Friday 26 December 2014

Bantuan Mangsa Banjir #PrayForPantaiTimur

Assalamualaikum semua. Keadaan di kebanyakan beberapa buah negeri terutamanya di Pantai Timur semakin teruk banjirnya. Kini beberapa negeri lain seperti Perak dan Selangor turut mengalami kenaikan paras air. Sama-samalah kita membantu mereka sama ada secara harta benda, wang ringgit atau tenaga sekalipun. Selain dari itu, jangan putus berdoa dan mohon pada Allah supaya banjir ini surut dengan cepat. Sesi persekolahan pun dah nak mula. Pasti ambil masa untuk membaiki segala kerosakan yang dialami.


p/s: Saya sendiri sedih dengan apa yang berlaku sekarang. Allah menguji kita. Semoga kita tabah hadapi dugaan yang Allah berikan.

Wednesday 24 December 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Mini Giveaway #1

Assalamualaikum semua. Memandangkan saya ni seorang peminat tegar tudung aidijuma, so haruslah saya join mini GA kali ni yang dianjurkan oleh Sis Syeeda Saniey. Jom join beramai-ramai meriahkan lagi suasana ^^


Nak join klik saja gambar di atas ye~ ^_^

Sunday 21 December 2014

Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2014: Malaysia vs. Thailand

Assalamualaikum semua. Perlawanan ini yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil telah tamat dengan kemenangan berpihak kepada negara Thailand dengan aggregat 4-3 walaupun pasukan Malaysia menyumbat gol 3-2 pada malam td. Ya, bukan rezeki kita. Tapi apa yang penting semangat Harimau Malaya tetap membara, dan corak permainan juga lebih baik berbanding semasa perlawanan di Bangkok tempoh hari.


Saya bukan pakar bola sepak apatah lagi pengulas sukan bertauliah. Tapi sebagai seorang peminat bola sepak saya tahu juga sikit-sikit selok-belok sukan ini. Sejak dari bangku sekolah saya suka menonton perlawanan bola sepak terutamanya EPL. Apa yang boleh saya ringkaskan tentang game malam tadi adalah seperti berikut.

1. Keadaan padang yang tidak sekata - padang Stadium Shah Alam better lagi kot. Kalau dah tahu game besar akan dilangsungkan dekat stadium bukit jalil, apa salahnya laburkan duit untuk menaiktaraf kondisi padang tu. Harap je stadium besar boleh muat sampai 100k penonton konon. Ada je yang dah beli tiket tak dapat nak masuk pun. Baik tengok kat rumah jer lagi jelas nampak bola tu ke mane. Tengok dalam tv pun dah tahu padang tak lawa. FAM dah banyak untung hasil penjualan tiket game malam tadi kan?

2. Etika pemain - yang ni saya tengok pemain Malaysia lagi banyak main kasar dari pemain Thailand. Dorang rileks je main, cool aje. Yang pemain kita ni tackle ke main, tolak ke main... Tahniah kumpul kad kuning banyak-banyak.

3. Skill pemain - yang ni saya nampak part gelecek dan hantaran pemain kita memang fail. Senang beno kena pintas dengan pemain lawan. Perlu diperbaiki lagi skill asas ni. Kata pemain Harimau Malaya hebat-hebat kan....

4. Disiplin pemain - yang ni saya rasa memang bermasalah. Mereka selalu tinggalkan posisi dan tidak 'marking' pemain lawan. Sebab tu selalu pemain lawan cepat je couner attack balik.

5. Cepat berpuas hati - yang ni saya tak pasti adakah memang strategi yang dicadangkan atau memang dorang cepat puas hati. Baru gol lebih satu saja dah terus cepat tukar strategi kepada defensive. Bagi saya mesti dapatkan perbezaan gol yang banyak, sekurang-kurangnya 2 gol bagi mengelakkan pasukan lawan mengejar mata. Macam game final semalam, dah dapat gol 3 biji terus tukar jadi defensive. Defend plak bersepah dengan mudah pasukan lawan dapat gol.

Tetapi ini hanyalah pendapat saya yang tidak bertauliah. Masing-masing ada pendapat tersendiri. Apa yang penting kita masih menyokong pasukan Harimau Malaya untuk terus lebih maju dan lebih improve pada masa depan.

Saturday 20 December 2014

Kereta Auto VS Kereta Manual

Assalamualaikum semua. Semalam saya dah mula bekerja, selepas tragedi kemalangan kereta saya terpaksa di tahan di 'hospital' untuk menerima rawatan lanjut. Masuk ICU juga la. Tadi dah submit dokumen semua untuk claim insurans. Kemungkinan besar akan ambil masa sebulan untuk setelkan insurans tu. Huhuhu.. buat sementara ni pinjam kereta Faizal dulu, yang merupakan kereta Myvi 1st edition manual. Hahaha.. Nasib baik bini dia ni reti lagi bawa manual. Kalau kereta dia saya berani la nak bawak sendiri. Kalau kereta orang lain belum tentu lagi sebab nak kena biasakan dengan timing clutch dia.

Model pertama Myvi

Memandangkan kereta dia pun dah berusia 6 tahun, clutch dia agak keras. Patut la dia selalu mengadu sakit kaki, lenguh tekan clutch. Lagi mengadap jem nak keluar masuk KL hari-hari. Kalau outstation tak terasa sangat. Memang lately dia asyik bangkitkan isu nak beli kereta baru. Mungkinkah itu salah satu faktor kereta saya merajuk? Sebab selalu bincang masa dalam kereta saya. Hehehe... Saya cuma kata terserah pada dia. Yang penting ikut kemampuan diri. Ukur baju di badan sendiri. Saya tak nak la biar papa asal bergaya. Memandangkan keretanya manual, saya tak kisah la kalau dia nak tukar kereta dia. Jenuh juga mendengar keluhannya setiap hari.

Cuma sekarang ni dia masih tak buat keputusan pun. Kejap nak itu kejap nak ini. Kalau nak tolak pun memang tolak kereta dia yang manual ni la. Kalau nak tukar kereta saya dah takde value dah pun. Rugi jer kalau tolak. Lagipun tahun depan dah nak habis bayar dah. Bakal bebas dari hutang. Heee... Kereta dia masih ada nilai tinggi lagi.

