Saturday, 14 June 2014

Ubat-ubatan PUNCA Susu Merudum??

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah ketemu lagi kita pada malam ini. Maaflah kadang-kadang saya draf saja dulu n publish keesokannya. So waktu publish tu mungkin tak sama. Mostly saya akan draf pada waktu malam dan publish pada siangnya. Kisah ini ingin saya kongsikan supaya ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana lebih berhati-hati dengan pengambilan ubat-ubatan. Sesetengah ubat boleh menjadi PUNCA susu badan anda merudum. Apakah tindakan anda?

ubat-punca-susu-merudum
Berhati-hati dengan pengambilan UBAT 

Pengambilan Ubat dengan Preskripsi Doktor

Ubat-ubatan hanya akan diberi dengan preskripsi doktor sahaja. Beritahu pada doktor anda yang anda masih lagi breastfeed anak anda. Sekiranya anda hamil, doktor akan berikan ubat yang selamat untuk anda dan juga kandungan anda. Kebanyakan ubat hanya akan berada di dalam susu ibu pada kuantiti yang sangat kecil, kurang dari 1%. Jadi anda tak perlu risau untuk makan ubat-ubatan tersebut.

Ubat Punca Susu Merudum

Sesetengah ubat boleh menjadi punca susu badan anda merudum seperti pil perancang keluarga yang mengandungi estrogen dan pseudoephedrine. Kebanyakan ubat yang mengandungi pseudoephedrine adalah ubat selsema, ubat batuk etc. Malah, sesetengah antibiotik juga boleh menyebabkan keruduman susu anda. Tetapi tidak semua yang mendapat kesan seperti itu. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati dengan pengambilan antibiotik sekiranya anda masih breastfeeding.


ubat-susu-merudum
Pengambilan ubat punca susu merudum

Susu Kurang atau Kering Selepas Bersalin?

Ini juga sebenarnya ada kaitan dengan pengambilan ubat-ubatan semasa hamil. Ubat yang turut mengandungi pseudoephedrine juga dikatakan boleh menyebabkan susu badan kurang atau tiada walaupun baru saja bersalin namun tiada kajian saintifik yang disertakan bersama. Namun, melalui pembacaan saya ubat-ubatan seperti ubat selsema, ubat batuk dan antibiotik tertentu seboleh-bolehnya dielakkan semasa hamil.

Langkah TERBAIK : Jaga Kesihatan Diri

Ini merupakan kaedah yang terbaik untuk anda. Hal ini kerana, apabila anda sihat anda tak perlu risau nak makan ubat. Kemungkinan ubat tersebut memberi kesan pada penyusuan anda kelak anda mungkin tak tahu. Oleh itu, TUJUAN pengambilan supplemen adalah untuk memastikan tubuh anda sihat dengan nutrisi yang seimbang. Penghasilan susu juga ditentukan oleh kesihatan tubuh ibu. Sayangkan anak, maka sayangkan diri sendiri dulu. 

Konklusinya, pengambilan ubat-ubatan semasa hamil dan semasa menyusukan anak adalah amat penting bagi memastikan ianya tidak mengganggu penghasilan susu badan anda kelak. Oleh itu, amalkan pemakanan yang seimbang dan ambil supplemen tambahan untuk menyokong gaya hidup anda. Sila ambil tahu ubat-ubatan yang anda ambil ye. 

*Nota kaki: Beberapa minggu lepas saya demam, sakit tekak yang amat. Makan pun tak lalu. Doktor bagi antibiotik, cephalohexin. Semasa saya demam dan makan ubat, susu saya merudum. Bertambah teruk, makan nasi pun peritnya tekak. Sekarang tengah bertungkus lumus tingkatkan balik produksi susu saya. Nantikan tips seterusnya dari saya. Doakan saya berjaya!! ^_^

0 comments:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^