Sunday 25 May 2014

Wanita Obses Cantik : Selamatkah Suntikan Vitamin C?

Assalamualaikum semua... Syukur alhamdulillah Allah masih memanjangkan nyawa kita sehingga hari ini. Saya cuma ingin berkongsi rasa dan pendapat saya mengenai tajuk saya hari ini. Memang sudah menjadi lumrah wanita yang ingin sentiasa kelihatan cantik, flawless, putih, cerah, tegang, anjal dan sebagainya. Saya sendiri tergolong wanita begitu. Namun, tidak semua kaedah diiktiraf selamat oleh para doktor dan kebanyakan produk-produk suntikan vitamin C amat mudah diperolehi secara online. Ini menambahkan kesukaran pihak berkuasa untuk membendung dan mengawal produk yang tidak mendapat kelulusan KKM dan produk tiruan. Terdapat risiko yang tinggi apabila anda melakukan suntikan vitamin C ini.

alternatif-vitamin-c-shaklee
Suntikan vitamin C...selamatkah?

Risiko Suntikan Vitamin C


  1. Air embolism - ini berlaku apabila terdapat 'bubble' atau gelembung udara di dalam picagari tersebut. Hal ini boleh menyebabkan kematian serta-merta di mana gelembung udara tersebut boleh terus ke jantung dan menyebabkan salur darah tersumbat. Anda boleh pastikan tiada gelembung udara dengan membuang sedikit ubat tersebut. Amat penting untuk memilih ahli terlatih sahaja untuk menyuntik anda. 
  2. Jangkitan bakteria - ini boleh terjadi apabila bakteria yang memang terdapat secara semulajadi pada permukaan kulit memasuki ke dalam salur darah melalui jarum suntikan. Walaupun kebiasaannya sebelum melakukan suntikan, kawasan tersebut akan disapu dengan alkohol, namun risiko mendapat jangkitan tetap ada. Apatah lagi jika peralatan yang digunakan tidak disteril dengan betul. Simptom yang dialami adalah rasa sakit, bengkak dan kemerahan di kawasan suntikan.
  3. Tersalah tempat cucuk - vitamin ini biasanya dicucuk di kawasan pelipat siku kita. Di kawasan tersebut, selain terdapat saluran vena, saluran arteri yang membawa oksigen juga terdapat di situ. Kesilapan tempat suntikan boleh menyebabkan kandungan oksigen di dalam darah menurun dan boleh menyebabkan gangren (sel mati). Selain itu, jika suntikan tersebut terkumpul di bawah lapisan tisu, ianya akan menyebabkan sakit, bengkak dan rasa kebas.
  4. Salur darah menjadi keras - Setelah dicucuk berkali-kali, salur darah akan menjadi sempit dan berparut. Kesannya, salur darah menjadi keras dan tidak boleh digunakan lagi.


suntik-cantik-shaklee
Suntikan yang berisiko

Isu Bahan yang Dicucuk

  • Status HALAL - Memang banyak suntikan vitamin C yang boleh didapati dengan mudah di pasaran sekarang terutamanya yang mempunyai campuran seperti glutathione, plasenta, collagen dan sebagainya. Adakah anda ketahui status HALAL produk tersebut? Dari sumber manakah mereka mendapat collagen dan plasenta? Dari sumber haiwankah? Dan bagi saya, isu halal ini yang paling sensitif dan dititikberatkan oleh agama dan masyarakat kita. Tapi kenapa bila tentang mahu cantik ianya seperti tidak diendahkan?
  • Kesan jangka panjang - Vitamin C merupakan vitamin mudah larut air yang tidak boleh disimpan di dalam tubuh. Lebihan vitamin C akan dikumuhkan melalui buah pinggang dan akan disingkirkan melalui urin. Tetapi vitamin C yang dicucuk tidak akan diproses oleh hati dan berada di dalam tubuh pada kepekatan yang tinggi. Sekiranya pengambilan vitamin C secara oral melebihi 2g sehari akan menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit dan gastrik akibat kandungan asid yang tinggi. Tiada kajian terperinci yang dilakukan untuk mengetahui kesan jangka panjang melalui suntikan.
Pendapat saya sendiri, kenapa perlu pilih kaedah yang berisiko tinggi sedangkan sudah ada kaedah yang terbukti selamat dan berkesan? Saya tak mahu kerana obsesi saya untuk cantik akan memberi kesan buruk pada jangka masa panjang. Memang ada sesetengah individu yang memberikan testimonial yang memberangsangkan, tetapi ianya tidak menjanjikan saya akan mendapat kesan yang serupa. Ditambah lagi ianya tidak disokong dengan mana-mana kajian saintifik. 