KIA Cerato KX 1.6

Sekarang ni dia tengah serabut nak pilih. Sama ada Proton Preve, Perodua Alza, Nissan Almera atau KIA Cerato KX. Actually yang dia minat sangat KIA Cerato la tapi kami tak mampu kot. Hahaha... Nissan Almera cam okay gak cuma design belakang dia memang OUT. Hehehe... So either Preve atau Alza. 

Proton Preve Premium 1.6

Preve katanya high fuel consumption, kuat makan minyak plak. Tapi tengok la body dia pun berat and cc enjin dia besar. Ruang boot letak barang memang aku puas hati. Ruang dalam pun spacious juga. Design body memang lawa la. Spek yang lain okay je. Sekarang pun Proton buat promosi YES rebat RM8000 dan servis 3 tahun percuma. Tapi biasalah, orang kata standard Proton la kan... ada jer problem walaupun kereta baru. Orang Malaysia kan selalu pandang rendah barangan buatan Malaysia ni. Faizal ni selalu gak kondem kereta saya tapi dia gak yang selalu ke hulu ke hilir bawa kereta saya. Saya tade masalah pun dengan Proton. 

Perodua Alza SE 

Perodua Alza plak, well a type of MPV yang quite cool design. Design saya tade masalah. Cuma saya tak minat MPV sebab tade boot. Bukan tade cuma ruang dia kecik sangat kot melainkan lipat seat belakang sekali tu kan? Saya tak pasti fuel consumption Alza macam mana tapi abang ipar saya pakai Alza katanya jimat minyak juga. Entah ler..bila baca review ada yang kata jimat ada yang kata tak pun. Sekarang pun Perodua ada buat rebat RM2500. Harga Alza pun agak okay juga la..masih mampu lagi untuk kami. A family car memang sesuai la.

Bagi saya beli kereta ni sama macam nasib la. Kadang ada yang bertuah keretanya kurang bermasalah, tak kisah la jenama negara atau luar negara. Contoh macam Toyota ada je kes yang kena tarik balik kereta dorang dari pasaran atas sebab tidak menepati piawaian. Kereta dorang pun jenis yang high fuel consumption juga. Tak ada jauh bezanya pun dengan kereta buatan Malaysia pun.

Perasan tak kereta yang diminati mesti ada varian warna merah? Hahaha... sebab saya suka warna MERAH. Heee... Antara ciri kereta yang saya cari mestilah ada ruang boot yang luas, ruang kaki yang luas terutamanya di bahagian penumpang belakang, design yang sporty dan menarik. Fuel consumption saya tak nampak sangat sebab saya cuma guna kereta ulang-alik kerja saja. Semua kereta sama je bagi saya part fuel consumption ni. Bila jalan jauh lagi jimat, bila short distance lagi kuat makan minyak. Lagi-lagi kalau jenis mengharung jem memanjang. Kejap-kejap brek.

Kalau korang adalah pengguna model-model kereta di atas boleh la bagi pendapat kalian ye... nak tahu juga dari segi prospek korang sendiri. Thanks for sharing guys. ^_^

Thursday 18 December 2014

Kemalangan Pertama yang Paling Teruk di Nilai

Assalamualaikum semua...sekarang jam menunjukkan 3.05 pagi. Bukan tak boleh tidur, tapi terjaga sebab Faeezah merengek-rengek. Akhirnya aku beralih dan dia dapat bergolek baru dia diam dan sambung lena. Kejadian petang semalam masih jelas lagi di kotak fikiran ku. Badan masih terasa menggigil. Terkejut masih tidak hilang. Masih diulang tayang. Akhirnya aku melepaskan nafas yang agak berat di hujungnya. Tuhan sedang menguji ku.

Petang semalam, jam 1800 terus thumb print untuk pulang. Bos tiada dah pulang lebih awal. Ada hal gamaknya. Terus saja menuju ke kereta tanpa berlengah. Jarang ku berlengah-lengah untuk pulang. Tambah lagi perjalanan dari Nilai 2 ke Bandar Baru Bangi seksyen 7 rumahku bukannya dekat, hampir 45 minit juga. Tambah lagi Faizal outstation, jadi Faeezah aku la kena jemput dari rumah pengasuh. 

Sudah menjadi rutin, balik kerja mesti telefon Faizal. Usai bercakap tak sampai 3 minit aku teruskan perjalanan pulang ke rumah ikut jalan belakang melalui nilai 3. Jalan yang setiap hari ku lalui. Jalan yang aku dah expert yang memang dah tahu di mana lubangnya. Dah hari-hari lalu jalan yang sama kan? Kadangkala saja ikut highway. 

Perjalanan lancar saja, kereta pun semakin banyak. Lepas melalui satu selekoh, terus jalan lurus saja. Entah kenapa di satu simpang tu, aku dah nampak ada kereta Perodua Kelisa nak keluar simpang tu tapi tak bagi signal pun. Aku tak kisah sangat sebab aku boleh nampak dia. Tapi yang peliknya dia tetap keluar dari simpang tu sedangkan aku sedang laju terus di jalan utama tersebut. Aku hanya sempat brek mengejut dan membunyikan hon sekuat mungkin tetapi tak sempat mengelak sebab aku sendiri berada di lorong kanan. BAMMMM!!! Bunyi hentaman memang kuat sampai dengar ke dalam kilang sebelah jalan utama tu.

Keadaan keretaku selepas kemalangan

Kalau aku mengelak ke kanan bertembung pula dengan kereta yang melawan arus dengan ku. Kalau pusing ke kiri mungkin driver kereta tu lagi parah kot. Tambah lagi di atas faktor jalan raya berpasir dan berbatu membuatkan brek emergency ku tak sempat menghentikan kereta ku dari bertembung dengan keretanya. 

