Tuesday 16 December 2014

Yang HIDUP Pasti Akan MATI

Assalamualaikum semua. Maaf lama pula menyepi. Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita sepupu saya, Zainon Bt Daud meninggal dunia akibat kanser payudara pada hari Isnin yang lalu. Kemudian, pada hari Rabu disusuli pula dengan nenek saya, Nengah Binti Yon kembali ke rahmatullah pada usia 94 tahun (berdasarkan pada IC). Usia sebenar mungkin hampir 100 tahun. Jadi sepanjang minggu lepas saya berada di kampung dan lebih tertumpu pada keluarga saya.

Kebetulan nenek saya berada di Ipoh, di bawah jagaan mama saya. Dikatakan nenek saya sudah menunjukkan tanda-tanda yang beliau akan 'pergi' tidak lama lagi. Kakak ipar saya kata nenek dah mula tunjukkan tanda sejak dari rumah pakcik saya. Semasa mama saya pergi haji sebelum ni pakcik saya yang jaga nenek. Allah akan memberikan tanda pada orang yang akan meninggal dunia akan menunjukkan tanda seawal 100 hari, cuma ada yang perasan atau tidak saja.


Tanda-tanda Orang yang Nak Meninggal Dunia

  • 100 hari menjelang ajal - Selepas waktu Asar, kita merasa menggigil dari hujung rambut hingga hujung kaki, getaran yang sangat kuat, lain dari biasa. Bagi yang menyedarinya akan terasa indah di hati, namun yang tidak sedar, tiada pengaruh apa-apa.
  • 60 hari - pusat rasa bergerak-gerak.
  • 40 hari - Selepas Asar, jantung berdenyut-denyut. Daun yang dituliskan nama kita di Loh Mahfuz akan gugur. Malaikat maut akan mengambil daun kita dan mulai mengikuti perjalanan kita sepanjang hari.
  • 7 hari - Akan diuji dengan sakit. Orang sakit biasanya tidak selera makan. Tapi dengan sakit ini tiba-tiba menjadi berselera meminta makanan itu ini.
  • 3 hari - terasa denyutan di tengah dahi. Jika tanda ini dirasa, maka berpuasalah kita, agar perut kita tidak banyak najis dan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.
  • 2 hari - seluruh dahi rasa bergerak-gerak
  • 1 hari sebelum kematian - di waktu Asar, kita merasa denyutan ubun-ubun, menandakan kita tidak sempat menemui Asar esok harinya. Bagi yang khusnul khotimah akan merasa sejuk di bahagian pusar, kemudian ke pinggang bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Saat-saat Malaikat Maut Mencabut Nyawa

Rasullullah S.A.W bersabda :
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." 

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. 

* Peringatan untuk diri saya dan kita semua. ^^
** Mohon pembaca blog saya dapat sedekahkan surah al-Fatihah pada arwah sepupu saya dan nenek saya. Semoga Allah merahmati kalian. 


2 comments:

  1. Allahuakbar dgr kanser payudara membuatkan sy bertambah takut :-(

    ReplyDelete
  2. smoga arwah ditempatkan brsama golongan org2 beriman. Al Fatihah.
    terima kaseh sharing info ni kak :)

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^