Wednesday, 11 June 2014

Motivasi Ibu Menyusu Berkerjaya

Assalamualaikum semua... Saya bukanlah seorang pakar laktasi. Saya cuma seorang ibu yang bekerja yang sedang berusaha menyusukan anak saya yang baru saja setahun lima bulan. Ini bukanlah tips, tapi lebih kepada motivasi atau galakan kepada ibu-ibu yang bekerja tapi masih mahu menyusukan anak mereka. Saya sendiri berada di dalam situasi yang sama, dan saya sedar kita perlukan sokongan moral dan galakan yang kuat untuk teruskan penyusuan ibu ini. Saya faham, sebagai ibu yang berkerjaya, bukan mudah untuk memenuhi syariat agama di mana syariat menuntut ibu menyusukan anaknya sehingga dua tahun.

motivasi-ibu-bekerja
Ibu berkerjaya juga MAMPU menjayakan penyusuan ibu

Tabahkan hati kuatkan semangat wahai para ibu

Ini yang paling utama. Hati kena kuat. Mental pun kena kuat. Bukan saya nak kata banyak anasir tak elok tapi pengaruh luar terlalu banyak. Bagi saya, niat tu penting. Ingat balik kenapa kita nak susukan anak kita? Sebab itu HAK seorang anak. Selain daripada dapat mengurangkan kos susu tepung, ibu juga mendapat faedah daripada penyusuan tersebut. Zat khasiat yang terbaik untuk anak anda sudah tentu daripada susu ibu.

Sokongan keluarga dan rakan sekerja

Keluarga terutamanya suami haruslah memainkan peranan penting dalam penyusuan ibu ini. Sebagai ibu yang baru melahirkan, ditambah dengan bebanan kerja membuatkan si ibu lebih mudah stress. Sokongan daripada suami boleh meredakan tekanan si ibu. Rakan sekerja juga diharap lebih memahami ibu yang menyusukan anaknya terutama privasi dan waktu mengepam di pejabat.


perbandingan perahan susu shaklee
Jangan membandingkan hasil perahan anda dengan orang lain

Jangan membandingkan hasil perahan susu

Yang ni adalah PENYAKIT. Kenapa saya kata penyakit? Sebab ianya boleh berjangkit. Bila kita tengok orang tu sekali pam dapat 15oz. Kita pam nak dapat 5oz pun susah. Bagi saya, tak kisah banyak atau sikit yang penting CUKUP untuk anak kita. Jangan terlalu fokus untuk banyak melimpah ruah. Bila da banyak sangat nanti tak muat pula peti ais kat rumah tu kan? Dah kena beli baru plak... Walaupun sekali pam kita cuma boleh dapat 2oz, kerapkan lagi mengepam. Kumpulkan. Sekali pam dapat 2oz 4 kali pam dah dapat 8oz. Susu yang dipam dalam masa 24 jam boleh dicampur dan disimpan dalam fridge.


Be positive, patient and persistent

Tiga perkataan ini dah cukup memberikan perangsang untuk saya. Sentiasa berfikiran positif. Sentiasa yakin yang susu anda sentiasa mencukupi untuk anak anda. Dalam masa yang sama, anda harus bersabar dan berusaha untuk memastikan bekalan susu anak anda setiap hari mencukupi. Elakkan atau kurangkan berasa stress. Ini antara faktor yang akan menggangu pengaliran susu anda. Gunakan konsep 'demand vs supply' dengan betul. Kerapkan penyusuan dan sesi mengepam. Saya faham, bagi yang bekerja masa adalah sangat terhad. Di sini anda perlu pastikan ada jadual mengepam. Tetapkan waktu yang sama setiap hari dan sela masa tidak lebih dari 4 jam. Kalau ada bajet lebih, belilah double pump, jimat masa di situ. Minta tolong rakan back-up kita sementara kita mengepam. Bincang dengan bos anda dan minta kebenaran sebaiknya. Konsisten mengepam setiap hari. Hujung minggu walau di rumah sekalipun mesti mengepam juga walaupun dah direct dengan anak.

Bagi ibu-ibu yang berkerjaya, saya faham yang kadangkala tuntutan kerja membataskan peluang kita untuk menyusukan anak. jangan bimbang, jangan gusar. Ianya rezeki yang Allah dah tentukan. Kita hanya mampu berusaha. Walaupun ada ibu-ibu yang tak mampu nak fully breastfeed, ingatlah ada rezeki lain yang Allah dah tentukan untuk anda. ^_^

0 comments:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^