Bila dah accident tu pandai-pandailah kita nak ketepi sendirikan. Aku siap parking tepi jalan and tunggu dia ketepi juga. Boleh pula dia terkial-kial kat tengah jalan tu nak reverse nak pusing la..kau pusing stereng tu terus ke tepi terus kan senang? Nak kena langgar dengan lori yang lagi laju dari aku gamaknya dia ni. Situ kawasan kilang, memang banyak lori dan bas. Lama juga aku tunggu. Dekat 5 minit kot. Masa tu dah call Faizal bagitahu yang aku dah accident. Dia tengah buat kerja so suara dia macam tak fokus sangat.

Kereta yang bertembung dengan keretaku

Bila kereta kelisa tu dah siap ketepi, aku terus jumpa driver dia. Lelaki Cina. Perwatakan nerd. Aku terus hentam dia. Aku tanya kenapa you tak berhenti dekat simpang? Main keluar macam tu saja? Boleh plak dia kata tak nampak kereta aku. A,hello. Tak cukup ke power spek tu? Aku pun pakai spek mata la.. Lepas tu dia cakap kenapa you tak brek? You dah nampak i kat simpang you should brek. Ehhh??? I kat jalan besar kot..jalan utama so jalan I la..why should I yang brek? In fact, memang I yang brek mengejut and siap hon you tapi you yang terus keluar. Balas aku. Tapi kami cakap macam biasa saja. Aku cakap dengan nada yang tegas. Jangan ingat aku seorang perempuan drive seorang diri nak ambil kesempatan plak. Tapi dia pun tak banyak cakap, tak melawan sangat pun.

Aku rasa kalau aku tak brek mengejut tu mam*** juga driver kelisa ni kena hentam dengan kereta aku. Masa tu aku dah malas nak layan dia. Yang Faizal plak asyik keep calling tanya macam-macam. Dah la ni 1st time aku accident, dia pun 1st time juga. Ada juga la yang berhenti tepi tengok-tengok juga. Semua pun cakap salah driver kelisa tu. Aku cuma cakap senang, kita balai itu cerita. Kena buat report gak sebab nak claim insurans. Aku awal-awal dah cakap dengan dia, guna insurance dia untuk repair kereta aku. Pedulik hape aku... Dah la kereta kelisa tu atas nama abang dia. Ade aku kesah? Yang kereta aku ni hasil titik peluh aku sendiri sejak kerja tahun 2010 okehh...tahun depan dah nak habis bayar dah pun.

Since Faizal takde, so aku call kawan baik aku. Nasib baik dekat je dengan rumah dia and dia pun dah balik kerja. Aku call dia pun sebab tunang dia pun duduk area tu jugak. And Faizal pun kenal dorang so senang sikit. Kena ada orang lelaki juga handle benda macam ni. Nak call budak lab macam malas aje nak libatkan dorang. Dalam pada tu, dah decide untuk buat report kat balai semua. Kereta aku kena tarik masuk bengkel, tak boleh jalan dah sebab radiator dah pecah. 

Stresssss!!! Dah la banyak duit nak pakai bulan ni. Renovation rumah lagi... memang la claim insurans tapi stress la!! Nak pegi kerja camne nih kereta dah kena masuk bengkel? Ahhh sudah... Faizal kerja kat KL, berlawan arah dengan aku. Satu hal plak nak fikir pasal hal ni. Huhu... Dah la takde sape yang ulang-alik dari Bangi ke Nilai macam aku. 

Nasib baik ada juga kawan-kawan yang tolong ada sama kat situ. Dah pukul 7 lebih tu aku cakap aku pergi buat report kat balai dulu. Yang driver kelisa tu tunggu kakak dia datang dulu katanya. So tape la. Aku pergi dulu, kalau tunggu dia tak tahu la pukul berapa nak selesai. Balai polis Nilai ni kecik je, dengan ruang parking tak berapa nak ada. Yang lagi buat tambah stress, kena fotostat IC dengan lesen sendiri. Dorang tade mesin fotostat. Apakah??? Kesiannn... Jenuh aku mencari kedai yang ada mesin fotostat, dah la kedai banyak yang dah tutup. Kalau nak buat report tengah malam acane tu? Aiyoooo~~

Selesai juga sesi interview untuk buat report tu. Malas nak cerita panjang. Jalan cerita sama je macam kat atas ni. Encik polis pun angguk-angguk je aku cerita. Lepas tu dia kata jangan risau, orang ni takkan terlepas. Salah dia la keluar simpang tak tengok kiri kanan dulu. Aku angguk saja dengar. Tak kisah yang penting aku nak claim insurans dia jugak. Tak kira! Aku cari sampai dapat gak nanti kalau dia tak nak bayar. 

Balik tu kawan aku hantar sampai ke rumah. Terima kasih beb. Nasib baik dia ada. Balik tu terus pegi amik Faeezah. Dah call awal-awal kata ambil lambat. Bercerita kejap plak dekat depan pintu. Haha... Kesian Faeezah.... Tak terdaya rasanya aku malam ni. Nak melayan dia lagi...dengan pening lagi. Nasib baik Faizal balik hari ni. Boleh la pegi tengok kereta kat bengkel terus and pegi klinik. Takde luka apa pun cuma emosi saja terganggu sekarang. Nasib baik hari-hari memang ambil B-Complex. Huhuhu...

Pengajaran juga buat aku dan dia. Mungkin lepas ni aku balik ikut highway saja senang. Sabar sajalah. Mau sebulan gak kereta kena tahan dalam bengkel ni. Huuuu~~~ 

Wednesday 17 December 2014

WW:There is Rainbow Around the Corner


Orang selalu kata, setiap apa yang berlaku pasti ada HIKMAH. 

Di sebalik kesedihan, pasti ada KEGEMBIRAAN.

Di sebalik kegagalan, pasti ada KEJAYAAN.

Di sebalik kekecewaan, pasti ada KEKUATAN.

