Monday, 3 November 2014

Resepi Ubat Demam Buatan Sendiri yang Sedap

Assalamualaikum semua.. Hari ni saya nak share satu resepi yang mudah. Haa ubat ni saya tak buat kat lab ye, dan dijamin 100% semulajadi dan sedap. Yang kat lab tu drugs punya, dan formula saya tak boleh dedahkan lar.. hehehe... Sebab boleh dibuat dimasak sendiri kat dapur. Hehehe.. Actually saya share resepi ni dari seorang  kakak yang saya kenal melalui Twitter. Saya tak kenal pun, tak pernah jumpa tapi kakak nih suka sangat share topik-topik yang menarik. Perkara pertama yang kami bincang kat Twitter masa awal perkenalan kami adalah tentang breastfeeding.

Kakak ni seorang pakar homeopati, seorang doktor pHD dan bekerja di United Kingdom. Mempunyai 6 orang anak dan kini sedang hamil yang ke-7 pula. Antara anaknya ada yang kembar. Seronok bila dia bercerita pasal keluarga besar dia. Kakak ni pun orang Sarawak, cuma sekarang menetap di UK. Suaminya pula berketurunan Jawa. Maka kami ada sedikit persamaan di situ. Hehehe... Katanya anak ketujuh ni nak buat home-labor, means bersalin di rumah dengan bantuan pakar bidan. Rasenya di UK tak menjadi masalah isu ni. Resepi ni adalah hasil perkongsian beliau di Twitter. Masa tu Faizal demam dan esok tu Faeezah plak demam. Alhamdulillah dua-dua cepat kebah lepas saya buat ubat ni selain daripada bantuan supplemen juga. Heeee~

Resepi Ubat Demam Buatan Sendiri


Bahan-bahan (sukatan ikut suka sendiri ya..saya pun main campak aje):

  • Halia
  • Kulit kayu manis
  • Bawang putih (banyak)
  • Bawang merah
  • Daun seleri (celery - pun kena banyak)
  • Lobak merah
  • Cili 
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Rempah sup (option)
  • Sup bunjut (option)

Cara-caranya:

  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, lada hitam dan lada putih sehingga naik bau. Kalau nak tambah rempah sup atau sup bunjut tumiskan sekali. 
  2. Masukkan air atau air stok ayam. Saya lebih suka guna stok rebusan sayuran. Tak suka sangat guna ajinomoto. 
  3. Masukkan daun seleri dan lobak merah. Boleh juga ditambah ibu kentang atau cendawan, ikut kesukaan anda. Biarkan sehingga empuk.
  4. Masukkan daging ayam dan masak sehingga mendidih. Pastikan daging ayam betul-betul masak.
  5. Boleh taburkan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan. Boleh juga ditambah bawang goreng. Siap! 
  6. Extra: Titiskan beberapa titik minyak kelapa dan minyak habbatussauda untuk lebih POWER! 

ubat-demam
Chicken soup for the soul

Hahaha... betul tu. Sebenarnya ubat ni adalah sup ayam dan sayur yang biasa jer.. Saje buat propa boleh buat ubat batuk sendiri kan... Hikhikhik.. Cumanya saya nak tekankan bahan yang penting dalam sup ni adalah BAWANG PUTIH dan SELERI. Kenapa? 

Bawang putih - kaya dengan antioksidan dan terkenal dengan sifat antibakteria serta antiviral. Sangat berkesan dalam merawat batuk dan selsema..

Kulit kayu manis - juga tinggi dengan antioksidan dan bersifat antiseptik. Sekiranya anda mempunyai luka kecil, boleh sapukan sedikit serbuk kulit kayu manis. In shaa Allah cepat sembuh.

Daun seleri - sayur yang jarang-jarang orang nak makan. Tapi saya sangat suka. Juga merupakan salah satu antiviral yang kuat.

Pada sesiapa yang tak suka bawang putih tu, mungkin sebab bau dia yang kuat atau rasanya yang tidak menyenangkan untuk anda, anda ada alternatif lain iaitu Garlic Complex dari Shaklee. 


garlic-shaklee
Garlic Shaklee

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti berikut:

Dilakazuha
0175598332
dilakazuha@gmail.com

p/s: Jangan lupa join segmen bloglist saya, klik --> sini

2 comments:

  1. Hahaaa..terbaik ah. Serius laa ni resepi terbaik. Ana share kat facebook la kak, boleh? Mintak izin ni. ^_^

    ReplyDelete
  2. boleh aje dik Ana... Semua yang akak kongsikan dalam blog akak nih untuk dikongsi bersama. ^_^

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^