Thursday, 5 June 2014

Tips: Ibu Menyusu Berkerjaya Berpuasa

Assalamualaikum semua... alhamdulillah sekarang bulan Syaaban dan seterusnya bulan mulia yang kita semua nanti-nantikan iaitu bulan Ramadhan. Seronoknya!! Sangat teruja. Tapi, bagi ibu yang menyusu, pasti dalam dilema bukan? Saya juga pernah melaluinya. Risau, takut susu tak keluar semasa berpuasa. Stok susu pula tak mencukupi. Bagaimana anda mengatasi perasaan ini? Apa tindakan anda? Sudah pasti ibu-ibu menyusu akan mengalami dehidrasi semasa berpuasa. Terdapat tips menarik yang boleh anda cuba.

penyusuan-ibu-semasa-ramadhan
Penyusuan secara berbaring membantu ibu lebih relaks

Tips Berpuasa Bagi Ibu Menyusu yang Berkerjaya


1. Percaya pada diri - ini yang paling penting. Anda kena yakin yang susu anda tetap ada, macam biasa. Pam dan direct feed seperti biasa, lebih kerap lebih bagus. Yakin bahawa rezeki anak tetap ada dan cukup untuknya. Bertenang dan berdoa pada Allah dipermudahkan urusan perjalanan penyusuan anda.

2. Jangan tinggal sahur - amat digalakkan bersahur dengan kurma. Semasa bersahur cuba ambil makanan berat seperti nasi. Boleh juga digantikan dengan minuman ESP, mealshake ataupun cinch. Boleh juga digabungkan yer.. Saya suka campuran esp, mealshake dan horlicks. Memang sedap n kenyang!! Nantikan resepi yang akan saya kongsikan kemudian.

3. Minum air kosong dengan banyak selepas berbuka sehingga bersahur - ini bagi memastikan kandungan air tinggi di dalam badan dan mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa. Ini adalah main rule dalam penyusuan ibu.

doa-amalan-harian-ibu-menyusu
Doa amalan harian ibu menyusu

4. Jangan tinggalkan zikir ya Mattin 70x dan potongan ayat 60 surah al-Baqarah. Anda boleh print dan bawa di dalam beg pam anda. Tapi pastikan ianya tidak dilangkah.

5. Supplemen tambahan - semasa berpuasa tubuh akan lebih mudah penat dan terdehidrasi terutamanya ibu yang bekerja. Antara supplemen tambahan yang dicadangkan adalah b-complex dan vitalea. Kenapa dua vitamin ni? Vitamin b-complex diperlukan untuk membantu mengurangkan stress dan juga membantu peredaran darah lebih lancar. Vitalea pula membantu memenuhi nutrisi harian anda dan membantu memberi tenaga dan kurang penat.

6. paling UTAMA sekali - kerapkan DIRECT feeding semasa bersama bayi anda terutamanya pada waktu malam. Ini kerana pada waktu malam hormon prolaktin iaitu hormon pencetus penghasilan susu adalah pada tahap maksima pada waktu malam. Jangan risau, anda boleh menyusukan bayi anda secara berbaring juga. Ibu dapat rehat yang secukupnya dan bayi juga mendapat susunya. 

* INFO: Tahukan anda bahawa menyusu secara berbaring ini juga merupakan antara perancang keluarga secara semulajadi? Tetapi hanya tertakluk untuk yang eksklusif breastfeeding sahaja dan bayi berumur 6 bulan ke bawah sahaja. Lepas dari tu dah tak dijamin keberkesanan fungsi perancang keluarga tu yer... Hehehe  ^_^

Tips penyusuan ibu semasa Ramadhan

Selamat mencuba dan good luck to all mothers out there~!! Jangan pernah berhenti berusaha memberikan yang terbaik untuk anak kita. Mereka berHAK mendapatkan zat-zat berkhasiat dari susu ibu. Jom sama-sama kita berusaha memenuhi tuntutan syariat dengan penyusuan ibu sehingga 2 tahun, in shaa Allah! ^_^

Sebarang persoalan, boleh diajukan melalui komen di bawah atau hubungi saya melalui:

FB: Dila Kazuha
Page: Mama Mia Shoppe
Tel : 0178780310 / 0175598332 ( 24/7 online)
E-mail: dilakazuha@gmail.com



0 comments:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^