Monday 27 October 2014

Segmen Bloglist November by Dilakazuha

Assalamualaikum semua... ini adalah antara kedua yang ditaip. Sebab yang pertama tu da terdelete dan tak boleh nak undo. Sedihhh... klo guna pc bole la nak tekan ctrl+z. Huhuhu... Tak apelah... rajin sikit la gamaknya nak buat segmen bloglist yang pertama kali. Hehe... Jom join beramai-ramai! Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi bagi tunjuk ajar dalam entri sebelum ni. Heee....


Syarat-syaratnya mudah:

1. Follow blog saya dulu... (ofkos la kannn)
2. Like page FB saya, Mamamiashoppe
3. Buat satu entri mengenai segmen ini, copy gambar di atas dan backlink pada entri ni
4. Tag atau ajak rakan-rakan anda untuk turut serta! ^^

Tarikh tutup: 7 November 2014

Blog-blog yang bertuah akan disenaraikan di dalam bloglist bulan November saya ^_^

P/s: Jangan lupa tinggalkan komen serta link entri anda di bawah. Jom kita berkenalan lebih ramai lagi..



Saturday 25 October 2014

Cuti-cuti Malaysia: Johor Bharu Part 2.0: Legoland!!!

Assalamualaikum semua... Maaf la dah lama tak menulis. Minggu ni tak brape sihat. Faizal pun demam juga. Nasib baik Faeezah tak demam skali. Heee... Ok nak sambung cite pasal g JB entri yang dulu. Lame betul nak sambung episod dia kan? Heee...

Pagi Sabtu kami pegi sarapan dulu yang hotel dah sediakan. Faeezah tak bangun lagi tapi kena kejutkan juga. Cara kejut dia senang jer...pasang kartun upin ipin kuat2..dengar je suara tu terus bukak mata. Lagi-lagi kalau lagu si Pengembala Biri-biri... dah kalo kite bagi salam pun mata tu berat jer lagi... Masa breakfast tu dia meragam jugak la, sebab kena kejut...

Balik dari breakfast, mandikan Faeezah dulu. Alih-alih lepas mandi dia boleh plak tertidur balik. Haiii ngantuk sangat anak mama ni. Hehe... So kitorang biarkan dia tidur dulu, lagipun awal lagi masa tu..baru pukul 8 kot. Hehe... mama yg excited lebih nak pegi Legoland. Dari hotel ke Legoland cuma 30 minit jer.. Lagipun hari cuti, jalan clear sungguh. Senang hati kami... Faeezah pun dah bangun pukul 10 tu kami pun terus gerak je.. Parking pun banyak yang kosong lagi. Sekali masuk RM5 kot. Tak ingat plak saya... hehehe...

legoland-malaysia
Tiket masuk ke Legoland (theme park)

Sampai dah Legoland! Mase nak beli tiket, orang tu tanya ada Maybank kad tak? Ada dapat diskaun 35% untuk pemegang kad Maybank. Alhamdulillah! Dapat murah sikit. Harga asal dari RM120 (theme park sahaja) dan RM150 (combo theme + water park). Dapat murah sikit pun ok la tu... Cuaca pun sangat baik hari tu. Cerah jer tanpa awan. Pagi ok lagi la...da tengah hari rembang panas dia mak aihhh... jadi belikan Faeezah topi. Takut demam plak sebab berpanas kan.. tapi saya da spare bawak Nutriferon dan Vitamin C Chewable Faeezah. Heee.... Mana ada topi budak kecik macam Faeezah ni. So beli jer la topi budak besa untuk dia. Nasib dia mahu pakai. Hamboiii..kalo pakaikan headband nak dicabutnya. Kecik2 ni tape la kot. Dah besa kena pakai tudung ye sayang.... hehehe... harga topi tu RM25 satu. Beli dua dah RM50. Gulppp...

