Tuesday, 7 April 2015

Surat Penempatan Pegawai Sains

Assalamualaikum semua. Pagi yang ceria untuk semua. Saya? Bertambah ceria menghitung hari-hari terakhir di company ini. Hehehe.. But still a bit sad juga la nak tinggalkan industri pharmaceutical ini. Memang tak rugi saya terjun dalam industri ini. Banyak benda dan pengalaman baru yang saya dapat belajar. Walaupun jurusan saya mikrobiologi tapi saya berkebolehan melakukan analisis kimia dengan menggunakan pelbagai jenis instrumen. Pengalaman berharga sebab tempat lain belum tentu kita dapat peluang yang sama. 

Surat lapor diri
Alhamdulillah tempat penempatan sudah diketahui. Debaran kau jemah... Terungkai juga jawapan selepas dapat surat penempatan melalui emel. Hampeh betul... minggu lepas call KKM tanya kata belum meeting bagai lagi.. sekali minggu ni dah keluar pula keputusan penempatan dia. Saya dapat penempatan di Hospital Jelebu dan saya perlu melaporkan diri minggu depan bersamaan 13 April 2015 iaitu pada hari Isnin. Ngenggg betul.. saya belum prepare lagi dokumen yang diperlukan termasuklah medical checkup dan akuan sumpah. Nak tak nak saya kena sediakan semuanya juga. 

Tempat penempatan
Tapi apa-apa pun saya tetap bersyukur dapat penempatan di Negeri Sembilan. Takdelah jauh sangat pun dari Bangi tu cuma kalau nak ulang-alik tu jauh juga, makan masa dekat sejam lebih perjalanan. Banyak pula benda nak kena fikir sekarang. Faizal dah risau sebab nak ulang-alik pun bukannya dekat. Kos minyak dengan tol lagi. Keselamatan lagi memandangkan saya pun tengah mengandung ni. Kalau nak pindah sana mesti kami berpisah sementara la. Faeezah? Itu pun nak kena fikir juga. Nak kena bincang elok-elok pasal ni. Yang penting, saya kena lapor diri di JKN Negeri Sembilan dekat Seremban hari Isnin ni. Lepas tu nak buat rayuan atau pertukaran terpulang pada Pengarah JKN nanti. Harapnya semua dipermudahkan.

Kalau nak minta tukar Selangor pun belum tentu dapat dekat. Mungkin akan tercampak ke hospital yang jauh juga. KL plak bukan senang nak dapat. Lagipun KL asyik jem saya pun macam tak sanggup je nak harung jem setiap hari. Syukur sebab masih dapat penempatan di semenanjung. Ada kawan saya dapat di Sabah, sorang lagi di Johor. Semuanya ada hikmah masing-masing. Saya percaya Allah dah tentukan mana yang terbaik untuk kita. In shaa Allah ada rezeki nanti boleh minta pertukaran. Doakan saya berjaya ^_^

Related Posts:

  • Surat Penempatan Pegawai Sains Assalamualaikum semua. Pagi yang ceria untuk semua. Saya? Bertambah ceria menghitung hari-hari terakhir di company ini. Hehehe.. But still a bit sad juga la nak tinggalkan industri pharmaceutical ini. Memang tak rugi saya te… Read More
  • Keputusan Temuduga SPA Assalamualaikum semua... maaf agak lama menyepi dari bercerita di sini. Kesibukan kerjaya membatasi dunia sosial ku.. ahaks! Meh la teman nak ceghite dulu. Kan aritu saya ada dapat temuduga pegawai sains seperti entri saya y… Read More
  • Surat Berhenti Kerja Assalamualaikum semua. Rentetan daripada kes kerja tanpa henti sebelum ni, saya sudah nekad untuk hantar surat resign. Ya, saya resign! berhenti kerja! Kenapa? Bukan sebab tekanan kerja yang membuak-buak sekarang, tapi antar… Read More
  • Happy 26th Birthday Ever ^_^ Assalamualaikum semua... Hari Sabtu yang lepas genap sudah usiaku 26 tahun. Syukur alhamdulillah masih dipanjangkan umur. Pada usia yang muda ini saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata yang comel. Caturan per… Read More

6 comments:

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^