set-kulit-shaklee
Cantik dari dalam bersama Shaklee

Rangkaian porduk shaklee sendiri telah memperakui produk mereka yang halal, selamat dan berkesan. Antaranya vivix, collagen powder, vitamin E complex, dan sustained release vitamin C. Mungkin kesannya agak lambat berbanding vitamin suntikan tetapi yang penting, SELAMAT. Biar LAMBAT asalkan...SELAMAT~!!! Hehehe...

Anda nak cuba rangkaian produk shaklee untuk kecantikan kulit dari dalam? Lebih info untuk mendapat idea dan sesuai dengan bajet anda --> http://bit.ly/NgqpHA. Eksklusif untuk pelanggan saya, tips dan aturan pengambilan vitamin cantik seharian.


Hubungi saya segera! 
Fb: Dila Kazuha
Page: Mama Mia Shoppe
Tel: 0178780310 / 0175598332
Email: dilakazuha@gmail.com



Tuesday 20 May 2014

Resepi ESP Strawberry Chocolate Milkshake Lazat!!

Assalamualaikum semua~~!! Pagi-pagi lagi saya dah semangat nak share dengan anda semua resepi ni. Mungkin ramai yang dah cuba tapi saya nak jugak cerita pengalaman saya sendiri. Hahaha... Alkisahnya semalam balik kerja saya nampak satu beg plastik ni ada atas meja makan. Faizal kata Kak Ina (pengasuh Faeezah) bagi, so saya pun godek-godek la dalam beg plastik tu ada apa. Rupanya ada beberapa tongkol jagung, buah strawberi segar, keledek comel2 and keychain gambar strawberi. Rupanya famili kak Ina pergi bercuti Cameron Highland hujung miggu baru nih. Syiokkknyaaa~~~ sob3...

esp strawberi coklat
Faeezah suka sangat buah strawberi ^^

Bahan-bahan:

Buah strawberi segar (boleh juga digantikan dengan pisang) 
ESP (boleh juga dengan Cinch Shake untuk yang mahu kurus atau Meal Shake untuk anak)
= Susu segar perisa coklat 

resepi esp strawberi coklat
Resepi ESP strawberi coklat milkshake

Cara-caranya:

1. Buangkan tangkai buah strawberi dan basuh. Potong kepada 2 bahagian kecil, senang sikit nak blend nanti.
2. Masukkan kesemua bahan bersama buah strawberi yang dah dipotong ke dalam blender. ESP anda boleh masukkan 1 sudu besar. (Boleh juga dicampurkan dengan sesudu Cinch Shake atau Mealshake)
3. Blend sampai ESP dah betul-betul larut dan buah strawberi pun hancur. (Tapi saya suka ada buahnya lagi..chunky2 gitu. Sedaaapp!!!)
4. Tuangkan dan hidangkan. Potong sedikit buat strawberi sebagai hiasan. Jika ingin lebih sejuk, simpan dulu dalam peti ais selama 5 minit. 

esp dan cinch shake lazat
ESP + Cinch shake chocolate = strawberry chocolate milkshake

Haaa next time saya nak cuba plak resepi lain.. Lain kali saya akan share lagi dengan anda semua yer. Rezeki dapat buah strawberi dari Cameron Highland ni. Bukannya boleh simpan lama-lama nanti busuk plak. So baik saya jadikan minuman berkhasiat ni dengan buah strawberi tu. And, seriously memang kenyang betul saya rasa lepas minum milkshake ni. Alhamdulillah~ 


Mana yang belum cuba lagi, silakan mencuba. Anda pasti tidak menyesal. Yang mana nak cuba ESP, Cinch Shake atau Mealshake, boleh hubungi saya untuk dapatkannya. Selain itu, eksklusif untuk customer saya sahaja, resepi-resepi yang menarik lagi. ^_^

