Saturday, 20 September 2014

Cabaran Blogging 30 Hari Day 4: Tips Membahagikan Kerja Rumah

Assalamualaikum semua. Sebagai menyahut cabaran blogging kali ni, saya cuba sedaya upaya follow. Walaupun kadang-kadang tu agak ketinggalan juga la. Tape yang penting saya buat jugak entri. Hehe.. Haaa jom cite pasal KEMAS RUMAH plak. Mentaliti orang dah berkahwin, kemas rumah mesti wife saja yang kena buat kan? Ate kalau semuanya bini buat sendiri baik tak payah kawen la...ye dak? Hoho.. Kena la ada kerjasama antara laki bini, barulah aman rumahtangga. Setuju? Hehehe... Lagipun dua-dua pun bekerja, kerja rumah pun kenalah dua-dua buat. Hoho...

Panda pun menyapu.

Satu-satunya kerja rumah yang Faizal akan buat dengan sukarela adalah MENYAPU dan VAKUM. Hehehe.. kalo yang nih memang tak payah tunggu saya minta tolong memang dia yang akan buat dulu, sebab dia sensitif sikit dengan habuk-habuk ni. And, memang diakui saya tak berapa suka menyapu. Lagi-lagi penyapu tu tak best. Vakum saya okay lagi..tapi si Faeezah ni takut dengan bunyi vakum. Mesti nangis kuat-kuat punya, nak lawan dengan bunyi vakum tu kot. Hehe.. So selalunya Faizal vakum, saya yang kena pegang Faeezah. Biasanya lepas siap menyapu, saya lah yang akan mengemop semua.

Tips Membahagikan Kerja Rumah

  1. Pastikan pasangan korang buat kerja rumah dengan RELA HATI tanpa paksaan (kalo paksa memang tak jalan punya...betul tak?)
  2. Jangan berat mulut nak minta TOLONG bantuan pasangan
  3. Consider keadaan pasangan anda - Sekiranya tak sihat, sakit ke demam ke biarlah dia berehat
  4. Lakukan bersama-sama. Contohnya, memasak. Biasanya kalo Faizal nak masak saya tolong sediakan bahan-bahan saja.

Kalau tugasan lain-lain tu mostly saya la yang buat. Tapi adakalanya kalau Faizal datang mood dia memang dia yang akan buat. Contoh macam masak dinner. Kalau dia rasa nak makan something dia la yang akan masak sendiri. Lipat baju pun gitu gak. Kalau datang mood RAJIN la kan... Hehehe.. Biasa la tu kan? At least dia membantu juga saya di rumah. Ada juga laki yang jenis goyang kaki saja dan semua isteri yang kena buat SENDIRI. 

Robot vacuum

Haaa saya plan nak beli satu robot vakum tu nanti. Senang sikit. Rumah ni cepat sangat berhabuk. Rumah atas kayangan katakan.. Hehehe... Tengah survey-survey lagi jenama yang bagus dan harga yang berpatutan. Dan senang nak cari spare part dia nanti. Waranti pun penting juga. Usha-usha jugak kat Lazada tapi belum decide lagi nak beli yang mana. Susah juga nak cari review robot vacuum kat Malaysia ni. Tak ramai yang pakai kot. Tapi kakak ipar saya ada pakai sebab dulu dia ada kucing Parsi, jenis bulu panjang and cepat gugur bulu. Kalau korang ada mana-mana suggestion boleh la inform saya ehh... Heeee...

3 comments:

  1. neni pun berfikir nak cari robot vacuum gini....tak tahan la umah berhabuk

    ReplyDelete
  2. betul kan neni? Kalau neni ada suggestion any brand and review forward kat dila jugak eh nti,,, hehehe

    ReplyDelete
  3. Budak2 memang takut ngan bunyik vakum. Same je ngan anak buah ana. Kekadang kita wat keje pun naek fedap. Hoho

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^