Menghadapi minggu kesedihan, diganti dengan berita GEMBIRA~

Syukur Alhamdulillah ya Allah ^_^

Tuesday 16 December 2014

Yang HIDUP Pasti Akan MATI

Assalamualaikum semua. Maaf lama pula menyepi. Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita sepupu saya, Zainon Bt Daud meninggal dunia akibat kanser payudara pada hari Isnin yang lalu. Kemudian, pada hari Rabu disusuli pula dengan nenek saya, Nengah Binti Yon kembali ke rahmatullah pada usia 94 tahun (berdasarkan pada IC). Usia sebenar mungkin hampir 100 tahun. Jadi sepanjang minggu lepas saya berada di kampung dan lebih tertumpu pada keluarga saya.

Kebetulan nenek saya berada di Ipoh, di bawah jagaan mama saya. Dikatakan nenek saya sudah menunjukkan tanda-tanda yang beliau akan 'pergi' tidak lama lagi. Kakak ipar saya kata nenek dah mula tunjukkan tanda sejak dari rumah pakcik saya. Semasa mama saya pergi haji sebelum ni pakcik saya yang jaga nenek. Allah akan memberikan tanda pada orang yang akan meninggal dunia akan menunjukkan tanda seawal 100 hari, cuma ada yang perasan atau tidak saja.


Tanda-tanda Orang yang Nak Meninggal Dunia

  • 100 hari menjelang ajal - Selepas waktu Asar, kita merasa menggigil dari hujung rambut hingga hujung kaki, getaran yang sangat kuat, lain dari biasa. Bagi yang menyedarinya akan terasa indah di hati, namun yang tidak sedar, tiada pengaruh apa-apa.
  • 60 hari - pusat rasa bergerak-gerak.
  • 40 hari - Selepas Asar, jantung berdenyut-denyut. Daun yang dituliskan nama kita di Loh Mahfuz akan gugur. Malaikat maut akan mengambil daun kita dan mulai mengikuti perjalanan kita sepanjang hari.
  • 7 hari - Akan diuji dengan sakit. Orang sakit biasanya tidak selera makan. Tapi dengan sakit ini tiba-tiba menjadi berselera meminta makanan itu ini.
  • 3 hari - terasa denyutan di tengah dahi. Jika tanda ini dirasa, maka berpuasalah kita, agar perut kita tidak banyak najis dan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.
  • 2 hari - seluruh dahi rasa bergerak-gerak
  • 1 hari sebelum kematian - di waktu Asar, kita merasa denyutan ubun-ubun, menandakan kita tidak sempat menemui Asar esok harinya. Bagi yang khusnul khotimah akan merasa sejuk di bahagian pusar, kemudian ke pinggang bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Saat-saat Malaikat Maut Mencabut Nyawa

Rasullullah S.A.W bersabda :
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." 

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. 

* Peringatan untuk diri saya dan kita semua. ^^
** Mohon pembaca blog saya dapat sedekahkan surah al-Fatihah pada arwah sepupu saya dan nenek saya. Semoga Allah merahmati kalian. 


Monday 15 December 2014

9 Petua Menghilangkan Kahak Secara Semulajadi

Assalamualaikum semua. Sekarang cuaca tak menentu. Kejap panas kejap hujan. Tapi sebelah pantai timur dah sampai banjir jadinya. Huhu..bumi sudah makin tua. Manusia juga yang banyak melakukan  kerosakan pada bumi ni. Macam-macam penyakit pulak yang timbul sekarang ni. Tapi paling common batuk, selsema pakej sekali dengan kahak. Ini yang paling tak tahan. Kalau orang dewasa macam kita pun tak tahan apa tah lagi kalau baby kan... huuuu~~

Petua Menghilangkan Batuk Berkahak


Menyedut stim untuk melonggarkan kahak
  • Stim @ Wap panas - Yang ni adalah cara yang paling mudah dan berkesan. Cuma gunakan air dan halakan wap atau stim ke muka anda atau baby anda. *CAUTION: Stim adalah amat panas. Lapiskan kain napkin yang nipis untuk pastikan stim tidak terus menghala ke muka anda atau baby anda. Sambil tu tepuk-tepuk belakang baby dengan perlahan dengan tujuan nak longgarkan kahak dan lebih mudah disingkirkan melalui najis baby.
Madu antara makanan sunnah Nabi
  • Madu - Madu adalah makanan sunnah yang bersifat antioksidan yang kuat dan anti-inflamasi. Bancuhkan sedikit madu bersama air suam dan minum setiap hari sehingga kahak anda hilang. Ianya membantu merawat tekak anda yang sedang perit dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak.

Berkumur dengan air garam
  • Larutan air garam - kaedah yang amat mudah. Bancuhkan sesudu kecil garam masakan yang ada kat dapur korang dengan air suam. Kumurkan dan pastikan anda kumur juga pada tekak anda seperti di dalam gambar di bawah. Ulang semula sehingga air garam anda habis. Lakukan setiap hari dan saya pasti tekak anda akan lebih baik. Larutan garam membantu membunuh kuman penyebab batuk dan sakit tekak anda.
Jus nenas segar
  • Nenas - buah nenas mengandungi sejenis enzim proteolitik yang dipanggil bromelain. Bromelain membantu sistem pencernaan dan juga mencairkan darah. Kajian menunjukkan pengambilan makanan mengandungi bromelain seperti nenas membantu mengurangkan kahak. Minum 2 gelas jus nenas segar sehari selama dua hingga tiga minggu.
Cili cayenne
  • Makanan bercili - Makanan pedas bertindak sebagai natural decongestant, bermakna melegakan tekak anda di mana ia membantu menguraikan kahak yang terkumpul di belakang tekak anda. Contoh seperti cili cayenne membantu mengurangkan kahak yang menghalang di belakang tekak. Selain itu makanan pedas juga meningkatkan aliran darah dan oksigen pada tekak. Ini juga membantu mengurangkan kahak pekat di tekak anda.
Kunyit pasti ada di dalam setiap dapur rumah
  • Kunyit - Serbuk kunyit terkenal dengan sifat anti-inflamasi di mana ia membantu mengurangkan kebengkakan membran mukus. Ini amat membantu dalam pembentukan kahak. Serbuk kunyit juga membantu meningkatkan fungsi pundi hempedu. Kajian menunjukkan fungsi pundi hempedu yang dipertingkatkan dapat mengurangkan penghasilan kahak yang pekat. Larutkan 1/2 sudu teh serbuk kunyit di dalam segelas air suam. Hirup perlahan-lahan bagi membenarkan ia mengurangkan kahak yang terkumpul.