Your Trusted Shaklee Distributor
0178780310 / 0175598332

Sunday 18 May 2014

Penyusuan Susu Ibu Eksklusif: Tips Dari Ibu Berkerjaya

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah Faeezah semakin membesar dengan sihat. Gigi pun bertambah banyak dan makin berat juga. Semakin lenguh la mama nak dukung kamu yer Faeezah.. Setahun empat bulan perjalanan penyusuan susu ibu banyak dugaan dan cabaran yang telah saya tempuhi terutamanya selepas naik kerja. Namun saya bersyukur saya masih berpeluang meneruskan penyusuan ibu in shaa Allah sehingga Faeezah berumur dua tahun. Nak tahu rahsia saya? Teruskan baca sampai habis yer...


  1. Tekanan Bekerja Dengan Bahan Kimia Berbahaya

Bekerja bersama Bahan Kimia


Skop kerja saya yang memerlukan saya menggunakan bahan-bahan kimia yang merbahaya seperti methanol, acetonitirile dan pelbagai jenis asid. Kiranya yang ni memang wajib hari-hari memang pakai la... Saya takde pilihan lain sebab dah memang ini kerja saya. Ditambah lagi dengan bebanan kerja yang berlambak sejak saya cuti 2 bulan sepanjang tempoh berpantang. Semasa tempoh berpantang memang tiada masalah.

Faizal Selalu Bekerja Outstation


Tetapi naik saja kerja kekangan masa untuk mengepam membuatkan stok susu yang saya simpan semasa tempoh berpantang semakin menyusut. Ini semua membuatkan saya bertambah stress. Bila saya stress, susu badan mula merudum. Tambahan pula Faizal selalu kerja outstation, tinggalkan saya dengan Faeezah yang baru saja beberapa bulan. Bos pula mengharapkan saya untuk kerja lebih masa memandangkan banyak kerja yang tertangguh semasa saya dalam tempoh berpantang.

stress penyusuan ibu
Makmal tempat kerja saya

2. Sokongan Dari Keluarga dan Rakan

Ketika kita sedang stress, perkara pertama yang perlu kita sebagai ibu lakukan adalah BERTENANG. Bila kita bertenang, emosi pun mula stabil. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga yang lain terutamanya suami kita sendiri. Alhamdulillah Faizal memang banyak memberikan sokongan dan bantuan sepanjang tempoh penyusuan. Balik kampung pun saya bawa sekali beg pam saya. Dalam kereta semasa dalam perjalanan pun saya mengepam juga. Antara sokongan yang keluarga dan rakan boleh berikan adalah:

  • Suami boleh membantu dalam menguruskan kerja-kerja rumah seperti mengemas rumah dan menguruskan pakaian kotor.
  • Suami atau ahli keluarga yang lain juga boleh membantu jaga baby sementara ibu berehat atau memasak dan membersihkan diri.
  • Suami boleh belikan breast pam yang berkualiti. Bagi ibu berkerjaya memang saya galakkan untuk beli double pump untuk jimatkan masa anda seperti Medela Freestyle. Tapi jenama lain yang bagus pun boleh bergantung pada bajet anda.
  • Ahli keluarga boleh memberi ruang supaya ibu lebih selesa untuk menyusukan bayi.
  • Rakan-rakan di tempat kerja juga boleh membantu dengan memberi galakan dan ruang kepada ibu untuk mengepam susu
penyusuan ibu di tempat kerja
Sokongan rakan di tempat kerja

3. Supplemen Penyelamat Perjalanan Penyusuan Susu Ibu


Selain mengamalkan tips membanyakkan susu ibu yang wajib iaitu Demand vs Supply, pam setiap 2-3 jam jika boleh, power pumping dan minum air kosong 3 liter sehari, saya turut mengamalkan petua-petua pemakanan yang lain seperti:

  • sayur-sayuran seperti sawi, lobak putih dan brokoli. Ada juga yang kata kekacang seperti kacang panjang juga boleh menambahkan susu badan tapi saya elakkan sebab kacang-kacang ni berangin sikit. Tengok pada keadaan anak anda.
  • minuman berasaskan malt seperti milo, oat, horlicks dan kegemaran saya, barli.
  • herba atau rempah seperti halba, habbatussauda.



