Assalamualaikum semua... entri kali ni rentetan daripada post saya yang sebelum ni tentang temuduga pegawai sains tu. Saya tahu mesti ramai yang search kat google pasal tips2 menghadapi temuduga ni kan? Sebab saya pun sama! Hehe... untungnya korang kali ni saya rajin nak tulis dalam blog saya. Saya coret2 sikit tentang temuduga tersebut.
Pakaian formal untuk menghadiri temuduga |
1. Datang awal
of course! Ini perkara utama sekali. Jangan sesekali datang lewat. Temuduga saya sepatutnya pukul 10.20 pagi tapi 9.30 saya dah sampai. Bila sampai awal kita ada masa untuk bertenang dan membaca maklumat2 yang perlu. Sijil2 salinan akan diperiksa dan disusun mengikut turutan. Biasanya akan ada staff yang check dulu. Bila dah lengkap baru dia bagi nombor giliran. Saya calon ke lima hari tu.
2. Persediaan terakhir
Baca nota atau maklumat2 yang berkaitan dengan jawatan yang anda ditemuduga tersebut. Saya suka buat nota ringkas. Hari tu saya siap hafal tentang organisasi KKM, visi misi. Saya siap kaji detail lagi pasal denggi, tibi dan Mers-cov. Kiranya ambil tahu la tentang isu2 semasa yang tengah hot sekarang.
3. Kemaskini resume
Penting! Sebab nanti panel akan tanya info peribadi anda. Result exam, alamat, ibu bapa etc. Bagi yang sudah ada pengalaman kerja, beware! Panel suka tanya apa kerja yang anda sedang buat a.k.a skop kerja anda sekarang. Dan panel juga suka tanya skop kerja jawatan yang ditemuduga.
4. Pengetahuan tentang kerja
Ini bergantung pada jawatan korang tu ya. Macam saya sebab jawatan Pegawai Sains (Mikrobiologi Perubatan). So saya kena tanya pasal keselamatan dalam makmal, carakerja yang selamat, dan workflow. Ini semua kena tahu la. Alhamdulillah saya dapat jawab walaupun suara agak gementar. Nervous baq ang! Tapi setiap jawapan tu kena YAKIN.
5. Penempatan dan persekitaran tempat kerja
Isu ni bukanlah soalan yang diutarakan untuk saya. Ianya lebih kepada penerangan daripada panel tersebut. Panel tu tanya kalau saya ditempatkan di Sabah (Lahad Datu, Sandakan, etc.) macam mane? Sanggup ke tidak? Sebab pengambilan spa adalah untuk satu malaysia, bukan hanya untuk semenanjung saja. Bab persekitaran tempat bekerja, antara hospital baru dengan hospital lama.
6. Bahasa dan kosakata
Ini memang masalah besar untuk saya. Seboleh-bolehnya elakkan bahasa rojak. Tapi macam saya memang banyak kali tersasul sebab dah biasa dengan terms english..terkial juga cari perkataan yang sesuai dalam bahasa melayu sebab temuduga dalam bahasa melayu jer... So bagi saya susah sikit la part ni. Dengan bos saya sekarang kena speaking jer sebab dia pure India marrriii...
Ini antara tips dan soalan yang saya kena tanya hari tu la... nasib baik juga tak kena tanya pasal virus or isu semasa kesihatan walaupun saya dah bersedia dengan soalan2 macam tu. Tentang Malaysia atau kementerian pun saya tak kena tanya sedangkan saya dah siap hafal nama menteri. Heee... Syukur alhamdulillah dah selesai.
Sekarang ni saya cuma perlu doa dan tawakal sahaja. Mudah-mudahan rezeki di bulan Ramadhan yang barokah ini tertunai hasrat mama saya nak saya dapat keje kerajaan. Aminnn...
Perkongsian yg baik :)
ReplyDeletegood sharing sis..bukan saja untuk kerja kerajaan, untuk interview lain pun boleh.semoga tercapai cita-cita ye..
ReplyDeleteHai sis dila. salam perkenalan. done follow sini. :)
ReplyDeletesaya skrg dah tak fikir nak pergi interview kat mana2 lagi. rasanya nak kerja jelah terus kat sini. kalau dah taknak kerja lagi, saya nak jadi wahm. kerja di rumah sambil jaga family tersayang. :)