Thursday, 24 July 2014

Bila Si Cilik Tak Mahu Makan

Assalamualaikum semua... Tengok tajuk pun dah tahu yang saya tengah runsing pun kan? Lagi-lagi nak dekat raya ni.. tapi masalah saya ni bukanlah pasal duit or berebut nak balik kampung sape.. kami mengamalkan sistem giliran. Jadinya ikutkan saja lah. Saya runsing sebab Faeezah tak nak makan NASI!! Pening saya fikirkan macam mana saya nak bagi dia makan nasi sedangkan gigi dia dah hampir penuh.

Anak anda tak mahu makan?
Sebagai ibu sudah tentu saya risaukan dia yang tak mahu makan nasi. Bubur pun kalau dekat rumah pengasuh dia makan jer tapi saya buatkan bubur nasi untuk dia boleh rejek plak. Kadangkala geram juga tengok dia tak mahu makan ni. Tapi nasib baik saya masih breastfeedkan Faeezah. Jadi saya tak risau sangat nutrisi harian dia. Faeezah pun banyak makan makanan lain seperti biskut, roti, coklat dan sebagainya. Buah semua dia makan termasuklah durian. Ikan dan ayam pun dia makan juga. Kiranya boleh kata semua benda dia makan. Cuma NASI dia tak nak!!! Kalau suap mesti dia luah balik. Kalau makan tu suka simpan jer dalam mulut. Memang stress juga bila dia tak nak makan ni.
 
Mommies out there, please share your tips with me. Biasa la mommy baru macam saya ni boleh meroyan kalau anak buat perangai macam ni.

2 comments:

  1. Alolooo...kenapa tak nak makan nasi Faezah.. sama macam anak yang mak wanie jaga, kat rumah kami, dia makan banyak, tapi bila balik rumah, dia kurang makan..

    ReplyDelete
  2. Akak..tu yang wat saya pening tu. Dekat rumah pengasuh dia nak makan tapi kt rumah sendiri tamau plak. Saya da try ajar makan bihun or mee..pun sama taknak. Asyik makan biskut, roti jer....

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^