Monday, 23 March 2015

Pemergian Seorang Sahabat Hamil 7 Bulan

Assalamualaikum semua.. Saya mohon kepada semua pembaca blog saya untuk sedekahkan surah al-Fatihah untuk sahabat baik saya, Nazatul Fahimah yang telah menghadap Ilahi pagi tadi akibat kemalangan yang berlaku di Shah Alam semalam. Terkejut dengan berita ini, sebab baru saja Jumaat lepas kami berwassap bercerita tentang baby. Oh ye, sahabat saya ni sedang sarat mengandung 7 bulan. Ternyata Allah lebih menyayangi beliau dan anaknya.


Sebenarnya suaminya, Lolow @ nama sebenar Muhammad Dzareen adalah bestfriend saya semasa study di UKM dulu. Kami memang rapat dan selalu keluar bersama-sama. Dari situ saya kenal dengan arwah. Arwah Az merupakan student UIA dahulu jurusan engineering. Saya turut menghadiri majlis perkahwinan mereka pada tahun lalu. Dan dia juga merupakan antara sahabat saya yang mengamalkan produk Shaklee sejak mengandung. Memandangkan kawan saya tu bekerja di Johor, dan arwah di Shah Alam, mereka hanya berjumpa sekali-sekala saja. Buat masa ni bestfriend saya itu tak dapat dihubungi. Mungkin beliau memerlukan masa untuk menerima berita ini. Kenyataan sebenar masih tidak diketahui.


Berita ini juga telah tersiar di laman facebook page Kuala Selangor Official. Kemalangan di Persiaran Mokhtar Dahari, Jln. Batu Arang berlaku malam semalam melibatkan 4 buah kenderaan, dan kenderaan arwah (Nissan Almera) yang paling teruk sekali. Sebak saya menahan sedih melihatkan gambar-gambar keadaan keretanya. Kita yang melihat ini pun sangat sedih apatah lagi mereka yang menanggungnya. Semoga mereka tabah hadapi dugaan yang Allah berikan ini.

Surah al-Fatihah


Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah dan mendoakan arwah tenang di sana bersama anaknya di dalam syurga. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu. 


Buat sahabatku Lolow, semoga kau tabah dan kuat hadapi ujian Allah ini. Aku sentiasa mendoakan kau bro..~ Takziah aku ucapkan kepada seluruh ahli keluarga kau juga. Ternyata Allah lebih menyayangi anak dan isteri kau, walau kau tak sempat bertemu dengan anak kau. In shaa Allah dia menunggu kau di syurga kelak.

3 comments:

  1. Al-Fatihah...Allah lebih sayangkan arwah

    Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh

    ReplyDelete
  2. Allahu Rabbi... Al-Fatihah utk arwah

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^