Wednesday, 3 December 2014

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia

Assalamualaikum semua. Lazada Malaysia akan mengadakan jualan hebat pada 12 Disember 2014 akan datang kerana dijangka akan ada ONLINE REVOLUTION SALE selama 1 hari dengan pelbagai tawaran menarik.

Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.



Apa yang boleh dibeli di Lazada jika anda diberi RM1212? 

Huihhh banyak benda boleh beli. Saya memang suka shopping and window shopping cuci mata dekat Lazada ni. Sebelum ni pun dah beli handphone Blackberry Z10 saya dari Lazada juga. Heeee~ Servis Lazada memang daebak!! ^_^ 

Benda pertama yang saya nak beli adalah Robotic Vacuum Cleaner. Ini adalah barang idaman saya. Dah simpan hasrat lama dah nak beli vacuum cleaner robot ni. Sebab apa? Sebab rumah saya amatlah cepat berhabuk. Biasalah, rumah atas kayangan kan? Angin menderu-deru masuk bawa sekali dengan habuk dari luar. Tambah lagi rumah ada anak kecil ni, kenalah selalu dibersihkan. Kalau ada vacuum cleaner ni lebih mudah dan cepat kerja saya. Balik dari kerja boleh terus memasak and robot ni akan lakukan kerja dia sendiri. Syiok kan? Hehehe...

iROVA Robotic Vacuum Cleaner M-H488


Jenama iROVA adalah pilihan saya kerana harganya yang berpatutan sesuai dengan kualiti produknya. Selain itu, barang ganti (spare part) dan servis khimat pelanggan iROVA lebih mudah dijumpai dan dihubungi. Harganya adalah RM599 sahaja!! So, ada lagi balance RM613.

Barang kedua pula, Elba Convection Oven~!! Yang menariknya barang ni adalah 6 dalam 1. Semua pun boleh. Kukus, bakar, grill semua boleh. Dah mengidam barang ni sejak nampak iklan dalam channel GO Shop kat Astro channel 118. Haaa nampak tak terpengaruhnya saya dengan iklan TV? Hehehe... Memandangkan saya tak mempunyai oven, kalau dapat oven macam ni mesti seronok kan? Boleh masak dengan lebih sihat tanpa guna minyak yang banyak, boleh buat kek, boleh mengukus. Ditambah lagi mempunyai ciri-ciri keselamatan dan jimat tenaga! >_<

Elba Convection Oven ECO-B1214
Jenama Elba pilihan saya kerana ianya merupakan jenama terkenal sejak dulu lagi untuk barangan elektronik. Harga yang berpatutan sesuai dengan kualiti. Di rumah saja memang banyak barangan produk Elba seperti seterika, pemanas air dan juga pembakar roti. Harganya cuma RM189 sahaja!!! Masih ada lagi baki RM424.

Barangan ketiga pula adalah kipas siling~!! Haha kenapa kipas siling? Sebabnya, bulan ni saya dalam proses nak renovate rumah. Jadi, memang memerlukan kipas baru untuk diletakkan di ruang tamu. Hehe kalau dapat hadiah ni memang best la~!! 



Dengan mempunyai 5 bilah kipas, angin yang terhasil juga lebih jauh dapat rasa. Sepoi-sepoi gitu. Heee... Tambah lagi dapat jaminan 3 tahun dan ada alat kawalan jauh. Harga untuk 2 set kipas ni cuma RM339 saja!! Masih ada baki RM85 lagi. 

Barangan keempat pula adalah termometer~!! Kenapa termometer? ALkisahnya dulu dah ada termometer tapi yang biasa punya je la.. tapi dah rosak sebab Faeezah patahkan. Hahaha ^_^' Jadi, sekarang saya perlukan termometer baru. Kalau Faeezah demam atau kami sendiri yang demam boleh periksa suhu badan sendiri. 



Termometer yang ni adalah jenis portable, mudah nak di bawa ke mana-mana dan senang digunakan sebab ianya jenis infrared. Jadi dapat sukat suhu dengan lebih tepat. Yang ni dapat beli 1 percuma 1 pacifier baby yang boleh sukat suhu juga. Haaa lagi senang kan? Tape..boleh guna untuk adik Faeezah nanti. Heeee~ Harganya pun berpatutan, cuma RM69.90. Duit yang berbaki hanya tinggal RM15.10. 

Haaaa cukuplah setakat tu saja. Baki lagi RM15.10 tu tak tahu dah nak beli apa lagi. Hehehe... Kalau ada rezeki menang ni seronok kan? Hehe in shaa Allah~ mudah-mudahan ada rezeki kami.. Ngeeee~ :D

P/S: Oh ye..contest ni valid jika ada penyertaan melebihi 20 orang..so yang lain-lain jom la join sekali ye~!! Tak rugi pun korang cuba.. ^^ Nak join klik je gambar Lazada wishlist kat atas skali tu ehh ...

12 comments:

  1. Replies
    1. menarik kan? jom la join sekali..hehe^^

      Delete
  2. #247 follow sini.wah best nye... saya pon join juga... wish us luck hehe

    ReplyDelete
  3. menarik yg bab boleh mengukus, membakar, grill dan jadi oven..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tertarik dengan bab tu jugak..tu yang terpengaruh tu dengan iklan tv tu.. hehe

      Delete
  4. Salam Perkenalan.
    Follower #250.
    drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. tak terpike pulak nak beli robotic vacuum tu ades

    ReplyDelete
    Replies
    1. mihmihmih..saya memang dah aim lama nak robotic vacuum tu.. heee

      Delete
  6. convection oven tu sempoi gak hehe. all d best. sy pon join berangan hehe

    http://ana-mizu.blogspot.com/2014/12/shopping-rm1212-at-lazada-malaysia.html

    ReplyDelete
  7. Terima kasih join contest :)
    Inyaallah kalau rezeki, boleh menang.

    Nak wishlist tercapai? jenguk ni : http://sayaiday.blogspot.com/2014/12/hadiah-misteri-untuk-peserta-shopping.html

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^