Hari ni sy nk berkongsi tentang info penyusuan ibu. Macam mne korg nk taw yg baby korg ni dpt susu cukup ke x?? Ofkos sbb kte breastfeed kte xtaw brape oz yg baby da minum kn? klo pakai botol sng je la nk taw kn..?
Tahukah anda?
Jumlah susu yg diperlukn mengikut umur :) |
Okeh2 korg bleh taw baby korg dpt CUKUP susu atau tak melalui beberapa PEMERHATIAN. Antaranya:
- Hisapan bayi - korang tgk cara baby korg hisap.. kalau dye berhenti kejap setiap kali menghisap, maksudnya dia dapat susu yg banyak dan sedang menelan susu tu. Kalau berulang mcm ni (hisap n telan) for few minutes korang akan yakin yg baby dapat susu dgn banyak.
- Buang air besar - untuk permulaan, najis bayi berwarna hijau gelap dan melekit yg dinamakan 'mekonium'. Pada hari ketiga, najis akan jadi lebih cair dan kekuningan. Bayi berusia di bawah enam minggu perlu membuang air besar sekurang-kurangnya 2-5 kali dalam tempoh 24 jam. Jika terlalu jarang membuang air, sistem penghadamannya mungkin sudah kukuh. Jika najis yang keluar setiap kali membuang air besar adalah sedikit jumlahnya, bayi akan lebih kerap membuang air besar, mungkin melebihi lima kali dalam tempoh 24 jam. Jika najis terlalu sedikit, berwarna hijau, kelihatan cair dan kerap pula membuang air kecil, Ini mungkin menunjukkan baby xdapat susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk) dgn seimbang. Tapi myb jugak sbb baby alami sindrom susu terlebih. Kes mcm ni jadi sbb kerap tukar breast mase tgh menyusu. Oleh sbb itu, baby hanya dapat susu cair di peringkat awal penyusuan dan tidak mendapat susu yang pekat dan kaya dengan lemak yang hanya didapati di akhir penyusuan. Anda boleh atasi masalah ini dgn susukn baby anda pd sebelah breast sahaja dlu sehingga breast rase lembut dan baby stop menghisap dan menelan. Then, baru offer yg sebelah lagi. Kalau baby dah tertdo cuba kejutkn dye and offer lagi. Kalau dia hisap and tertdo blk tape it's ok. Kalau dye da tdo lena or da reject offer kte tu tak ape. Mommy boleh pam and simpan dalam peti sejuk. And kalau susu anda mmg banyak n melimpah ruah (alhamdulillah rezeki anak tu..) biasakan bagi sebelah breast jer. Walaupn orang2 tua selalu pesan bagi dua2 belah (kalau x nanti breast besa seblah katenye...hmmm yekew?? haha). Macam kes tadi jugak, mommy boleh pam n simpan. Yang penting, biarkan baby anda menyusu sepuas-puasnya. Biasanya, bayi yang berusia lebih dari tiga minggu, tidak lagi membuang air besar dengan kerap. Kadang2 dorg tidak membuang air dalam tempoh beberapa hari, tanpa adanya tanda-tanda akan terkena sembelit. Jika bayi kelihatan sihat dan riang, perkara ini adalah normal untuk baby yg breastfeed. (Kalau baby yg minum susu tepung lain kes yer...)
Tahukah anda?
0 comments:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)
Arigatou gozaimas, minna-san ^_^