Pintu masuk Legoland

Lagi satu sistem yang dorang pakai adalah sistem cop atau setem. Maksudnya, kumpul seberapa banyak setem dan anda akan dapat hadiah. Kes ni, kumpul 10 setem dapat 1 hadiah mini figurine. Kumpul 14 setem dapat 2 mini figurine. Beriyalah laki aku ni nak kumpul sebab nak dapatkan jugak mini figurine yang berharga RM20. Laki aku ni suke kumpul Lego jugak. Kalo korang taw yg Shell dulu ade keluarkan kereta Lego tu.. Haaa kat umah kami ade fullset lagi, siap dengan bekas dia lagi.

Apakan daya, terlupa bawak stroller Faeezah. Bergilir-gilir la dukung Faeezah yang sama berat dengan sekampit beras tu. Tapi dia lagi suke ayah dia dukung. Hehehe.. taw mama tak larat nak dukung lama-lama. Ngehngeh... Saya sarankan memang kena bawak stroller. Senang anak nak tidur. Kesian Faeezah tidur di bahu mama dia yang tak berapa nak ada isi ni. Heee... Sebabkan cuaca panas, sediakan air masak sebanyak yang boleh korang mampu nak bawak la. Sebab saya bawak beg galas anak tu sumbat jer semua. Handbag pun saya tak bawak. Senang kan? Dengan monopod pun saya sumbat dalam tu. Hehehe...

First game kami

Disebabkan nak dapatkan semua setem, kitorang bergilir-gilir main game. Game dia total ada 16 game tak termasuk water park la. Itu pun dah sehari suntuk kat sana. Dari pagi sampai petang. Tu pun tak ramai orang beratur. Kalau ramai tak tahu lah abes pukul brape gamaknya. Jadi memang dicadangkan jangan pegi time cuti sekolah konfem sesak! Hahaha.. Ada game yang untuk budak-budak tu memang kitorang tak boleh naik la.. Driving school tak silap saya. Itu Faeezah pun tak boleh sebab kecik lagi. Siap dapat lesen memandu lagi. So dah buang 2 game kat situ. Nak dapatkan 2 hadiah mini figurine tu kami kena main semua game yang ada. And yes, we really enjoy it! Saya paling suka naik roller coaster Dragon tu. Perghhh!! Best giler wa cakap sama lu... Faizal naik sekali jer roller coaster tu pastu give up da. Hikhik... Siap ada video lagi taw... Haaa nak tengok tak? Kalo ramai yang komen nak nanti saya wat kat entri lain eh... Heee...

Ayah teman naik tapi Faeezah beriya nanges

Rating Legoland saya bagi empat BINTANG!! Memang tempat yang sesuai untuk parents luangkan masa dengan anak-anak yang sedang membesar. Seronok tengok famili besar main game ramai-ramai. Ramai juga pelancong yang datang terutamanya pelancong dari Indonesia. Walaupun tak kenal tapi tetap senyum mesra bila berselisih masa main game. Heee... 

Hello Kitty World tu tak sempat nak pergi. Lagipun Faeezah takut. Dengan lego yang tak bergerak tu pun takut. Haduyaiii~ Tunggu dia besar sikit lagi baru kita pergi lagi yer..Wee~ 

Friday 24 October 2014

Mama Pulang Dari Tanah Suci

Assalamualakkum semua... Minggu lepas mama saya dah selamat tiba dari Tanah Suci. Alhamdulillah syukur.. Hampir 90% jemaah haji mengalami batuk dan selsema. Ramai juga yang pakai penutup mulut tu. Perubahan cuaca gamaknya. Kadangkala hujan juga di sana. Nasib baik ada bekalkan mama Vitamin C Sustained Release dan Nutriferon, takde la teruk sangat batuk dan selsema mama. Kak Timah (wife sepupu saya) sampai hilang suara akibat batuk. Mama kata dalam bilik hotel macam dah berlawan-lawan batuk sape paling kuat. 

Penerbangan mama tiba dalam pukul 845 malam. Kami tahu mama mesti keluar lambat. Gerak dari Bangi pun lepas Isya'. Bukan jauh sangat pun dari Bangi. Hehe.. sementara tunggu mama keluar sempat lagi shopping baju Faeezah. Kat tepi tu ade bukak booth jual baju budak-budak plak. Murah jugak la. Sehelai RM5, RM7...ok la tu. Comel-comel jer coraknya. Oh ye..beshtie saya pun baru selamat bersalin, belikan juga hadiah untuk baby dia. Heeee...