Saya turut mengambil supplemen tambahan daripada Shaklee iaitu Alfalfa Complex dan Energizing Soy Protein (ESP) dalam membantu perjalanan penyusuan susu ibu saya. Terdapat pelbagai khasiat dan fungsi yang baik untuk tubuh daripada supplemen ini. Antaranya:

- Alfalfa Complex : berfungsi sebagai penggalak susu (milkbooster), Alfalfa ini juga berfungsi sebagai perapat dan bertindak sepert kacip fatimah. Merapatkan keintimanmu. Malah, Alfalfa juga berkesan dalam melancarkan proses detoks dan mengurangkan berlakunya sembelit.

- Energizing Soy Protein (ESP) : berfungsi untuk memekatkan susu badan ibu dan bayi anda cepat kenyang. Malah, ESP ini sangat bagus untuk kulit anda lebih gebu dan licin selain dapat memudarkan parut jerawat. Ekstra menganjalkan payudara anda. Dengan pelbagai resepi yang boleh dihasilkan, ESP juga boleh dijadikan masker muka.
Lebih info tentang ESP.

Sekiranya anda ingin mendapatkan tips pemakanan, jadual memgepam semasa bekerja, cara aturan pengambilan vitamin penyusuan ini secara eksklusif dari saya, khas untuk pelanggan saya. Sila hubungi saya seperti di bawah:

"SHARING THE GOODNESS"



Thursday 15 May 2014

Rugi ke jadi Ahli Shaklee??

Assalamualaikum semua... Tajuk saja nak propa. Rugi kah? Memang sgt rugi sebenarnya...bagi orang2 yang TAK jadi ahli shaklee. Hehehe... Hari ni saya nak share macam mana nak JOIN Shaklee dan menjadi Ahli. Sebenarnya, hanya ada 2 cara sahaja yang melayakkan anda mendapat keahlian Shaklee!

FREE membership. ASK ME NOW!!!

Anda boleh mendapat keahlian dengan cara berikut:


1. Pembelian sebarang produk Shaklee bernilai 200 uv atau ~RM650. Betul tu. Anda cuma perlu membeli mana-mana set atau produk Shaklee yang bernilai RM650 untuk melayakkan anda mendapat keahlian secara PERCUMA~!!!   

Set yang manakah bernilai RM650 (200uv)?

1. Set Flawless Beauty - Vivix, Collagen Powder dan Vitamin C Sustained Release
2. Fullset Slimming - Cinch Shake, ESP, Omega Guard, Lecithin, Alfalfa Complex dan Herb-lax
3. Setiap pembelian 2 botol Vivix
4. Setiap pembelian 3 kotak Collagen powder

Selain itu, anda boleh juga mendaftar dengan cara membayar yuran pendaftaran sebanyak RM65 sahaja tidak termasuk kos postage dan anda akan mendapat keahlian seumur hidup. Pendaftaran ini boleh didaftarkan nama anda dan pasangan anda. INGAT!! Bisnes Shaklee ini boleh diwarisi kepada pasangan anda atau anak anda. Hanya dengan RM65 ini sahaja anda sudah boleh menikmati faedah dan kelebihan menjadi ahli Shaklee. Selain itu, anda juga berpeluang menikmati bonus-bonus yang ditawarkan oleh Shaklee sekiranya anda betul-betul perform dalam bisnes ini.

Senang je kan? Mudah yang amat! Jangan terlepas peluang yang telah diberikan. Pemilihan susur galur juga amat penting dalam bisnes Shaklee nih. Berada bersama orang-orang yang telah berjaya meraih pendapatan dari 2 angka ke 6-7 angka sebulan. Mampu membeli kereta Vellfire cash sahaja. Kau hado?? Ini semua penting bagi memastikan yang kami mampu memberi, mendorong, berkongsi ilmu mereka yang telah berjaya dalam bisnes Shaklee ini. Yang penting anda wajib ada PUSH factor, dan bukan saja suka-suka buat bisnes dan tidak serius. Jika anda ingin bermain-main, Shaklee bukan untuk anda.

