Tuesday, 17 June 2014

Ku kirim Doa untuk Abah~

Assalamualaikum semua... Setiap tahun hari bapa diraikan pada setiap hari Ahad minggu kedua pada bulan Jun. Dan pada tahun ini, Hari Bapa jatuh pada 15 Jun 2014. Pada semua bapa, ayah, abah, abi, walid, papa, daddy dan seangkatan dengannya, Selamat Hari Bapa saya ucapkan. Tanpa anda, dunia ini tidak lengkap. Memang selalunya anak-anak akan mencari ibu atau mama dia. Setiap kali apa-apa hal akan panggil dan cerita pada mak. Tak semua macam tu.. Ada anak yang lebih rapat dan lebih senang bercerita dengan ayahnya, macam saya. Heee...

Abah wira saya selamanya~
2004 - 2014. Pemergian abah genap 10 tahun, pada 19 Jun 2004. Masa tu saya sedang belajar di MRSM Taiping. Yang ada di rumah ketika itu hanya kakak saya. Abah kemalangan. Jatuh motor sendiri sebenarnya. Dalam perjalanan balik dari pejabat nak ke rumah untuk solat Jumaat (18 Jun 20014). Tengahari, panas pulak tu. Abah naik motor EX5 jer. Mungkin sebab matahari terik sangat, abah mula pening dan terjatuh. Ini taakulan saya saja. Tapi nasib baik masa tu nak sampai dekat rumah dah. Jiran-jiran yang nampak dan cepat-cepat panggil kakak saya dekat rumah. Kakak call mama yang tengah bekerja. Masa tu mama keje dekat Hospital Ipoh. Ambulans terus datang and bawa abah pegi hospital. Masa tu abah sedar lagi, mama cakap. Lepas doktor inject painkiller, abah cool down. Abah dimasukkan ke wad kelas dua. Badan abah penuh dengan wayar yang berselirat. Bila abah sedar, doktor inject lagi dengan painkiller. Mungkin kali ni higher dose. Abah terus tak sedarkan diri, koma. Abah dimasukkan ke wad CCU (critical care unit). Kebetulan, katil yang sama dengan arwah atok saya duduk dulu juga.

Petang 18 Jun 2004, saya dapat panggilan telefon dari abang saya dekat pejabat sekolah. Masa tu saya tengah prep petang. Masa abang saya cakap abah masuk hospital, saya terkaku. Petang tu juga abang ambil saya di sekolah dan terus ke hospital. Masa tu yang ada di wad mama saya, pakcik saya (adik bongsu mama) dan sepupu saya yang memang saya rapat (anak pakcik saya tu). Malam tu, doktor minta kebenaran dari mama, untuk cabut wayar-wayar yang ada pada abah. Selepas mendengar penerangan doktor, mama bersetuju. Saya masa tu masih tak faham lagi. Kemudian baru saya sedar, yang abah cuma bergantung pada mesin saja. Bila wayar semua dicabut, abah pun pergi menghembuskan nafas yang terakhir. Ya memang saya menangis. Menangis semahu-mahunya. Terlalu banyak pengorbanan abah selama membesarkan saya. Apakan daya, saya tak sempat berbakti untuk abah.


Doa untuk arwah bapa

Kini, saya sudah mempunyai bapa mertua yang dipanggil Abah juga. Tapi mestilah tak sama kan cuma Abah banyak memberi nasihat kepada saya. Saya sayangkan mertua sama macam parents kita sendiri juga. Kesihatan Abah pun tak brape baik.. Abah ada darah tinggi dan perlu makan ubat hospital yang banyak. Saya berikan Abah Omega Guard dan coQ health untuk cuba. Alhamdulillah paras kolestrol Abah dah kembali normal. Gembiranya hati bila Abah bagitahu saya. Walaupun saya tak sempat nak berbakti pada arwah abah saya sendiri sekurang-kurangnya saya dapat berbakti pada Abah mertua dan mama saya. ^_^

Doa untuk ibu bapa

Nasihat saya, berbaktilah pada orang tua selagi mereka masih ada selain sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Sebelum Allah menjemput mereka, sebelum Allah menjemput kita, berikanlan yang terbaik untuk mereka. Kerana mereka sentiasa berikan yang terbaik untuk kita. Semoga para pembaca dapat sedekahkan surah Al-Fatihah untuk arwah abah saya. Semoga Abah ditempatkan bersama-sama orang beriman. Amin~

Bagi sesiapa yang berminat mencari supplemen kesihatan untuk ibu bapa anda, ini adalah antara set yang boleh menajdi pilihan anda:

  1. Set kesihatan sendi - ostematrix, omega guard dan advanced joint health. (ini hadiah saya untuk mama setiap bulan)
  2. Vivix - Rawatan dari dalam DNA. Formulasi khusus untuk membantu pemulihan strok, sakit jantung, diabetes, merokok, anti penuaan.
  3. Set kesihatan menyeluruh - ESP dan Vitalea
  4. Set kawalan kolestrol - Phytocol-ST, Omega Guard, Garlic complex
Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat konsultasi, sila hubungi saya segera melalui:

Page: Mama Mia Shoppe
Tel / SMS / Whatsapp / Wechat : 0178780310 / 0175598332
E-mail: dilakazuha@gmail.com


2 comments:

  1. Selamat hari bapa.. Rindu juga kt arwah ayah ana. Huhu..betul tu, lelaki lain tak same dgn ayah sendiri kan. :)

    ReplyDelete
  2. Kak ismi ana..betul tu kan? Rindu kan bila dah takde... huhu

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^