3 Generasi
Rasenye dekat pukul 930 baru mama keluar. Ya Allah rindu betul dekat mama. Terus salam peluk cium mama. Heeee... Wak Timah (mak sedara saya) terus naik flight balik Penang malam tu jugak. Sempat salam jer... sementara tunggu tu mama bersembang-sembang kejap dengan rakan sebilik masa kat sane.. Wak pun kena pakai penutup mulut sebab batuk teruk.

Bersama rakan-rakan sebilik mama
On the way balik, mama lapar. Kami pun lapar jugak. Tak sempat makan malam pun tadi. Terus singgah kedai Sup Urat Keting, kedai ni jer yang bukak lagi.. dah pukul 11 malam kot. Heeee... dah la kakak dengan abang saya pun join sekali. Kitorang tak kesah sebab esok kitorang cuti. Harharhar...

Malam tu, mama dan kakak saya bermalam di rumah saya. Riuh dengan suara Faeezah dengan anak-anak kakak saya. Tahniah, dorang tidur pukul 1 pagi kot. Heee... Mama bercerita keadaan semasa di sana. Ada juga jemaah yang tersesat. Ada juga jemaah yang tak mampu nak tunaikan rukun haji terpaksa upah orang. Alhamdulillah mama masih mampu berjalan ke Masjidilharam sejauh hampir 1 kilometer dari hotel, ulang-alik untuk menunaikan solat. Nasib saya suruh mama amalkan AJHT. Lega rasenya sedikit sebanyak dapat bantu mama tunaikan ibadah dengan lancar. Semoga Allah menerima ibadah haji mama tahun ni. Aminnn~

Monday 20 October 2014

COD Shaklee di Serdang

Assalamualaikum semua.. alkisah malam tadi pegi COD barang kat Taman Desa Serdang. Customer muda lagi, nak amik spm. Baru 17 tahun. Dia beli vitamin E complex dan zinc complex. Bagusnya...muda-muda dah ada kesedaran nak jaga kesihatan terutamanya untuk kulit. Zaman sekarang orang lelaki pun pentingkan kecantikan dan kesihatan kulit mereka. Metroseksual la kirenye... apatah lagi orang perempuan, lagi-lagi yang dah ada suami ni kan... Kecantikan paling penting adalah di depan suami♡♡♡

Pssttt...mungkin ramai yang tak tahu. Fungsi zinc complex selain mempercepatkan penyembuhan luka, zinc juga memainkan peranan hampir 99% di dalam kitar enzim dalam tubuh kita. Nak jadi cerita, keluar rumah pukul 8 sampai rumah customer pukul 9.30. Kenapa lambat sangat? Pertama, saya sesat! Walaupun pakai waze. Hahaha... biasa la orang perempuan kan, mane nak ingat jalan sangat. Kedua, drive waktu malam. Saya tak berapa yakin drive waktu malam ni sebab silau. Simpang pun kadang terlepas. Ketiga, area Serdang tu saya tak biasa. Memusing juga la cari jalan rumah dia tu. Rupenye jalan masuk kt tepi bangunan Macy tu jer, tepi highway Sg. Besi tu sedangkan saya dari Bangi. Nak balik senang jer, kejap je da sampai rumah. Keempat, saya drive sendiri dengan Faeezah. Si kecik tak reti diam. Merengek-rengek juga dia. Tapi pasang cerita Pada Zaman Dahulu kat tab saya diam la dia. Kena aircond layu je mata dia. Hehehe...

Alhamdulillah selamat sampai dan bagi barang dan selamat pulang. Syukur, syukur.. ^_^ walaupun saya tak pernah sampai area situ, tapi bile dah pegi tu jadi senang plak. Haaa lepas ni kalo ade orang-orang Serdang nak COD produk Shaklee boleh la hubungi saya ye... Dekat jer rupenya... hikhik....

