Assalamualaikum semua. Mungkin selama ni kita fikir kenapa paras Hb amat dititikberatkan semasa hamil? Sedangkan sebelum hamil kita tak pernah tahu paras Hb kita normal atau tidak. Antara simptom utama paras Hb rendah adalah penat melampau. Bila kita cepat penat bermakna kurang oksigen di dalam darah kita. Itulah fungsi utama hemoglobin dalam darah kita, mengangkut oksigen ke seluruh tubuh.
Kepenatan melampau tanda HB anda rendah |
Semasa hamil, oksigen amat penting bagi memastikan tumbesaran bayi tidak terencat dan mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi bagi sel-sel janin membahagi dengan sempurna. Masa saya mengandungkan Faeezah dulu, tak kenal pun Shaklee lagi. Jadi, masa tu cuma makan ubat yang klinik bagi tapi tak selalu makan pun. Ferrous fumarate nama dia. Bau dia tak tahan derr... Folic acid ok lagi. Sekarang baru tahu yang folic acid saya makan dulu company saya sekarang yang buat. Heee... Bila saya makan obimin, saya cirit-birit plak. tak tahan betul... Huhuhu... Akhirnya saya redah jer makan makanan yang kaya dengan zat besi macam bayam dan kerang.
Risiko pendarahan berlebihan
Selain itu, kekurangan hemoglobin dalam darah juga boleh mengakibatkan darah sukar membeku. Sebab tu boleh jadi risiko pendarahan berlebihan semasa bersalin pula nanti. Ada pengalaman sahabat saya baru ni selamat bersalin. Beliau mengatakan kehilangan darah sehingga 900 ml semasa proses bersalin akibat paras Hb beliau rendah semasa hamil. Kini baru beliau sedar kepentingan hemoglobin terutamanya untuk ibu-ibu hamil. Tapi masalah ini bukan saja dihadapi oleh ibu hamil, setiap individu boleh jadi mengalami HB rendah. Sesiapa pun boleh alaminya.Sekiranya individu tersebut mengalami kemalangan serius, boleh jadi pendarahan yang banyak juga.
Vitalea Shaklee
Vitalea Shaklee, bukan saja multivitamin pertama yang dicipta. Malah, kandungan multivitamin turut diformulasikan bersama zat besi bagi memenuhi keperluan diet seharian kita. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting. Setiap tablet diselaputi serbuk spirulina (sebab tu tabletnya berwarna hijau), merupakan tablet multivitamin yang paling pantas larut dalam air dan terpantas diserap oleh tubuh. Malah, ramai yang dah cuba Vitalea Shaklee ini untuk mendapatkan paras HB normal. Antaranya anda boleh klik di sini.
Kajian klinikal
Ujian klinikal telah membuktikan bahawa dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vitalea juga telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.
Vitalea Shaklee |
Fakta Nutrisi Dalam Vitalea Shaklee
- Vitamin A - kesihatan mata, kulit, antioksida, melawan kanser, cegah rabun malam.
- Vitamin D - Membantu mengukuhkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
- Vitamin E - antioksida, kepejalan kulit, kulit berseri, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, baik untuk sistem reproduktif lelaki
- Vitamin C - antioksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan ketahanan sistem imun, mencegah selsema, gusi berdarah, hidung berdarah, darah beku
- Asid folik - kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, penghasilan sel darah merah, anemia, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit
- Vitamin B1 - menukarkan makanan kepada tenaga, menguatkan memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang pengaliran darah, masalah keresahan, mabuk laut/darat
- Vitamin B2 - tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak,kekejangan
- Vitamin B3 - tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
- Vitamin B6 - metabolisme protein, membaiki otot, mengurangkan senggugut, penenang, elakkan muntah-muntah, bibir kering, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
- Vitamin B12 - membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, kecerdasan otak, fokus, elakkan anemia, keletihan, keresahan
- Biotin - membantu B-complex berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
- Vitamin B5 - meredakan tekanan, mengelakkan sembelit, keletihan, artritis,mencegah jangkitan, percepat penyembuhan luka
- Kalsum - membantu menguatkan tulang dan gigi, kebas, kejang, insomnia
- Fosforus - meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, anoreksia
- Iodin - baik untuk tiroid, tingkatkan IQ kanak-kanak, membina ligamen/tisu otot, mengawal berat badan
- Zat Besi - membentuk hemoglobin, meredakan PMS, anemia, mengelakkan keletihan
- Magnesium - kesihatan tulang dan gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, penenang semulajadi, sakit jantung, buah pinggang, batu karang, hati dan masalah penghadaman.
- Copper - membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema
- Zink - menguatkan sistem imun, membantu penyembuhan luka, meningkatkan keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, membaiki deria rasa dan bau, menajamkan minda
Sila pandang serius hal ini. HB rendah boleh mengakibatkan risiko pendarahan berlebihan. Jangan takut untuk mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi. Hubungi saya sekiranya anda berminat ingin cuba Vitalea atau mana-mana produk Shaklee.
Dilakazuha
0175598332
Jom join segmen bloglist saya, klik --> sini
SALAM :) SY DATANG DR GIVEAWAY NI... JEMPUTLAH KE BLOG SAYA :)
ReplyDeletehttp://kumahuitu.blogspot.com/2014/11/giveaway-cuti-sekolah-by-jiwarosak.html