  • Teh bunga Chamomile - Teh chamomile membantu melegakan tekak yang luka akibat inflamasi yang boleh menjadi punca terjadinya kahak. Minuman ini juga boleh meredakan membran mukosa yang perit. Caranya mudah saja. Masukkan 1-2 sudu teh bunga chamomile kering ke dalam air panas. Rendamkan bunga tersebut selama 5 minit. Tapiskan dan masukkan ke dalam cawan teh yang comel ^^. Minum dengan perlahan-lahan dan biarkan ia meresap ke dalam tekak anda. 
Bawang putih tinggi kandungan sulfur
  • Bawang putih - Makan beberapa ulas bawang putih mentah terbukti membantu merawat kahak pada tekak. Kandungan sulfur di dalam bawang putih membantu melonggarkan kahak yang pekat. Sifat semulajadinya membantu mengeluarkan kahak yang berlebihan dari dalam tekak. Mereka yang mengalami kahak yang banyak boleh kunyah 2-3 ruas bawang putih mentah semasa perut kosong (mampu ke?? =_='')
Ambil air kosong banyak
  • Minum air kosong banyak - Pastikan pengambilan air kosong 6-8 gelas sehari membantu mengurangkan pembentukan kahak. Air juga membantu menyingkirkan kahak yang berlebihan yang terkumpul di belakang tekak. Sebaiknya, minum 2 liter air suam untuk clearkan kahak.
Selamat mencuba ye semua~ ^^

Monday 8 December 2014

Adab Menziarahi Jenazah

Assalamualaikum semua..selamat hari Isnin. Ada yang Monday blues ke? Hehe.. pagi-pagi tadi saya dah dikejutkan dengan perkhabaran wife sepupu saya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 pagi tadi. Innalillah... Sama-sama kita sedekahkan surah al-Fatihah untuk arwah. Walaupun tak rapat sangat tapi kita tetap satu keluarga. Jadi, saya nak share antara adab ketika kita menziarah orang meninggal dunia.

Sedekah surah Al-Fatihah untuk jenazah


Adab-adab Menziarah Orang yang Meninggal Dunia


  1. Pejamkan mata si mati dan mendoakannya. Menurut Ummu Salamah, baginda S.A.W melawat Abu Salamah yang menghembuskan nafas terakhir dan kedua-dua matanya terbeliak. Baginda memejamkan mata Abu Salamah dan bersabda, " Apabila roh telah direnggut matanya perlu dipejamkan." (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Baihaqi)
  2. Menutup seluruh tubuh jenazah dengan kain. Menurut Aisyah R.A. ketika Baginda S.A.W wafat seluruh jasadnya ditutup dengan kain lurih buatan negeri Yaman. ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  3. Berdiri dan tidak duduk bagi menghormati jenazah. Sabda Baginda S.A.W, "Jika antara kalian melihat jenazah, maka berdirilah saat melihatnya hingga usungan jenazah itu berlalu, demikianlah sekiranya ia tidak ikut, (menghantar jenazah tersebut). (Hadis riwayat Muslim)
  4. Mensolatkan dan menghantarnya ke kubur. Daripada Abu Hurairah R.A bersabda Baginda S.A.W, "Barangsiapa yang mensolatkan jenazah maka baginya satu qiraat pahala dan siapa yang menghantar jenazah sehingga ke liang kubur mendapat dua qiraat pahala." Saya bertanya, "Wahai Baginda Seperti apakah dua qiraat itu?" Jawab Baginda, "seperti dua Gunung Uhud".
  5. Dilarang mencaci maki jenazah. Dari Aisyah R.A, Baginda S.A.W bersabda, "Janganlah kamu semua mencaci maki orang yang telah meninggal dunia, sebabnya sesungguhnya mereka telah sampai atau memenuhi apa yang mereka kerjakan, yakni sewaktu hidupnya di dunia. (Hadis riwayat Bukhari)
  6. Dilarang bercakap yang sia-sia atau lagho dan kurangkan berbual sebaliknya mengambil iktibar mereka yang masih hidup pasti akan mati. 
  7. Sama sekali dilarang bercakap buruk atau membuka aib si mati, apatah lagi mengumpat.
  8. Menghiburkan keluarga si mati dengan menganjurkan supaya mereka bersabar terhadap takdir Allah dan mengharapkan pahala dari-Nya. Ini juga merupakan antara sunnah Nabi. Baginda S.A.W bersabda, "Tetapi ada seorang mukmin yang memberikan tazkiyah (kegembiraan) kepada saudaranya dalam satu musibah, kecuali Allah akan memberikan kepadanya pakaian kehormat pada hari kiamat. (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Diharap selepas ini kita semua akan lebih kesedaran tentang adab-adab melawat si mati terutamanya kurangkan gelak ketawa dan lebihkan mendoakan jenazah. Ringankan beban keluarga si mati dengan membantu menyediakan makanan serta minuman kepada hadirin.

Saturday 6 December 2014

Segmen: Zaman Persekolahan

Assalamualaikum semua. First time join segmen yang memerlukan saya mengambil masa yang agak lama. Sebabnya ramai sangat sponsor~!! Hehehe.. Nak like page FB lagi, nak follow blog sponsor lagi.. kena lar jenguk satu-satu jugak kan? Heee~ *sebagai tanda sokongan saya pada cik Balqis saya join jugak taw segmen ni. Tak sempat nak join jadi sponsor jadi peserta segmen pun okay what? Hehehe...



Dah nama pun segmen zaman persekolahan, maka kena la bercerita pasal zaman sekolah dulu-dulu kan? Syarat dia kita kena pilih salah satu karakter dalam gambar kat bawah, kita yang dulu masa zaman sekolah kategori pelajar yang macam mane? Heee segan jer nak cerita sebenarnya kan??