Wednesday 15 October 2014

Cuti-cuti Malaysia: Johor Bharu Part 1.0

Assalamualaikum semua..hujung minggu (2 minggu lepas da..basi da cite saya nih..) saya sekeluarga berkesempatan kirenye ke Johor. Ahaks! Hari Jumaat saya amik EL gara-gara nak ikut Faizal pegi ke Johor Bharu. Dah alang-alang dia ade keje kat sane ari Jumaat tu, saya pun ikut la skali. Sebabnya, saya tak pernah lagi sampai JB. Peghaakkkk!! Alkisahnya dari kecik dulu pun saya jarang berjalan. Almaklumlah, bukan datang dari keluarga yang senang. Huhu...

Jumaat pagi kami bertolak dalam pukul 10 dan sampai sana pukul 1.30 petang. Faizal pegi buat keje dulu kat Hospital Puteri KPJ. So saya dengan Faeezah tunggu je la dalam kereta. Konon nak tulis blog tapi di kecik tu mengacau saja. Hehe... Lepas Faizal siap keje, baru pegi makan. Lapar derr.. Punya la Faizal dok pusing kawasan situ, tah kedai ape yang dia cari kat celah-celah taman perumahan tu.

Sampai depan kedai, ZZ Sup Tulang...rupanya. hakhak... saya tak pernah dengar pun kedai ni tapi penah nampak Faizal cek in kat sini mase dia g outstation sorang. Environment? Close to nature. Ada pangkin and meja bawah pokok... nasib baik pegi siang. Kalo malam mesti banyak nyamuk. Memandangkan tengah kelaparan, kitorang order nasi ayam penyet. Dia bagi sekali dengan sup. Tade la sedap sangat. Hihihi... saya suke lagi Sup Meletup. Yang ZZ ni banyak minyak....bertakungan dalam mangkuk tu. Huhu...


Pakej hotel dan Legoland
Malam kami menginap di Hotel Sentral, Johor Bharu. 3 hari 2 malam bilik deluxe (1 katil queen 1 katil single) termasuk sarapan untuk 2 orang RM200. Kire okay la kot. Bilik dia pun tade la kecik sangat, just nice. Cuma TV jer kot x syok..xde astro. Channel biasa jer ada. Tape la, bukannye nak tengok tv sangat pun. Dok hotel untuk berehat, mandi, tidoq jaa... Hotel ni pun ada sediakan pakej menarik bersama Legoland dan Universal Studio, Singapura. Klo ada yang berminat bolehlah contact hotel ni terus ye..saya bukan agen taw, saya jual Shaklee jer... hikhik... Lepas cek in rehat jap. Konon nak kua terus g Danga Bay tapi Faeezah tidur plak. So kitorang biarkan dia tido dulu. Mek ni kalo x cukup tido mengamuk sakan dia. Heee....

Pakej hotel dan USS
Lepas maghrib baru kitorang keluar g Danga Bay. Tade ape pun kat situ sebenarnya tapi ada macam funfair kecik kat situ. Boleh tahan mahal jugak harga tiket dia. Standard JB la kot. Huhuhu... memandangkan xde ape yang menarik sangat so kitorang naik train keliling funfair tu je la. Yang tu je rasa berbaloi kot naik. Tu pun tiket rm4 sorang. Huhhh...


Keretapi pusing2 funfair (ramai orang betul..)
Lepas tu g makan2 dekat Dataran. Makan biasa2 jer sebab dah lewat nak makan yang berat2. So kitorang makan yong tau fu or cucuk2 tu dengan otak-otak. Faeezah suke sgt makan otak-otak tu walaupun pedas sikit. Jawa betul anak iolsss... Alkisahnya malam tu lepas makan balik hotel dan berehat saja. Esok nak teruskan perjalanan ke Legoland~!!! Weehuuu... (bersambung)

Monday 13 October 2014

Segmen 12 jam Bloglist #Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Friday 10 October 2014

Masker Muka Simple and Mabeles!!

