Tuesday, 23 September 2014

Slot Saranghae di Blog Dilakazuha

Assalamualaikum semua. Maaflah terpaksa berkejar-kejaran plak di sini. Hehe.. Tertinggal satu entri tapi hari ni kena upkan dua entri jugak. Hari ni alkisah cerita ala-ala Slot Saranghae di TV tu. Semuanya kisah kesayangan saya selama saya hidup. Hehehe..

Love my FAMILY ♡♡♡

Orang TERPENTING Dalam Hidup Saya


1. Mama (dan arwah Abah) - semua orang pun sayangkan ibu bapa kita kan? sape tak sayang tu memang anak derhaka lar... Asalnya saya nih anak abah, semua benda saya akan cerita kat Abah. Nak itu ini pun mintak kat Abah. Tapi Allah lebih sayangkan Abah. Abah pergi meninggalkan kami semua pada tahun 2004. Seminggu juga saya tuang kelas dulu sebab saya sekolah berasrama dulu. Huhu... Sekarang cuma tinggal Mama untuk tempat saya berbakti. Seboleh-bolehnya saya akan tunaikan segala permintaan mama kepada saya. Malah, setiap bulan saya bekalkan mama supplemen Shaklee supaya kesihatan mama lebih baik dari dulu. Alhamdulillah mama turut merestui saya menjalankan bisnes Shaklee secara part time.

2. Suami saya, Encik Faizal - Saat perkenalan pada tahun 2010, kami bekerja di tempat yang sama. Masa tu saya baru saja graduate. Kami tak bercinta lama-lama. Sebab pada awal lagi saya dah kata kalau bercinta tanpa niat nak kawen baik tak payah. Kami berkawan rapat selama 5.6 bulan je kot lepas tu family dia datang merisik dan 2,3 bulan kemudian kami bertunang. Senang cite perkenalan kami agak singkat dan kami lebih mengenali tentang diri masing-masing selepas berkahwin. Biasalah rumahtangga mana yang tak pernah ditiup angin badai. Kadang-kadang ada juga la 'gempa bumi' yang terjadi. Hehehe.. 

3. Permata hati saya, Nur Faeezah Damia - Kini, hampir mencecah setahun sembilan bulan. Dan, masih lagi menyusu badan. Alhamdulillah dengan amalkan supplemen serta petua-petua yang lain saya masih mampu meneruskan penyusuan ibu. In shaa Allah sehingga dua tahun. Bercakap? Belum lagi. Panggil 'mama ayah' pun berat. Tapi, dia dah faham arahan kami. Sangat lasak budaknya. Tak macam anak dara. Tapi saya tak salahkan dia. Sebab saya sendiri pun macam tu. Hehe.. Kuat. Kalau terhantuk pun tak nangis. Cuma kalau sampai benjol tu nangis juga la. Suka sangat mengempeng bila nak tidur. Lepas tu marah sebab tak boleh nk bergolek-golek. Haha.. Dialah yang selalu menceriakan hari saya. Buah hati saya.

Sekarang ni, merekalah FOKUS hidup saya. Sebagai seorang anak yang wajib BERBAKTI untuk ibu bapanya, sebagai seorang isteri yang wajib TAAT kepada suaminya serta sebagai seorang ibu yang wajib MENDIDIK anaknya dengan betul. Berat tanggungjawab orang perempuan tapi berat lagi tanggungjawab orang LELAKI. 

P/s: saya nak upload gambar, tapi tape la.. sekarang ni macam-macam da. Takut rasenye...dunia dah tak selamat macam dulu. Huhuhu

Related Posts:

  • Antara Aidijuma dan Fareeda..yang mana satu? Assalamualaikum semua... Alhamdulillah ketemu lg hari isnin yer.. walaupun xbrape nak ada mood sbb cik abg kena pegi outstation lg tp nk buat cmne dah kerja dye gitu kn? Haaa hari ni just nk share my opinion psl kes tudung … Read More
  • Waduhhh Gigitan Cinta Lagi~ Assalamualaikum semua.... Alhamdulillah ketemu lg hari ni... Sekarang musim kejap2 hujan yg lebat pastu panas saje.. Mula la makhluk penghisap darah byk memunculkn diri. Teringat iklan kat radio..."tak semua penghisap darah … Read More
  • My Precious: Bila si Cilik Demam On Off Assalamualaikum semua... hari ni sy nk share something yg semua orang mgkin dah tahu..n mgkin ramai lg yg xtahu. Semalam sy xkeje, cuti emergency sbb faeezah demam lagi. Demam yg kejap kebah kejap demam balik. Pdhal 2 mggu … Read More
  • Anak Tak Mahu TIdur Lagi... =_= Alahai... Jam sudah menunjukkan 2.30 pagi.  Anak masih tak mahu tidur lagi. Dah menyusukan dia sambil baring pun mata booolattt lagi.  Siap gelak-gelak and senyum lagi. Alahai anak... Mama kena kerja taw nanti.… Read More
  • Bila Si Cilik Tak Mahu Makan Assalamualaikum semua... Tengok tajuk pun dah tahu yang saya tengah runsing pun kan? Lagi-lagi nak dekat raya ni.. tapi masalah saya ni bukanlah pasal duit or berebut nak balik kampung sape.. kami mengamalkan sistem giliran.… Read More

1 comment:

  1. ^_^ baru nak mintak tgk gambar anak akak..takpelah..demi kebaikan tak upload. Kan kan. :)

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^