Kalau nak kata saya pun tak tahu nak pilih nombor berapa. Tapi saya rasa nombor 9 kot yang paling hampir dengan saya. Kenapa ye? Hmmm sebab dulu zaman sekolah menengah dalam kelas ada geng masing-masing, berpuak-puak juga tapi masih bergaul sesama sendiri. Biasa la dalam satu kelas mesti ada kategori yang pelik-pelik macam dalam gambar atas ni kan? Saya dulu suka duduk belakang sekali, senang nak bergosip. Selalu bergosip dengan budak sebelah la kan? Hehehe...Selalu gosip pun pasal geng-geng budak lain jer tapi kitorang tak masuk campur sangat urusan dorang. Geng kitorang ni tak la baik sangat, tak la nakal sangat...kadang-kadang tu skip juga kelas prep petang atau malam..Hehehe.. tapi tidaklah sampai kena tertangkap oleh cikgu. Hehehe... Dah nama pun sekolah berasrama, yang ada pun kawan-kawan je la yang paling rapat dengan kita. Tapi yang paling best dengan geng kitorang ni, kitorang semua otaku~!! Otaku ni kipas susah mati anime, manga dan seangkatan dengannya. Kitorang siap bagi gelaran kat geng lain berdasarkan watak anime..senang sikit nak bergosip! Hahaha... 

Sekarang masing-masing dah besar, dah berkerjaya, dah berkeluarga... bila teringat balik zaman sekolah dulu memang terasa sangat naif sangat..lurus bendul jer.. Hikhikhik... 

Okay lar..setakat tu saja. Jom kita join ramai-ramai segmen dari cik Balqis kita ni ^_^

Vitamin C Plus Sustained Release

Assalamualaikum semua. Hari ni tersangat gembira. Ya, permulaan hari yang baik. Semoga bulan ini merupakan bulan bertuah untuk saya. Aminnn~ Seperti tajuk di atas, promosi bulan Disember ni adalah Vitamin C Sustained Release dan juga Vitamin E Complex. Tapi saya nak share cerita pasal vitamin C ni dulu la ehh... Ianya merupakan antara vitamin kegemaran saya. Vitamin C yang terbaik dan terhangat di pasaran. Paling laris katakan macam pisang goreng cheese!! Kenapa saya kata yang terbaik? Jom kita tengok kandungan dan kelebihan vitamin C Shaklee ini.


Vitamin C Sustained Release Shaklee
Tahukah anda?
Vitamin C merupakan vitamin larut air dan mudah termusnah akibat proses oksidasi. Vitamin C tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh dan kita memerlukan vitamin C daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Persoalannya, berapa kerap kita makan sayuran dan buah-buahan dalam masa satu hari? Yang lebih penting, vitamin mudah musnah akibat sayuran yang perlu dimasak terlebih dahulu. 

Kandungan Vitamin C Sustained Release

  1. mengandungi 100% askorbik asid semulajadi 553.0 mg dalam satu tablet bersamaan dengan 7 setengah biji buah oren. Korang boleh makan buah oren banyak tu ke? Sebiji sehari pun belum tentu kan? Hehehe
  2. diformulasi bersama 120.0 mg bioflavonoid - bioflavonoid yang diesktrak daripada buah-buahan sitrus. Fungsi bioflavonoid juga meningkatkan penyerapan vitamin C oleh tubuh. Bioflavonoid juga membantu kesan antibakteria secara terus.
  3. Mekanisme sustained release atau lebih dikenali sebagai time-release (terms pharmacology) - Vitamin C akan dibebaskan secara perlahan-lahan di dalam tubuh kita selama 5 jam. Ini bagi memastikan kadar vitamin C tersebut sentiasa berada di dalam salur darah kita dan akan diserap perlahan-lahan setiap kali ianya dibebaskan. 

Dos Harian Vitamin C yang Dicadangkan oleh FDA

  • Lelaki > 18 tahun : 90 mg
  • Wanita > 18 tahun: 75 mg
  • Wanita hamil > 18 tahun: 120 mg
  • Bayi (0-12 bulan): mengikut jumlah vitamin C di dalam susu ibu
  • Kanak-kanak (1-3 tahun): 15 mg
  • Kanak-kanak (4-8 tahun): 25 mg
  • Remaja lelaki (14-18 tahun): 75 mg
  • Remaja perempuan (14-18 tahun): 65 mg
Sesetengah kes seperti perokok perlu ditingkatkan pengambilan dos harian Vitamin C mereka lebih 35 mg berbanding mereka yang tidak merokok. Hal ini kerana rokok mengandungi bahan beracun dan toksin yang boleh membunuh sel. 

Dos Maksimum Harian Vitamin C yang Dibenarkan

  1. Dewasa (>18 tahun): TIDAK melebihi 2,000 mg sehari (termasuk ibu hamil dan ibu menyusu)
  2. Kanak-kanak (1-3 tahun): 400 mg sehari
  3. Kanak-kanak (4-8 tahun): 650 mg sehari
  4. Kanak-kanak (9-13 tahun): 1,200 mg sehari
  5. Remaja : 1,800 mg sehari