Assalamualaikum semua... malam tadi cuba buat masker muka yang paling simple skali. Sebabnya muka rasa gatal and pedih, tangan ni gatal pegi picit blackhead n whitehead tu. Masalah betul... kadang-kadang stress juga. Biasalah muda remaja lagi ni hormon tu tak balance lagi. (padahal dah anak sorang dah nih.. hehe) Jadinya bermasker juga la malam tadi mengenangkan Faizal tade senang sikit koje. Kalo dia ada banyak komen nanti. Heee...

Masker ESP, Vitamin E dan Vitamin C

Bahan-bahan Masker:

  • 1 sudu ESP Shaklee
  • sebutir Vitamin E Shaklee
  • Vitamin C SR yang dipatahkan separuh (saya tak patahkan sebab ada yang dah terpatah sebab Faeezah suka goncang-goncang botol vitamin tu..huhu)
Cara-caranya:

  1. Campurkan kesemua bahan dengan sedikit air sehingga sebati dan tidak berketul-ketul. 
  2. Ikut kesesuaian anda nak pekat or cair. Saya suka pekat sikit so takde lah meleleh-leleh jer nanti.
  3. Tepekkan pada muka anda yang telah dibersihkan dengan air tanpa sabun ya.
  4. Biarkan sehingga kering atau 15 minit. Ikut suka anda. 
  5. Selepas tepek tu kurangkan pergerakan otot muka ya.. rileks saja sambil tengok tv  atau baca buku pun boleh.
  6. Selepas tu cuci muka anda dengan sabun atau pencuci muka anda sendiri. 
  7. Siap! 
Memang best la pakai masker ni. Muka jadi tegang and lembut jerrr... dah tak pedih lagi da. Heheee... cer korang try plak nanti tengok hasilnya macam mana eh. Lagi best nak pakai hari-hari pun tape sebab tade bahan kimia langsung. 🙆🙆🙆

Wednesday 8 October 2014

13 Fakta Menarik Tentang Protein Soya

Assalamualaikum semua.. selamat pagi. Sekarang masih pagi lagi. Mase publish ni xtaw la pukul berapa plak. Hehehe.. tajuk ni menarik kan? Fakta-fakta yang dinyatakan adalah berdasarkan kajian saintifik yang telah dilakukan oleh Dr. Nasr, seorang pemegang ijazah di dalam bidang Agronomi; ijazah sarjana di dalam Biokimia antioksidan serta PhD dalam bidang Pharmacognosy (sains produk bioaktif). Beliau menerima M.D daripada Rush Medical College di Chicago, diikuti dengan fellowship dari Internal Medicine and Cardiology dari Chicago Medical School. Beliau merupakan seorang ahli American College of Nutraceuticals dan American College of Preventive Medicine dan merupakan Pengarah Medical Care & Diagnostic Center, Lake Villa.