Jangan berlengah lagi!! Semakin ramai yang merebut peluang yang Shaklee tawarkan dan semakin ramai yang berjaya mencapai impian mereka. Hubungi saya segera dan saya akan terangkan pada anda from zero: 

"SHARING THE GOODNESS"










Friday 9 May 2014

Blackberry Z10 3G 16GB White

Assalamualaikum semua... saja jer la wat short entri yang xbrape nak short pun ni. Just nak share dgn korang yang iolsss baru dapat handphone baru..since samsung s2 saya hilang bulan lepas. Hukhukhuk... sedih taw. Dalam hp tu ada banyak kenangan dan data bukti2 yang saya simpan. So memang agak down jugak la hp tu hilang... Tapi hilang pun atas kecuaian saya sendiri. So xboleh nak salahkan orang lain. Huhuhu...

Blackberry Z10 3G 16GB
Blackberry Z10 Red Ferrari

Inilah dia Blackberry Z10 tu. Saya amik kaler putih sebab cantik. Kalau dapat yang kaler merah nih lagi I loikeee!!! Tapi xde jual kt Malaysia. Limited edition taw!! Heee... Actually, saya x minat pun brand Blackberry ni...not very user-friendly lar for me. Samsung is much better. Sebab certain apps x support pun untuk BB nih. Kalau untuk kegunaan office memang ok lar... Tapi since saya dah ada note 8.0 tu saya xkesah sangat lar. Kenapa saya pakai 2 henfon? Errrr...dulu saya pakai satu jer. Nombor ni saya dah pakai lama sejak sekolah menengah lagi. So macam sayang nak buang nombor tu kan? Then, bila saya kenal hasben saya amik nombor satu lagi suppline bawah dia. So dapat free calls n sms. So sampai sekarang la saya pakai 2 nombor. 

Sekarang lebih mudah la sebab yang note 8.0 tu saya guna untuk tujuan bisnes and yang BB ni for personal usage. Kalau nak kata function BB ni, takde apa yang special sangat lar... And x susah sangat pun nak guna. Kamera dia pun lawa gak.. Yang lain2 macam bbm tu biasa la kan? Speciallity dia rasanya e-mail management lar kot. Kalau any messages via whatsapp or e-mail senang la nak manage...xde la bersepah2. Price? Well, saya beli nih through online jer...beli dekat lazada. Dengan waranti 2 tahun, harga RM6xx. Ok la kot... Hahaha... Kat luar saya xpasti jual brape.. Ok kot kan? Heee... And servis dorang memang bagus. Saya order hari isnin, hari rabu dah dapat. Cepat kan? Even saya dpt free screen protector and baucer piza Papa John (xpenah dengar pun ade piza ni...hehe)

Si kembar ^^
And, saya beli Z10 nih sebab my hasben pun pakai hp nih. Tapi yang dia punya 4G LTE..dia amik dekat maxis hujung tahun lepas. Sekarang maxis dah xde kuarkan hp nih.  Sebab dia bising xdapat nak video call masa dia outstation.Video call dari BB ke Samsung xboleh nak buat unless guna apps yang ada function video call macam wechat tu. Tapi kena ada strong internet connection baru boleh. So dia pun 'mengizinkan' saya membeli henfon baru nih lar. Untuk memudahkan dia jugak sebenarnya. And what I like the most is, the security. Hehehe.. Memang power! Screen lock security dia pakai password yang number and picture. Lokasi nombor kena tepat pada lokasi dalam gambar tu. Huahuahua..so xde la dia boleh bukak henfon saya suka2 hati walaupun saya xkesah sebenarnya. Sebab saya pun x boleh bukak henfon dia. Harharhar...

So kalau ada function2 yang extra tu nanti la saya cuba godek2 dulu... x habes lagi menggodek nih. Hehehe... Nanti saya cuba tulis review lepas guna hp ni seminggu yer.. Hehehe.. Kalau ada sape2 yang berminat nak beli gajet2 baru, kat lazada nih memang murah. Tapi tengok dulu waranti and so on la yer...kot2 ada apa2 yang dia x cover ke... Heee... Selamat bershopping!

Pssstt... kalau sape2 berminat nak beli produk Shaklee, kontek saya cepat2 yer.. ^_^

"SHARING THE GOODNESS"


Thursday 8 May 2014

Anjalkan Asetmu, Rapatkan Mahkotamu

Assalamualaikum semua... Memang lumrah wanita, ingin sentiasa kelihatan cantik menawan. Lebih-lebih lagi bila bersama sang suami. Sebab tu wanita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk kelihatan cantik. Mau x panas hati ni bila berjalan dengan suami mata tetap melirik kepada si gadis berdahi licin, xkesah la tengah pegang anak ke mak budak ke asalkan yang berdahi licin. Jangan salahkan kaum Adam sedangkan memang Allah ciptakan mereka begitu. Lagipun tak lama pun dorang pandang tu sebelum kena kepit ketam bini kat sebelah tu. Biasa la tu kan... Sebab itulah pentingnya penjagaan aset dan mahkota wanita ini.