Kelebihan Pengambilan Vitamin C untuk Kesihatan

  1. Selsema (common cold) - pengambilan vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh kita. Vitamin C tidak terbukti menyembuhkan selsema tetapi ia berupaya membantu memendekkan tempoh selsema tersebut.
vitamin-c-selsema
Selsema mudah terjangkit
  1. Tekanan darah - tekanan darah tinggi merupakan antara faktor risiko penyakit jantung dan strok. Saintis di Universiti John Hopkins telah membuktikan pengambilan supplemen Vitamin C (secara purata 500mg sehari) boleh membantu menurunkan paras tekanan darah.
  2. Nafas berbunyi selepas bersenam ('wheezing') - 1 daripada 10 orang mengalami batuk, nafas berbunyi dan semput selepas bersenam (exercise-induced bronchoconstriction). Ulasan terkini daripada penemuan Universiti Helsinki bahawa pengambilan vitamin C membantu mengurangkan simptom nafas berbunyi ini.
  3. Penuaan pada kulit - Vitamin C memberi kesan pada sel di dalam dan juga luar tubuh. Sebuah kajian telah diterbitkan di dalam American Journal of Clinical Nutrition mengkaji hubungan di antara pengambilan nutrisi dan penuaan pada 4,025 wanita berusia 40 hingga 74 tahun. Pengambilan Vitamin C yang tinggi dikaitkan dengan risiko rendah mendapat kedutan, kulit kering serta complexion kulit yang lebih baik.
  4. Gout - Kajian menunjukkan vitamin C membantu merendahkan risiko mendapat gout. Mereka yang mengambil suplemen vitamin C di antara 1,000 mg hingga 1,499 mg sehari menunjukkan penurunan risiko gout sebanyak 31% berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen.
  5. Jangkitan salur kencing - Suplemen vitamin C 100mg sehari mampu mengurangkan risiko jangkitan salur kencing pada ibu mengandung. Vitamin C menghentikan pertumbuhan sesetengah bakteria dengan menjadikannya lebih berasid. 
Jadi korang semua jangan lepaskan peluang untuk dapatkan vitamin C Shaklee ni dengan harga jatuh terduduk!! Hanya bulan ni jer taw..bulan Disember sahaja!! dan sehingga stok masih ada. Vitamin C Sustained Relese ni HOT sangat sampai selalu cepat habis stok~!!! Harga retail adalah RM92.50 sebotol. Sebotol tahan sehingga 6 bulan bergantung pada pengambilan anda. Jangan lepaskan peluang ini~!!! 

Nak dapatkan harga SUPER JIMAT? SMS, whatsapp saya 0175598332 segera!!

Wednesday 3 December 2014

Anak Dara Tidur Lasak

Assalamualaikum semua. Saya tak tahulah anak orang lain macam mana tapi ini kes anak dara saya, Faeezah. 5hb ni genap dah setahun sebelas bulan. Alhamdulillah perkembangan dia semakin hari semakin memberangsangkan. Walaupun belum lagi dapat bertutur dengan jelas, masih lagi dengan bahasa Jerman dia tapi dia boleh faham arahan kita. Bagi saya okay la tu. Gigi pun dah nak penuh. Kalau kena gigit tu memang pasrah saja la...lagi-lagi masa menyusu tu. Huuhuu...

Gaya Faeezah tidur

Cuma kadang-kadang tu nakal dan aktif sangat. Mama dia yang letih mengejar. Baru seorang jer nih..anak dara pula tu. Kalau anak lelaki lagi aktif kot. Tapi tape lah, biar aktif dan sihat selalu kan? Alhamdulillah sejak konsisten bagi dia makan set cerdas anak yang ada Mealshake, Omega Guard dengan Vitamin C Chewable dah banyak perubahan positif dekat Faeezah. 

Macam-macam kan gaya tidur baby....comel je~ Kami tak boleh tidur atas katil, risau sangat kalau dia terjatuh. Kalau dah gaya tidur dia begini, nampak gayanya memang lama la katil tu tak diguna. Hahaha.. Faeezah ni plak kalau tak dapat bergolek memang dia mengamuk. Dari hujung tilam sana ke hujung sini dia punya tempat. Kitorang ni mengalah aje lar... Hehehe


set anak shaklee
Gaya Tidur Baby


Jadi, gaya tidur anak korang macam mana? 

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia

Assalamualaikum semua. Lazada Malaysia akan mengadakan jualan hebat pada 12 Disember 2014 akan datang kerana dijangka akan ada ONLINE REVOLUTION SALE selama 1 hari dengan pelbagai tawaran menarik.

Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.



Apa yang boleh dibeli di Lazada jika anda diberi RM1212? 

Huihhh banyak benda boleh beli. Saya memang suka shopping and window shopping cuci mata dekat Lazada ni. Sebelum ni pun dah beli handphone Blackberry Z10 saya dari Lazada juga. Heeee~ Servis Lazada memang daebak!! ^_^ 

Benda pertama yang saya nak beli adalah Robotic Vacuum Cleaner. Ini adalah barang idaman saya. Dah simpan hasrat lama dah nak beli vacuum cleaner robot ni. Sebab apa? Sebab rumah saya amatlah cepat berhabuk. Biasalah, rumah atas kayangan kan? Angin menderu-deru masuk bawa sekali dengan habuk dari luar. Tambah lagi rumah ada anak kecil ni, kenalah selalu dibersihkan. Kalau ada vacuum cleaner ni lebih mudah dan cepat kerja saya. Balik dari kerja boleh terus memasak and robot ni akan lakukan kerja dia sendiri. Syiok kan? Hehehe...

iROVA Robotic Vacuum Cleaner M-H488


Jenama iROVA adalah pilihan saya kerana harganya yang berpatutan sesuai dengan kualiti produknya. Selain itu, barang ganti (spare part) dan servis khimat pelanggan iROVA lebih mudah dijumpai dan dihubungi. Harganya adalah RM599 sahaja!! So, ada lagi balance RM613.

Barang kedua pula, Elba Convection Oven~!! Yang menariknya barang ni adalah 6 dalam 1. Semua pun boleh. Kukus, bakar, grill semua boleh. Dah mengidam barang ni sejak nampak iklan dalam channel GO Shop kat Astro channel 118. Haaa nampak tak terpengaruhnya saya dengan iklan TV? Hehehe... Memandangkan saya tak mempunyai oven, kalau dapat oven macam ni mesti seronok kan? Boleh masak dengan lebih sihat tanpa guna minyak yang banyak, boleh buat kek, boleh mengukus. Ditambah lagi mempunyai ciri-ciri keselamatan dan jimat tenaga! >_<

Elba Convection Oven ECO-B1214
Jenama Elba pilihan saya kerana ianya merupakan jenama terkenal sejak dulu lagi untuk barangan elektronik. Harga yang berpatutan sesuai dengan kualiti. Di rumah saja memang banyak barangan produk Elba seperti seterika, pemanas air dan juga pembakar roti. Harganya cuma RM189 sahaja!!! Masih ada lagi baki RM424.

Barangan ketiga pula adalah kipas siling~!! Haha kenapa kipas siling? Sebabnya, bulan ni saya dalam proses nak renovate rumah. Jadi, memang memerlukan kipas baru untuk diletakkan di ruang tamu. Hehe kalau dapat hadiah ni memang best la~!! 



