Monday 23 March 2015

Pemergian Seorang Sahabat Hamil 7 Bulan

Assalamualaikum semua.. Saya mohon kepada semua pembaca blog saya untuk sedekahkan surah al-Fatihah untuk sahabat baik saya, Nazatul Fahimah yang telah menghadap Ilahi pagi tadi akibat kemalangan yang berlaku di Shah Alam semalam. Terkejut dengan berita ini, sebab baru saja Jumaat lepas kami berwassap bercerita tentang baby. Oh ye, sahabat saya ni sedang sarat mengandung 7 bulan. Ternyata Allah lebih menyayangi beliau dan anaknya.


Sebenarnya suaminya, Lolow @ nama sebenar Muhammad Dzareen adalah bestfriend saya semasa study di UKM dulu. Kami memang rapat dan selalu keluar bersama-sama. Dari situ saya kenal dengan arwah. Arwah Az merupakan student UIA dahulu jurusan engineering. Saya turut menghadiri majlis perkahwinan mereka pada tahun lalu. Dan dia juga merupakan antara sahabat saya yang mengamalkan produk Shaklee sejak mengandung. Memandangkan kawan saya tu bekerja di Johor, dan arwah di Shah Alam, mereka hanya berjumpa sekali-sekala saja. Buat masa ni bestfriend saya itu tak dapat dihubungi. Mungkin beliau memerlukan masa untuk menerima berita ini. Kenyataan sebenar masih tidak diketahui.


Berita ini juga telah tersiar di laman facebook page Kuala Selangor Official. Kemalangan di Persiaran Mokhtar Dahari, Jln. Batu Arang berlaku malam semalam melibatkan 4 buah kenderaan, dan kenderaan arwah (Nissan Almera) yang paling teruk sekali. Sebak saya menahan sedih melihatkan gambar-gambar keadaan keretanya. Kita yang melihat ini pun sangat sedih apatah lagi mereka yang menanggungnya. Semoga mereka tabah hadapi dugaan yang Allah berikan ini.

Surah al-Fatihah


Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah dan mendoakan arwah tenang di sana bersama anaknya di dalam syurga. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu. 


Buat sahabatku Lolow, semoga kau tabah dan kuat hadapi ujian Allah ini. Aku sentiasa mendoakan kau bro..~ Takziah aku ucapkan kepada seluruh ahli keluarga kau juga. Ternyata Allah lebih menyayangi anak dan isteri kau, walau kau tak sempat bertemu dengan anak kau. In shaa Allah dia menunggu kau di syurga kelak.

Wednesday 11 March 2015

Kerja Tanpa Henti, Menangis Dalam Hati

Assalamualaikum semua.. Ya, baca tajuk pun dah tahu kan saya nak cerita pasal apa.. Tapi bukan nak cerita sangat pun, lebih kepada luahan hati saja. Sabar saja yang mampu ku katakan. Timbunan kerja tak pernah berhenti kan? Dah siap satu datang lagi lima! Wahhh propa sangat kau mak jemah.. Hehehe.. Tapi metafora begitulah workload saya sekarang. Walaupun staff dah bertambah tapi projek produk baru pun banyak juga. R&D semakin berkembang.. yang tak kembangnya cuma pemikiran segelintir mereka saja.

Tapi, saya dah dapat satu berita gembira..amat gembira sampai rasa macam nak menangis. Apa yang penting, mama saya adalah orang yang paling gembira. Dan saya rasa amat bersyukur akhirnya dapat tunaikan harapan mama yang memang menggunung pada saya. Susah juga jadi anak bongsu ni ya... bila dah semua yang atas-atas tak berapa nak ikut, akhirnya yang last ni juga la yang akan mengikut. Rezeki Allah nak bagi..cuma cepat atau lambat saja. Doa seorang ibu tak pernah putus untuk anak-anaknya. Dan saya tahu ini semua atas kesabaran dan doa dari mama juga.


Maaf terpaksa mengundur diri dulu. Boss saya dah masuk ofis. Hehehe.. Assalamualaikum~ ^^

Monday 9 March 2015

Kembali Bersemangat BerBlog

Assalamualaikum semua... Fuhhh fuhhh fuhhhhh!!! Berhabuk dah blog saya ni. Maafkan saya atas ketiadaan yang agak berpanjangan. Sekarang ni kesibukan semakin meruncing. Keadaan kesihatan diri juga tak menentu lagi-lagi sekarang ni musim demam, batuk dan selsema. Tipsnya amalkan minum air masak banyak-banyak yer... Macam saya ni standard botol 2 liter and ulang-alik pergi toilet tu biasa lah..lagi-lagi tengah pregnant ni kan? Heee..

Entri ni cuma nak merawat kerinduan saya terhadap blog saya. In shaa Allah waktu lunch nanti saya blogwalking pula ya.. Ada banyak cerita sebenarnya nak share dengan korang semua tapi saya share mana yang penting saja la kan? Hehehe... Oh ya, sekarang ni tab saya telah 'dirampas' oleh Faizal sebab dia syiokkk main Clash of Clans dengan Jungle Heat dia tu. *pssttt..mesti ramai yang addicted main game ni kan? Makanya saya tak berpeluang nak pegang tab saya di rumah. Nak bukak laptop plak Faeezah akan sibuk nak tekan taip sama-sama. Hahaha... 

Sekarang ni pun gigih saya menggantikan puasa bulan Ramadhan yang lalu. Masih ada 4 hari yang wajib diganti. Semoga tahun ni dapat puasa penuh lagi sama seperti masa mengandungkan Faeezah dulu. Sekarang dah masuk 18 minggu, minggu depan kena pergi check up. Kali ni kena ajak Faizal sekali sebab Faeezah pun nak kena check up sama. Bukan apa, saya nak refer dia kepada doktor sebab dia masih belum dapat bertutur dengan lancar sedangkan dah 2 tahun 2 bulan. Manalah tahu ada masalah lain yang mengganggu dia untuk bertutur. Harap-harap tak ada apa-apa masalah yang serius la..

Okay mari sambung kerja kembali. Break pagi pun dah tamat. Jumpa lagi nanti ye, in shaa Allah~