Suami bersikap dingin pada anda?
Sebagai seorang isteri, janganlah kita memandang enteng isu ini. Tak kisah lar anak dah beratur atau yang baru kahwin. Kita sendiri kena ada inisiatif untuk memperbaiki diri kita sendiri sama ada dari segi fizikal atau rohaniah. Kedua-dua aspek ini penting dalam memastikan keharmonian rumah tangga berpanjangan. Takkan nak tunggu suami tegur baru kita nak berubah? And, orang lelaki nih kalau tegur kadang2 tak berlapis sangat. Straight to the point. Sentap ke lubuk hati! Lagi satu, orang lelaki jarang sangat nak tegur sebenarnya. Tapi bila dia dah tegur tu maksudnya dia dah tak tahan dah la tu. 

Contoh: 

Suami: Yang...bila nak tegang balik macam masa baru kahwin dulu? Kendur jer I tengok....
Isteri: *diam kelu tak berbahasa*
Suami: Sejak bersalin anak pertama dah longgar je I rase...
Isteri: *diam dan pendam saja*

Korang nak ke jadi macam nih?? OMG no no no! Jangan sampai suami korang gunakan alasan2 ni untuk bermain kayu tiga. Haaa... takut kan kalau2 laki kita jadi gitu? Tak mau lar... Kita orang perempuan nih kena la jaga penampilan diri jugak. Tak semestinya masa di luar rumah jer kena jaga.. Yang lebih wajib dijaga adalah ketika bersama suami. Pakai cantik2..lawa2..wangi2... Jangan la berkain batik berbaju t-shirt memanjang jer... Tu yang orang laki mula naik daun. Ehem ehem...


Jangan risau lagi. Set ESP dan alfalfa mampu membantu mengubah keadaan aset dan mahkotamu. Eh? Bukan ke set ESP dan alfalfa adalah set menyusu? Yup, memang betul. Tetapi, set intim ini mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat yang luas. ESP, bukan sahaja mampu memekatkan susu badan bagi ibu-ibu menyusu, malah ESP memberi manfaat dengan menganjalkan payudara anda. Tidak lagi kendur walaupun anda ibu menyusu... Nak tahu ape lagi manfaat ESP? Jom klik sini. Nak tahu lagi pasal ESP? Klik klik di sini

Khasiat alfalfa

Alfalfa pula merupakan Raja segala Tumbuhan di mana terdapat pelbagai khasiat daripada daunnya. Selain daripada menggalakkan penghasilan susu (milkbooster), alfalfa juga bertindak sebagai perapat. Alfalfa ini bertindak seperti jamu moden. Bagi orang2 yang tak lalu nak telan jamu, boleh ambil alfalfa sebagai pengganti. Yang penting, penjagaan intim perlu dititikberatkan. Inilah kunci kebahagiaan rumah tangga (macam iklan pulak dah... hehehe)

Apa tunggu lagi? Hubungi saya segera untuk dapatkan set ini atau mana2 produk shaklee. Konsultasi akan diberikan secara percuma dan COD area BBBangi, Kajang, Nilai dan Putrajaya. 

"SHARING THE GOODNESS"



Wednesday 7 May 2014

Promo May Mealshakes Beli 6 Percuma 1

Assalamualaikum semua... Kita buat short entri jer hari ni yer...tiap kali pun kata nak wat short akhirnya jadi long yang amat. Ade aku kesah? Hehehe... Promosi bulan May adalah Mealshakes yang berperisa French Vanilla beli 6 percuma 1!! Oh my memang sedap flavour nih... lagi sedap dari esp tu taw! Hehehe.. Kita just straight to the point, manfaat kebaikan mealshakes nih dan siapa yang perlukan mealshake ni...