Dengan mempunyai 5 bilah kipas, angin yang terhasil juga lebih jauh dapat rasa. Sepoi-sepoi gitu. Heee... Tambah lagi dapat jaminan 3 tahun dan ada alat kawalan jauh. Harga untuk 2 set kipas ni cuma RM339 saja!! Masih ada baki RM85 lagi. 

Barangan keempat pula adalah termometer~!! Kenapa termometer? ALkisahnya dulu dah ada termometer tapi yang biasa punya je la.. tapi dah rosak sebab Faeezah patahkan. Hahaha ^_^' Jadi, sekarang saya perlukan termometer baru. Kalau Faeezah demam atau kami sendiri yang demam boleh periksa suhu badan sendiri. 



Termometer yang ni adalah jenis portable, mudah nak di bawa ke mana-mana dan senang digunakan sebab ianya jenis infrared. Jadi dapat sukat suhu dengan lebih tepat. Yang ni dapat beli 1 percuma 1 pacifier baby yang boleh sukat suhu juga. Haaa lagi senang kan? Tape..boleh guna untuk adik Faeezah nanti. Heeee~ Harganya pun berpatutan, cuma RM69.90. Duit yang berbaki hanya tinggal RM15.10. 

Haaaa cukuplah setakat tu saja. Baki lagi RM15.10 tu tak tahu dah nak beli apa lagi. Hehehe... Kalau ada rezeki menang ni seronok kan? Hehe in shaa Allah~ mudah-mudahan ada rezeki kami.. Ngeeee~ :D

P/S: Oh ye..contest ni valid jika ada penyertaan melebihi 20 orang..so yang lain-lain jom la join sekali ye~!! Tak rugi pun korang cuba.. ^^ Nak join klik je gambar Lazada wishlist kat atas skali tu ehh ...

Tuesday 2 December 2014

Quote of the Day:Sabar


Assalamualaikum. Ini adalah rentetan daripada kes meroyan saya hari tu. Syukur saya masih mampu bersabar walaupun emo juga di sini. Akhirnya dia mengakui kebenaran kata-kata dan pendapat saya tempoh hari. Berkat kesabaran saya juga^_^

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.


Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

    Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.


    Kredit untuk Kak Mialiana

    Monday 1 December 2014

    Ubat Sakit Sendi Berkesan dan Terbaik di Pasaran

    Assalamualaikum semua. Sebelum ni saya banyak cerita yang mama saya consume AJHT untuk membantu mengelakkan berlakunya sakit sendi terutamanya lutut yang dialami secara tiba-tiba. Mama saya kategori yang jarang-jarang sakit juga la. Bila sekali mama dah kena 'serangan' sakit lutut terus saya suruh mama makan AJHT ni. Alhamdulillah lepas mama rajin ambil AJHT setiap hari tiada lagi serangan sakit lutut. Sekurang-kurangnya AJHT membantu MENGELAKKAN berlakunya sakit sendi pada mama saya. Ianya terbukti apabila mama masih mampu solat secara berdiri dan melakukan ibadah haji dengan sendiri.

    Sakitnya lututku >_<

    Kandungan Advanced Health Joint Tablet (AJHT)


    AJHT merangkumi beberapa komponen utama di dalam setiap tabletnya seperti berikut:
    1. Ekstrak Boswellia yang terkenal digunakan di dalam rawatan Ayurveda untuk rawatan kesihatan sendi.
    2. Glucosamine, antara komponen utama pembentukan dan membantu penyembuhan rawan sendi yang diekstrak daripada jagung serta meningkatkan efek kusyen kepada sendi. *kebanyakan glucosamine di pasaran diekstrak daripada kekerang.
    3. Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C - komponen sampingan yang membantu meningkatkan penyerapan esktrak Boswellia dan glucosamine oleh bahagian sendi
    Semua kandungan di atas hanya terdapat di dalam satu tablet!! Mudah kan? Untuk kesan yang terbaik, boleh add on Ostematrix sebagai sumber kalsium anda untuk menguatkan tulang dan meningkatkan jisim tulang serta Omega Guard bagi membantu memulihkan radang sendi dengan lebih baik.


    set sendi shaklee
    Set Kesihatan Sendi

    Golongan yang Memerlukan AJHT

    • Warga emas - kebiasaan warga yang lebih berusia seperti mama saya akan lebih terdedah untuk mendapat sakit sendi dengan lebih kerap akibat kekurangan nutrisi dari sejak zaman muda lagi. Kesihatan semakin merosot seiring dengan peningkatan usia.
    • Ahli sukan - kebanyakan atlet atau ahli sukan yang aktif amat memerlukan AJHT ini sebagai persediaan untuk mengelakkan berlakunya sakit sendi terutamanya mereka yang aktif bermain bolasepak, futsal, badminton dan sebagainya yang memerlukan kekuatan sendi untuk bermain serta mudah tercedera di bahagian-bahagian sendi. Kalau dah sakit lutut, sakit bahu macam mana nak main? Betul tak? Kalau yang cari makan dengan cara ni, lagi teruk kan?
    • Orang yang suka melancong - sudah tentu orang yang suka travel, berjalan sana sini lebih terdedah untuk dapat sakit lutut ni... tak kiralah muda atau tua. Kalau dah nama pun melancong, mestilah banyak berjalan kan? Takkan nak duduk kat dalam hotel jer.. Kalau kita melancong ke negara yang sedang alami musim sejuk lagi mudah mendapat sakit lutut. Suhu yang amat sejuk lebih mudah meresap menyucuk tulang kita. Oleh itu, bagi golongan traveler ni bersiap-sedialah membawa bekalan AJHT setiap kali keluar melancong ya~~
    Sekiranya anda berminat untuk dapatkan produk ini, boleh klik saja di ikon 'Buy Now' di sidebar. 


    Tapi, tunggu dulu!!

    Nak harga lebih keboommm?? 

    SMS atau whatsapp saya terus di 0175598332.
    PM di Facebook pun boleh.