Thursday 17 April 2014

Power Pumping yang Memang POWER!!

Assalamualaikum semua... Seperti yg korang dah tahu, sy nih breastfeed mommy. Masih lagi meneruskan perjalanan penyusuan ibu sehingga dua tahun (In shaa Allah..). Masih ada 9 bulan perjalanan lagi. Secara jujurnya, breastfeed nih 'menarik' lebih banyak tenaga daripada saya. Ditambah lagi dengan pekerjaan saya yang memerlukan saya handle banyak hazardous chemicals. Being exposed to all these chemicals, makes me feels so tired. Inhalation, of course. Kadang2 tersedut fume acids, yes buat kepala saya pening dan pusing2. And, saya sendiri pernah melalui zaman susu merudum. Sebab tu saya perlukan supplemen.  Ingat yer, supplemen ni hanya untuk membantu sahaja, konsep demand n supply tetap apply.


Breastmilk is the BEST for your child

Ape tu 'power pumping'?

Power pumping, seperti name dye mmg POWER la kn? Power pumping adalah satu teknik 'menipu' atau cheat technique untuk meningkatkan produksi susu badan anda. Ianya bukan la mcm menipu dlm exam tu.. tapi ni kita 'tipu' badan kita dgn cara mengepam pada 10 minit interval dan rehat 10 minit selama 60 minit. Dengan itu, otak akan mghantar signal yg susu perlu lebih banyak dan lebih cepat dihasilkan bg memenuhi demand. Konsep asas tetap demand n supply. Lebih banyak anda menyusukn bayi anda atau mngepam, lebih banyak susu yg akan dihasilkn. Mudah kan? Teknik ni slalu digunakan bg ibu2 yg ada anak angkat, ibu2 yg ingin relaktasi (menyusu semula setelah stop seketika) dan juga ibu2 yg mngalami susu merudum.



Apakah KEPERLUAN untuk buat power pumping ni?

1. Breastpump - kalau boleh pki yg double pump. Kalau xde single pam pun ok. Saya pun pakai yg single jer... tapi kalau manual letih skit lar... hehehe...

2. Lokasi - pilih la lokasi yg selesa untuk anda dan mudah korang nampak breastpump tu. Bila kita dah sibuk2 x perasan yg kita x mngepam. Kadang2 atas faktor kerja juga.

3. Masa - bergantung pd anda. Sama ada hujung minggu atau hari bekerja, anda yg tentukan. Dan sebaik-baiknya dilakukan pd waktu mlm antara 12 mlm hingga subuh. Waktu ini hormon prolaktin iaitu hormon yg mncetus pghasilan susu badan adalah tinggi pd waktu ini. Cuba dapatkn rehat yg secukupnya sebelum lakukn power pumping. Jangan terlalu memaksa diri. Bila stress badan akan letih dsn susu pun semakin drop.

4. Kekerapan - juga bergantung pada anda. Hari2 pun boleh kalau rajin. Kalau rajin lg cepat nampak hasilnya. Cuba lakukan setiap hari pada waktu yg sama. Dgn itu otak akan mghantar signal pada ketika itu yang susu amat diperlukan.

Cara2 power pumping
5. Teknik2 power pumping
• single pump - pam 10 minit rehat 10 minit. Gilir2 antara yg belah kanan dgn kiri. Buat selama 60 minit. Maksudnya 30 minit kanan 30 minit kiri.
• double pump - pam 20 minit rehat 10 minit juga. Kemudian pam lagi 10 minit rest 10 minit and repeat again. Buat selama 60 minit. Maksudnya 40 minit pam n 20 minit rehat.

《PERINGATAN!》
• Pam sahaja walaupun hanya keluar angin. INGAT! Otak menghantar signal pd tubuh. Ini bermakna bayi anda ingin lebih banyak susu.
• Jangan pam melebihi 60 minit. Jika anda pam lebih dari 60 minit, bukan saja tidak memberi kesan yg positif malah anda akan memaksa dan memberi tekanan tisu2 payudara anda. Barang nak pakai lama kak... ingat yer! Hehehe...
• adalah DIGALAKKAN untuk mengurut payudara anda sebelum memulakan teknik ini. Ini bagi melembutkan tisu2 payudara anda dan memudahkan pengaliran susu dan menghasilkan LDR.
• Jangan pam melebihi 20 minit untuk sebelah payudara sahaja. Akan merosakkan tisu2 payudara anda.

• Minum air suam sebelum dan selepas mengepam. Akan melancarkan pengaliran susu dan mudah tercetus LDR.

Itu saje celoteh saya. Maaf sbb post ni amik masa juga saya nk buat sebab internet line xbrape ok... hopefully membantu mommies yg sedang struggle utk BF mcm saya jugak. Kalau korang perlukan any supplement for milkbooster boleh hubungi saya seperti di bawah yer.. :


"SHARING  THE GOODNESS"

0 comments:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^