Mealshake perisa French vanilla

Kebaikan & Manfaat Mealshake

1. Nutrisi lengkap - mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat-zat yang diperlukan untuk tumbesaran
2. Membekalkan nutrisi kepada sel-sel tubuh dengan hidangan lengkap asid amino dan nutrisi yang mudah diserap oleh tubuh
3. Ianya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran, soya serta lactalbumin iaitu sejenis susu. Lactalbumin adalah sejenis protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap oleh tubuh oleh semua peringkat usia.
4. Membantu tumbesaran terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar
5. Antioksida - mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium iaitu agen antioksida untuk melawan jangkitan kuman dan melambatkan proses penuaan
6. Baik untuk kesihatan kulit
7. Membantu proses detoksifikasi - mengandungi banyak serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari dalam perut dan usus
8. Mempunyai perisa vanila yang lazat dengan fruktos semulajadi
9. Hanya 120 kalori untuk setiap hidangan - tak perlu risau lagi berat badan anda naik....melainkan anda MEMANG nak naikkan berat badan anda. Hehe


Siapa yang memerlukan Mealshake?

Semua peringkat usia boleh consume mealshake ni seawal bayi berusia satu tahun. Kurang dari setahun sudah tentu susu ibu sahaja sudah mencukupi. Mealshake ini lebih fokus kepada kanak-kanak tetapi golongan dewasa juga boleh consume mealshake ni. Bagi setiap peringkat berbeza sukatan yang perlu diambil dalam sehari.

1. kanak-kanak
  • yang kurang selera makan, dan kurang berat badan
  • kurang fokus dalam pembelajaran
  • sering sembelit
  • ada asma
  • sering selsema
2. golongan ibu-ibu yang hamil dan menyusu
3. golongan dewasa yang ingin tambahkan berat badan

Banana mealshake yang lazat~
Resipi mealshake yang lazat!!
Mealshake boleh dibancuh dengan pelbagai minuman kegemaran anda atau anak anda. Sama juga macam esp. Xkesah korang nak bancuh dengan milo, susu segar or apa2 pun boleh. Antara resipi yang best adalah banana mealshake. Cara-caranya amat mudah, macam baca abc. Hehe... Masukkan beberapa ketul pisang yang telah dipotong2 ke dalam blender. Kemudian tambahkan mealshake 1-2 sudu besar (ikut sesedap rase korang la eh...) and then, masukkan 2 gelas susu segar rendah lemak tinggi kalsium. Rase mealshake yang lazat macam ais krim vanilla memang sesuai digabungkan dengan pisang. Terbaikkk!! ^_^ cubalah hari ini. Boleh juga dicuba dengan buah-buahan segar yang lain seperti strawberi. Pasti anak2 anda pun sukakannya.

Antara Testimonial Pengguna Mealshake:

mealshake menaikkan selera makan anak anda
Mealshake dipercayai oleh ramai ibu bapa yang telah terbukti menambah selera makan anak-anak mereka dan mereka jarang2 jatuh sakit dan dijangkiti selsema, batuk dan demam. 

Sempena promosi bulan mei ini beli 6 canister mealshake PERCUMA 1 lagi canister mealshake. Anda boleh berkongsi pembelian dengan rakan-rakan anda dan lebih jimat. NANTI DULU!!! Dengan pembelian promo mealshake ini dan tambahan 1 botol Omega Guard, anda akan mendapat KEAHLIAN Shaklee secara percuma. Iya percuma saja... Untung kan? Lagi untung bulan depan anda layak menerima CASH bonus daripada Shaklee. Nak lagi? Anda juga boleh membeli kesemua produk Shaklee dengan harga ahli saja. Anda jimat 20% daripada harga retail dengan menjadi ahli Shaklee.

Jom sertai family Jutawan saya dengan mendaftar sebagai ahli bersama saya. Anda ingin berbisnes secara serius? Saya akan tunjukkan jalan dan caranya yang terbukti. Anda cuma perlu yakin boleh dan usaha untuk mencapai impian anda. Hubungi saya segera seperti di bawah:

"SHARING THE GOODNESS"



Monday 5 May 2014

ESP Shaklee: Resipi untuk Kurus

Assalamualaikum semua... alamak lambat plak update blog hari ni. Sebok dok pikior ler tuh...orang perak sgt kan... teringat hujung minggu ni baru tengok cerita zombie kilang biskut arahan mamat khalid. Bagi saya xlar best sangat tapi kira okey lar...boleh la wat gelak2 sikit tu. X macam hantu kak limah la yang boleh buat orang gelak sampai macam nak pecah panggung... hehehe...

