Wednesday 19 November 2014

Tempah Jahit Baju Kurung Murah di Bangi

Assalamualaikum semua... Hari ni masih lagi mood audit. Haduyaiii... Ok berbalik pada tajuk kat atas. Awal bulan hari tu, saya ada hantar kain untuk dijahit. Ala kurung biasa je..senang boleh pakai pegi keje. Kalau pegi keje malas sikit nak pakai kurung moden ni. I kan low profile...mihmihmih...

Asalnya tak tahu nak hantar kat sape. Pening wo cari tailor kat Bangi ni. Nak hantar ke kedai mahal betul. Kurung biasa je sampai RM55 upahnya. Kedai tu la tempat saya hantar jubah untuk potong bawah. Tak suka sangat pakai labuh sapu lantai ni. Heee... Google punya google terjumpa ada orang rekemen akak ni. Akak ni golongan OKU, kak Yana nama dia. Akak ni saya tak pasti oku part mana tapi pertuturan dia kurang difahami kot. Mungkin tak boleh bertutur dengan lancar kot. Tapi saya still faham apa yang dia cuba sampaikan and dia pun faham kita. Akak ni dah ada 2 orang anak pun, menjahit kat rumah jer. Yeayyy~~dah jumpa dah. Lega hati. Heee...

tempah-jahit-bangi


Rumahnya dekat Seksyen 3, tapi dekat dengan sekolah Jalan 4. Guna waze senang sangat jumpa rumah dia. 5 minit jer dari rumah saya.  Hehe.. Akak tu siap-siap amik ukuran badan dan tanya nak design ape and tarikh untuk disiapkan. Kalau nak cepat tulis jer tarikh yang korang nak cepat. Tapi jangan la esok nak pakai hari ni baru hantar tempah. Kalo kena caj extra saya tak jamin ya.. hehehe...

Tak sampai 2 minggu kak Yana wassap saya kata baju dah siap. Eh? Cepatnye.. Saya bajet hujung bulan ni baru siap. Heee bagus lah akak ni..servis dia pantas. Saya pun dengan semangat tanya berapa jumlah bayaran upahnya. Dia kata RM50. Saya pun ehh lagi? Saya hantar 4 meter kain untuk baju kurung biasa, satu jubah untuk tukar kain lengan dia and satu jubah lagi tertetas panjang lengan jubah tu. Asalnya saya dah cuba jahit sendiri lengan jubah tu tapi terkoyak balik. Biasa la kain chiffon, senang betul terkoyak. Kena jahit mesin juga la. Lepas tu kak Yana kata untuk baju kurung biasa upah RM40, tukar lengan RM8 dan jahit balik lengan tu RM2 je. So total RM50 la.... hoho.. bagi saya okay lah harga tu, murah gak. Hehehe...

Balik tu saya terus cuba pakai baju kurung tu. Best! Sedap pakai. Jahitan pun kemas. Berbaloi juga dengan wang yang anda laburkan. Heeee... Lepas ni dah tahu la nak hantar tempah kat mana dah. Kak yana ni pun senag nak deal dengan dia. Cakap je apa yang kita nak in shaa Allah dia boleh jahitkan. Haaa lepas ni nak cuba tempah baju kurung moden dengan jubah plak lar.. Heee...

Ini saya sertakan sekali contact number kak yana, kalau ada antara korang yang baca ni tengah cari tailor kat Bangi ni yer..

Kak Yana
0172578427

19 comments:

  1. nasib baik lah Bangi jauh, kalau tak memang saya dah jadi regular kak Yana..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe setakat ni yang dila jumpe kak yana yang paling murah... Ngeee ^^

      Delete
  2. Senang cri upah baju kurung murah kat sana. Sini klu 65 pun blun tentu sdap pakai.cincai2 ja. Kcuali ada kenal ngan makcik2 duduk kg. Murah je ambik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kalau kat kampung leh dapat murah lagi. Nasib baik jumpe kak yana nih...

      Delete
  3. Kira murah la utk area bandar ni kan.

    Salam kenal ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah.. betul tu! Murah jugak la kan.. heee

      Delete
  4. haah la..murah..dh save num kak yana ni..sy slalu antar kt Al-Mughni (sebelah Manjaku, Bangi) je..sedappp pakai..murah pun murah..lebih kurang harga tu jgk la..tp sebelum ni baju kurung biasa rm35 je skang dh naik plak 40..tapi memang selesa pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh yekew.. saya selalu je gi situ tapi tak perasan plak kedai tu boleh amik tempahan. Hehe tape nanti boleh g usha2 jugak. Heee...

      Delete
  5. Skrg nie ssh nk cri tailor yg mmuaskn hati kita kn..huhu
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun...susa betul sekarang nak cari tailor yg best..T_T

      Delete
  6. Salam.. Kak yana ni ada ambil tempahan lagi x? Sya cuba call no tu tp xangkt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis ada try wasap tak. saya difahamkan kak yana ni ada masalah dengan pendengaran. sbb tu dia x angkat fon. saya wasap dia jawab je

      Delete
  7. Baju melayu or raihan boleh tak?

    ReplyDelete
  8. kalau nak kecikkan jubah anak boleh tak ye?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Kak Yana ni, masih terima tempahan ke untuk buat baju kurung?

    ReplyDelete
  11. No fon dah tukar kot..call dpt org lain

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^