Monday, 8 September 2014

Persediaan Menunaikan Haji Untuk Mama

Assalamualaikum semua... Lambat plak nk cite pasal ni... Huaaa komited sangat dengan kerja kat lab tu kan....Hari Khamis lepas (4 Sept) mama lapor diri kat Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya. Masa lapor diri pukul 1.30 pagi. Hahaha...bersengkang mata kitorang adik beradik anak beranak semua kat sane taw. Nasib baik jugak sepupu yang pergi sekali dengan mama ada bawak karpet nipis tu..bentang siap bawak makanan lagi. Berpiknik kitorang dekat tepi khemah menunggu tu sementara tunggu masa lapor diri. Ramai sangat orang dalam khemah tu yang kitorang dok luar jer.. panas kot kat dalam khemah tu.


Sementara menunggu di Kelana Jaya


Alkisahnya, sebelum ni memang mama dah consume Omega Guard dan Advanced Joint Health (AJHT). Lagi-lagi sejak mama sakit lutut sampai kena injek dengan doktor and tekanan darah mama tiba-tiba tinggi sampai mama nak pitam. Sejak dari tu memang saya bagi kat mama dua supplemen ni. Alhamdulillah, kesihatan mama bertambah baik dan mama tak lagi ke klinik sebab kedua-dua penyakit ni.

Sebagai tambahan untuk persediaan mama ke Tanah Suci Mekah, saya bekalkan mama dengan multivitamin Vitalea supaya mama lebih bertenaga dan tidak cepat penat. Almaklumlah berjuta-juta umat Islam seluruh dunia berkumpul bagi menunaikan ibadah haji. Selain itu, saya turut bekalkan mama dengan Vitamin C Sustained Release dan Nutriferon untuk boost sistem imun mama. Mana taknya, hari tu juga mama demam, batuk dan selsema. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk meningkatkan sistem imun tubuh tetapi reaksi berfungsi dalam tubuh yang berbeza. Nutriferon lebih spesifik dan terus bertindak pada sistem imun kita manakala vitamin C lebih kepada sistem tubuh yang menyeluruh. (Saya bagi kedua-duanya sebab mama mesti kadang-kadang terlupa nak makan salah satu nanti).



Memandangkan kes wabak Mers-CoV agak tersebar di sana sekurang-kurangnya dapat membantu mama sembuh dengan lebih cepat pun dah cukup bagus. Harap-harap tak sampai seminggu dah baik la. Saya bagi mama tisu peket juga...sebab asyik mengalir je kan.. Hehehe... Sekurang-kurangnya kita berusaha juga untuk sembuh dengan cepat supaya lebih mudah nak tunaikan segala rukun haji nanti. 

Saya tak pasti macam mana nak hubungi mama kat sana sebab mama tak tahu nak tuka simkad Arab yang kerajaan dah bagi siap-siap. Oh ya...banyak juga barang yang kerajaan bagi free kat jemaah haji kali ni. Dulu takde pun macam ni. Segala peralatan dan ubat-ubatan seperti panadol dan glucosamine juga diberikan secara percuma. Mungkin saya boleh hubungi mama melalui sepupu saya yang turut ke sana. Semoga mereka semua mendapat haji yang mabrur. ^_^ 

Related Posts:

  • Persediaan Menunaikan Haji Untuk MamaAssalamualaikum semua... Lambat plak nk cite pasal ni... Huaaa komited sangat dengan kerja kat lab tu kan....Hari Khamis lepas (4 Sept) mama lapor diri kat Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya. Masa lapor diri pukul 1.30 pagi… Read More
  • Risiko Pengambilan Ubat TAHAN SAKIT Assalamualaikum semua. Hari ni saya share sikit ubat paling femes di dunia nih iaitu ubat tahan sakit a.k.a Paracetamol (dikenali sebagai Acetaminophen di USA) dan seangkatan dengannya lah.. Artikel  dari piha… Read More
  • Promosi Fabolous Februari 2015 Assalamualaikum semua. Bertemu kembali kita hari ni. Ya, orang-orang wilayah sedang enak bercuti kita yang bekerja ini haruslah bekerja walaupun takde mood sebenarnya. Sekarang di tempat kerja asyik rasa nak berperang aje. B… Read More
  • Mama Pulang Dari Tanah Suci Assalamualakkum semua... Minggu lepas mama saya dah selamat tiba dari Tanah Suci. Alhamdulillah syukur.. Hampir 90% jemaah haji mengalami batuk dan selsema. Ramai juga yang pakai penutup mulut tu. Perubahan cuaca gamaknya. K… Read More
  • Ubat Sakit Sendi Berkesan dan Terbaik di Pasaran Assalamualaikum semua. Sebelum ni saya banyak cerita yang mama saya consume AJHT untuk membantu mengelakkan berlakunya sakit sendi terutamanya lutut yang dialami secara tiba-tiba. Mama saya kategori yang jarang-jarang sakit … Read More

3 comments:

  1. Aminn.. Semoga selamat pulang. :)

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan dan mendapat haji yang mabrur :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih Ana dan akak Sal bee yah untuk doa kalian ^_^

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^