melekit serta selamat untuk digunakan walaupun pada bayi. Anda nak cuba?

Hubungi saya segera untuk dapatkan khidmat konsultasi eksklusif dari saya.  Stok herbal blend ni amat TERHAD!!

Fb: Dila Kazuha
Page: Mama Mia Shoppe
Tel/sms/whatsapp/wechat: 0175598332 / 0178780310
Email: dilakazuha@gmail.com

Monday 7 July 2014

Panggilan Temuduga Pegawai Sains C41

Assalamualaikum semua... Sebut jer hari Isnin semua muka layu jer, monyok jer kan? Saya pun sama..mengalami situasi yang sama juga. Lagipun semalam sampai rumah pukul 12 tengah malam dari Kota Bharu, ikot Faizal outstation hari Sabtu tu. Kesian kat Faizal la penat drive, hari ni kena masuk kerja lagi. Huhu... Nak buat macam mana, inilah rezeki kami sekeluarga. 

Panggilan temuduga SPA

Alkisahnya, minggu lepas dapat SMS dan emel dari SPA mengatakan dapat panggilan temuduga untuk jawatan Pegawai Sains (Mikrobiologi Perubatan). Alhamdulillah ada jugak dapat panggilan temuduga pun. Dapat tak dapat tu lain cite la kan? Actually, mama saya la yang nak sangat saya dapat kerja gomen. Both parents saya government servant. Dan saya merupakan satu-satunya harapan mama untuk dapat kerja gomen ni memandangkan saya adalah yang bongsu. Yang abang2 and kakak2 saya dah tade harapan dah. Kalau nak diikutkan gaji saya sekarang memang lebih tinggi berbanding kerja gomen. Tapi untuk mama, apa pun saya sanggup korbankan.

Berat sebenarnya pikul harapan tunggal mama saya tu. Dan ini kali kedua saya dapat interview ni. kali pertama tahun 2012 masa tu tengah mengandung plak. Maybe masa tu bukan rezeki saya lagi. Harap2 kali ni di bulan Ramadhan yang mulia ni ada rezeki saya dapat jawatan ni. Sekurang-kurangnya saya dapat tunaikan hajat mama saya sebelum mama saya menutup mata. 

Sesiapa yang ada tips untuk interview spa macam ni boleh la komen2 yer... Mungkin dengan tips korang saya berjaya lepas temuduga nih.. hehehe... Doakan saya berjaya! ^_^ Terima kasih semua...

Sunday 6 July 2014

Konspirasi Keburukan Soya Pada Wanita Semasa Berpantang

Assalamualaikum semua... Maaf lama juga saya menyepikan diri. Komitmen kerja dan training yang perlu dihadiri mengekang masa berblogging saya (tapi tidak masa mengepam saya). Training kat Shah Alam pun saya angkut bawa juga beg pam saya. Nasib baik 2 hari jer... hohoho... Haaa berbalik pada tajuk saya.. Tujuan saya buat entri nih bukan nak hentam mana-mana pihak. Bagi saya, saya lebih suka fokus kepada kebaikan berbanding keburukan. Kita ambil yang positif buang yang negatif.

Kacang Soya kaya dengan Protein

Minum Soya Semasa Pantang?

Isu ini timbul bila seorang pakar perbidanan melayu meluahkan rasa kesalnya apabila terdapat ramai golongan ibu-ibu yang baru melahirkan anak mengamalkan pengambilan susu soya selepas bersalin terutamanya semasa berpantang. Hal ini bertujuan untuk menambahkan susu badan katanya. Sedangkan, masih banyak petua-petua lain yang boleh digunakan untuk menambah susu badan. Antaranya adalah dengan pengambilan kurma, habbatussauda, halba, kurma merah, longan, sayuran seperti sawi, lobak putih dan kucai. Semuanya sudah saya cuba dan menjadi bahan eksperimen saya. Memang betul apa yang dikatakannya yang KACANG soya ni bersifat ANGIN dan SEJUK walhal kacang soya itu sendiri mempunyai banyak kebaikannya. Katanya juga pengambilan soya menyebabkan wanita dingin seks, tumit kaki pecah dan sentiasa berasa sejuk. Itu merupakan antara kesan pengambilan soya yang berlebihan semasa berpantang. Soya yang dikatakan lebih berkhasiat adalah soya yang telah difermentasikan seperti tauhu, tempe (faveret saya!!!) atau natto (kacang masin orang Jepun). Akan tetapi, saya turut bersetuju dengan pendapat beliau bahawa pengambilan herba-herba semasa berpantang adalah penting bagi tujuan pemulihan dalaman wanita ketika selepas bersalin. Saya sendiri pun makan jamu semasa berpantangkan Faeezah, walaupun masa tu Faeezah still ada jaundis. Cuma saya kurangkan dos pengambilan. Selain itu, saya juga amalkan minum air akar kayu dan air rebusan buah manjakani yang mama saya buatkan. Pahit? Memang pun. Lekat kat tekak. Tapi demi kesihatan dalaman, saya tetap telan juga. 

