Assalamualaikum semua... Hujung minggu baru ni memang sibuk. Buat draf blog pun sikit - sikit..kejap-kejap dah kena kacau dengan Faeezah. Tak boleh jadi nih. Dah nak basi dah cite nih. hehe.. Hari Sabtu baru ni 22hb november adalah birthday hubby tersayang yang ke....? Rahsia, katanya. Tak bagi saya mention umur dia yang sebenar. Perasan muda. *Pengsan*
Pagi tu selepas sediakan sarapan saya cakap hari ni saya jadi driver, awak ikut je saya bawa awak ke mana sekalipun. Dah pujuk-pujuk a.k.a paksa juga baru dia setuju. Lepas zohor baru kami keluar. Dah solat senang sikit nak berjalan. Terus saya bawa dia ke Zouk spa yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, bersebelahan dengan Manjaku. Spa ni saja yang tawarkan orang lelaki mengurut dengan lelaki juga. Kebanyakan spa lain tukang urutnye perempuan. Saya pilihkan pakej untuk dia. Of course saya dah pesan awal-awal jangan bagitahu harga pakej tu kat dia. Hehehe... Lepas Faizal dah masuk tu saya balik ke rumah terus.
Pakej Zouk spa untuk Faizal
- body massage 120 minit
- body scrub
- mandi susu
- free sauna
Total = RM169
Mula tu dia marah saya gak. Dia kata orang perempuan je yang pegi spa. Saya cakap apa salahnya, bukan selalu pun. Tu pun nasib baik takde servis facial kat situ. Kalau tak memang saya amik sekali untuk dia. Hehehe... Dia pun layankan aje sebenarnya. Konon je tak minat tu. Ngehngehngeh... Dalam 3 jam juga baru dia siap. Lepas amik tu terus bawa Faizal pegi makan plak. Heee... Makan kat Laman Grill yang terletak di Putra Kajang. Dekat je dengan rumah kitorang. Masa dah nak dekat sampai tu dia dah boleh agak dah saya nak bawa dia makan kat situ. Cett!! Tak surprise langsung!
Sampai-sampai situ tak ramai lagi orang yang datang. Parking pun banyak lagi. Tempat duduk pun banyak lagi yang kosong. Jadi kitorang pun main duduk je walaupun memang dah buat reservation. Rasanya waktu malam je kot yang ramai. Kalau korang nak makan lepas waktu maghrib better booking tempat dulu la. Sampai-sampai tu kami terus dilayan oleh pelayan wanita yang tersenyum mesra. Bagus servisnya! Memandangkan pertama kali ke situ, lambat juga la kami nak order. Kejap nak tu kejap nak ni. Hikhik...
Of course semua menu dia adalah berunsurkan western, kepakaran Chef Zubir. Asalnya Faizal nak order baby lamb shank (faveret dia memang kambing aje...) tapi tak ready lagi katanya. So cancel la. Lastly, Faizal order Meat Lover Combo Platter's sebab dalam satu plate tu ada semua portion daging termasuklah daging lembu, kambing dan juga ayam. Tapi memang superbly SEDAP!!
Meat Lover's Combo Platter (Chef's Signature dish) Baby Lamb Shank (Chef's Signature dish) |
Sirloin steak 10oz (jenuh mak abeskan taw!) |
Aihhh cerita banyak pun buat ape kan? Yang penting korang kena enjoy the food sendiri. Harga jangan la terkejut sangat. Standard harga restoran 5 bintang gitu la. Daging yang digunakan memang fresh betul. Tak rugi korang cuba. Kalau ada bajet lebih bawa la semua satu family datang makan situ. Sekali sekala apa salahnya kan? Heee...
Sekian saja dari saya.
Pssttt... promo omega guard masih berlangsung ye!!! Jom sihat tanpa ubat ^_^
Perghh..sedap plak tgok!
ReplyDeletememang sedap pun Miss yana~ ^^
Delete