Monday, 3 November 2014

Betapa Bestnya Bisnes Shaklee

Assalamualaikum semua... Hari ni saya teruskan lagi cabaran GegeBlog saya, bukan CoolBlog ye kawan-kawan. Hehe.. Ramai juga yang tanya saya soalan berkenaan tajuk saya ni.

"Best ke bisnes shaklee ni?"
"Shaklee ni MLM kan? Boleh untung ke?"
"Mana kau dapat modal?"
"Tak penat ke buat bisnes shaklee ni?"
"Ko kan dah keje, nape nak buat shaklee plak?"


Ini antara soalan-soalan lazim yang selalu saya dapat juga terutamanya dari rakan saya sendiri. Jawapan saya mudah saja untuk soalan-soalan mereka. Sebab bisnes Shaklee ni ADIL, sebab tu best buat bisnes ni. Adil macam mana tu? Ada hakim ke? Haha tade la sampai pakai hakim plak kan.. Memang betul Shaklee menggunakan konsep 'direct selling' atau MLM sebagai kaedah sales dan marketing mereka. Bukan semata-mata menguntungkan upline anda dan downline terpaksa berhempas pulas pula. Dalam sistem bisnes Shaklee, siapa yang berusaha dia yang dapat hasilnya. Jika downline lebih kuat berusaha, lagi banyak sales dari upline dia maka downline dia yang akan dapat lebih banyak bonus, dan boleh naik ranking terlebih dahulu berbandimg upline dia. Faham tak?

Soal tentang untung, tengok dari segi mana yang korang pandang untung tu. Bonus? Setiap tengah bulan Shaklee akan bagi bonus berdasarkan nilai uv (unit value) yang telah dikumpul sepanjang sebulan yang lepas. Syarat untuk dapat bonus cuma kena dapat 150uv. Lagi banyak uv lagi banyak bonus yang korang akan dapat. Uv untuk setiap produk adalah berbeza dan bergantung pada produk yang telah berjaya korang jual sendiri. Sekiranya korang ada downline, korang layak untuk dapat bonus leadership. Belum masuk car bonus lagi tiap bulan Shaklee bagi cash. Shaklee tak bagi kereta, so pandai-pandai la korang bayar duit kereta korang dengan car bonus tu ye... Tu belum lagi insentif lain-lain yang Shaklee akan bagi, ikut suke deme nak bagi bonus ape bulan tu. Sebagai SID kita grab saje peluang yang dah diberi. Hehehe... Nak lagi untung, bila kita dapat kenal orang-orang yang hebat. Orang-orang yang terlebih dahulu makan asam garam bisnes Shaklee dan telah berjaya membuktikan yang bisnes Shaklee mampu membawa kita lebih jauh, bukan sekadar bebas kewangan seperti PM Cery, Lady boss Lyna Noh dan Mami Hadha wahmilicious. Mereka telah membuktikan dengan usaha gigih tanpa putus asa pasti boleh berjaya. Selain tu lagi, ilmu yang tak dapat dibeli. Ilmu pemakanan, ilmu nutrisi, ilmu perubatan, ilmu perniagaan, ilmu pengurusan masa. Tu semua ilmu yang tidak ternilai harganya. Mungkin jika saya tak terjebak dengan shaklee, saya sendiri tak ambil kisah tentang nutrisi dan diet pemakanan saya serta keluarga saya.

Modal?? Lorhhh...bukannya mahal sangat pun. Cuma RM65 saja seumur hidup. Ade lagi bisnes MLM lain yang lebih tinggi modalnya. Dengan modal serendah tu, tak perlu simpan stok pun. Mudah je kan bisnes shaklee ni? Korang dapat beli semua produk shaklee dengan harga ahli. Jimat sehingga 20% daripada harga retail taw. Kalau ada di antara korang yang dah jadi regular customer shaklee, lebih baik jadi ahli terus kan? Boleh lagi jimat, dan boleh dapat bonus lagi walaupun hanya untuk makan sendiri.

Penat?? Haaa yang ni soalan cepumas name dia. Cuba korang tanya soalan ni kat orang yang dah berjaya macam Robert Kiyosaki ke.. cuba tanya dia penat tak nak capai apa yang dia dah capai sekarang? Nak capai puncak kejayaan bukan mudah, banyak sangat halangan. Tiap orang tak sama halangannya. Apa yang membezakan sekuat mana usaha kita. Saya pun tak nak mudah putus asa. Masih jauh lagi perjalanan saya dengan Shaklee ni.

Ya, memang saya sudah ada pekerjaan tetap. Tapi berapa sangat la gaji saya sekarang ni. Memang saya bersyukur saya ada pekerjaan tetap sedangkan masih ramai yang bergelut nak dapatkan kerja di luar sana. Cukup-cukup makan saja dan nak menyimpan tu tak dapat banyak. Jadi saya buat part time shaklee sebab saya nak ada banyak duit simpanan untuk masa depan anak-anak saya kelak. Saya tak nak mereka susah, sebab saya juga tak pernah susah. Ibu bapa saya penuhi kehendak saya seadanya. Jadi, saya pun nak buat macam tu untuk anak-anak saya. Masukkan mereka ke sekolah yang bagus, biaya pengajian mereka tanpa perlu buat pinjaman. Kalau dapat biasiswa lagi bagus, macam saya dulu dapat biasiswa JPA. Jadi tiada hutang pengajian pun dan tak bebankan ibu bapa sangat. Lagipun, kita pun tak tahu berapa lama kita hidup. Mungkin esok lusa Tuhan dah panggil kita untuk menghadap-Nya. Ini semua berkaitan dengan persediaan untuk masa depan dengan ekonomi yang semakin mengikat perut kita.

Jom sertai bisnes Shaklee

Kesimpulannya, bisnes Shaklee ni best sebab produknya yang berkualiti dan diyakini ramai. Syarikat yang stabil dan kukuh lebih 50 tahun. Shaklee sendiri melaburkan berbillion us dolar hanya untuk kajian produk mereka. Memandangkan saya sendiri juga di dalam bidang R&D, terdapat pelbagai aspek terutamanya ujian klinikal yang perlu dilakukan untuk setiap produk mereka. 

Ok cukup cukup sudah. Jadi, berminat nak jadi ahli shaklee dan serius berbisnes?? Jom daftar dengan saya dan saya akan tunjukkan caranya. Semuanya telah tersedia cuma anda saja yang perlu serius untuk melaksanakannnya! Berusaha untuk capai impian anda bermula dengan Shaklee. ^_^

Dilakazuha
0175598332

p/s: Jangan lupa join segmen bloglist saya, klik --> sini



0 comments:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^