Akibat Melanggar Pantang

Saya faham yang sebenarnya apa yang beliau ingin tekankan adalah pengambilan soya yang berlebihan semasa BERPANTANG sahaja. Semasa pantang 100 hari adalah amat penting yang akan menentukan kesihatan anda untuk tahun-tahun kemudian. Salah cara anda berpantang, anda boleh jadi MEROYAN atau BENTAN. Waktu muda memang tak nampak lagi akibatnya, bila dah umur makin lanjut mula la rasa sengal-sengal badan, bisa-bisa urat. Sebaik-baiknya berpantanglah dengan cara tradisional dan diselit juga vitamin moden. Mama saya sendiri amalkan jamu Nona Roguy di zaman mudanya. Sekarang pun mama saya amalkan juga vitamin Shaklee. Tidak menjadi masalah sekiranya anda menggandingkan herba amalan tradisional dan vitamin moden. Yang penting, pengambilannya perlulah SEDERHANA dan tidak terlalu berlebihan. Benda yang elok pun jika diambil berlebihan akan memudaratkan tubuh badan kita juga. Setuju? 

Ini hanyalah pendapat saya sendiri sahaja. Sebab saya juga mengamalkan kedua-dua cara tradisional dan juga moden. Dan, mungkin sesetengah orang lebih prefer secara tradisional sahaja atau secara moden sahaja, terpulang pada anda. ^_^ 


Set Berpantang Shaklee: Lengkap, Selamat dan Worth for your Pocket


Set berpantang ini terdiri daripada kombinasi antara Vitalea, B-complex, zinc complex dan vitamin C. Setiap satu mempunyai fungsi masing-masing dan saling melengkapi. Set ini boleh diamalkan sejurus selepas bersalin dan boleh diambil dengan selamat walaupun bayi anda jaundis.


  1. Vitalea: membantu penghasilan hemoglobin pada sel darah merah bagi menggantikan sel darah merah yang banyak kehilangan semasa proses bersalin. 
  2. B-complex: membantu pembentukan sel darah merah, melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan stress.
  3. Zinc complex: Membantu mempercepatkan penyembuhan luka bersalin. Sekiranya anda memang tak lalu minum pati ikan haruan, zinc complex adalah untuk anda! Pati ikan haruan kaya dengan kandungan zinc. 
  4. Vitamin C: mengelakkan berlakunya sembelit, membantu mempercepatkan pemulihan kulit dan mengelakkan terjadinya parut, membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam tubuh.

Sekiranya anda mempunyai bajet tambahan, anda boleh add on set penyusuan asas iaitu esp dan alfalfa. Lecithin jika anda ingin lebih cepat turun berat badan semasa berpantang dan ostematrix sekiranya anda sering mengalami sakit-sakit urat, saraf dan untuk atasi masalah sembelit. 


Set Pantang Moden

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set ini, hubungi saya SEGERA untuk dapatkan khidmat konsultasi eksklusif dari saya..

Tuesday 1 July 2014

Dos Harian Vitamin dan Mineral

Assalamualaikum semua... Harap2 semuanya sihat2 belaka. Saya masih kurang sihat, batuk2 lagi.. Cuaca pun panas, kering dan agak berjerebu. Jangan lupa banyakkan minum air kosong ya dan kurangkan aktiviti luar. Di sini saya kongsikan kepada semua dos harian yang disarankan, juga khusus kepada ibu hamil dan ibu yang menyusukan anak. Berhati-hati dengan setiap pengambilan vitamin harian anda. Anda mungkin obses ingin sihat, cantik dan menawan tetapi harus diambil pada kadar bersederhana. Tetapi anda haruslah berpada-pada terutamanya kandungan vitamin yang anda ambil. Lebih-lebih lagi seseorang itu sedang hamil dan masih menyusukan anak.


So please take note ye everyone.. Sebelum ambil apa-apa jenis vitamin sekali pun please please check dulu dos harian dan dos vitamin anda tersebut.