Thursday, 18 September 2014

Resepi Penyusuan Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak share RESEPI untuk ibu-ibu sekalian terutamanya ibu-ibu yang baru melahirkan. Soalan saya, apa benda atau perkara PERTAMA sekali yang korang fikir bila dah selamat bersalin? Mesti korang fikir ada ke tak susu badan ni kan? Cukup ke tak susu badan ni untuk anak korang kan? Dah naik kerja nanti macam mana nak bagi susu badan ye? Jangan risau, saya juga pernah alaminya. Dan saya masih berusaha meneruskan penyusuan ibu sehingga dua tahun.


penyusuan ibu
Set breastpump medela swing

BAHAN-BAHAN UTAMA:


  • 1 set breastpump (manual/bateri/elektrik) - tak kisah jenama, single atau double ikut kemampuan korang yer... 
  • Beberapa botol untuk simpanan atau boleh juga guna plastik simpanan (storage bottle @ plastic)
  • 2 ketul ice brick atau ice pack - saya prefer ice brick sebab tahan lama. Ice pack mudah terkoyak. Dan better kalau ada extra, just to be safe.
  • Beg untuk simpan susu perahan - pastikan beg anda mempunyai 'insulation' bagi memastikan ais anda kekal sejuk dan tidak mencair dengan cepat.

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN: 

  • Nawaitu - niat itu paling penting. Bila kita dah berniat, kita akan ingat kenapa kita nak jayakan penyusuan ibu ni sehingga dua tahun.
  • Keazaman - Bila kita dah niat, azam juga perlu kuat untuk pastikan kita berjaya menyusukan anak kita sehingga dua tahun. 
  • Ilmu penyusuan - ilmu ini perlu dicari. Setiap ibu pasti mempelajari benda baru saat melahirkan. Banyakkan pembacaan dari buku atau internet. Kini semuanya di hujung jari. Dari segi ilmu mengepam sehingga cara pengendalian stok susu yang diperah.
  • Jadual - sediakan jadual mengepam terutamamya semasa waktu bekerja. Bincang dengan majikan korang waktu-waktu yang sesuai dan dibenarkan untuk anda mengepam.
  • Usaha gigih - usaha tanpa putus asa. Walaupun semasa awal berpantang korang cuma dapat 1,2 oz seperti saya juga, jangan mengalah! Usaha dengan mengamalkan konsep 'supply and demand', banyakkan minum air masak 3 liter sehari, lakukan teknik 'power pumping' dan amalkan supplemen kesihatan. Ingat! Supplemen bukan membanyakkan susu secara direct. Supplemen hanya MEMBANTU tubuh anda lebih sihat dan cergas.

CARA-CARANYA:


1. Mulakan sesi mengepam dengan Bismillah dan dalam keadaan tenang. Pastikan korang selesa dengan posisi korang ya..

2. Adjust suction pam ikut kesesuaian anda. Kebanyakan ibu baru akan mengadu yang mengepam ni sakit (kawan-kawan saya terutamanya). Normal la tu. Sebelum ni tak pernah kena pam kan? Hehe...


Doa Tambahkan Susu Ibu



3. Sambil mengepam tu berzikirlah Ya Mattin 70x serta amalkan doa untuk tambahkan susu ibu dan menatap gambar wajah si comel. Hormon gembira akan lebib banyak dirembeskan dan lebih banyak susu yang akan dapat diperah. ♥

4. Lastly, bersyukur dengan hasil perahan anda. Tak kiralah 1 oz ke, 15 oz ke...itu rezeki masing-masing. Dan yakinlah ianya cukup untuk anak korang. In shaa Allah ^^

Related Posts:

  • Resepi ESP Strawberry Chocolate Milkshake Lazat!! Assalamualaikum semua~~!! Pagi-pagi lagi saya dah semangat nak share dengan anda semua resepi ni. Mungkin ramai yang dah cuba tapi saya nak jugak cerita pengalaman saya sendiri. Hahaha... Alkisahnya semalam balik kerja saya … Read More
  • Penyusuan Susu Ibu Eksklusif: Tips Dari Ibu Berkerjaya Assalamualaikum semua...Alhamdulillah Faeezah semakin membesar dengan sihat. Gigi pun bertambah banyak dan makin berat juga. Semakin lenguh la mama nak dukung kamu yer Faeezah.. Setahun empat bulan perjalanan penyusuan susu … Read More
  • ESP Shaklee: Resipi untuk Kurus Assalamualaikum semua... alamak lambat plak update blog hari ni. Sebok dok pikior ler tuh...orang perak sgt kan... teringat hujung minggu ni baru tengok cerita zombie kilang biskut arahan mamat khalid. Bagi saya xlar best sa… Read More
  • Asid dan Gastrik Assalamualaikum...semoga semuanya ceria2 selalu yer..  mlm td sy tidur awal sbb penat wat testing siang tu. Semua pun tidur awal mlm td. Hehe... semlm byk sedut gas2 chemical asid. Mne x nye..diluent saye tu campuran gl… Read More
  • Anjalkan Asetmu, Rapatkan Mahkotamu Assalamualaikum semua... Memang lumrah wanita, ingin sentiasa kelihatan cantik menawan. Lebih-lebih lagi bila bersama sang suami. Sebab tu wanita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk kelihatan cantik. Mau x panas … Read More

1 comment:

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^