Assalamualaikum semua... Syukur alhamdulillah Allah masih memanjangkan nyawa kita sehingga hari ini. Saya cuma ingin berkongsi rasa dan pendapat saya mengenai tajuk saya hari ini. Memang sudah menjadi lumrah wanita yang ingin sentiasa kelihatan cantik, flawless, putih, cerah, tegang, anjal dan sebagainya. Saya sendiri tergolong wanita begitu. Namun, tidak semua kaedah diiktiraf selamat oleh para doktor dan kebanyakan produk-produk suntikan vitamin C amat mudah diperolehi secara online. Ini menambahkan kesukaran pihak berkuasa untuk membendung dan mengawal produk yang tidak mendapat kelulusan KKM dan produk tiruan. Terdapat risiko yang tinggi apabila anda melakukan suntikan vitamin C ini.
Suntikan vitamin C...selamatkah? |
Risiko Suntikan Vitamin C
- Air embolism - ini berlaku apabila terdapat 'bubble' atau gelembung udara di dalam picagari tersebut. Hal ini boleh menyebabkan kematian serta-merta di mana gelembung udara tersebut boleh terus ke jantung dan menyebabkan salur darah tersumbat. Anda boleh pastikan tiada gelembung udara dengan membuang sedikit ubat tersebut. Amat penting untuk memilih ahli terlatih sahaja untuk menyuntik anda.
- Jangkitan bakteria - ini boleh terjadi apabila bakteria yang memang terdapat secara semulajadi pada permukaan kulit memasuki ke dalam salur darah melalui jarum suntikan. Walaupun kebiasaannya sebelum melakukan suntikan, kawasan tersebut akan disapu dengan alkohol, namun risiko mendapat jangkitan tetap ada. Apatah lagi jika peralatan yang digunakan tidak disteril dengan betul. Simptom yang dialami adalah rasa sakit, bengkak dan kemerahan di kawasan suntikan.
- Tersalah tempat cucuk - vitamin ini biasanya dicucuk di kawasan pelipat siku kita. Di kawasan tersebut, selain terdapat saluran vena, saluran arteri yang membawa oksigen juga terdapat di situ. Kesilapan tempat suntikan boleh menyebabkan kandungan oksigen di dalam darah menurun dan boleh menyebabkan gangren (sel mati). Selain itu, jika suntikan tersebut terkumpul di bawah lapisan tisu, ianya akan menyebabkan sakit, bengkak dan rasa kebas.
- Salur darah menjadi keras - Setelah dicucuk berkali-kali, salur darah akan menjadi sempit dan berparut. Kesannya, salur darah menjadi keras dan tidak boleh digunakan lagi.
Isu Bahan yang Dicucuk
- Status HALAL - Memang banyak suntikan vitamin C yang boleh didapati dengan mudah di pasaran sekarang terutamanya yang mempunyai campuran seperti glutathione, plasenta, collagen dan sebagainya. Adakah anda ketahui status HALAL produk tersebut? Dari sumber manakah mereka mendapat collagen dan plasenta? Dari sumber haiwankah? Dan bagi saya, isu halal ini yang paling sensitif dan dititikberatkan oleh agama dan masyarakat kita. Tapi kenapa bila tentang mahu cantik ianya seperti tidak diendahkan?
- Kesan jangka panjang - Vitamin C merupakan vitamin mudah larut air yang tidak boleh disimpan di dalam tubuh. Lebihan vitamin C akan dikumuhkan melalui buah pinggang dan akan disingkirkan melalui urin. Tetapi vitamin C yang dicucuk tidak akan diproses oleh hati dan berada di dalam tubuh pada kepekatan yang tinggi. Sekiranya pengambilan vitamin C secara oral melebihi 2g sehari akan menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit dan gastrik akibat kandungan asid yang tinggi. Tiada kajian terperinci yang dilakukan untuk mengetahui kesan jangka panjang melalui suntikan.
Pendapat saya sendiri, kenapa perlu pilih kaedah yang berisiko tinggi sedangkan sudah ada kaedah yang terbukti selamat dan berkesan? Saya tak mahu kerana obsesi saya untuk cantik akan memberi kesan buruk pada jangka masa panjang. Memang ada sesetengah individu yang memberikan testimonial yang memberangsangkan, tetapi ianya tidak menjanjikan saya akan mendapat kesan yang serupa. Ditambah lagi ianya tidak disokong dengan mana-mana kajian saintifik.
Cantik dari dalam bersama Shaklee |
Rangkaian porduk shaklee sendiri telah memperakui produk mereka yang halal, selamat dan berkesan. Antaranya vivix, collagen powder, vitamin E complex, dan sustained release vitamin C. Mungkin kesannya agak lambat berbanding vitamin suntikan tetapi yang penting, SELAMAT. Biar LAMBAT asalkan...SELAMAT~!!! Hehehe...
Anda nak cuba rangkaian produk shaklee untuk kecantikan kulit dari dalam? Lebih info untuk mendapat idea dan sesuai dengan bajet anda --> http://bit.ly/NgqpHA. Eksklusif untuk pelanggan saya, tips dan aturan pengambilan vitamin cantik seharian.
Hubungi saya segera!
Fb: Dila Kazuha
Page: Mama Mia Shoppe
Tel: 0178780310 / 0175598332
Email: dilakazuha@gmail.com
0 comments:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)
Arigatou gozaimas, minna-san ^_^