Saturday 6 December 2014

Vitamin C Plus Sustained Release

Assalamualaikum semua. Hari ni tersangat gembira. Ya, permulaan hari yang baik. Semoga bulan ini merupakan bulan bertuah untuk saya. Aminnn~ Seperti tajuk di atas, promosi bulan Disember ni adalah Vitamin C Sustained Release dan juga Vitamin E Complex. Tapi saya nak share cerita pasal vitamin C ni dulu la ehh... Ianya merupakan antara vitamin kegemaran saya. Vitamin C yang terbaik dan terhangat di pasaran. Paling laris katakan macam pisang goreng cheese!! Kenapa saya kata yang terbaik? Jom kita tengok kandungan dan kelebihan vitamin C Shaklee ini.


Vitamin C Sustained Release Shaklee
Tahukah anda?
Vitamin C merupakan vitamin larut air dan mudah termusnah akibat proses oksidasi. Vitamin C tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh dan kita memerlukan vitamin C daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Persoalannya, berapa kerap kita makan sayuran dan buah-buahan dalam masa satu hari? Yang lebih penting, vitamin mudah musnah akibat sayuran yang perlu dimasak terlebih dahulu. 

Kandungan Vitamin C Sustained Release

  1. mengandungi 100% askorbik asid semulajadi 553.0 mg dalam satu tablet bersamaan dengan 7 setengah biji buah oren. Korang boleh makan buah oren banyak tu ke? Sebiji sehari pun belum tentu kan? Hehehe
  2. diformulasi bersama 120.0 mg bioflavonoid - bioflavonoid yang diesktrak daripada buah-buahan sitrus. Fungsi bioflavonoid juga meningkatkan penyerapan vitamin C oleh tubuh. Bioflavonoid juga membantu kesan antibakteria secara terus.
  3. Mekanisme sustained release atau lebih dikenali sebagai time-release (terms pharmacology) - Vitamin C akan dibebaskan secara perlahan-lahan di dalam tubuh kita selama 5 jam. Ini bagi memastikan kadar vitamin C tersebut sentiasa berada di dalam salur darah kita dan akan diserap perlahan-lahan setiap kali ianya dibebaskan. 

Dos Harian Vitamin C yang Dicadangkan oleh FDA

  • Lelaki > 18 tahun : 90 mg
  • Wanita > 18 tahun: 75 mg
  • Wanita hamil > 18 tahun: 120 mg
  • Bayi (0-12 bulan): mengikut jumlah vitamin C di dalam susu ibu
  • Kanak-kanak (1-3 tahun): 15 mg
  • Kanak-kanak (4-8 tahun): 25 mg
  • Remaja lelaki (14-18 tahun): 75 mg
  • Remaja perempuan (14-18 tahun): 65 mg
Sesetengah kes seperti perokok perlu ditingkatkan pengambilan dos harian Vitamin C mereka lebih 35 mg berbanding mereka yang tidak merokok. Hal ini kerana rokok mengandungi bahan beracun dan toksin yang boleh membunuh sel. 

Dos Maksimum Harian Vitamin C yang Dibenarkan

  1. Dewasa (>18 tahun): TIDAK melebihi 2,000 mg sehari (termasuk ibu hamil dan ibu menyusu)
  2. Kanak-kanak (1-3 tahun): 400 mg sehari
  3. Kanak-kanak (4-8 tahun): 650 mg sehari
  4. Kanak-kanak (9-13 tahun): 1,200 mg sehari
  5. Remaja : 1,800 mg sehari

Kelebihan Pengambilan Vitamin C untuk Kesihatan

  1. Selsema (common cold) - pengambilan vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh kita. Vitamin C tidak terbukti menyembuhkan selsema tetapi ia berupaya membantu memendekkan tempoh selsema tersebut.
vitamin-c-selsema
Selsema mudah terjangkit
  1. Tekanan darah - tekanan darah tinggi merupakan antara faktor risiko penyakit jantung dan strok. Saintis di Universiti John Hopkins telah membuktikan pengambilan supplemen Vitamin C (secara purata 500mg sehari) boleh membantu menurunkan paras tekanan darah.
  2. Nafas berbunyi selepas bersenam ('wheezing') - 1 daripada 10 orang mengalami batuk, nafas berbunyi dan semput selepas bersenam (exercise-induced bronchoconstriction). Ulasan terkini daripada penemuan Universiti Helsinki bahawa pengambilan vitamin C membantu mengurangkan simptom nafas berbunyi ini.
  3. Penuaan pada kulit - Vitamin C memberi kesan pada sel di dalam dan juga luar tubuh. Sebuah kajian telah diterbitkan di dalam American Journal of Clinical Nutrition mengkaji hubungan di antara pengambilan nutrisi dan penuaan pada 4,025 wanita berusia 40 hingga 74 tahun. Pengambilan Vitamin C yang tinggi dikaitkan dengan risiko rendah mendapat kedutan, kulit kering serta complexion kulit yang lebih baik.
  4. Gout - Kajian menunjukkan vitamin C membantu merendahkan risiko mendapat gout. Mereka yang mengambil suplemen vitamin C di antara 1,000 mg hingga 1,499 mg sehari menunjukkan penurunan risiko gout sebanyak 31% berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen.
  5. Jangkitan salur kencing - Suplemen vitamin C 100mg sehari mampu mengurangkan risiko jangkitan salur kencing pada ibu mengandung. Vitamin C menghentikan pertumbuhan sesetengah bakteria dengan menjadikannya lebih berasid. 
Jadi korang semua jangan lepaskan peluang untuk dapatkan vitamin C Shaklee ni dengan harga jatuh terduduk!! Hanya bulan ni jer taw..bulan Disember sahaja!! dan sehingga stok masih ada. Vitamin C Sustained Relese ni HOT sangat sampai selalu cepat habis stok~!!! Harga retail adalah RM92.50 sebotol. Sebotol tahan sehingga 6 bulan bergantung pada pengambilan anda. Jangan lepaskan peluang ini~!!! 

Nak dapatkan harga SUPER JIMAT? SMS, whatsapp saya 0175598332 segera!!

2 comments:

  1. SR vitamin C mmg best !

    Jemput join segmen CN yer ;)

    http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis^^ in shaa Allah nanti saya join ye..

      Delete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^