Protein Soya
  1. Optiflora dan protein soya meningkatkan penyerapan protein, mengurangkan angin dan ketidakselesaan serta menurunkan paras kolestrol sehingga 23%.
  2. 60 kajian telah dilakukan menunjukkan protein soya meningkatkan ketumpatan tulang lebih dari kalsium, magnesium sendiri.
  3. 2 kajian menunjukkan soya dan vitamin E, bersama, menurunkan paras LDL (kolestrol jahat) sehingga 40% dan ianya 14% lebih hebat berbanding Zocor dan Lipitor.
  4. 4 kajian menunjukkan protein soya menghalang oksidasi LDL sehingga 40%. Apabila kolestrol teroksidasi, ia menjadi 'melekit' dan mengeras di sekeliling dinding saluran darah lalu menyebabkan ianya tersumbat. Punca berlakunya darah tinggi di mana tekanan di dalam salur darah meningkat dan jantung perlu bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh tubuh yang akhirnya boleh mengakibatkan serangan jantung, jantung menjadi lemah dan risiko mendapat strok.
  5. Soya menghalang kerosakan buah pinggang. Kebanyakan protein haiwan boleh membebankan buah pinggang kita, tetapi protein soya melindungi fungsi buah pinggang.
  6. Protein Shaklee termasuk isoflavones dan protein berfungsi yang lain tidak ada pada soya protein yang dihasilkan daripada bahan kimia dan suhu yang tinggi. Proses yang Shaklee gunakan iaitu protein soya diisolasi dengan air dan pada suhu yang rendah bagi mengekalkan isoflavone yang terdapat di dalam soya secara semulajadi. Isoflavone adalah bahan antikanser semulajadi yang terdapat di dalam soya. 
  7. Protein soya dan isoflavone menghalang kebolehan sel yang telah termutasi (berubah fungsi) untuk menghasilkan sejenis enzim yang akan menyebabkan sel tersebut membahagi lebih pantas dan membentuk tumor (ketumbuhan).
  8. Soya menghalang proses angiogenesis berlaku iaitu proses di mana salur darah menyerap keluar segala nutrien yang disalurkan di dalam arteri.
  9. Soya meningkatkan keupayaan sel darah putih (proses fagositosis - sel darah putih 'makan' segala bendasing di dalam tubuh termasuk bakteria dam virus).
  10. Lysine, amino asid di dalam soya digabungkan dengan Vitamin C menurunkan risiko kanser kolon sehingga 90%.
  11. Flavanoid (terdapat di dalam Vitamin C Shaklee) apabila digabungkan dengan Energizing Soy Protein (ESP) adalah sinergi (lebih berkesan diambil bersama) dan mengurangkan risiko barah payudara sehingga 10 kali ganda.
  12. Beta-carotene (terdapat pada Carotomax shaklee) apabila digabungkan dengan Protein Soya (ESP), kalsium dan vitamin D (terdapat pada Ostematrix shaklee) adalah 10 kali ganda lebih efektif menghalang sel kanser daripada mendapat bekalan darah tambahan - mengelakkan sel kanser tersebut mengalami proliferasi.
  13. Protein soya membantu sel terbahagi (sel jahat) bertukar semula menjadi sel normal.
Ini hanyalah fakta yang telah dinyatakan oleh Dr. Nasr sendiri semasa persidangan di Milwaukee Wisconsin mengenai kebaikan soya. Artikel asal ada 16 fakta tetapi saya pendekkan sikit dan ditranslasi mengikut pemahaman saya cuma ambil 13 fakta yang betul-betul tepat mengenai ESP. Artikel asal boleh baca sini ya..

Sekiranya anda berminat ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, hubungi saya segera untuk mendapatkan konsultasi percuma. 

Dilakazuha
Your Trusted SID 
0175598332 / 0178780310 

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ





(klik banner kalau nak join sekali)



Follower Semasa Join Segmen : 53

Follower Target : Tak kisah la..biarlah sampai beribu-ribu lemon sekalipun.. hehe



Fanpage : mamamiashoppe

Twitter : https://twitter.com/dilakazuha

Monday 6 October 2014

Risiko Pengambilan Ubat TAHAN SAKIT


Assalamualaikum semua. Hari ni saya share sikit ubat paling femes di dunia nih iaitu ubat tahan sakit a.k.a Paracetamol (dikenali sebagai Acetaminophen di USA) dan seangkatan dengannya lah..



Artikel  dari pihak KKM
  • Ubat tahan sakit ini merupakan kategori analgesik. Ada dua jenis iaitu narkotik (which is 'dadah merbahaya') seperti kodein dan morfin, serta bukan narkotik seperti paracetamol dan ubat anti radang bukan steroid (NSAID).
  • Hanya Paracetamol sahaja yang boleh didapati di farmasi (over-the-counter) tanpa preskripsi doktor. Contoh seperti mefenamic acid, diclofenac, ibuprofen dan aspirin.
  • NSAID pula biasa digunakan untuk merawat keradangan, demam dan sakit semasa haid. 
  • GlaxoSmithkline (GSK) merupakan pengeluar Panadol, ubat tahan sakit paling popular dan merupakan innovator bagi paracetamol. Selain daripada GSK, pengeluar ubat yang lain adalah generik bagi Panadol seperti Uphamol, Redamol (ubat dari kilang saya..hehehe), Poro Tablet (ubat dari YSP).
  • Fungsi analgesik: untuk meredakan kesakitan yang dialami seperti sakit kepala, demam, inflamasi

