Thursday 18 September 2014

Resepi Penyusuan Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak share RESEPI untuk ibu-ibu sekalian terutamanya ibu-ibu yang baru melahirkan. Soalan saya, apa benda atau perkara PERTAMA sekali yang korang fikir bila dah selamat bersalin? Mesti korang fikir ada ke tak susu badan ni kan? Cukup ke tak susu badan ni untuk anak korang kan? Dah naik kerja nanti macam mana nak bagi susu badan ye? Jangan risau, saya juga pernah alaminya. Dan saya masih berusaha meneruskan penyusuan ibu sehingga dua tahun.


penyusuan ibu
Set breastpump medela swing

BAHAN-BAHAN UTAMA:


  • 1 set breastpump (manual/bateri/elektrik) - tak kisah jenama, single atau double ikut kemampuan korang yer... 
  • Beberapa botol untuk simpanan atau boleh juga guna plastik simpanan (storage bottle @ plastic)
  • 2 ketul ice brick atau ice pack - saya prefer ice brick sebab tahan lama. Ice pack mudah terkoyak. Dan better kalau ada extra, just to be safe.
  • Beg untuk simpan susu perahan - pastikan beg anda mempunyai 'insulation' bagi memastikan ais anda kekal sejuk dan tidak mencair dengan cepat.

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN: 

  • Nawaitu - niat itu paling penting. Bila kita dah berniat, kita akan ingat kenapa kita nak jayakan penyusuan ibu ni sehingga dua tahun.
  • Keazaman - Bila kita dah niat, azam juga perlu kuat untuk pastikan kita berjaya menyusukan anak kita sehingga dua tahun. 
  • Ilmu penyusuan - ilmu ini perlu dicari. Setiap ibu pasti mempelajari benda baru saat melahirkan. Banyakkan pembacaan dari buku atau internet. Kini semuanya di hujung jari. Dari segi ilmu mengepam sehingga cara pengendalian stok susu yang diperah.
  • Jadual - sediakan jadual mengepam terutamamya semasa waktu bekerja. Bincang dengan majikan korang waktu-waktu yang sesuai dan dibenarkan untuk anda mengepam.
  • Usaha gigih - usaha tanpa putus asa. Walaupun semasa awal berpantang korang cuma dapat 1,2 oz seperti saya juga, jangan mengalah! Usaha dengan mengamalkan konsep 'supply and demand', banyakkan minum air masak 3 liter sehari, lakukan teknik 'power pumping' dan amalkan supplemen kesihatan. Ingat! Supplemen bukan membanyakkan susu secara direct. Supplemen hanya MEMBANTU tubuh anda lebih sihat dan cergas.

CARA-CARANYA:


1. Mulakan sesi mengepam dengan Bismillah dan dalam keadaan tenang. Pastikan korang selesa dengan posisi korang ya..

2. Adjust suction pam ikut kesesuaian anda. Kebanyakan ibu baru akan mengadu yang mengepam ni sakit (kawan-kawan saya terutamanya). Normal la tu. Sebelum ni tak pernah kena pam kan? Hehe...


Doa Tambahkan Susu Ibu



3. Sambil mengepam tu berzikirlah Ya Mattin 70x serta amalkan doa untuk tambahkan susu ibu dan menatap gambar wajah si comel. Hormon gembira akan lebib banyak dirembeskan dan lebih banyak susu yang akan dapat diperah. ♥

4. Lastly, bersyukur dengan hasil perahan anda. Tak kiralah 1 oz ke, 15 oz ke...itu rezeki masing-masing. Dan yakinlah ianya cukup untuk anak korang. In shaa Allah ^^

1 comment:

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^