Assalamualaikum semua... Hari ni saya nak share pengalaman saya sendiri sepanjang menyusukan Faeezah. 5 Nov ni genap sudah setahun 10 bulan saya menyusukan dia. Pada permulaan selepas melahirkan dia, saya tidak mengalami sebarang masalah. Cuma mungkin kerana saya ceaser, jadi saya tak boleh nak pangku dia sangay. Dan saya belajar menyusukan secara berbaring. Dengan cara tu saya lebih relaks dan Faeezah pun lebih pandai latching begitu. Mula-mula tu saya tak pandai bagi sebelah kanan, agak kekok rasanya sehingga agak bergantung pada cik B sebelah kiri. Tapi saya tetap bagi belah kanan cuma belah kiri jadi lebih banyak. Hehehe...
Susu sikit tak cukup? |
Saya mula mengepam selepas sebulan berpantang. Masa tu nak mula kumpul stok bila dah nak naik kerja. Setiap kali mengepam saya berjaya kumpulkan sekurang-kurangnya 2 oz. Itu satu kejayaan besar untuk saya walaupun orang lain dapat lebih banyak dari itu. Saya cuba pam setiap 2 jam, atau selepas menyusukan Faeezah. Waktu malam pun saya pam dan buat juga power pumping. Sehingga satu tahap nipple saya merekah. Masa tu saya slow down mengepam dan cuma kerapkan direct feeding pada Faeezah. Tiap kali saya sapu dengan susu saya pada nipple yang merekah dan ianya pulih dengan cepat. Permulaan saya, hanya 2 oz sahaja!
Sampai dah naik kerja pun, tekanan semakin hebat. Chemical testing dan microb testing setiap hari berkejar. Kerja banyak, badan letih, masa mengepam terhad dan saya memang rushing! Bila susu yang dipam setiap hari mula tak mencukupi, stok susu saya pula semakin surut. Akhirnya saya ambil langkah untuk mencuba Alfalfa Complex. Saya juga turut amalkan minum air masak 3 liter sehari, petua menambah susu badan yang lain serta amalkan zikir Ya Mattin 70x semasa mengepam. Saya terus betulkan mindset saya yang susu saya akan tetap mencukupi dan keep positive!
Selepas cuba selama 2 minggu, hasil mengepam saya mula nampak perubahan. Saya mula dapat 4 oz tiap kali sesi mengepam. Kemudian, ada tika saya boleh dapat sampai 7 oz. Bagi saya yang bermula dengan hanya 2 oz, ianya satu kejayaan yang amat besar untuk saya. Syukur alhamdulillah. Stok susu saya pun semakin bertambah dan saya tetap kekal dengan rutin harian saya.
Cukuplah dengan kejayaan saya ini membuatkan saya jatuh cinta dengan Shaklee. Selepas itu baru saya cuba satu-persatu produk Shaklee yang lain. Anda boleh baca experience saya di sini dengan bermula hanya set basic dan sini untuk lihat perbandingan set asas dan full set milkbooster Shaklee. Dengan percubaan saya dengan produk Shaklee dah berjaya menyelamatkan kewangan saya dan improve kesihatan saya. Jimat banyak tanpa perlu beli susu formula dan bergantung sepenuhnya pada susu ibu. Badan juga lebih cergas dan rasa kurang stress.
Dengan hanya bermula dengan 2 oz, saya masih meneruskan lagi penyusuan ibu untuk Faeezah dan masih lagi teruskan mengepam. Memang niat saya sejak bersalin nak susukan Faeezah sehingga dua tahun. Saya tahu mungkin ramai ibu di luar sana yang rasa 2 oz susu itu amaun yang sedikit tapi percayalah itu rezeki untuk anak awak dan pastinya ia mencukupi. Anda hanya perlu kerapkan mengepam untuk cukupkan amaun yang anak anda perlukan. Struggle? Yes, and go for it! Itu yang saya lakukan sehingga kini.
Nasihat saya untuk ibu-ibu dan bakal-bakal ibu, pasang niat ingin menyusukan anak anda sehingga dua tahun dan pasti anda akan berusaha sekuatnya untuk penuhi azam anda itu. Berlaburlah sedikit untuk mendapatkan supplemen Shaklee sebagai milk booster anda dan pasti anda lebih jimat banyak dalam jangka masa panjang.
Jika anda ingin mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi mengenai produk Shaklee dan penyusuan, boleh hubungi saya pelbagai cara seperti berikut:
Fb/Twitter/Instagram: Dila kazuha (pls follow me ya..^^)
Page: Mamamiashoppe (pls Like my page..^_~)
Tel/SMS/WHATSAPP/WECHAT : 0175598332
0 comments:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)
Arigatou gozaimas, minna-san ^_^