Tuesday 9 September 2014

Rentetan: Shaklee Punca Rahim Bengkak?

Assalamualaikum semua. Nasib baik mata iolss tak jadi macam panda. Akhirnya sarapan dengan esp campur milo dan ambil vitamin B Complex untuk kurangkan sakit kepala. Alhamdulillah semakin lega. Ramai yang dah tahu isu pasal makan shaklee rahim bengkak kan? Rahim bengkak kat sini maksudnya yang ada ketumbuhan, cyst, fibroid dan seangkatannya. Tapi yang bengkak sebab mengandung tu memang ramai la... hehehe...

Kenyataan dari pihak Shaklee


Akhirnya, Shaklee sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang mereka akan membantu dalam segala hal berkenaan isu tersebut. Jika benar GLA Complex yang menyebabkan berlakunya rahim bengkak, maka mereka akan bertanggungjawab. Sekiranya masih ramai yang mendapat kesan buruk daripada produk mereka, boleh kemukakan laporan dan aduan kepada Shaklee Malaysia beserta surat diagnosis doktor untuk tujuan siasatan lanjut.

Jadi pada semua yang belum mencuba produk Shaklee, jangan takut jangan risau. In shaa Allah baik-baik saja. Sekiranya anda masih ragu-ragu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ingat! Pembelian daripada pengedar yang SAH amat penting. Mungkin anda boleh dapatkan second opinion ataupun search terlebih dahulu info dan maklumat produk tersebut. 

2 comments:

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^