Assalamualaikum semua. Hari ni memang saya excited la nak share pasal batuk dan selsema. Tak silap saya Faeezah dah batuk hampir 2 minggu. Selsema plak on off saje. Kadang tu kesian pengasuh lap hidung sampai merah-merah. Saya ada juga buat 'steaming' tapi Faeezah tak suka. Melalak dia macam kena dera. Haduyaiii... Hati ibu mana yang sampai hati tengok anak dia batuk dan selsema teruk kan..
Merah hidung Faeezah macam ni gak la.. |
Dah bawak ke klinik juga. Doktor bagi ubat batuk (salbutamol atau Ventolin) dan ubat selsema (piriton). Masa kat klinik pun doktor suruh neb sebab ada kahak tapi Faeezah dah jerit-jerit so saya refused dan stop. Salbutamol saya cuma bagi 3 hari je..tu pun sehari sekali je masa dengan pengasuh. Ubat selsema plak sekali jer saya bagi.
Kenapa saya stop bagi ubat klinik kepada anak saya?
1. Batuk and selsema dia jadi makin teruk plak...makin kuat plak batuk dia. Selsema sampai mengalir hingus dia..macam cendol. Walaupun ubat-ubat ni memang ade saje kat lab saya tu. Huhu...
2. Atas nasihat bos saya. Bos saya mempunyai PhD dalam bidang farmasi. Katanya salbutamol boleh menyebabkan anak kita jadi sensitif dan addict dengan salbutamol tu. Salbutamol berfungsi dengan merangsang pergerakan dinding bronkus. Maksudnya nanti anak kita bergantung sangat pada ubat tu. Ingat ye, ubat juga kategori dadah. Ianya dibuat daripada bahan sintetik kimia.
3. Atas nasihat rakan saya, seorang ahli farmasi di Jabatan Farmasi negeri Selangor. Katanya ubat piriton tidak boleh diberikan pada bayi bawah 2 tahun. Memang doktor bagi dalam dos yang rendah tapi ianya tetap tidak digalakkan.
Cara Atasi Batuk dan Selsema Anak
1. Kerapkan bagi air kosong dan kerapkan penyusuan terutamanya pada waktu malam (sebab malam lebih sejuk...lebih kerap dia batuk)
Faeezah suka makan vitamin c chew |
2. Saya turut berikan vitamin c chewable pada Faeezah setiap hari sebiji
3. Omega guard sebiji sehari untuk cepat surutkan hingus
4. Nutriferon - saya campurkan sedikit dalam susunya. Selebihnya saya minum sendiri. In shaa Allah khasiat nutriferon turut terdapat di dalam susu badan saya.
Pada mulanya nutriferon saya yang makan sendiri saja. Batuknya tidak lagi sekuat dulu tapi masih berkahak. Jadi saya cuba masukkan sedikit nutriferon dalam susu dia semalam, sekali je. Malam semalam saya perasan dia dah kurang sangat batuk. Selsema pun dah tak mengalir dah. Syukur alhamdulillah~~ Lega hati mama.. ^_^
Alhamdulillah..semoga Faezah cepat sembuh ye. thanks for sharing sis..memang ubat-ubat klinik tak berapa elok untuk anak-anak kecil.
ReplyDeleteTerima kasih kak Sal... in shaa Allah.. benda baik eloklah dikongsi bersama.
ReplyDeleteUbat-ubat klinik tu memang mostly chemical-based. Untuk anak-anak kecil memang tak digalakkan langsung. Ikhtiar juga dgn cara suplemen semulajadi. In shaa Allah berkesan ^^
Alolo..comelnye faezah. :D hidung merah2 gitu. Hihi
ReplyDelete