Risiko Pengambilan Ubat Tahan Sakit:


  1. Kerosakan hati - simptom seperti mata dan kulit kekuningan, kerap raaa loya dan muntah, sakit perut, urin berwarna gelap dan kepenatan melampau.
  2. Kerosakan buah pinggang dan pendarahan (jika diambil bersama ubat pencair darah warfarin)

Rawatan Alternatif Selain Ubat Tahan Sakit:

  1. Menggunakan ubat kegunaan luaran seperti ubat sapu, minyak angin, koyok dan sebagainya.
  2. Menggunakan rawatan komplimentari seperti fisioterapi, urut, akupunktur dan teknik pemampatan ais (ice compress).
  3. Pengambilan supplemen semulajadi seperti vitamin b-complex bagi melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  4. Bagi mengatasi keradangan sendi, pengambilan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) mengandungi glucosamine semulajadi bagi memulihkan rawan sendi yang haus.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba mana-mana produk Shaklee, huhungi saya segera untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara percuma seumur hidup. 

Dilakazuha
0175598332 

Thursday 2 October 2014

Giveaway Birthday We Alls

Assalamualaikum semua.. Jom join segmen Giveaway dari Acikwaite ni. Murah hati betul akak sorang ni nak bagi hadiah setiap sorang yang join GA ni. Ala tak rugi pun korang join sama kan? Sape tak nak benda free betul tak? Hikhik...


12 Julai 1988

Semoga akak acik dimurahkan rezeki yer...Syukur ada orang macam akak nih.. Heee~

Redakan Batuk dan Selsema Anak

Assalamualaikum semua. Hari ni memang saya excited la nak share pasal batuk dan selsema. Tak silap saya Faeezah dah batuk hampir 2 minggu. Selsema plak on off saje. Kadang tu kesian pengasuh lap hidung sampai merah-merah. Saya ada juga buat 'steaming' tapi Faeezah tak suka. Melalak dia macam kena dera. Haduyaiii... Hati ibu mana yang sampai hati tengok anak dia batuk dan selsema teruk kan..

Merah hidung Faeezah macam ni gak la..

Dah bawak ke klinik juga. Doktor bagi ubat batuk (salbutamol atau Ventolin) dan ubat selsema (piriton). Masa kat klinik pun doktor suruh neb sebab ada kahak tapi Faeezah dah jerit-jerit so saya refused dan stop. Salbutamol saya cuma bagi 3 hari je..tu pun sehari sekali je masa dengan pengasuh. Ubat selsema plak sekali jer saya bagi.

Kenapa saya stop bagi ubat klinik kepada anak saya?

1. Batuk and selsema dia jadi makin teruk plak...makin kuat plak batuk dia. Selsema sampai mengalir hingus dia..macam cendol. Walaupun ubat-ubat ni memang ade saje kat lab saya tu. Huhu...
2. Atas nasihat bos saya. Bos saya mempunyai PhD dalam bidang farmasi. Katanya salbutamol boleh menyebabkan anak kita jadi sensitif dan addict dengan salbutamol tu. Salbutamol berfungsi dengan merangsang pergerakan dinding bronkus. Maksudnya nanti anak kita bergantung sangat pada ubat tu. Ingat ye, ubat juga kategori dadah. Ianya dibuat daripada bahan sintetik kimia.
3. Atas nasihat rakan saya, seorang ahli farmasi di Jabatan Farmasi negeri Selangor. Katanya ubat piriton tidak boleh diberikan pada bayi bawah 2 tahun. Memang doktor bagi dalam dos yang rendah tapi ianya tetap tidak digalakkan.