Ehh entry ni sebenarnya nak cerita pasal resipi esp. Ishhh melalut plak jadinya. Seperti ramai yang dah tahu, esp boleh dibancuh dengan pelbagai minumam kegemaran yang lain macam milo, horlicks ataupun dengan susu segar. Tapi resipi yang mana satu yang paling TEPAT untuk orang yang sedang berdiet @ nak kurus nih??


Slim with shaklee

RESIPI ESP UNTUK DIET (Tambah juga 1 sudu cinch)


1. ESP + oat + kurma - selain merupakan makanan sunnah iaitu kurma, oat membantu menyerap lemak2 jahat dari dalam tubuh anda. Campurkan sesudu ESP, sesudu oat dan 3-4 biji kurma yang dibuang bijinya dan blend bersama air sejuk. Masukkan beberapa ketul ais untuk lebih sejuk.


Esp bersama susu perisa coklat
2. ESP + susu segar - yang nih seelok-eloknya susu rendah lemak lah..sebab kita nak buang lemak, bukan nak tambah lemak pulak kan? Malah menurut kajian, produk tenusu juga membantu meningkatkan kadar penurunan berat badan. Korang boleh refer kat entri di sini. Kalau bancuh dengan susu segar, saya noticed bila bancuh dgn susu coklat esp susah sikit nak larut, lebih berketul2... so saya lebih prefer bancuh dgn susu low fat plain n susu strawberi. Yummyyy!! Selalunya cara saya bancuh, saya masukkan susu 1/4 shaker, pastu baru tambah esp 1 sudu n terus tambahkan susu lagi dan shake2. Dengan cara ni baru esp tu tak melekat kat dasar shaker tu. Hehehe...


Esp strawberi shake

3. ESP + horlicks - haaa yang ni pun faveret saya la... horlicks sendiri diformulasi dari malt dan barli..tinggi kandungan kalsium dan fiber. Untuk ibu2 menyusu macam saya digalakkan minum esp dgn horlicks ni. Dekat packaging horlicks sendiri dah cakap yang horlicks ni amat bagus untuk breasfeeding mommies. Dah jadi 2 in 1 dah.. heee... cara bancuh plak saya akan masukkan 1 sudu esp dulu then baru masukkan beberapa sudu horlicks (ikut suka korang la..) pastu kacau2 dulu dgn sudu sampai sebati dan masukkan air sejuk @ air suam. Resipi ni buat esp tu lagi senang brketul2 dgn horlicks tu. So nak mudah korang blendkan aje.. heeee...


ESP dan horlicks kombinasi terbaik 

4. ESP + milo - nih pun salah satu resipi esp yang selalu saya buat jugak la. Cara bancuhan sama macam esp dengan horlicks tapi esp lagi senang larut dengan milo compare dgn horlicks. Yang nih memang kenyang lama la... 

5. ESP original - yang nih paling mudah. sangat mudah sampaikan pejam mata pun boleh buat. Tapi konfem la tumpah2 kan? Hehehe... Yang nih memang original tanpa gula tambahan. Elok untuk orang yang tengah diet tu.. 

ESP mempunyai lebih banyak khasiatnya selain diperbuat daripada soya bukan GMO. Kelebihan ESP ini telah terbukti dan hot selling shaklee juga. Nak tahu lebih lanjut kenapa korang kena pilih ESP, baca sini. ^_~ Sebarang tempahan atau pertanyaan, dialu-alukan menghubungi saya:


"SHARING THE GOODNESS"



Thursday 1 May 2014

Segmen untuk blogger baru by Hana Hafis

Assalamualaikum semua..salam Hari Pekerja!! hehe..since hari ni cuti so ada la masa sikit nak berblogwalking and saja2 join segmen ni sebab saya pun blogger baru. Hee... Saje join menambah kenalan dalam dunia blogger nih kan.. ^_^ jom la join ramai2...

Korang bleh join dengan klik kat SINI.

Saya x kata blogger baru as newborn.. saya lagi suka gelar as a rookie! Hikhik...maksud dia sama jer.. :p 

Jom kita support ramai2 yer~~