Assalamualaikum semua...Alhamdulillah Faeezah semakin membesar dengan sihat. Gigi pun bertambah banyak dan makin berat juga. Semakin lenguh la mama nak dukung kamu yer Faeezah.. Setahun empat bulan perjalanan penyusuan susu ibu banyak dugaan dan cabaran yang telah saya tempuhi terutamanya selepas naik kerja. Namun saya bersyukur saya masih berpeluang meneruskan penyusuan ibu in shaa Allah sehingga Faeezah berumur dua tahun. Nak tahu rahsia saya? Teruskan baca sampai habis yer...
- Tekanan Bekerja Dengan Bahan Kimia Berbahaya
Bekerja bersama Bahan Kimia
Skop kerja saya yang memerlukan saya menggunakan bahan-bahan kimia yang merbahaya seperti methanol, acetonitirile dan pelbagai jenis asid. Kiranya yang ni memang wajib hari-hari memang pakai la... Saya takde pilihan lain sebab dah memang ini kerja saya. Ditambah lagi dengan bebanan kerja yang berlambak sejak saya cuti 2 bulan sepanjang tempoh berpantang. Semasa tempoh berpantang memang tiada masalah.
Faizal Selalu Bekerja Outstation
Tetapi naik saja kerja kekangan masa untuk mengepam membuatkan stok susu yang saya simpan semasa tempoh berpantang semakin menyusut. Ini semua membuatkan saya bertambah stress. Bila saya stress, susu badan mula merudum. Tambahan pula Faizal selalu kerja outstation, tinggalkan saya dengan Faeezah yang baru saja beberapa bulan. Bos pula mengharapkan saya untuk kerja lebih masa memandangkan banyak kerja yang tertangguh semasa saya dalam tempoh berpantang.
Makmal tempat kerja saya |
2. Sokongan Dari Keluarga dan Rakan
Ketika kita sedang stress, perkara pertama yang perlu kita sebagai ibu lakukan adalah BERTENANG. Bila kita bertenang, emosi pun mula stabil. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga yang lain terutamanya suami kita sendiri. Alhamdulillah Faizal memang banyak memberikan sokongan dan bantuan sepanjang tempoh penyusuan. Balik kampung pun saya bawa sekali beg pam saya. Dalam kereta semasa dalam perjalanan pun saya mengepam juga. Antara sokongan yang keluarga dan rakan boleh berikan adalah:
- Suami boleh membantu dalam menguruskan kerja-kerja rumah seperti mengemas rumah dan menguruskan pakaian kotor.
- Suami atau ahli keluarga yang lain juga boleh membantu jaga baby sementara ibu berehat atau memasak dan membersihkan diri.
- Suami boleh belikan breast pam yang berkualiti. Bagi ibu berkerjaya memang saya galakkan untuk beli double pump untuk jimatkan masa anda seperti Medela Freestyle. Tapi jenama lain yang bagus pun boleh bergantung pada bajet anda.
- Ahli keluarga boleh memberi ruang supaya ibu lebih selesa untuk menyusukan bayi.
- Rakan-rakan di tempat kerja juga boleh membantu dengan memberi galakan dan ruang kepada ibu untuk mengepam susu
3. Supplemen Penyelamat Perjalanan Penyusuan Susu Ibu
Selain mengamalkan tips membanyakkan susu ibu yang wajib iaitu Demand vs Supply, pam setiap 2-3 jam jika boleh, power pumping dan minum air kosong 3 liter sehari, saya turut mengamalkan petua-petua pemakanan yang lain seperti:
- sayur-sayuran seperti sawi, lobak putih dan brokoli. Ada juga yang kata kekacang seperti kacang panjang juga boleh menambahkan susu badan tapi saya elakkan sebab kacang-kacang ni berangin sikit. Tengok pada keadaan anak anda.
- minuman berasaskan malt seperti milo, oat, horlicks dan kegemaran saya, barli.
- herba atau rempah seperti halba, habbatussauda.
Saya turut mengambil supplemen tambahan daripada Shaklee iaitu Alfalfa Complex dan Energizing Soy Protein (ESP) dalam membantu perjalanan penyusuan susu ibu saya. Terdapat pelbagai khasiat dan fungsi yang baik untuk tubuh daripada supplemen ini. Antaranya:
- Alfalfa Complex : berfungsi sebagai penggalak susu (milkbooster), Alfalfa ini juga berfungsi sebagai perapat dan bertindak sepert kacip fatimah. Merapatkan keintimanmu. Malah, Alfalfa juga berkesan dalam melancarkan proses detoks dan mengurangkan berlakunya sembelit.
- Energizing Soy Protein (ESP) : berfungsi untuk memekatkan susu badan ibu dan bayi anda cepat kenyang. Malah, ESP ini sangat bagus untuk kulit anda lebih gebu dan licin selain dapat memudarkan parut jerawat. Ekstra menganjalkan payudara anda. Dengan pelbagai resepi yang boleh dihasilkan, ESP juga boleh dijadikan masker muka.
Lebih info tentang ESP.
Sekiranya anda ingin mendapatkan tips pemakanan, jadual memgepam semasa bekerja, cara aturan pengambilan vitamin penyusuan ini secara eksklusif dari saya, khas untuk pelanggan saya. Sila hubungi saya seperti di bawah:
Sekiranya anda ingin mendapatkan tips pemakanan, jadual memgepam semasa bekerja, cara aturan pengambilan vitamin penyusuan ini secara eksklusif dari saya, khas untuk pelanggan saya. Sila hubungi saya seperti di bawah:
"SHARING THE GOODNESS" |
0 comments:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)
Arigatou gozaimas, minna-san ^_^