Cara Atasi Batuk dan Selsema Anak

1. Kerapkan bagi air kosong dan kerapkan penyusuan terutamanya pada waktu malam (sebab malam lebih sejuk...lebih kerap dia batuk)

vitamin c shaklee
Faeezah suka makan vitamin c chew

2. Saya turut berikan vitamin c chewable pada Faeezah setiap hari sebiji
3. Omega guard sebiji sehari untuk cepat surutkan hingus
4. Nutriferon - saya campurkan sedikit dalam susunya. Selebihnya saya minum sendiri. In shaa Allah khasiat nutriferon turut terdapat di dalam susu badan saya.


Pada mulanya nutriferon saya yang makan sendiri saja. Batuknya tidak lagi sekuat dulu tapi masih berkahak. Jadi saya cuba masukkan sedikit nutriferon dalam susu dia semalam, sekali je. Malam semalam saya perasan dia dah kurang sangat batuk. Selsema pun dah tak mengalir dah. Syukur alhamdulillah~~ Lega hati mama.. ^_^

Wednesday 1 October 2014

Harga Minyak Petrol Naik Lagi?!

Assalamualaikum semua..sob3...nanges dulu kejap. Balik keje tadi Faizal cakap harga minyak naik tengah malam ni cepat-cepat keluar balik pegi isi minyak. Dah la tinggal 2 bar saje. Huhu... nasib baik kete tak banyak lagi tapi dah start beratur jugak la tadi. Apelah nasib rakyat Malaysia nih... kata rakyat didahulukan... hmmmm... Harga baru ini akan berkuatkuasa pada tengah malam ini (2 oktober 2014)



Harga baru :
RON95 = RM2.30
Diesel = RM2.20


Puas hati? Tak kiralah korang undi parti mana sekalipun tapi ini dah jatuh sebagai membebankan rakyat. Haduyaiii~~
Tapi cakap pun tak guna. Kita sendiri yang kena berusaha lebih untuk tingkatkan ekonomi keluarga. Terpaksalah kerja hempas pulas lagi. Konfem lepas ni lagi terasa kete kuat makan minyak ulang alik keje bangi-nilai. Huuuu....

Syukurlah Malaysia masih aman.

Promosi MELETUP Bulan Oktober 2014: ESP dan Mealshake

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah ketemu kita lagi dengan bulan Oktober. Pagi-pagi dah dapat good news. Shaklee buat promosi gempak baik punya!! Gile kentang punya promo Shaklee kali nih..

Promosi belian 6 esp free 1

Promosi Oktober 2014

  • ESP = Beli 6 FREE 1
  • Mealshake = Beli 3 FREE 1 (sambungan promo dari bulan September)

Jadi tunggu apa lagi kawan-kawan? Jom rebut peluang ni untuk beli bertong-tong produk HOT Shaklee ni. Korang boleh dapat dengan harga super jimat kalau beli time promosi nih. Nak lagi extra jimat? Jom pm saya dan akan saya beritahu RAHSIA jimat ini kat korang semua. 

Psssttt.... ini eksklusif untuk pelanggan saya sahaja ya!! ^_^

Hadiah untuk Pemenang Giveaway

Assalamualaikum semua... maaf sangat sebab lambat pos. Bukan ape, sibuk sikit lately nih. Malam tadi baru sempat nak packing untuk pos. Si kecik ni makin lasak. Lasak sangat. Pantang nampak mama dia pegang henfon. Baru nak taip entri, dah menjerit-jerit. Nak susu la, nak men henfon jugak. Kesabaran memang teruji. Apatah lagi kaki dia tak reti diam. Menyusu pun kaki nak sepak sane sini. Muka ni, dah tataw brape kali kena..huhuhu

Hadiah yang telah siap dibungkus


Hadiahnya ape? Hehe biasa-biasa jer.. xde sponsor kan so apa yang mampu saja la. Saya nak tunggu dorang sendiri up entri untuk hadiah yang dorang dapat ni nanti.

Tracking number
1. Azman Arsad - EF26983972MY
2. Kak Nazliana - EF269839735MY
3. Alia Liyana - EF269839744MY


Diharap korang semua berpuas hati dengan hadiah tak seberapa tu ya... terima kasih tam terhingga. Jangan lupa join next GA saya lagi nanti.. heheeee.... alhamdulillah dah selamat pos hari ni. ^_^